Makeup Simple Natural Dengan Hansaegee Nature Gold Nano Cc Cream Spf 50+| Whats up guys!!! Hari ni Nora nak kongsikan pada korang produk makeup rutin yang best Nora gunakan baru-baru ini. Kecantikan sinonim dengan kaum perempuankan. Jadi seharusnya kita perlu memilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit muka dan ia lebih natural.
Nowdays, ramai di antara kita sibuk dengan rutin dan memerlukan masa yang pantas untuk bersiap sebelum keluar bekerja atau mengikuti sebarang aktiviti. Bagi mereka yang sukakan solekan tipis, simple dan nampak natural, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature adalah terbaik untuk korang cuba.
APA ITU CC CREAM
Okay, CC Cream ni dikenali sebagai Krim Kawalan Warna “Color Control Cream” yang telah di upgrade dari BB Cream. Ia lebih completely cover semua liang pori kita sama macam foundation. Tapi CC Cream ni mempunyai ciri-ciri manfaat pada kulit seperti adanya SPF, agen pencerah dan mempunyai bahan antioksidan yang umumnya ia merupakan krim yang membetulkan tona kulit muka. CC Cream ni lebih nipis dan ringkas digunakan sebab ia mempunyai fungsi all in one dalam satu produk yang mana warna krimnya lebih light and natural. Ianya sesuai digunakan semasa kita nak keluar pergi shopping atau aktiviti outdoor kerana ia kelihatan lebih semulajadi.
Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni pada asalnya dibuat di Korea yang mampu membetulkan dan menyeimbangkan tona kulit muka secara semulajadi. Boleh lihat bila apply CC Cream pada kulit ia akan berubah warna mengikut warna kulit dengan semulajadi. Selain itu, cc cream ni ada SPF 50+ dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia merupakan CC Cream yang mengandungi all in one dalam satu tiub di mana fungsinya sebagai alat makeup.
BAHAN UTAMA PRODUK
- Mineral Water – Mengimbangi pH kulit kita dan meningkatkan keanjalan kulit.
- Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – Mengurangkan masalah radang kulit dan Anti-Bacterial Effect
- Colloidal Gold – Melambatkan kesan penuaan, melindungi kulit dari sinaran ultra dan mempunyai bahan antioksidan yang tinggi.
BAHAN LAIN PRODUK
Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1
FUNGSI UTAMA
Digunakan di kawasan muka dan leher kerana mempunyai fungsi seperti berikut :
- Mencerahkan kulit
- Melambatkan proses penuaan
- Kulit kelihatan natural, glowing dan flawless
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Melembapkan kulit
- Melegakan keradangan kulit
Baca juga : Moisturizing Terbaik Menggunakan Aqua Whitening Cream
CARA PENGGUNAAN
Okay, cara nak gunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mudah sahaja. Nora suka pakai CC Cream ni sebab ia mampu menjimatkan masa Nora. Just calitkan pada dahi, pipi, dagu dan hidung menggunakan jari korang kemudian dap dap dap kan pada wajah dan sapukan secara rata dikeseluruhan wajah dan leher.
Cream ini akan berubah warna dari putih kepada warna cream yang sepadan dengan warna kulit kita secara semulajadi. Ia akan membuatkan tona kulit kita nampak lebih natural, glowing dan flawless gittew.
STRUKTUR CREAM
Krim ini pada asalnya berwarna putih, tetapi ia mempunya bintik-bintik halus berwarna coklat dan bila kita blend menggunakan jari ia akan berubah warna mengikut tona kulit muka secara semulajadi. Gold Nano CC Cream ini berbentuk krim muka dan sejenis krim mild light sahaja.
DETAIL PRODUCT
Harga :
RM128.00
Packaging
Tiub dan mempunyai penutup jenis Twist Lock
Size :
50gm
Type :
Semua jenis kulit
MY THOUGHT
So, Nora berpuas hati menggunakan Gold Nano Cc Cream dari Hansaegee Nature untuk beberapa minggu ni. Ia memudahkan Nora untuk bersiap sebelum pergi kerja hanya calit sahaja dan sapu sekata sudah cukup nampak natural dan glowing. Nora just tambah sedikit maskara, blusher, lipstik dan tidak lupa lukis sedikit kening. Tadaaaa dah boleh keluar pergi kerja. Hehehehhe lagi best sebab ada SPF 50+ yang mampu menahan sinaran UV.
Nora suka dengan CC Cream ni se
bab packaging yang mudah di bawa ke mana sahaja. Mempunyai penutup jenis twist lock dapat melindungi dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas. So, tak adalah beg korang kotor atau comot kesan dari krim.
Apa yang bestnya produk ini adalah kalis air, tidak melekit dan mampu menjadi asas solekan. Bagi mereka yang sukakan makeup yang simple natural dan ringan, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sesuai untuk korang jadikan skincare routine korang.