AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN

(By Ina Ainaa on 29th April 2019)

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN|  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Cuaca sekarang ni boleh dikatakan tengah panas. Tempat ena menetap sekarang waktu siang memang panas terik. Kalau keluar rumah, terasa pedih kulit muka ni. Sunburn tu usah cakap la, kulit muka jadi kering dan berjerawat. Tambahan pula, ena sekarang tengah hormone tak menentu. Muka ena breakout teruk. Kalau ena tak pakai foundation, nampak jerawat nanah serta parut jerawat kat muka ni. Fuhhh Sabar jela.

Namun ena tak risau sangat dengan sunburn serta jerawat ni. Sekarang ena guna satu cream dari jenama Hansaegee Nature yang mampu rawat suburn pada kulit muka ena. Cream tersebut adalah Aqua Whitening Cream. Anda jangan takut pula, walaupun namanya ‘whitening cream’ tetapi cream ini tidak menghakis kulit. Krim ini sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan kulit yang kusam kepada kulit yang lebih sihat dan nampak berseri. Mari ena kongsikan serba sedikit yang ena tahu mengenai Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini.

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

Pergi kemana sahaja ena mesti bawa Aqua Whitening Cream ini di dalam beg ena

Aqua Whitening Cream adalah pelembap muka dari keluaran Hansaegee Nature. Hansaegee Nature merupakan brand penjagaan kulit muka dari Malaysia tetapi semua produk skincarenya diperbuat 100% dari Korea. Jenama ini telah ditubuhkan sejak 8 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2011 lagi. Salah satu produknya yang tengah hot sekarang adalah Aqua Whitening Cream ni la.

Fungsi Aqua Whitening Cream ini adalah melembapkan kulit wajah dan sekali gus merawat semula sel-sel kulit yang sudah rosak akibat terkena sinaran UV yang kurang baik pada kesihatan kulit wajah. Krim ini diformulasikan bahan-bahan dan herba-herba yang dapat membantu krim ini dapat meresep ke dalam kulit serta mengekalkan kulit tidak kering sepanjang hari.

Struktur Aqua Whitening Cream adalah water drop based cream yang lebih ringan dan tidak menyumbat liang roma pada kulit muka

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang memberikan kelebihan yang bagus pada kulit wajah. Antaranya seperti tidak menyumbatkan liang roma, tidak menggalakkan jerawat untuk tumbuh beranak-pinak, merawat kulit kering serta kulit yang mengalami radang kemerahan dan mengekal kelembapan kulit ketika cuaca tengah panas.

Kuantiti Aqua Whitening Cream dalam satu bekas ni banyak juga. Berbaloi beli sebab tahan lama even pakai setiap hari

Selain itu,Niacinamide yang terkandung di dalam Aqua Whitening Cream dapat memberikan warna kulit wajah lebih sekata dan lebih cerah. Nak jadi putih melepak tu tak dapat la tetapi boleh menaikkan seri muka. Oleh sebab itu, keyakinan diri ena tak turun bila kulit muka ena tengah breakout ketika berhadapan dengan orang. Walaupun tengah berparut jerawat, bila letak krim ini kulit wajah ena nampak lebih berseri dan yang paling penting tak nampak kusam.

FEEDBACK DARIPADA ENA

Pada keseluruhan ena suka Aqua Whitening Cream  Hansaegee Nature ni sebab lepas je ena pakai, wajah ena nampak lebih segar, lembap dan tidak nampak kusam. Tak percaya? Haa tengok gambar ena kat bawah ni. Not bad kan?? Masa ni ena nak keluar pergi kedai berdekatan sahaja, so malas nak pakai foundation bedak apa semua tu. Hanya pakai krim ini dengan calit sedikit gincu bibir. Segala parut dan jerawat tu tak dapat nak cover dah la. Lagipun tengah nak sembuh tu.

Rasa kulit muka kekeringan, dalam kereta je pun dah boleh pakai Aqua Whitening Cream. Mudah dan cepat

Ena tidak perlu risau lagi dengan kulit muka sendiri bila adanya Aqua Whitening Cream di dalam handbag ena
Selain itu, ena suka dengan struktur Aqua Whitening Cream ni sebab ringan, muka tak bertompok sebab krimnya transparent, tidak kering like watery gittew dan senang la nak ratakan kat satu muka. Sejujurnya, muka ena tak rasa berat selepas pakai pakai cream ini dan muka lebih menyegarkan. Tambahan pula, apa yang menyebabkan kelembapan kulit kekal normal adalah bila urut krim ini pada muka, lama-lama akan nampak titisan air pada kulit wajah. Titisan air itu la yang memastikan kulit wajah tidak menjadi terlampau akibat cuaca yang sangat panas seperti yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Kalau tak percaya, mari tengok gambar kat bawah ni ena buat sedikit demo kat atas tangan ena sendiri. Anda boleh lihat sendiri.

Letak sedikit Aqua Whitening Cream di atas tangan atau muka sendiri

Sapu sehingga rata. Urut secara putaran tau

Tadaaaa! Nampak tak water droplet tu. Nice kan

DETAILS AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

Kepada yang sedang mengalami masalah kulit muka seperti sunburn, kering, berjerawat dan kusam, anda boleh cuba try test Aqua Whitening Cream ini sendiri. Ena dah cuba dah, memang sesuai dengan kulit ena sekarang. Nampak perubahan semenjak ena konsisten pakai krim pelembap ini. Haaaa! Konsisten tu la yang paling penting kalau nak dapatkan kulit yang diingini. Apapun jangan lupa minum air kosong yang banyak setiap hari, cuaca tengah panas sekarang ni. Jaga diri anda masing-masing.

Itu sahaja perkongsian ena kali ini mengenai produk kecantikkan. Siapa tak nak cantikkan? So siapa nak cantik tu sila-silalah ke website atau laman social Hansaegee Nature. Di sana lagi banyak produk kecantikkan yang ada dijual.

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci & Pelembap – Aloe Ac Clean Bubble Cleanser + Aqua Whitening Cream By Hansaegee Nature

Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci & Pelembap – Aloe Ac Clean Bubble Cleanser + Aqua Whitening Cream By Hansaegee Nature

(By Husniey Husain on 19th April 2019)

Assalamualaikum, Hai. Tak lama lagi dah mula nak berpuasa bagi tahun 2019. Mesti dah ada yang sibuk dengan persiapan bagi berpuasa dan beraya untuk tahun ini kan? Tak kurang juga ada yang misi nak kulit cantik mulus. Yelah kan pada hari raya nanti mesti nak tampil cantik depan pasangan, keluarga, sanak saudara. Perempuan kan, normal teringin nak nampak cantik. Husniey juga ada berangan nak kulit mulus cantik macam gadis Korea, hehe. Jom baca sama-sama skincare dari Korea yang best di bawah ini

Rutin Harian Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 

Sejak mula mengenali dan menggunakan Bubble Cleanser ni, terus husniey jadi tersuka tanpa sengaja. Tak sangka rupanya tekstur ia jenis Foam Cleanser (Berbuih).

 
Jenis Produk: Pencuci Muka Jenis Buih
Kegunaan: Seluruh Wajah
Tekstur: Soft Bubble Cleanser 
Saiz: 150ml 
Pembersih muka ini boleh membersihkan kulit dengan secara mendalam ke dalam liang, dan yang paling penting adalah lepas guna ia akan rasa effect lembap tidak kering, selepas membersihkan muka, berasa bersih dan lembut, kelembapan berpanjangan dan tidak berasa kering pada kulit..

Bahan utama yang terdapat di dalam cleanser ini ialah; 

Aloe Barbadensis Leaf Juice (Ada aloevera, which is baik untuk menyejukkan kulit wajah, merawat kulit berjerawat, mengurangkan sunburn dan lain-lain lagi.

Tea tree leaf oilMembantu melembutkan kulit, mengurangkan cela pada wajah, membersihkan, rawat kesan jerawat dan banyak lagi khasiatnya. Kalau google je pasal bahan semulajadi ni mesti rasa kagum.

Bagaimana Hendak Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 

Pertamanya, tekankan pada botol pencuci tu dengan jumlah bubble yang mencukupi, pastikan tangan anda basah. Kedua, urut muka perlahan dengan bubble tu, dan membuat urutan di sekeliling muka. Akhir sekali, basuh muka dengan menggunakan air suam.

Review Menggunakan Pencuci Muka Jenis Foam 

Hasil pembacaan dan sedikit kajian rupanya pencuci muka jenis foam cleanser ni sangat sesuai untuk buat rutin ‘double cleanser’. Patutlah husniey rasa kulit muka bersih betul lepas cuci. Terasa seperti mencuci hingga ke lapisan dalam. Buihnya itu ringan, lembut je bila urut pada muka. Serius best

Gebu betul tekstur cleanser ni kan?
Husniey suka pada bau nya, bila tekan keluar semerbak bau ekstrak tea tree. Wangi dan tenang. Kulit yang tegang, kulit berminyak dan meradang akan berkurangan. Kulit muka husniey jenis agak kering dan berminyak sedikit di kawasan T zone tapi bila gunakan pencuci muka jenis buih ni, nampaknya makin serasi. Oh ya pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit (kulit berminyak, kulit kering). 

Konsisten Menggunakan Aqua Whitening Cream 

Setelah selesai rutin mencuci muka, husniey akan lap muka dengan tuala yang bersih. Lalu apply toner. Kemudian, next step husniey tak lupa untuk apply moisturiser. Alhamdulillah sejak konsisten menggunakan krim pelembap muka ini husniey dapati banyak perubahan. Yes, memang kena selalu pakai baru hasil terbaik.

Paling suka fakta tentang krim pelembap ini ialah bukan saja berfungsi melembapkan kulit, malah ada fungsi menarik iaitu membaiki sel kulit yang break out serta turut memutihkan (ada bahan Niacinamide). Ia bagus untuk kulit kering & kulit sunburn. 
Love it!
Sejuk je kulit kita bila pakai ni. Paling suka bila sapu perlahan akan ada kehadiran water drop. Yes dah nama pun Aqua Whitening Cream kan. Aqua sungguhlah teksturnya. Fungsi waterdrop itu memberi kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit.
Selepas beberapa saat sapu perlahan..
Nah, look at the waterdrop effect
Kandungan bahan semulajadi seperti Camelia Japonica Seed Oil tidak menyekat liang pori. Ia juga turut membaiki kulit yang rosak dengan baik. Manakala kandungan “Niacinamide” – memperbaiki tona kulit yang tidak rata, mencerahkan. Anda boleh menggunakannya pada waktu pagi sebelum make up dan pada malam sebelum tidur. Itulah rutin pemakaian krim pelembap husniey. Sebelum makeup ia akan buat kulit jadi lembap dan makeup lebih smooth.
Aqua whitening cream ini senang dibawa travel 🙂
Semasa di Seoul, Korea
Semasa bercuti di Korea Selatan tempoh hari, husniey memang ingatkan diri untuk bersedia bawa pelembap dan sebab ada terbaca juga tips untuk travel di luar negara ni penting juga kita apply moisturiser sebelum keluar. Suhu sejuk memang best tapi kulit kita bakal ‘shock’ dan meradang. Tuan suami husniey, kononnya ingat tak penting pakai moisturiser.. sekali dia mengalami perubahan kulit kering yang teruk juga. Gatal-gatal jadinya. Sehingga mengelupas. Nasiblah husniey memang bawa krim pelembap dari Hansaegee Nature ni, so bagi suami guna juga. Alhamdulillah cepat okay.
Lega sebab kenal dengan produk dari Korea ini yang semakin menempa nama. Kualitinya yang terbaik menggunakan bahan ekstrak semulajadi, kesannya pun positif. Semakin serasi. Banyak perubahan husniey alami. Repurchase? Yes ~
Image

Tips Routine Skin Care Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Glowing

Tips Routine Skin Care Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Glowing

(By Aidasue on 10th April 2019)

Hansaegee Aqua Whitening Cream dan S+ Recover Gold Nano CC Cream.

Hello semua. We know that Korean Skincare ni adalah antara terbaik di dalam dunia, so kali ini produk  terbaharu yang i akan review adalah dari Hansaegee Nature, iaitu pelembap ( water based) Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dan juga Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.

 Hansaegee Nature  Aqua Whitening Moisturizer Cream

Ini merupakan pelembap berasaskan air yang mempunyai efek “Water drop” yang memberikan kelembapan maksimum pada kulit dan terus rasa segar dan kulit tidak melekit selepas dipakai. Pelembap ni langsung tak tebal macam normal moisturizer yang kita pakai ya, so korang jangan expect pakai sikit je tau, sebab ini water based, untuk bagi maximum hydration to our skin.

Tektur

Ini adalah water based dan kalau korang boleh tengok tekstur yang I share kat bawah ni, boleh tengok ia tidak melekit & very light weight.

Antara benefit water based moisturizer ini:

* “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit.

*Memberikan efek kesegaran pada kulit dengan segera

*Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.

*Merawat kesan sunburn jika kulit terdedah kepada cahaya matahari.

*Mempunyai ekstrak herba supaya kulit dapat menyerap pelembap dengan lebih cepat dan berkesan.

*Whitening & Moisturizing effect plus formulated with Herbal extract which give deep penetrate within skin, normalize moisture level in the skin and make clearer & firmer skin.

Antara bahan yang terdapat di dalam produk:

Camellia Japonica Seed Oil: Non-comedogenic, tidak menyumbat liang pori wajah dan mengurangkan penghasilan jerawat. Ia juga membantu kulit pulih selepas sunburn ataupun kemerahan Membantu untuk ‘lock’ pelembap di dalam kulit kita.

Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) : Membantu memperbaiki tona kulit wajah supaya lebih sekata. Memebantu  mencerah, membersih dan menegangkan kulit. Mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.

Bahan lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Cara penggunaan

Selepas membersihkan kulit, sapukan toner dan diikuti dengan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream pada wajah anda. Calitkan pada dahi, kedua belah pipi, hidung & dahu dan urut lembut dalam keadaan membuat. Anda akan dapati ‘water drop’ akan terhasil sedikit demi sedikit dan tepuk lembut wajah anda.

Personal Review

So I memang suka pakai Aqua Whitening Cream ni and not only me, tapi my husband pun pakai sebab dia memang jaga kulit dia sebab kulit dia cepat kering. Usually lelaki tak suka pakai pelembap sebab ada yang bertekstur melekit dan tebal kan? We love it sebab ianya lightweight dan seolah-olah you pakai pelembap bertekstur air je kat muka you, rasa sangat refreshing!

Dan pada yang ada kulit kering dan selalu duduk dalam aircond, the Aqua Whitening Cream is suitable for you. I suka texture dia yang tak tebal, sesuai untuk yang suka water based moisturizer, non sticky and works wonder!

Ini kulit kita tanpa secalit makeup pun, hanya pakai pelembap je. Nampak fresh kan?

Selepas itu, anda boleh teruskan dengan pemakaian Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

First of all apa tu CC Cream? CC Cream adalah Colour Control Cream, jadi iaadalah krim siang yang semuanya ada di dalam satu dan ia lebih ke arah memperbetulkan dan seimbangkan tona kulit wajah kita.

Boleh lihat CC Cream ini berubah warna selepas disapukan pada kulit wajah kita. Nampak kan? ia akan berubah warna mengikut tona kulit kita dengan semulajadi.

Ia menjadikan kulit muka lebih glowing & fresh walaupun tanpa memakai solekan dan lebih cerah serta mampu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Selain itu juga disebabkan CC Cream ini dilengkapi dengan SPF 50++ so tak perlu risau lagi untuk pakai sunscreen sebab kira CC Cream ni dah dilengkapi dengan sunscreen sekali dah pun. CC Cream ini adalah bebas dari sumber haiwan , paraben – free , sulfate – free , dan alcohol-free, so tak perlu risau ya kalau korang berkulit sensitive! J

Ingredient utama produk:

*“Mineral Water” – Mengimbangi pH kulit kita dan meningkatkan keanjalan kulit.

*“Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – Efek anti bakteria dan mengurangkan masalah radang kulit.

*“Colloidal Gold” – Melambatkan penuaan dan mengurangkan kesan infrared dari cahaya dan mempunyai bahan anti oksidan.

Ingredient lain: Mineral Water, Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1, Colloidal Gold

Cara penggunaan

Cara  penggunaan S+ Recover Gold Nano CC Cream

Selepas membersihkan kulit, sapukan toner dan diikuti dengan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream pada wajah anda. Kemudian anda boleh memakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Caranya, calit sedikit CC Cream pada dahi, kedua belah pipi, hidung, dagu dan sapu rata pada keseluruh wajah sehingga ia menyamai tona kulit anda. Simple je kan? Kemudian boleh proceed dengan makeup, itu je.

Yang paling bestnya produk ini kalis air, dan mampu menjadi primer alat solek anda, boleh tengok gambar di bawah, warna eyeshadow pun Nampak lebih pigmented dan gelap kan?

itu juga CC Cream ni mempunyai special features seperti complexion control + brightening. Ia mampu membuatkan kulit nampak luminous dan glowing walaupun dalam masa yang sama ia melembapkan kulit. Selain itu juga ia ada emulsion powder so bila pakai tu tak nampak oily dan wajah nampak glow the whole day!

Personal Review

Currently lepas pakai skincare pagi-pagi I memang letak both products dan I personally suka CC Cream tu. Sebab kulit I sawo matang, so usually lepas pakai foundation & dan set kat kulit, tak berapa nak putih. So I memang suka efek putih kat kulit muka I, thus S+ Recover Gold Nano CC Cream sesuai untuk i. Dan pada yang ada kulit kering dan selalu duduk dalam aircond, the Aqua Whitening Cream is suitable for you. I suka texture dia yang tak tebal, sesuai untuk yang suka water based moisturizer, non sticky and works wonder!

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Beauty: Water Drop Based Korea Moisturizer – Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Beauty: Water Drop Based Korea Moisturizer – Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

(By Dayve Rampas on 26th Mar 2019)

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream is not an ordinary whitening cream because this water drop moisturizer has a magical hydrating effect as it gives my skin with ample of moisture without the sticky feeling. It comes like a wax but soon dissolved into water drop upon massaging it onto the skin. It has this cooling effect which I feel really refreshing. I have been using this for a few weeks now and I actually love how it leaves my skin with hydration and control the production of sebum. It does not leave my skin with that shiny look but rather a glass skin (a crystal clear, dewy, and baby-soft skin) especially when used with CC cream.

What is so special about this product? I know most of us would like to know the main ingredients in this product which differentiate this product from the others. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream contains Camellia Japonica Seed Oil which is also know as Tsubaki (Japan) and Dongbaek (Korea).

Here are some facts about Camellia Japonica Seed Oil which after searching over the Internet:

*Camellia Japonica seed oil has been used as traditional medicine to relieve stomach disorders, and as a tonic and inflammatory agent.

*It is used to nourish and soothe the skin and keep it resilient.

*It is anti-oxidant, anti-microbial, and anti-inflammatory properties which is perfect for dry skin as it quickly absorbed and leaves the skin with no greasy feeling.

*Camellia Japonica seed oil can be an interesting anti-wrinkle agent because it helps to strengthen the skin barrier and retain the skin elasticity.

*It helps smoothen out rough patches of the skin, and lock in the moisture.

*It promotes youthful and healthy skin.

*It is rich in Vitamin E which can stimulate blood flow to the skin and induce healing and the growth of new cells.

*Topical application on wounded skin can protect against infections and minimize the appearance of scars.

What I Say

I love using Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream because it really helps to repair and nourish my skin from within. This product has a gel-like cream which turns into a silky and powdery matte finish upon application. This non-oily and lightweight cream can replace primer which makes make-up lasts longer. What’s more? It does not lead to breakouts. It just makes my pores appear smaller, and reduce the appearance of fine lines.

         

Oh, I also noticed that my skin has become brighten up a bit and I do believe it’s because of this product contains Niacinamide (Vitamin B3) which functions as whitening agent. I noticed that it helps to improve uneven skin tone, and lighten up dark spots. Due to Herbal extract, this cream really soothes my skin and allow moisturizer to penetrate deep inside the skin.

Unlike other creams which I tried before, this one has a special technique of using it. Apply it onto cleansed face. Massage the cream until water drops formed. Once these water drops formed, gently pat the face so all the nutrients can be absorbed into the skin. Patting technique is fun especially when it involves patting the skin because this helps to stimulate blood flow, as opposed to rubbing it all over.

really love this product as its super water drop base moisturiser provide whole day moisture to my skin. I don’t have to do touch-up every hour. I just love my skin as this cream helps with my skin healing process. The price is also considered worth to invest as it really gives miracles to my skin. Frankly speaking, this is a non-comedogenic skincare product which does not clogged the pores, and contribute to breakouts. This is so perfect under hot weather and when in the air-conditioned workplace.

Image

Pelembap Muka Terbaik Memulihkan Kesan SunBurn Dan Kulit Sensitif

Pelembap Muka Terbaik Memulihkan Kesan SunBurn Dan Kulit Sensitif

(By Mrs Fara on 28th Feb 2019)

Assalamualaikum.. hi korang!
Pasti korang mempunyai pilihan pelembap kesukaan dari jenama yang popular di pasaran kan?
Biasanya korang cari pelembap yang macam mana? Sebelum tu, tahukah korang kepentingan
pelembap ini sebenarnya? Krim pelembap amat penting dalam rutin penjagaan kulit harian agar
kulit kekal lembap dan segar, terlindung dari sinaran UV serta kekal berkhasiat dengan nutrisi.
Ia juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan rekahan kulit.

Ok, tanpa membuang masa…. Produk pelembap atau moisturizer yang Fara nak share adalah
dari HANSAEGEE NATURE iaitu AQUA WHITENING CREAM. Aqua Whitening Cream
sememangnya jenama yang dikenali ramai dengan kepantasan krim pelembap yang berkesan
untuk melembapkan sekaligus memutihkan kulit. Untuk maklumat, produk ini adalah 100% dari
Korea.

Aqua Whitening Cream Bersifat Water Drop
Tekstur Aqua Whitening Cream bersifat WATER DROP , tidak melekit dan sesuai untuk
penggunaan harian. Cara guna pun sangat mudah. ambil sedikit cream kemudian sapukan
dimuka dengan gerakan membulat. Lakukan gerakan membulat sehingga keluar titisan air
kemudian dap dap muka hingga cream meresap kedalam kulit. Teknik betul meratakan Aqua
Whitening Cream :

Selain itu, Aqua Whitening Cream ni boleh dipakai pada waktu siang dan malam, malah boleh
juga dipakai sebelum memakai makeup. Makeup jadi lebih tahan lama dan nampak lebih
glowing. Memang multifunction produk ni! Berbaloi Fara beli.

Setelah di ‘apply’ beberapa saat ke muka, akan nampak seperti titisan-titisan air keluar.
Titisan-titisan air inilah berfungsi mengekalkan kelembapan muka kita sepanjang hari.
Memang cepat meresap ke wajah semasa apply. Rasa tidak melekit membuatkan Fara rasa
lebih selesa sepanjang pemakaian. Selalunya produk jenis pelembap ada rasa sedikit melekit
tapi Aqua Whitening Cream tidak melekit langsung.

Aqua Whitening Cream Terbaik memulihkan kesan
Sun Burn dan kulit sensitif
Disebabkan Fara kerap berjemur di pantai, Kulit Fara mudah kena sun burn dan akan
menyebabkan berlakunya kemerahan dengan cepat. Bila terjadi sun burn mulalah timbul
masalah lain seperti kering dan mengelupas. Nak baik memang ambil masa yang lama. Terasa
gatal dan mengelupas di bahagian pipi membuatkan rasa tidak selesa apatah lagi bila nak pakai
makeup jadi kurang glowing.


Bahan yang ada pada Aqua Whitening Cream seperti Camellia Japonica Seed Oil dan
Niacinamide yang terkandung dalam produk sangat bagus untuk meningkatkan ketahanan kulit
daripada sebarang kerosakan alam sekitar, sekaligus menjadikan kulit kita kelihatan bercahaya,
sihat dan muda.

Untuk kulit yang terdedah pada sinar matahari, Aqua Whitening Cream ini sesuai untuk Fara
kerana ianya mengembalikan keseimbangan kulit agar kekal terhidrat. Aqua Whitening Cream
ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan. Aqua Whitening Cream
dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal. Ianya juga dapat
melindungi kulit wajah kita dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi lebih sekata.
Alhamdulillah agak serasi dengan Fara.

Bahan Utama Aqua Whitening Cream
1. Camellia Japonica Seed Oil
Pada ketika dahulu Camellia Japonica Seed Oil digunakan sebagai pelembap, hal itu
disebabkan kerana camellia oil mengandung kandungan omega 3, 6, dan 9 yang tinggi
sehingga baik untuk menjaga keanjalan dan kelembapan kulit. Di sisi lain camellia oil juga lebih

mudah menyerap di kulit seperti air. Selain itu camellia oil juga bagus untuk mengatasi
keradangan muka seperti jerawat, kulit kering, mengatasi garis-garis halus, kesan sunburn dan
masalah kulit yang lain. Jadi, tak mustahillah mengapa Aqua Whitening Cream ni cepat
meresap ke wajah sebab menggunakan Camellia Japonica Seed Oil.

2. Niacinamide
Niacinamide merupakan salah satu bentuk dari vitamin B3 yang mana ianya sangat bagus
untuk mengekalkan kelembapan wajah. Niacinamide sering dimanfaatkan sebagai bahan aktif
untuk produk perawatan wajah. Fungsinya sangat banyak, yakni:

*Meningkatkan kelembaban

*Mencerahkan wajah

*Menghilangkan bintik hitam di wajah

*Mengawal lebihan minyak di wajah

*Mengatasi masalah jerawat

*Mencegah tanda-tanda penuaan

Untuk Matlumat Lanjut :
Alhamdulillah, Aqua Whitening Cream serasi dengan kulit muka Fara. Suka bila ianya dapat
mengekalkan kelembapan wajah disamping sekaligus merawat masalah sunburn, tona tak
sekata, dan jerawat yang Fara hadapi. Oh ya, produk ini merupakan 100% dari Korea so hanya
boleh didapati di website HANSAEGEE NATURE sahaja ya.

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Pelembab Muka Yang Bagus ~ Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Pelembab Muka Yang Bagus ~ Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

(By Suraya Sulatin on 15th Feb 2019)

Assalamualaikum..
Bila dah tuweeeee ni, I memang kena pastikan kulit muka always hydrated sebab bila kulit kita kering, tu yang makin banyak kedut-kedut keluar and lagi la nampak kulit tak sihat and at the same time nampak lebih berusia dari usia sebenar. Nak keep skin hydrated sebenarnya ada banyak cara. Kena pastikan minum air kosong yang banyak, makan buah-buah, makan veggies and all, takes vitamin, rehat and tidur kena cukup and pakai moisturizer cream yang bagus. Macam dekat Malaysia ni kan sentiasa panas? Lepas tu kalau duduk dalam office, aircond pon boleh buat kulit kering jugak tau? Sebab tu penting sangat sangat untuk keep our skin hydrated. Macam I sekarang dah jumpa satu product bernama Aqua Whitening Cream from Hansaegee Nature. It’s Korean punya product tapi dah lama dah ada dekat Malaysia. Besssstnyaaaaa krim ni. Kenapa la lambat sangat jumpa krim ni. Cis! I masa pakai first time terus jatuh cinta. Haritu masa balik kampung, I bedal kehulu-kehilir naik motor tengah panas rembang, rasa macam mencucuk-cucuk panas sampai ke kulit dalam. I pulak memang jenis senang nak sun-burn. Main Netball 15 minutes tengah panas pon kulit dah macam nak terbakar. I memang paling skeptical dengan any brand Moisturizer Cream sebab I tau kulit I jenis super dry include T Zone tu… Walaupon muka I takde masalah acne, pigmentation and all, tapi silap sikit pon, kulit I cepat kering. Kulit kering ni lah buat kita nampak tua tau? Macam I kalau cuci muka beria and buat scrub pon sometimes rasa kering dia tu sampai effect merekah-rekah la especially lepas buat facial and buang segala-mala white head/black head. Tu yang I malas tu, but with Aqua Whitening Cream from Hansaegee Nature ni, dah takde masalah dah. Krim ni langsung takde rasa melekit-lekit. Tu yang best tu. Lepas pakai kan, sejuuuuuuuk je rasa muka. Fresh sangat!
My very best friend now. Can’t live without this Aqua Whitening Cream from Hansaegee Nature

Krim ni supper moist. Untuk sesapa yang ada masalah kulit kering macam I or nak hilangkan kesan merah-merah terbakar sebab sun-burn memang paling bagus pakai krim ni. Cara nak pakai senang je. Ambik la krim tu sikit dengan jari, letak pada muka. Lepas tu massage slowly and do ‘patting’. Tepuk-tepuk manja dekat muka so that krim tu akan absorb masuk dalam kulit. Nanti kan, immediately after a few massage nkorang akan nampak macam ada water drop dekat kulit, punyalah moist. Bila korang pakai krim ni, it will keep kita punya muka lembap sampai whole day. Pakai lepas cuci muka. Malam, korang pakai double amount from siang. Nanti esok pagi rasa fresh sangat. Let say kulit korang jenis berminyak, takde masalah. Pon boleh pakai sebab texture krim ni ialah ‘air’ dan bukan ‘minyak’. So takde masalah. Rasa lekit-lekit macam typical krim lain tu memang takde langsung so rasa lebih selesa. One more I perasan, sejak I pakai krim ni, memang kulit terasa lebih firm. Best sangat sebab niat nak lembapkan kulit lepas tu package dapat kulit yang lebih firm pulak. I pon baca la ingredient apa yang ada dalam krim ni buat muka I lebih firm, rupanya dalam dia ada Niacinamide. Niacinamide ni memang bagus untuk mencerahkan dan firm kan kulit. Baaaagus!
All skin type boleh pakai tau? Oily ke, dry ke, combination skin ke semua boleh pakai. If sesapa yang dalam usaha nak repair skin sebab salah pakai product ke, terbakar kulit etc pon boleh pakai Aqua Whitening Cream from Hansaegee Nature ni.
Texture dia very light. One more, krim ni takkan sumbatkan pori-pori kulit kita. Macam I kan? Kekadang krim yang duluuuu I pernah pakai, walaupon rasa macam kulit bersih tapi bila sesekali buat facial nah kau, memang nampak la pori-pori kulit tersumbat. Tak sihat OK kalau pori-pori tersumbat. Macam mana kulit nak bernapas?
 
Cuaca dekat Malaysia ni panas, memang kena pakai pelembap tau? Walaupon kerja dalam aircond, kita rasa macam tak kena panas, takyah beria pakai pelembap. Salah sangat tu. Aircond pon boleh buat kulit kering tau? Krim ni mengandungi “Camellia Japonica Seed Oil”. Kalau nak tau more, korang boleh Google sendiri tapi I share sikit apa khasiat dan kehebatan Camellia Japonica Seed Oil ni sebab tau bukan semua rajin macam I hahahaha. It contain Vit A, B and E which is melindungi kulit dari pigmentation and kering. Non-comedogenic – so orang kulit sensitive pon boleh pakai serta mengelak jerawat dari tumbuh and most important, bahan paling bagus untuk melembapkan kulit sehingga kelapisan kulit yang paling dalam. Amacam, best kan?
Boleh nampak dekat sini, krim ni memang light. Korang boleh try pakai dengan tangan macam ni. Immediate rasa soothing tau? Sejukkkk je.
Ok close up sikit. One more, I nak share. Krim ni jugak mengandungi Niacinamide. Apa kelebihan Niacinamide ni? Niacinamide ni mengandungi Vitamin B3 yang boleh mengawal kesan penuaan, mengurangkan garis halus serta memperbaiki permukaan kulit yang lemah.
Lepas a few second I massage krim ni dekat kulit, terus nampak butir-butir air dipermukaan kulit. Krim ni melembap kulit secara mendalam tau? Terasa lembap kulit and sejuk je.
Let’s zoom in sikit Aqua Whitening Cream punya texture. As korang boleh tengok, the texture memang langsung tak melekit.
And a few second after kita sentuh this cream, clearly we can see a water drop dekat finger kan? So this cream memang watery and sangat moisture
Thank you for keep my skin moist
Image

TIPS HILANGKAN SUNBURN DENGAN CEPAT

TIPS HILANGKAN SUNBURN DENGAN CEPAT

(By Shehan on 21st Dec 2018)

Kalau korang baca blog Mommy sebelum ini, Mommy ada cerita yang Mommy travel ke Hatyai selama 3 hari 2 malam. Dan cuaca di sana, harap maklumlah.. memang panas!

Jadi.. tak sah kalau tak kena sunburn kan? Sunburn berlaku jika kita terdedah kepada matahari lebih daripada 30 minit. Bayangkanlah Mommy memang terdedah dengan panas matahari terutamanya di Samila Beach, Songkhla tu berjam lamanya.

Itu Mommy yang memang sah-sah pakai Sunscreen pun, terkena juga sunburn. Yang tak pakai apa-apa? Haaaa..

Kalau dah namanya travel di Thailand ini, memang tak dapat la nak elak cuaca panas kan? Jangan risau, Mommy ada tips mudah untuk hilangkan sunburn ini.

TIPS MUDAH HILANGKAN SUNBURN

Antara tips yang biasa kita dengar antaranya ialah sapu gel daun lidah buaya (aloevera) untuk hilangkan rasa perit pada kulit. Selain itu, timun juga boleh digunakan untuk menyejukkan kulit dan mengurangkan radang kulit kesan terbakar itu.

Untuk sunburn yang masih baru, boleh gunakan juga ais untuk redakan kemerahan dan membantu lembapkan kulit.

Rajin ke? Ok kalau tak nak buat cara-cara tradisional tu, nah Mommy kongsi tips paling mudah..

HILANGKAN SUNBURN DENGAN AQUA WHITENING CREAM BY HANSAEGEE NATURE

Selain penggunaan sunscreen sebagai pelindung segera, Mommy sarankan korang turut guna Aqua Whitening Cream secara konsisten untuk menghilangkan kesan sunburn ini. Kandungan utama produk ini iaitu Camellia Japonica Seed Oil membantu melembapkan kulit, mencerahkan dan merawat kulit kemerahan dan kesan terbakar / sunburn. Malah, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bagus kan?

Mommy pernah reviu pengalaman Mommy menggunakan Aqua Whitening Cream di Jepun baru-baru ini dalam entri ini

Pelembap ini adalah antara pelembap terbaru yang Mommy cuba. Selepas sebulan lebih menggunakannya, Mommy betul-betul jatuh cinta.

Dengan tekstur yang ringan, tidak melekit, Mommy konsisten menggunakannya setiap hari. Yang paling unik, setiap kali Mommy sapu ke wajah, akan terhasil titisan air di wajah. Hasil titisan yang hadir itulah membantu kulit kita sentiasa lembap.

CARA GUNA AQUA WHITENING CREAM

Mommy akan sapukan ke seluruh wajah Mommy sejurus selepas menggunakan Aloe AC Bubble Cleanser. Kombinasi 2 produk ini memang sesuai untuk kulit Mommy.

Untuk produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi, selamat dan berasal dari Korea, Mommy sarankan untuk cuba produk Hansaegee Nature ini.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream | Repair Redness & Sun Burn Damaged Skin.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream | Repair Redness & Sun Burn Damaged Skin.

(By Sally Samsaiman on 22th Nov 2018)

Rawatan untuk sunburn, tona kulit tidak sekata | Hey, #KakakKimchi bersiaran lagi dengan produk kecantikkan daripada Korea..hahaha…iye, #KakakKimchi korang kalau ada benda daripada Korea kena share!

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream bukannya produk baru yang ada dipasaran…tapi Sally baru je jumpa…Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap. Ianya juga boleh membantu merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah sbb panas matahari. Kalau korang nak tau, istimewanya krim ni sebab dia boleh berubah jadi titisan air! So, ianya sangat melembapkan dan sesuai la untuk kulit kering juga..Hehehe…excited kan dengar?

Jenis: Memutihkan dan Melembap
Kegunaan: Muka & Leher
Tekstur: Krim yang berasaskan titisan air (Milky Gel)
Saiz, kapasiti: 50ml (65 × 65 × 55 mm)

Aqua Whitening Cream ni diformulasi dengan ekstrak herba yg boleh menembusi lapisan kulit dan membaikpulih kulit. Pasal tu kalau korang sunburn mmg krim ni terbaik pakai. Antara kandungan yang ada dalam krim ini:

↪ Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat…Ianya juga membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn dan yang penting sekali ianya boleh menyimpan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang paling bawah.

↪ Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membantu memperbaiki tona kulit..Disamping mencerah, membersih dan menegangkan kulit…Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.

↪ Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Cara nak gunakan pun mudah sangat…lepas kita bersihakan muka, gunakan toner kalau korang jenis guna laa…lepas tu sapukan Aqua Whitening Cream dekat muka dan leher…Cara yang betul nak gunakan krim ini ialah lepas kita oleskan krim tu kat muka, kita perlu “menepuk” muka perlahan-lahan dengan tangan, sampai titisan air akan muncul, macam dalam gambar tuuu…

Krim ni sangat lembap, walaupun dia jadi titisan air pada muka, lepas kita sapu rata akan mudah diserap ke dalam kulit. Lepas pakai akan rasa berangin sikit tapi bukan berangin macam menthol tu cuma rasa soothing effect yang melegakan…Sebiji rasa macam kita “splash” air kat muka…haaa…macam tu la dia punya definasi..hahahaha

Kalau jenis kulit kering, tak kisah la sebab terdedah kepada matahari atau duduk dalam penghawa dingin dalam masa yang lama, boleh gunakan krim ini secara kerap tapi guna nipis jela tak perlu guna terlalu banyak. Korang akan rasa kulit lembap dan selesa sebab krim ini tidak berminyak. Boleg guna pagi atau malam, takde masalah.


Sally suka guna krim ni, buat masa ni kalau keluar ke memang Sally guna sebab bila kena panas matahari tak rasa terik sangat kulit muka. Selain daripada tekstur dia yang jadikan muka rasa lembap, sejuk dan takde rasa radang, suka tekstur dia yang tak berminyak walaupun dia krim.

Kalau korang mencari produk yang sesuai dengan semua jenis kulit, tak merengsakan kulit, melembapkan dan dalam masa yang sama memberi efek pemutihan dan sekatakan tona kulit muka, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream memang pilihan yang tepat dan terbaik.

 

🍁Company name: Hansaegee Nature
                              🍁 Product : https://hansaegee.com/shop/skin-care.html