Image

TIPS MEMBAIKI KULIT SUNBURN DAN KUSAM | AQUA WHITENING CREAM

TIPS MEMBAIKI KULIT SUNBURN DAN KUSAM | AQUA WHITENING CREAM

(By El darwena on 02nd April 2019)

Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama akan menyebabkan sunburn di mana ia akan meningkatkan risiko kerosakan kulit dan penyakit tertentu. Sunburn atau kulit terbakar biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada sinaran matahari (radiasi ultraviolet) dalam tempoh yang panjang ketika melakukan aktiviti luar seperti bersukan, berkayak dan aktiviti-aktiviti lain tanpa penggunaan pelindung kulit.

Seriously, El adalah antara mereka yang terdedah dengan cahaya matahari. Kulit El teruk terkena sunburn dan kusam. Ini kerana setiap hari minggu persekolahan during lunch time, El akan keluar untuk mengambil anak sekolah dengan menaiki motorsikal. Sudah tentunya masa tu cahaya matahari mencanak.
Dahlah kulit El memang gelap, bertambah gelaplah bila terkena cahaya matahari. Mana cukup cover muka dengan mask. El kena juga protect my skin dari terkena sunburn. Kulit boleh jadi rosak juga bila terkena sunburn.
AQUA WHITENING CREAM
So sejak bulan lepas, El terbaca ramai kawan-kawan El menggunakan sejenis krim dari Korea. Produk yang El nak share dengan korang ini ialah AQUA WHITENING CREAM. Produk ini adalah keluaran Hansaegee Nature. Untuk pengetahuan korang, Hansaegee Nature merupakan jenama dari Korea, bahan-bahan yang digunakan untuk produk mereka semestinya berkualiti dan 100% original skincare produk yang sah digunakan.

“Aqua Whitening Cream”. Ia adalah Pelembap. Ia Membaiki SunBurn & Redness (Kulit rosak) dengan baik. Menyegarkan kulit – Kulit akan berasa sejuk dan lembut. Bahan-bahan pelembap berubah menjadi bentuk Water Drop dengan serta-merta, memberi kesan kelembapan yang tinggi kepada kulit sepanjang hari. Kawalan lebihan minyak / sebum.

Menurut laman web Hansaegee Nature, krim pelembap ni berfungsi untuk merawat sunburn dan redness pada kulit. Selain itu, dinyatakan jugak yang moisturizer ni fast-absorbing, refreshing dan tidak melekit. Sesuai untuk cuaca  di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Moisturizer ini juga dinyatakan sesuai untuk semua jenis kulit.
Oleh kerana ekstrak Herbal, ia melegakan kulit, dan meningkatkan pelembab menembusi jauh ke dalam kulit. Mengekalkan kelembapan untuk membentuk kulit yang kukuh.
Fungsi Whitening & Hydrating
 
Ia mempunyai fungsi pemutihan kulit pada masa yang sama menghidrat kulit anda. Bersih & jelas dan menyegarkan kulit sepanjang hari. Ia mengandungi Niacinamide sebagai agen pemutihan, memperbaiki nada kulit yang tidak sekata, dan mampu membersihkan & membuat kulit menjadi terang, menenangkan kulit sensitif, dan kulit yang kukuh.

Kandungan
Krim ini mengandungi bahan semulajadi antaranya:
↪ Camellia Japonica Seed Oil
 
Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat. Ianya juga membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn dan yang penting sekali ianya boleh menyimpan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang paling bawah.
↪ Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
 
Membantu memperbaiki tona kulit. Disamping mencerah, membersih dan menegangkan kulit.Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.
[Bahan utama]
 
Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica, Ekstrak Cnidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia, Ekstrak Root Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan sebagainya.

Cara Penggunaan
 
1. Selepas bersihkan muka, ambil krim dengan jumlah yang sama untuk setiap area muka dan leher.
2. Urut perlahan secara bulatan sehingga dia mengeluarkan bentuk titisan air dalam beberapa saat.
3. Dap dapkan sahaja titisan air itu ke seluruh muka sehingga pelembap sepenuhnya diserap ke dalam kulit.

Testimonial
 
El dah 2 minggu lebih pakai krim ni. El sangat teruja bila titisan air keluar selepas diurut2 sekitar muka kita. Memang sesuai dengan kulit El dan rasa protect gila bila terdedah dengan cahaya matahari. Produk ni bukan sahaja melembap, malah dapat merawat kulit wajah. Titisan air yang keluar tu la yang dapat menyegarkan dan melembapkan kulit kita sebab ia serap terus ke dalam kulit.

Korang tengok sebelum dan selepas penggunaan Aqua Whitening Cream ini, muka El yang dulu tak bermaya, kusam kini tiada lagi setelah mengguna krim dari Hansaegee Nature ni. Kini El tidak lagi risau kalau terdedah dengan cahaya matahari dan kulit El sentiasa lembap dan bermaya yeah!!

Kemudian El juga apply krim ini sebelum memakai solek, ia menjadikan solekan tahan lama, nampak sekata dan kulit lembap sepanjang hari

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

KULIT SIHAT DAN BERMAYA, RUTIN MAKEUP HARIAN MENJADI MUDAH DENGAN PRODUK HANSAEGEE NATURE

KULIT SIHAT DAN BERMAYA, RUTIN MAKEUP HARIAN MENJADI MUDAH DENGAN PRODUK HANSAEGEE NATURE

(By Nadia Johari on 15th May 2019)

hai assalammualaikum

Kulit Sihat Dan Bermaya, Rutin Makeup Harian Menjadi Mudah Dengan Produk Hansaegee Nature

Kulit Sihat Dan Bermaya, Rutin Makeup Harian Menjadi Mudah Dengan Produk Hansaegee Nature – Wah, tak sangka dah empat bulan nad pakai dua produk dari Hansaegee Nature ni iaitu Aqua Whitening Cream dan CC Cream. Banyak dah nad kongsi berkenaan dua produk ni sebelum ni dekat blog. Korang taip je Hansaegee Nature dekat bahagian search, nanti jumpa la semua yang nad cerita berkenaan produk dan perubahan yang nad alami. Sampai kawan dengan adik cakap, ” muka nampak elok je, apa kau pakai “..hehehe..(malu kitew tau)..Dua produk ni, memang nad pakai setiap hari dan tak pernah miss untuk pakai.Sejak nad pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream ni, kulit makin sihat dan bermaya, malah rutin makeup harian menjadi mudah.

 

Jarang nad kekal lama dengan sesuatu produk, tapi produk Hansaegee Nature ni nad suka sangat, sebab ia sesuai dengan kulit nad dan nad takda masalah kulit breakout, takde rasa pedih ke apa bila pakai dua produk ni. Malah ia buat muka jadi smooth, nak bersiap pun cepat. Lagi nad suka, ia tidak melekit dan tidak berminyak. Jatuh cinta sangat sebab dua produk ni memang kombinasi yang sempurna untuk kulit muka.

Nampak tak, Aqua Whitening Cream nad satu botol dah habis..hahaa. sebab nad pakai setiap hari pada waktu siang dan malam.

 

Suka dengan sifatnya yang “waterdrops”..Bila sapu je dekat muka, nampak titisan air keluar, rasa seronok je. Terus dap,dap, rasa segar muka. Liang pori pun dah kurang.

CC Cream tu pula dah penyek botol dia..hahaha..Tu sebab setiap kali nak keluar nad mesti guna. Kadang-kadang, nad guna juga CC Cream tu waktu siang walau tak keluar rumah sebab suka tengok muka dalam keadaan glowing dan berseri gitu. Bestnya CC Cream ni mempunyai satu kod sahaja, yang memang sesuai untuksemua jenis kulit tak kira cerah atau gelap. Sebab ia akan berubah kepada skin tone kita, jadi tak peningla kan nak pilih code apa..haahha..

 

Dua produk ni memang memudahkan rutin harian skincare dengan makeup ya bagi mak-mak seperti nad ni. Nampak je duduk rumah, tapi penuh dengan jadual yang sibuk. Masa tu sangat penting, lambat sikit je rasa rugi giler..Walaupun surirumah sepenuh masa, tetap nak nampak cantik juga kan.

Hanya sapu sahaja Aqua Whitening Cream dengan CC Cream dah cantik. Memang selesa pakai dua produk ni, muka takdela nampak kusam, malah nampak natural.

 

( akan letak video haritu)

Bila keluar, lagila wajib pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream. Anak nak kacau maknya bersiap, takde masalah, mommy tetap nak nampak cantik. Pakai dua produk ni, takdela kelam kabut, atau lama bersiap. Bersiap pun dengan tenang je..hahaha..So, rutin harian makeup nad, nad hanya guna Aqua Whitening Cream, CC Cream, gincu, eyeliner dan blusher sikit. .Ni kalau nad malas pakai foundation atau

taknak makeup heavy. Memang simple je, tapi hasilnya kebabomm…hahaha. Muka pun nampak natural dan segar je. Ia meratakan tona wajah yang tak sekata. Rasa ringan je muka, macam tak pakai apa-apa..

Kalau nad nak pakai heavy makeup, macam bubuh foundation, bubuh eyeshadow, nad tetap pakai dua produk ni. Ia boleh jadi sebagai makeup base yang membuatkan makeup jadi lebih cantik, lebih pigmented dan tahan lama. Muka pun tak bercapuk walaupun dari siang sampai ke malam. Muka jadi glowing bersinar-sinar gitu.

Bila cuaca panas pun tak risau sebab nad pakai dua produk ni yang membantu kulit muka nad daripada sinaran UV. Cuaca panas boleh buatkan kulit kering dan rosak, sebab tu nad pakai pelembap  untuk kekal moist dan elakkan sunburn di muka, tak lupa pakai CC Cream Hansaegee Nature ni kerana ia mempunyai SPF 50 bila nak keluar. Kalau boleh muka nak sentiasa nampak awet muda je sebab ia anti wrinkles..hehehe..

Memang sekarang ni, dua produk ni la peneman setia nad, penyelamat nad untuk nampak cantik, jadikan kulit sihat dan bermaya. Pergi mana-mana je, mesti usung sekali dua produk ni, yela kadang dah keluar seharian, nak cuci muka, nak solat semua tu, lepas tu nak makeup semula. Nak bawak barnag lain dah banyak, jadi dua produk ni je banyak membantu life nad betul. Saiz takdela besar mana, ringan je pun, memang takkan memberatkan beg. Lagipun kalau nak pakai hanya guna jari sahaja.

Hah macam mana, teruja tak tengok nad pakai dua produk ni sahaja. Ingat surirumah ni tak nak nampak cantik ke, mestilah nak..hahaa. Yang bekerja dekat luar, dalam pejabat tu lagilah wajib ada dua produk ni, tak kira perempuan atau lelaki ok. Mana nak dapakan dua produk ni, hah bawah ni nad dah bagi details. Beli online ok..takda dijual di mana-mana kedai..Beli oii, beliii….Nad pun nak beli CC Cream…

 🍁Company name: Hansaegee Nature

KULIT MUKA DAH TAK MENGELUPAS SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE

KULIT MUKA DAH TAK MENGELUPAS SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE

(By Diana Rashid on 07th Mar 2019)

Hye Semua..

Sejak sebulan lepas cuaca di negara kita ni bukan main panas sampai bagi kesan juga pada kulit muka ni. Muka cepat kusam dan kering.  Bila pakai makeup atau bedak jelas nampak kulit muka mengelupas terutamanya dibahagian dahi dan hidung.

Solekan jadi tak cantik dan tak sekata.

Saya jadi malas nak keluar rumah bila kulit dalam keadaan macam ni. Tapi nasib saya baik sebab saya jumpa satu produk yang diperkenalkan rakan-rakan blogger iaitu Hansaegee Nature : Aqua Whitening Cream. 

Mula-mula baca review dari blogger lain rasa risau nak guna takut tak sesuai dengan kulit Tapi bila dah cuba beberapa hari terus jatuh cinta.

Aqua Whitening Cream 

Cream ni bukan cream yang berminyak macam cream biasa.  Cream ni ringan je. sekali tengok macam gam tepung ubi pun ada. Hahahah..

Part  yang best nya : Korang ambik sikit dan sapu pada belakang tapak tangan. Gosok sikit je dan lepas tu  keluar titisan air pada kulit kita. Itu lah yang buat kulit kita sentiasa lembab. saya jadi macam jakun sekejap sebab tak pernah guna cream yang macam ni weh!!!

Cream ni tak berminyak .Sebab tu bila kita pakai tak de jerawat atau kulit mengelupas. Tak de gatal-gatal atau rasa panas pada kulit. Semua jenis kulit boleh pakai cream ni

Musim panas macam ni bila sapu je Aqua  Whitening Cream pada kulit , rasa sejuk nyaman je. Selesa sangat..

Kelebihan Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni sebenarnya bukan sahaja sebagai pemutih tapi yang best nya ianya juga melembab kan kulit.  Kiranya macam Moisturizer la jugak..

Ianya  memperbaiki lapisan kulit kering pada wajah saya. Sekarang ni kulit wajah jadi lembab dan cantik. Hari-hari nak tengok muka sendiri kat cermin. Heheheh..

Selain cream yang tidak melekit dan tidak berminyak ianya juga cepat meresap ke dalam kulit. Cream ni meningkat kan kelembapan pada kulit saya.

Bila kulit kita lembab kulit juga akan terhindar dari masalah penuaan dan garis halus pada bahagian tepi mata dahi dan mulut terutamanya

Kandungan Aqua Whitening Cream

Apa yang membuatkan cream ni sangat bagus untuk melembab dan mencerah kan kulit sudah tentu lah kerana kandungan bahan yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream ni.

Tengok kandungan nya di bahagian kotak cream ni banyak betul bahan-bahan nya.Setiap bahan tu ada fungsinya sendiri.

Ada satu bahan dalam Aqua Whitening Cream ni yang dikenali sebagai Minyak Benih Camellia Japonica . Minyak ini boleh menyerap jauh ke dalam kulit. Fungsinya ialah :-

• tidak membuatkan pori kulit tersumbat, dan tidak menyebabkan jerawat
• memulihkan kulit kering & Sun Burn
• Mengekalkan kelembapan  jauh ke dalam kulit

Cara menggunakan Aqua Whitening Cream

Saya gunakan Aqua Whitening Cream setiap hari dan setiap masa. Setiap kali lepas solat muka pun masih bersih, keringkan dulu wajah dan kemudian saya apply cream ni. Oleh sebab ianya tak melekit dan buat wajah selesa saya tak de masalah nak gunakan cream ni sepanjang hari.

Calit sikit cream dan letak dekat dahi pipi dagu dan hidung. Kemudian saya ratakan keseluruh wajah. Bila dah rata tepuk-tepuk sikit muka tu.

Masa kita tepuk-tepuk tu la titisan air akan muncul pada kulit kita. Jangan lap pulak air tu.Biarkan saja pada wajah kita.

Pertama kali guna cream ni langsung tak de rasa gatal-gatal atau panas. Tak de bintik-bintik pada muka. Sangat selesa walaupun kita apply makeup selepas guna cream ni.

Makeup jadi cantik dan tak ganggu solekan kita. Saya memang recommend kan korang try produk ni sebab korang tak kan menyesal. Berbaloi dengan harga, Produk Korea ni weh!! Dah ramai yang review cakap best.

Image

Hansaegee Nature | Mudahnya Pembelian Produk Kecantikan di Hansaegee.Com !

Hansaegee Nature | Mudahnya Pembelian Produk Kecantikan di Hansaegee.Com !

(By Qaseh Dalia on 30th Jan 2019)

Assalamualaikum
Holla gais ~ korang lebih suka shopping secara online atau pun memang wajib kena pergi kat kedai , mall dan sebagainya ? Bagi aku , memang aku pilih shopping secara online sekarang sebab nya aku cepat letih nak berjalan haha , dah tua gini lah yooo . Bila shopping online sambil goyang kaki pun boleh dapatkan barang apa yang kita nak , lebih-lebih lagi produk dari Korea .

Paling suka shopping online adalah kosmetik lah uols , nampak tak ~ perempuan biaserlerrr ! Para suami jangan terkejut jika posmen asyik datang je di rumah korang haha , so sebenarnya hari ni aku nak share tentang CC Cream Hansaegee Nature , korang dah sedia maklum aku dah pernah review di 2 entry sebelum ni
Kali ni aku nak share lagi secara ringkas tentang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni sebab ia memang best , produk ni antara produk yang popular di web Hansaegee Nature tau, boleh di katakan ‘pisang panas laku teruk’ selama bertahun-tahun , then pada tahun 2016 Hansaegee melancarkan produk Aqua Whitening Cream dan di ikuti oleh satu produk lagi Aloe Ac Bubble Cleanser pada pada tahun 2018 , memang berbaloi aku cuba sendiri  .. Oh ye aku baru perasan CC Cream ni dah tukar packaging baru , lagi cantik dan nampak eklusif gais . Hurm ni yang rasa nak beli lagi !
Selain produk yang aku mention tu , banyak lagi produk yang ada di Hansaegee Nature seperti dalam penjagaan mata , mask muka dan lain-lain lagi.

Okay lets go ! Now aku nak ajar step by step cara nak order di laman web Hansaegee Nature , aku nak pilih CC Cream lagi ~ okay anak-anak sila bukak laptop masing2 ! :p . Aku suka laman web Hansaegee Nature ni sebab ia mesra pelanggan , bukak je web dia , segala benda ada , details , review dan testimoni . So korang tak perlu pun nak google review orang lain , sebab semua dah tersedia di situ.

*Step 1 – Korang buka laman web http://www.hansaegee.com dan wajib create account , kalau korang tak daftar , nanti susah lah nak track order haaa tak pasal-pasal gelabah nanti

*Step 2 – Dah siap create acc , korang akan dapat 50 point , kemudian boleh lah pilih produk apa yang korang nak , macam aku , aku nak repeat order CC Cream so just click di product dan click CC Cream lepas tu add to cart je haaa , senang banget !

*Step 3 , time to checkout ! Dah puas hati semua , tekan je checkout then click next lepas tu isi details alamat korang dan contact no .Untuk pengeposan korang boleh pilih 2 servis pos samaada nak menggunakan khidmat Pos Laju atau pun Gdex.

*Step 4  , buat pembayaran . Untuk pembayaran , korang boleh pilih samaada nak bayar secara online banking (ipay88) ataupun bank transfer , details acc Hansaegee Nature dan tersedia di web.

Lastly , setel ! Tunggu je barang korang sampai di rumah okay , korang boleh jugak semak produk korang di bahagian order di ‘my account’.

One more thing yang aku suka tentang website Hansaegee Nature ni , mana-mana produk yang ada dalam website , semua nya sangat details tentang description , tentang texture produk , cara menggunakan dan juga review dari pengguna , by that tak perlu nak google review dari pengguna lain , siap ada video tutorial juga ..

Then aku tertarik betul dengan  dengan Aqua Whitening Cream –> https://hansaegee.com/shop/skin-care/aqua-whitening-cream.html ,  katanya moisturizer ni mengeluarkan titisan air , tengok texture pun menarik , baca review dari pengguna lain pun bersetuju Aqua Whitening Cream ni best !

FREE GIFT !

Sampai-sampai je produk , korang akan dapat hadiah comel ni ha , so setiap pembelian korang akan dapat set free gift , ni adalah new packaging untuk CC Cream , tekstur still sama cuma di upgrade kepada 50 ml  dan spf 50 PA+++ dan packaging yang lebih kemas .
Aku suka kemasan di laman web Hansaegee Nature ni sebab senang nak pilih dan nak tengok details tentang sesuatu produk , ada kategori untuk produk popular , kategori recommended produk dan juga produk yang baru di lancarkan

Kelebihan Shopping di Laman Web Hansaegee Nature
Banyak kelebihan yang korang peroleh , part paling aku suka adalah reward point , bila sign up je korang automatik akan dapat 50 point , dan setiap pembelian pun ada point-point yang akan di berikan . So point tu boleh di gunakan untuk beli produk di Hansaegee Nature.

Di ingatkan pada korang , semua produk Hansaegee Nature hanya di jual melalui laman web www.hansaegee.com sahaja , tiada di jual di laman web shopping yang lain atau pun kedai-kedai offline. If ada , maknanya yang FAKE la tu .
So far , laman web Hansaegee Nature ni sangat-sangat memudahkan dan yang paling penting segala pembungkusan dan servis penghantaran sangat okay , laju dan terbaik ! If korang ada masalah apa-apa pun boleh terus direct di web , whatsapp dan juga email.
 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Make up Harian lebih Mudah dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Make up Harian lebih Mudah dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

(By Munirah Izzan on 25th Jan 2019)

Make up Harian lebih Mudah dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature | Bulan Januari 2019 adalah bulan yang betul-betul mencabar buat me. Nak kena uruskan tiga orang anak masuk sekolah. Along masuk Tahun 1, Angah Pra-sekolah (ni tak risau sangat sebab last year pun dia dah mula kat situ) dan Addeena masuk sekolah tadika.
Tiap-tiap pagi adalah satu perjuangan buat me. Haha. Memang haru biru jadinya. Sorang nak ni, sorang nak tu. Taknak ni, taknak tu.
Dengan kita lagi terkejar-kejar nak bersiap pegi kerja.
Memang tak sempat nak touch up bagai. Nasib baik ada Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Sebelum ni me dah pernah berkongsi pasal produk ni di Jatuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature.

Ni me tunjukkan beza sebelum sapuan dengan selepas sapuan Gold Nano CC Cream. Nampak tak beza dia tu. Kalau nak jelas tengok part mata tu. Haaaaaa. Hilang lebam keliling mata terlindung dengan sapuan cc cream ni. Best tak best?

Memang sangat membantu me. Tak sempat touch up muka kat rumah, sampai parking pejabat baru ambil kesempatan cover sikit muka yang pucat ni. Calit..calit.. sapu.. sapu tak sampai 5 minit dah siap. Best sangat. Tak perlu kelam kabut nak fikir mana berus foundation, mana compact powder. Dengan satu sapuan Gold Nano CC Cream dah cukup membuatkan korang tampil yakin masuk pejabat.

Hampir sebulan gunakan produk ni memang puas hati sangat. Kulit Alhamdulillah serasi. Tak berminyak. Tak melekit. Liang pori tak tersumbat. Takde juga tanda jerawat nat datang bertandang. Hehe. Paling penting bagi me ada perlindungan SPF 30 PA++ tu. Kalau korang tanya adakah me akan beli untuk kali kedua, jawapan me definitely YES!
Antara sebab me suka produk ni jugak, ia membantu mengurangkan beban barang kosmetik dalam beg tangan me. Hahaha. Kalau sebelum ni me usung berus mekap kemana-mana tapi kali ni takde pun. Guna jari je kan.

Dan terbaru katanya Gold Nano CC Cream ni dah tukar packaging. Ni kita tunjuk packging baru. Haaaa. Menarik kan. Sebelum ni perlindungan SPF 30 PA++ je tapi yang baru ni dah tambah ke SPF 50+ PA ++. Isi kandungan pun bertambah dari 35ml ke 50ml. Terbaiklah Hansagee Nature.

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,
Image

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembapkan dan Merawat Kulit

(By Nadia Johari on 03rd Jan 2019)

hai assalammualaikum

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembapkan dan Merawat Kulit

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Melembapkan dan Merawat Kulit – Sana sini nad nampak kawan-kawan nad pakai aqua whitening cream produk dari Korea ni. Memang bila tengok video diaorang pakai produk ni, nad jadi tertarik, sebab produk ni ada magic. Bukan magic terus pakai jadi cantik, magic produk ni bila pakai, ia mengeluarkan titisan air. Mula tertanya-tanya juga, apa bagusnya produk ni dengan titisan air? Nad baca feedback diaorang, produk ni bukan sahaja melembap, malah dapat merawat kulit wajah. Titisan air yang keluar tu la yang dapat menyegarkan dan melembapkan kulit kita sebab ia serap terus ke dalam kulit. Muka sunburn pun boleh hilang dengan produk ni. Apa lagi, terus nad dapatkan Aqua Whitening Cream ni di Hansaegee Nature punya website.

Kalau bab pelembap, nad memang memilih, sebab tak semua pelembap sesuai dengan kulit. Pernah sebelum ni, pelembap nad beli, bukan makin melembap, malah makin buat muka nad berminyak dan tumbuh jerawat..Semenjak tu, nad takut nak pakai pelembap. Jadi, bila kawan-kawan ramai pakai Aqua Whitening Cream ni, terus nad dapatkan. Nak cuba, betul ke dia boleh melembapkan kulit? Nad dapatkan waktu ada promosi. Siap sekali dapat freegift daripada Hansaegee Nature seperti pouch bag,paper beg, pen, coupon discount.

Cuaca dekat Malaysia sekarang, tak menentu, kejap sejuk kejap panas je. Jadi taknak muka jadi kering, carila pelembap muka yang sesuai.

Aqua Whitening Cream, ia dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan dapat merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sun burn, kulit yang sensitive dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.

Bila sampai je, terus rasa nak pakai..hahaa..Tak menyabar kan. Yela, nak tengok keajaiban titisan air tu.

Tekturnya yang jenis krim, ringan dan tidak melekit. Selepas beberapa sapuan, akan keluar titisan air daripada situ dengan segera pada kulit kita dalam beberapa saat, Magic kan!!.Hah, bila titisan air ni keluar, korang jangan lap dengan kain, tapi korang dap-dap je water drop tu dekat muka sampai dia serap ke dalam muka. Titisan air ni la yang menyegarkan muka, memang amat sesuai ketika cuaca panas. Nad pakai, rasa sejuk dan dingin je dekat muka..hehee

Cara menggunakan Aqua Whitening Cream
– Bersihkan muka terlebih dahulu, lepas tu lap muka. Then, korang boleh sapu Aqua Whitening Cream ni. Tak perlu sapu tebal-tebal, ambil sedikit sahaja dah memadai. Sapu di bahagian muka dan leher. Dalam masa beberapa saat, titisan air akan kelur. Dap-dap kan sahaja titisan air tu sehingga ia serap ke dalam kulit.

Korang boleh cuba dulu dekat tangan, nak tengok sama ada sesuai atau tidak dengan kulit korang. Tengok sama ada, ia beri kesan iritasi atau tidak. Kalau takda, bolehla pakai terus dekat muka. Biasalah, kulit kita ni lain-lain.

Nad tak rasa was-was pilih Aqua Whitening Cream ni sebagai pelembap, sebab nad tau produk korea ni kebanyakannya diperbuat daripada bahan semulajadi. Ia mengandungi Minyak Benih Camellia Japonica yang membantu melembapkan kulit, tidak menyekat liang kulit dan menghalang daripada jerawat. Ia juga dapat mencerah, dan merawat kulit daripada kering dan sunburn.

Ia juga mempunyai Niacinamide juga dikenali sebagai vitamin B3, yang mana kita tau ia sangat bermanfaat untuk penuaan kulit sebagai agen pemutihan, membantu menyeratakan tona kulit yang tidak sekata, memutih, membersih dan merawat kulit sensitif.

Bahan semulajadi seperti Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica, Ekstrak Cicidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia, Ekstrak Ekstrak Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan sebagainya.

Testimoni Nad Menggunakan Aqua Whitening Cream

Nad dah gunakan selama dua minggu Aqua whitening Cream ni, dan ia memang sesuai dan serasi dengan muka nad. hari demi har, nad boleh rasa muka nad semakin lembap dan tidak kering. Nad guna pada waktu pagi dan malam. Setiap kali keluar, nad tak lupa pakai, untuk elak muka daripada cahaya matahari. Bila nad pakai Aqua ni pun, makeup nad nampak smooth je. Oh produk ni pun boleh memutihkan kulit, kan nama dia whitening cream..ehehe. Muka pun makin berseri lepas pakai ni. Muka nad pun dah kurang berminyak sejak pakai Aqua Whitening Cream ni.

Sesuai Semua Jenis Kulit Untuk Wanita Dan Lelaki

Nad sarankan, mereka yang ada masalah kulit sensitif, kulit mudah terkena sunburn, kulit kering, kulit berminyak dan apa sahaja, baik pakai Aqua Whitening Cream ni. Memang best. Memang sesuai untuk semua jenis kulit dan bukan sahaja orang perempaun boleh guna, orang lelaki pun boleh. Yang suka travel, yang kerja dekat luar, yang kerja dekat aircond, lagi memerlukan pelembap.

Kalau korang nak, korang boleh je terjah

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

What You Need To Know About Hansaegee Nature | How To Shop at Hansaegee.com

What You Need To Know About Hansaegee Nature | How To Shop at Hansaegee.com

(By Lenne on 20th Dec 2018)

Hello beautiful people! Today I’ll be talking about one of my recent beauty discovery: Hansaegee Nature. Before you hit that ‘X’ button, let me tell you what is Hansaegee Nature and why I’m obsessed with them. As you all know, I’ve been using and loving their bubble cleanser and moisturizer religiously for quite some time now. I love them, they did my skin good, end of story.

So, what is Hansaegee Nature? If you don’t already know, it is a skincare brand based in Malaysia and all of their products are 100% made in the Korea. And to always provide high quality and safe product to the consumer is their goal. This brand has been in the industry and been direct importing high quality and original skincare products from the Korea for 7 years now and I honestly don’t have any idea why is that not many people talking about them? They deserve the spotlight.

Speaking of Korea, you know they do not play around when it comes to skincare. They are one of the best because all ingredients in their products are legally approved and safe to use. No hesitation. You can go to their website and click the ‘About Us‘ menu to know more about them!

Where to get them?

All Hansaegee Nature products are only available at their official website at http://www.hansaegee.com/shop. You only can get it here and I don’t guarantee the genuineness and authenticity if you get it from other sources.

One of their bestseller product of ALL TIME is none other than the Gold Nano CC Cream that I’ve been itching to try. The name itself is intriguing, doesn’t it? Fast forward to 2016, they introduced the Aqua Whitening Cream(that I love so much), followed up by the Aloe AC Clean Bubble Cleanser (that I love so much as well) recently in the year 2018. I’m so excited with the variety of their products, they cater from eye care, facial masks and lots of new skincare products in the future to achieve the complete skincare experience to the users.

I’m so devastated that my most treasured cleanser and moisturizer are almost come to an end. I feel so ‘sayang’ to use the heck out of them now. But fret not! I’m here to show you step by step on how to shop at Hansaegee Nature website and I’m gonna stock up on my favorite bubble cleanser and moisturizer.

How to shop at Hansaegee.com?

Step 1:

*Go to the website – www.hansaegee.com/shop

*Sign up as a member. I really recommend you to sign up as a member as it will give you the privilege to easily track your order status, create wish list etc.

Step 2:

*Register your name, email address and password. All the ush.

*Once you’re registered, 50 points will be credited to your account, just like that! *snaps finger*

Step 3:

*Here comes the fun part! Choose the products that you desire, how many you want and add to your cart!

*It is so easy and the website is pretty much straightforward. Here, I am going to select my favorite combo set that has the Aqua Whitening Cream and Aloe AC Clean Bubble Cleanser and add to my cart.

*One more thing I like about shopping at their website is that they offer free gifts for every purchase depending on how much you spend. The more you spend, the cooler the free gift you’ll be getting!

Step 4:

*You’re almost done. All you have to do now is pay for your order. Click the ‘Go To Checkout’ button and proceed to pay.

*You have the online transferdeposit ATM or credit card as your payment option. I’m gonna go with online transfer because that’s the most convenient for me.

*As for the delivery process, you have 2 courier service options: Poslaju and Gdex. I choose Poslaju because I’m so used to them.

*Not to mention, if you have any issue, you can always count on them. Their customer service is tip top. They will help you, just give them a contact through phone callWhatsAppLive Chat and they will gladly assist you.

Now we can sit back, relax and wait for our parcel to arrive at our doorstep. For your information, for everypurchase that is worth RM 70 and above, you will get free shipping within Malaysia. I know right?! I really adore their effort on making us happy and not making us wait for a long time – your parcel will be processed and shipped out on the same day (if you make a payment before 10 am), some even arrive the next day or 3 to 5 working days, which is so fast!

It does not end there. You will also earn 1 reward point for every RM 1.00 spent on the website. And for every 100 points, you will get to redeem a discount for your next purchase! The best part is the reward points will never get expired. So generous of them, right?

Another thing that I think worth mentioning is that their effort in giving detailed information about each and every products they have on the website. It’s honestly annoying if you’re keen to try a certain product but they don’t provide enough information about it. But I loooove the fact that Hansaegee Nature provided in depth details about their product. I mean, just look.

‘m so happy! This is like my happy month. Everything is working so great! Anyway, back to my parcel, that came in with a bubble wrap but I got excited and tore it right away. But can we just talk about this is what you’ll be getting from your purchase? There’s boatload of free gifts! – a mirror, a pen, a pouch and a lovely paper bag? You best bet I’m going to keep that in my paper bag drawer. Their team is so super generous! I love love love it.

All in all, I think everything is worth it from the first time trying the products out and now repurchasing them. I really had a great experience with Hansaegee Nature. I am not saying this for the sake of views or whatsoever but I genuinely think they deserve the shot. I honestly want you guys to experience it yourself and so that we can share our thoughts together.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature