Kulit Muka Sihat Dan Segar Dengan Pelembab Muka : Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembab, Menyegar dan Merawat Kulit

Hi korang!!!

Annyeong…hehehe…mengada kan…mentang- mentang jumpa product best yang diperbuat di  Korea dan bertapak di Malaysia sejak 2011. Korang pernah dengar product Hansaegee Nature?haaa hari ni SA nak perkenalkan pada korang product Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Sebenarnya dah banyak kali SA tengok rakan- rakan blogger share tentang beberapa product dari Hansaegee Nature ni tetapi SA lebih tertarik dengan Aqua Whitening Cream yang sangat best sebab ia mengeluarkan “water drop”selepas korang sapu dan gosok pada kulit muka untuk beberapa minit. water drop tu nanti korang hanya perlu sapu perlahan- lahan dan ia akan terus menyerap jauh ke dalam kulit. Dari situ ia akan melembabkan kulit korang. Haa…menarik kan?

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream di  formulasi tanpa menggunakan bahan berbahaya sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi untuk melindungi kulit anda. Ianya telah diuji secara dermatologi dan kini menjadi antara product yang disukai ramai.

Antara bahan yang terdapat di dalam produk:

Camellia Japonica Seed Oil: Non-comedogenic, tidak menyumbat liang pori wajah dan mengurangkan penghasilan jerawat. Ia juga membantu kulit pulih selepas sunburn ataupun kemerahan serta membantu untuk ‘kunci’ pelembab di dalam kulit kita.

Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) : Membantu memperbaiki tona kulit wajah supaya lebih sekata. Membantu  mencerah, membersih dan menegangkan kulit. Mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.

Bahan lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

SA cuba pada tangan dahulu ye…korang Nampak tak tangan macam berpeluh tu? Haaa itu lah keistimewaan Aqua Whitening Cream ni..water drop yang terhasil tu yang akan meresap jauh ke dalam kulit korang…

Cara penggunaan

Selepas membersihkan kulit, sapukan toner dan diikuti dengan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream pada wajah anda. Calitkan pada dahi, kedua belah pipi, hidung & dagu serta urut lembut secara bulatan pada wajah anda. Anda akan dapati ‘water drop’ akan terhasil sedikit demi sedikit dan tepuk lembut wajah anda. Water drop yang terhasil akan segera meresap jauh ke dalam kulit anda. Dari situ la ianya bertindak melembab dan merawat kulit

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream sesuai untuk semua jenis kulit samada untuk lelaki /wanita..

Apa kata SA?

Selepas lebih kurang seminggu SA cuba Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni SA suka sangat sebab ianya melembabkan kulit SA secara semula jadi..SA gunakan sebelum mengenakan makeup setiap pagi dan sebelum SA tidur..SA suka tekstur dan juga effect water drop yang terhasil dari cream ini..Kulit muka SA rasa fresh dan lembut sangat..SA tiada masalah sun burn atau kemerah-merahan Cuma kulit muka SA kering akibat terdedah pada aircond office. SA kan bekerja lebih dari 8 jam so Aqua Whitening Cream ini sangat- sangat membantu masalah kulit SA.

Selain itu ia mempunyai fungsi pemutihan kulit dan pada masa yang sama menghidrat kulit SA. Membersih dan menyegarkan kulit sepanjang hari. Ia mengandungi Niacinamide sebagai agen pemutihan, memperbaiki rona kulit yang tidak sekata dan mampu membersihkan & membuat kulit menjadi cerah, menenangkan kulit sensitif, dan kulit yang anjal. Yang penting SA suka sangat kerana ia dirumuskan dengan ekstrak Herbal yang dapat menembusi jauh dalam kulit.

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments