Image

WAJAH LEBIH CANTIK BERSERI DENGAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

WAJAH LEBIH CANTIK BERSERI DENGAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

(By Cik Rose on 18th April 2019)

WAJAH LEBIH CANTIK BERSERI DENGAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM
Assalamualaikum. Hai.. Wajah yang bersih dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tipulah kalau kata tak nak kan. Sebagai seorang wanita yang berkerja, selain memiliki wajah yang bersih, Cik Rose pun nak juga tampil berseri ke tempat kerja. Wahh gitu,. Naluri biasa seorang wanita lah kan.
Sebelum ke tempat kerja, mestilah nak  make up sikit kan. Tapi, bukan mudah nak make up pagi-pagi. Banyak cabarannya. Masa. Ya, masa selalu mencemburi Cik Rose. Hihi. Nak bersiap, step by step tu makan masa. Sekali, tengok jam. Eh tak sempat!
Mana taknya, lepas cuci muka, mesti pakai toner. Pakai serum, pakai moisturizer, sunscreen. Pakai primer, krim wajah, foundation, dan step seterusnya. Eh berapa banyak ni. Memang kalut sikit, kalau terbangun lewat. Alamatnya memang tak make up.
Cik Rose ada Nampak beberapa orang rakan pakai CC Cream dari Hansaegee, iaitu Gold Nano CC Cream. Emm macam menarik jer. Betul ke best ni? Betul ke wajah Nampak glowing ni?
HANSAEGEE NATURE
 
Hansaegee Nature adalah jenama kecantikan penjagaan kulit yang ditubuhkan sejak tahun 2011 di Malaysia dan semua produk Hansaegee Nature adalah 100% buatan asli dari Korea yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dan selamat.
Bila dapat tahu ianya dari Korea. Terus tersenyum lebar Cik Rose. Nak tahu kenapa? Sebab kebanyakan barangan penjagaan wajah Cik Rose sekarang ni memang buatan Korea. Kulit Cik Rose dah sesuai dengan barangan Korea, mungkin kerana terlalu mencintai drama-drama Korea. Eh tiber.. hihi.
Apa yang menarik, CC Cream ni bebas dari sumber haiwan , paraben – free , sulfate – free , dan alcohol-free . Kandungan utama CC Cream ni adalah Mineral Wateryang akan mengekalkan keseimbangan PH untuk kulit wajah kita dan juga menganjalkan kulit wajah. Eh menarik ni. Siapa tak nak kulit lebih anjal kan.
Juga mengandungi Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract  berfungsi mengelakkan iritasi kulit dan juga anti-bakteria. Selain itu, ada juga Nano Gold yang berfungsi melambatkan kesan penuaan,  melindungi kulit dari sinaran ultra ungu dan mengandungi kandungan antioxida yang tinggi.
Teruja tak dengar kandungan CC Cream ni? Part yang paling best bagi Cik Rose, ia mengandungi perlindungan UV matahari SPF50+ PA+++. Jadi, Cik Rose tak perlu risau sangat jika perlu melakukan aktiviti luar.
Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
*Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
*Meminimumkan penampilan pori
 *Mencerahkan kulit
*Sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
*Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
*Menjadikan wajah kita glowing dan melicinkan kulit.
Tekstur Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Kalau korang tengok betul-betul, akan nampak krim ni berwarna putih. Namun, di dalamnya ada molekul-molekul berwarna coklat/kelabu.
Cc cream ini juga mempunyai tekstur yang lebih ringan berbanding bb cream. Korang akan dapat rasakan perbezaan antara cc cream dan bb cream tau. Pakai cc cream ni, rasa macam tak pakai apa pun. Lagi satu,  ia bertindak menyamaratakan tona wajah.
Tengok krim warna putih, mesti korang takut nak pakai. Sebab bimbang muka jadi putih atau kelihatan kelabu kan. Eh jangan begitu. Magiknya cc cream ni, ia berubah warna tau. Mula-mula memang putih, tapi bila korang blend, ia berubah ke warna coklat/ seakan merah jambu.
Bila di ratakan di wajah, ia akan mengikut tona wajah korang. So, tak adalah jadi kelabu asap kan. Korang boleh tengok gambar di bawah ni :
Siapa yang ada masalah liang pori terbuka? Kalau tak pakai based yang betul, pakai make up pun akan nampak tau pori-pori tu. Tak rata jadinya. Cik Rose sendiri ada masalah tersebut.
Korang boleh tengok perbezaan bila pakai cc cream ni. menutup liang pori dan cela dan akan nampak lebih licin dan flawless .
Cara Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Senang sangat. Cuma perlu apply krim di wajah. Guna jari je uols. Kemudian ratakan dengan lembut di wajah. Korang kenalah belai wajah sendiri. Jangan tenyeh kuat-kuat. Rosak muka nanti. Hihi. Masa awal korang sapu, korang nampak kulit akan sedikit cerah. Jangan risau, terus ratakan di wajah. Ia akan menyamaratakan tona wajah korang dan mengikut warna kulit korang. So, tak ada masalah muka cerah, tangan gelap kan.
Korang boleh Nampak kan perbezaan di wajah Cik Rose kalau pakai cc cream dengan yang tak pakai cc cream ni? Nampak lebih flawless gitu kalau pakai. Nampaknya memang akan Cik Rose bawa ke mana-mana sahaja lepas ni.
Apa yang buat Cik Rose suka sangat pakai cc cream ni, ia buatkan wajah tampak berseri dan tidak bercapuk. Itu penting tau. Sesetengah krim akan membuatkan wajah kita terlalu cerah atau menjadi kelabu tau. Tapi, jangan risau, ia tak berlaku jika korang pakai cc cream ni. Wajah akan nampak natural, seolah-olah itulah tona wajah Cik Rose yang sebenar.
Kalau korang tak cukup masa, cukup pakai cc cream ni dan loose powder je. Pun dah nampak cantik. Tapi, untuk yang suka bermake up, boleh jadikan ia sebagai primer juga. Cik Rose ni sebelum pakai foundation, akan pakai cc cream ni dulu. Lagi tahan lama make up kita tu tau. Dan kalau pakai pula eyeshadow, lagi nampak menyerlah. Boleh tengok perbezaannya di bawah :
Kan Cik Rose cakap yang kalau kita pakai cc cream ni, wajah nampak lebih fresh, flawless dan glow. Korang jangan pula risau. Ia tak berminyak tau. Sesuai untuk semua jenis kulit. Kadang-kadang seram dengan sesetengah produk yang cakap boleh glowing kan muka. Tapi, akhirnya bukan glow. Berminyak jadinya. Sedih kan.
Sepanjang tempoh penggunaan Cik Rose, wajah ok jer. Tak ada alahan atau timbul jerawat kecil. Wajah ik Rose ni kadang-kadang sensitive juga. Kalau tak sesuai, akan naik jerawat kecil-kecil tu. Ish tu yang risau nak mencuba produk baru.
Tapi, dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , wajah Cik Rose ok jer. Tak nampak sebarang masalah. Memang akan jadi bff lah ni. Hari-hari mesti nak pakai. Hihi.
Korang memang kena cuba. Baru tahu kebaikannya bila dah cuba sendiri kan. Dan Cik Rose yakin korang pun akan jatuh cinta dengan cc cream ni. Sekarang ni, hari-hari mesti nak pakai. Sebelum ke tempat kerja, pakai Cc Cream ni dulu. Tahan lama di wajah. Tak nampak berminyak di wajah. Don’t worry ya.
Selit je dalam beg make up. Saiznya memang praktikal. Muat je letak dalam handbag korang.
Harga?

RM128 untuk 50ml. Memang berbaloi. Ianya tahan lama. Sebab cukup jika kita oleskan sedikit sahaja setiap kali pemakaian. Tak perlu sapu  tebal-tebal. Tahan lama tau, dalam 4 hingga 6  bulan Cik Rose rasa. Dengan harganya yang sedimikian dan kebaikan pada cc cream ni, Cik Rose puas hatilah
Image

Tips Routine Skin Care Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Glowing

Tips Routine Skin Care Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Glowing

(By Aidasue on 10th April 2019)

Hansaegee Aqua Whitening Cream dan S+ Recover Gold Nano CC Cream.

Hello semua. We know that Korean Skincare ni adalah antara terbaik di dalam dunia, so kali ini produk  terbaharu yang i akan review adalah dari Hansaegee Nature, iaitu pelembap ( water based) Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dan juga Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.

 Hansaegee Nature  Aqua Whitening Moisturizer Cream

Ini merupakan pelembap berasaskan air yang mempunyai efek “Water drop” yang memberikan kelembapan maksimum pada kulit dan terus rasa segar dan kulit tidak melekit selepas dipakai. Pelembap ni langsung tak tebal macam normal moisturizer yang kita pakai ya, so korang jangan expect pakai sikit je tau, sebab ini water based, untuk bagi maximum hydration to our skin.

Tektur

Ini adalah water based dan kalau korang boleh tengok tekstur yang I share kat bawah ni, boleh tengok ia tidak melekit & very light weight.

Antara benefit water based moisturizer ini:

* “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit.

*Memberikan efek kesegaran pada kulit dengan segera

*Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.

*Merawat kesan sunburn jika kulit terdedah kepada cahaya matahari.

*Mempunyai ekstrak herba supaya kulit dapat menyerap pelembap dengan lebih cepat dan berkesan.

*Whitening & Moisturizing effect plus formulated with Herbal extract which give deep penetrate within skin, normalize moisture level in the skin and make clearer & firmer skin.

Antara bahan yang terdapat di dalam produk:

Camellia Japonica Seed Oil: Non-comedogenic, tidak menyumbat liang pori wajah dan mengurangkan penghasilan jerawat. Ia juga membantu kulit pulih selepas sunburn ataupun kemerahan Membantu untuk ‘lock’ pelembap di dalam kulit kita.

Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) : Membantu memperbaiki tona kulit wajah supaya lebih sekata. Memebantu  mencerah, membersih dan menegangkan kulit. Mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.

Bahan lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Cara penggunaan

Selepas membersihkan kulit, sapukan toner dan diikuti dengan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream pada wajah anda. Calitkan pada dahi, kedua belah pipi, hidung & dahu dan urut lembut dalam keadaan membuat. Anda akan dapati ‘water drop’ akan terhasil sedikit demi sedikit dan tepuk lembut wajah anda.

Personal Review

So I memang suka pakai Aqua Whitening Cream ni and not only me, tapi my husband pun pakai sebab dia memang jaga kulit dia sebab kulit dia cepat kering. Usually lelaki tak suka pakai pelembap sebab ada yang bertekstur melekit dan tebal kan? We love it sebab ianya lightweight dan seolah-olah you pakai pelembap bertekstur air je kat muka you, rasa sangat refreshing!

Dan pada yang ada kulit kering dan selalu duduk dalam aircond, the Aqua Whitening Cream is suitable for you. I suka texture dia yang tak tebal, sesuai untuk yang suka water based moisturizer, non sticky and works wonder!

Ini kulit kita tanpa secalit makeup pun, hanya pakai pelembap je. Nampak fresh kan?

Selepas itu, anda boleh teruskan dengan pemakaian Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

First of all apa tu CC Cream? CC Cream adalah Colour Control Cream, jadi iaadalah krim siang yang semuanya ada di dalam satu dan ia lebih ke arah memperbetulkan dan seimbangkan tona kulit wajah kita.

Boleh lihat CC Cream ini berubah warna selepas disapukan pada kulit wajah kita. Nampak kan? ia akan berubah warna mengikut tona kulit kita dengan semulajadi.

Ia menjadikan kulit muka lebih glowing & fresh walaupun tanpa memakai solekan dan lebih cerah serta mampu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Selain itu juga disebabkan CC Cream ini dilengkapi dengan SPF 50++ so tak perlu risau lagi untuk pakai sunscreen sebab kira CC Cream ni dah dilengkapi dengan sunscreen sekali dah pun. CC Cream ini adalah bebas dari sumber haiwan , paraben – free , sulfate – free , dan alcohol-free, so tak perlu risau ya kalau korang berkulit sensitive! J

Ingredient utama produk:

*“Mineral Water” – Mengimbangi pH kulit kita dan meningkatkan keanjalan kulit.

*“Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – Efek anti bakteria dan mengurangkan masalah radang kulit.

*“Colloidal Gold” – Melambatkan penuaan dan mengurangkan kesan infrared dari cahaya dan mempunyai bahan anti oksidan.

Ingredient lain: Mineral Water, Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1, Colloidal Gold

Cara penggunaan

Cara  penggunaan S+ Recover Gold Nano CC Cream

Selepas membersihkan kulit, sapukan toner dan diikuti dengan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream pada wajah anda. Kemudian anda boleh memakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Caranya, calit sedikit CC Cream pada dahi, kedua belah pipi, hidung, dagu dan sapu rata pada keseluruh wajah sehingga ia menyamai tona kulit anda. Simple je kan? Kemudian boleh proceed dengan makeup, itu je.

Yang paling bestnya produk ini kalis air, dan mampu menjadi primer alat solek anda, boleh tengok gambar di bawah, warna eyeshadow pun Nampak lebih pigmented dan gelap kan?

itu juga CC Cream ni mempunyai special features seperti complexion control + brightening. Ia mampu membuatkan kulit nampak luminous dan glowing walaupun dalam masa yang sama ia melembapkan kulit. Selain itu juga ia ada emulsion powder so bila pakai tu tak nampak oily dan wajah nampak glow the whole day!

Personal Review

Currently lepas pakai skincare pagi-pagi I memang letak both products dan I personally suka CC Cream tu. Sebab kulit I sawo matang, so usually lepas pakai foundation & dan set kat kulit, tak berapa nak putih. So I memang suka efek putih kat kulit muka I, thus S+ Recover Gold Nano CC Cream sesuai untuk i. Dan pada yang ada kulit kering dan selalu duduk dalam aircond, the Aqua Whitening Cream is suitable for you. I suka texture dia yang tak tebal, sesuai untuk yang suka water based moisturizer, non sticky and works wonder!

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

TIPS PENJAGAAN MUKA UNTUK KULIT KUSAM DAN NAMPAK NATURAL SEPANJANG HARI DENGAN GOLD NANO CC CREAM

TIPS PENJAGAAN MUKA UNTUK KULIT KUSAM DAN NAMPAK NATURAL SEPANJANG HARI DENGAN GOLD NANO CC CREAM

(By Sisgee on 20th Mar 2019)

Tips Penjagaan Muka Untuk Kulit Kusam dan Nampak Natural Sepanjang Hari Dengan Gold Nano CC Cream | Siapa suka make up natural? Yeay kita geng! Gee antara mereka yang kategori malas bersiap. Al maklumlah anak ada 4, bawah umur pulak tu. Nak bersiap lama, nanti nak siapkan diaorang pulak! Kalau outing, Gee suka pakai make up se minima yang boleh! Tu pun sebab tak nak bagi nampak kulit terlalu kusam, parut – parut jerawat dan juga bintik – bintik hitam kelihatan. At least, takde lah orang kata walaupun dah kahwin dan dah ada anak, penampilan terus jadi huru hara.

Kalau korang nak tahu, dah hampir sebulan Gee dipertemukan dengan CC Cream yang super duper best ni. Yang paling membuatkan Gee jatuh cinta adalah kesan selepas pakai CC Cream ni, kulit nampak natural walaupun tanpa solekan bewarna – warna. Maksud natural ni, kulit tidak kelihatan putih yang pelik, berminyak atau kelabu asap! Opps! Nak tahu CC Cream apa, jom Gee kongsikan di entry post kali ni.

Kulit Nampak Natural Dengan Gold Nano CC Cream

Gold Nano CC Cream merupakan salah satu daripada rangkaian produk Hansaegee Nature. Hansaegee Nature telah mengeluarkan pelbagai produk untuk kesihatan dan kecantikan kulit antaranya adalah Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Aqua Whitening Cream dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu, semua produk diperbuat daripada Korea dan Gold Nano CC Cream ini merupakan ‘BEST PRODUCT’ mereka setelah bertahun lamanya.

Gold Nano CC Cream merupakan krim siang yang meliputi pelbagai fungsi. Maka kalau korang memakai Gold Nano CC Cream, ia bukan sahaja boleh dijadikan alas solekan malah ia berfungsi untuk merawat kulit korang juga. Kalau korang perasan, di Gold Nano CC Cream ada tertulis ‘Colour Control Cream‘ di mana ia bermaksud Gold Nano CC Cream ini fizikalnya adalah krim berwarna putih, namun setelah korang pakai dan blend pada kulit, warna Gold Nano CC Cream akan disesuaikan dengan warna kulit korang. Menarikkan?

Satu Gold Nano CC Cream boleh dipakai untuk semua jenis warna kulit!! Sangat mudah sebab bagi Gee sendiri, kalau krim di pasaran yang mempunyai pelbagai tona warna krim, sekiranya tersilap memilih warna, kulit kita akan menjadi terlebih putih atau terlebih gelap.
Menariknya Gold Nano CC Cream ini, warna krim akan sesuaikan dengan warna kulit korang! Tak kisah kulit berwarna putih pucat, sawo matang, hitam manis atau sebagainya.
Ketahui Ramuan Utama Terkandung di Dalam Gold Nano CC Cream

#1 Mineral Water

Mineral water akan memastikan keseimbangan PH kulit korang supaya kekal lembab sepanjang hari. Selain itu, ia juga membantu kulit menjadi lebih anjal dan sihat.

#2 Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract

Kulit yang bermasalah seperti jerawat dapat dirawat dengan penggunaan Gold Nano CC Cream ini. Ini kerana Gold Nano CC Cream akan bertindak sebagai penghalang kuman dan bakteria pada kulit yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

#3 Nano Gold

Nano Gold pula berfungsi sebagai agen anti penuaan pada kulit korang. Kulit akan menjadi lebih lembut dan awet muda.

Tekstur Gold Nano CC Cream Sangat Ringan Pada Kulit

Kalau krim siang semestinya Gee sukakan tekstur krim yang ringan pada kulit. Al maklumlah cuaca di Malaysia agak panas. Nanti muka nampak berminyak dan krim muka bertukar menjadi tompok – tompok di wajah. Namun tidak terjadi kejadian sebegitu apabila Gee memakai Gold Nano CC Cream. Tekstur Cream tidak melekit, tidak berminyak dan sangat ringan pada kulit. Kalau korang pakai dari awal pagi sehingga tengahari, kulit nampak sekata dan natural je tau!

Tekstur cream adalah berwarna putih seperti sapuan yang Gee buat pada kulit tangan Gee. Tapi korang tak perlu risau, takdenya cream ni akan menjadikan kulit putih yang pelik. Malah, bila korang blend dengan sekata, lama – kelamaan cream akan bertukar mengikut warna kulit korang. Lagi memudahkan adalah korang hanya perlu blend dengan jari sahaja!! Senang kan? Korang boleh tengok gambar kat bawah ni pulak.

Gambar kat atas Gee buat magik kat sehelai kertas putih. Bila kita blend dengan jari, warna akan bertukar menjadi warna kulit. Sebab itu satu Gold Nano CC Cream ni boleh digunakan pada kulit yang pelbagai tona warna.

Gold Nano CC Cream Mempunyai SPF 50 + PA +++

Gold Nano CC Cream mempunyai pelbagai fungsi. Kalau krim siang, semestinya nak ada perlindungan sinaran matahari untuk mengelakkan kulit rosak dan terbakar. Pemakaian Gold Nano CC Cream dapat melindungi kulit korang daripada sinaran matahari terik. So, kalau nak pergi bercuti ke pantai atau pulau, semestinya wajib bawa Gold Nano CC Cream ini.

Kulit Lebih Glowing dan Sihat Dengan Gold Nano CC Cream

Sememangnya Gold Nano CC Cream mempunyai pelbagai fungsi. Korang dah tak perlu nak apply make up primer, foundation atau make up based yang lain. Penggunaan Gold Nano CC Cream sudah memadai dapat menutup segala cela pada wajah termasuk parut jerawat dan juga bintik – bintik hitam. Tambahan pula, pemakaian Gold Nano CC Cream pada kulit wajah dapat merawat kulit yang bermasalah juga seperti masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, tona kulit tak sekata dan sebagainya.
Image

Blog : mampu menghalang kulit wajah daripada berjeragat

S+recover Gold Nano CC Cream | rutin harian, semudah 1 2 3!

(By mia kassim on 27th Feb 2019)

Assalamualaikum .. hi korang terutamanya para wanita sekalian. Hari tu Kmia ada kongsikan tentang CC Cream dari Korea tu kan [Baca Di sini] .. hampir sebulan dah Kmia guna cream ni. Dan ternyata cream ni memang tidak mengecewakan dan dah menjadi rutin harian apply cream ni di kulit wajah Kmia.

Di awal penggunaan S+recover Gold Nano CC Cream. Kulit wajah nampak kusam dan gelap

Kmia kan paling takut untuk mencuba apa-apa jenis cream kecantikan yang ada di pasaran sekarang. Kulit wajah Kmia agak sensitif dengan bahan-bahan yang ada dalam cream-cream tersebut. Adalah pernah sekali tu, Kmia cuba satu jenama cream ni. Lepas seminggu guna, timbul jerawat, bukan jerawat pasir tapi jerawat batu. Ishh .. down jugalah Kmia masa tu. Jumpa client dengan jerawat besar di pipi. Tapi memang surprise dengan Gold Nano CC Cream ni, tidak ada langsung kesan sampingan negatif selepas  Kmia menggunakannya. Tidak timbul jerawat ataupun ruam. Dan yang bestnya kulit wajah jadi lebih sekata.

Hampir sebulan guna cream ni, kulit lebih sekata dan glowing gitew!

Bukan tu sahaja, Kmia suka dengan cream sebab ianya sangat memudahkan Kmia berhias. Korang tau lah rutin mak-mak yang berkerjaya ni .. cewah! Mana nak hantar anak ke sekolah, nak elak punch card merah lagi hehe. Fuh! Semua nak kena cepat dan pantas. Termasuklah nak berhias. Kmia ni hari-hari kena akan berjumpa dengan customer. Nak tak nak kena juga jaga penampilan depan mereka tu. Kmia suka makeup simple dan sebab itulah kenapa suka dengan cream ni. Calit sedikit dah boleh jadi asas makeup. Tak perlu foundation segala, tinggal letak mascara dan berlipstick sahaja.

Makeup nampak lebih natural

Tak sempat makeup di rumah, Kmia bawa sahaja cream ni ke office. Cream ni sesuai dan senang di bawa ke mana-mana. Penutup twist lock yang ketat dapat mengelakkan cream terkeluar sendiri. Cara penggunaannya yang simple memudahkan Kmia berhias di office, semudah 1 .. 2 .. 3 .. gitu.

Mudah di bawa ke mana-mana. Muat je dalam beg makeup Kmia yang kecil itu

Dan yang paling best, cream ni mampu menghalang kulit wajah daripada berjeragat. Sinaran UV berbahaya adalah salah satu penyebab kulit wajah rosak dan berjeragat. Kulit akan nampak lebih tua daripada usia kita. Tapi kan cream ni mampu membantu Kmia dan korang kalau nak hehe. Ianya mengandungi SPF50+ yang mampu menghalang sinar UV terus ke kulit wajah.

Kulit nampak lebih cerah dan tidak ada jeragat menyinggah

Dipendekkan kata, Kmia memang recommend korang untuk cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature

Tips Kecantikan Muka : Gold Nano CC Cream akan blend dengan ton warna kulit secara semulajadi

S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

(By Mia Kassim on 13th Feb 2019)

Assalamualaikum .. hi korang. Kmia nak tanya ni. Korang jenis yang suka pakai makeup atau sebaliknya. Makeup tebal or yang nipis jer? Kmia .. suka makeup yang simple dan cepat. Kmia memang tak pernah bermakeup dari rumah sebab tak sempat. Sampai je opis, ambil beg makeup dan masuk washroom. Maka setengah jamlah Kmia disitu hehe. Yang melambatkan Kmia selalunya sebab nak bubuh foundation dan pastikan ianya sekata di wajah. Kalau buat cepat, nampak bertompok-tompoklah wajah. Lepas foundation nak bagi nampak smooth .. tepuk tepuk dengan compact powder. Nak bubuh yang ‘asas’ di wajah pun dah ambil masa yang lama. Kmia tercari-cari juga ada ke krim yang boleh gantikan foundation tu semua.

Sehinggalah Kmia terjumpa satu produk dari Korea ni. Kan sekarang ni memang ramai dah menggunakan produk wajah dari Korea .. mungkin serasi dengan kulit Asia kan. Mungkin semua dah kenal dengan Hansaegee Nature, brand skincare dari Korea yang bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Semua produk originally dari Korea, berkualiti dan selamat untuk digunakan. Salah satu best seller product mereka ialah produk yang Kmia nak kongsikan ni lah.

S+ Recover Gold Nano CC Cream


Bahan Utama
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni merupakan all in one cream dimana fungsinya sebagai alat makeup dan juga pada masa yang sama menjaga kulit wajah. Bahan utamanya adalah

*Mineral Water – mengekalkan keseimbangan PH untuk kulit wajah kita dan juga Menganjalkan kulit wajah.

*Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – mengelak iritasi kulit dan juga Anti-Bacterial Effect.

*Nano Gold – melambatkan kesan penuaan,  melindungi kulit dari sinaran ultra ungu dan mengandungi kandungan antioxida yang tinggi.

Fungsi Utama

CC Cream ni mampu menyeimbangkan dan juga membetulkan ton warna kulit wajah korang secara semulajadi.

Cara Penggunaan
Tersangatlah mudah .. sebab tu Kmia suka. Makeup pun tak ambil masa yang lama. Yang suka dengan makeup simple dan natural CC Cream ini adalah jawapannya. Tak perlu span atau berus segala, korang hanya perlu guna jari dan calitkan sedikit dikeseluruhan wajah dan sapu dengan lembut seperti biasa. Ianya akan blend dengan ton warna kulit korang secara semulajadi. Ton warna kulit korang akan lebih sekata dan bersinar gitu.

CC Cream ni pada asasnya memang berwarna putih. Tapi korang jangan risau, bila korang sapukan cream ni di wajah korang ia akan semulajadi mengikut ton warna kulit korang. 

Cream berwarna putih
Secara fizikal cream ni berwarna putih tetapi ianya mempunyai kapsul-kapsul kecil berwarna coklat yang bila korang blend diwajah ianya akan bertukar ke warna merah jambu atau coklat yang mana akan mengikut ton warna kulit korang secara semulajadi.

Nampak kan perbezaannya. Warna kulit lebih sekata dan bercahaya gitu

Ianya mampu meminima pori kulit agar lebih nampak licin dan bersinar
Selain itu cream ini juga boleh berfungsi sebagai makeup based korang. Makeup lebih tahan lama, jelas dan cantik.

Satu lagi yang Kmia suka tentang cream ni, ianya tidak melekit seperti kebanyakkan cream yang ada dipasaran. Dan kulit wajah terasa lembab sahaja sepanjang hari. Sangat sesuai untuk Kmia yang duduk seharian dalam office yang berhawa dingin ni.
Oh ya .. s+recover Gold Nano CC Cream ini sudah berubah wajah. Packaging baru ni lebih mudah dibawah kemana-mana. Penutup jenis Twist Lock nya ini sangat ketat dan dapat melindungi sepenuhnya cream korang. Cream tidak akan mudah terkeluar dari bekas, so bila korang simpan kat dalam beg .. ia tidak tertumpah walaupun tergoncang kuat.
Cream ni hanya akan keluar apabila korang memicitnya jadi korang boleh kawal sendiri penggunaan dan tidak nembazirkan cream korang.

Paling best .. ianya mudah dibawa kemana-mana

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Muka Tampak Natural dengan Hansaegee Nature CC Cream

Muka Tampak Natural dengan Hansaegee Nature CC Cream

(By Wawa Ashihara on 05th Mar 2019)

Hansaegee Nature CC Cream | Ada tak yang mengalami masalah apabila hendak keluar rumah sahaja kena bermakeup untuk tutup muka yang mempunyai tona kulit muka tidak sekata? Haa, WA salah seorangnya. Huhu. Bila keluar tanpa guna foundation memang WA tak rasa yakin. Tapi kadang-kadang rasa leceh dan rimas bila kena bermakeup dan gunakan foundation yang sememangnya mempunyai tekstur yang berat. Nak buka tudung nak solat waktu rehat je mesti ada bekas foundation. Stress!

 

Actually dah lama WA tengah mencari cc cream mana yang elok kerana ia mempunyai tekstur yang lebih ringan dari foundation dan BB Cream. WA pernah pakai cc cream brand lain, bila pakai mak aii putih melepak. Sebab bila blend out kat muka dia tak ikut skin tone kita betul-betul. Sangat kecewa dan sebab tu sampai sekarang WA apply foundation je. Tapi tak larat ai nak makeup guna foundation lengkap bagai. Finally, WA ada search satu website ni ada jual cc cream. Dan lihat feedback pun not bad, menarik. Tanpa membuang masa, WA dapatkan segera dan YESS! Its mine now. Kekekeke~

Hansaegee Nature S+Recover Gold Nano CC Cream

Mengenai Hansaegee Nature :

Hansaegee Nature merupakan produk skincare yang originally made in Korea dan telah berada di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Bukan itu sahaja, ianya juga telah mengeluarkan beberapa jenis produk skincare seperti cleanser, whitening cream dan lain-lain.  Sebelum ini WA memang sudah mengenali Hansaegee Nature dan kini Hansaegee Nature S+Recover Gold Nano CC Cream ini semakin dikenali ramai sejak berada di pasaran.

 

Apa Itu CC Cream ?

Buat pengetahuan anda, CC Cream lebih ringan dan halus daripada BB Cream. CC Cream atau dikenali sebagai color correction berfungsi untuk menyamakan tona kulit muka seperti kulit kusam tidak bermaya atau kemerahan. Ia merupakan all in one day cream dimana gabungan antara basic skincare dan makeup benefits dalam kosmetik.

 

Jika anda mengalami kulit berjerawat, bintik hitam, kulit kusam atau kemerahan, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini sangat sesuai digunakan kerana ia membantu membuatkan kulit anda halus, tidak berminyak, mencerah, menyamakan tona kulit supaya kelihatan lebih natural dan bercahaya dengan kelembapan sepanjang hari.

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

*Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++

*Mengimbangi tona kulit secara semulajadi

*Meminimumkan penampilan pori

*Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer

*Mencerahkan kulit

*Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit

*Glowing skin dan melicinkan kulit

*Mengekalkan kelembapan

*Melegakan masalah kulit

Anda tidak perlu risau kerana Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream bebas dari mana-mana sumber haiwan, malah bebas daripada paraben, sulfate dan alkohol serta sesuai digunakan oleh kaum Muslim kerana selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Masalah kulit yang memerlukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Kandungan Utama dalam Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream 

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 kandungan utama di dalamnya, iaitu :

 

1. Mineral Water – mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit

2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah

3. Nano Gold – Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi

Cara Penggunaan :

Senang sahaja cara penggunaannya. Hanya apply Gold Nano CC Cream dengan tangan atau jari (bukan berus), kemudian sapukan ke seluruh wajah kita sehingga ia sekata. Kulit akan nampak lebih cerah, halus pada permukaan kulit (minimize pores), tidak berminyak mahupun sticky dan memberi effect luminous pada kulit.

Apa yang menariknya dengan Gold Nano CC Cream ini? Pada permulaan anda akan nampak krim tersebut berwarna putih, akan tetapi selepas anda apply, anda akan terlihat bintik kecil berwana coklat. Kemudian, apabila blend krim ini pada kulit ianya akan berubah warna menjadi warna kulit anda secara semulajadi. Tiada masalah dengan kesan krim putih kerana lama-kelamaan akan berubah warna kepada warna coklat iaitu warna yang sesuai dengan kulit anda.

Jika anda bukanlah seorang kaki makeup, tetapi ingin kelihatan lebih natural tanpa kulit kusam, cc cream ini sangat digalakkan buat anda kerana ianya sesuai bagi mereka yang tidak suka bermakeup atau bermakeup tebal. Hanya perlu memakai cc cream ini dan lipstick anda sudah boleh keluar. So easy kan??? Muka nampak natural dan lebih berkeyakinan.

 

Boleh juga jadikan ia sebagai makeup base atau makeup primer, just add on pada foundation sedikit untuk dapatkan more coverage than light natural dan ia dapat mengimbangi tona kulit serta membuatkan makeup tahan lebih lama.

See the results when WA swatches eyeshadow

Ini salah satu ujian yang terbukti apabila WA menggunakan cc cream ini untuk dijadikan sebagai makeup primer without any foundation, warna eyeshadow/blush/eyeliner akan lebih terang dan tahan lama berbanding jika anda tidak menggunakannya. Dengan cc cream dan any eyeshadow/blush/bronzing juga anda boleh dapatkan look yang lebih natural dan freshing than light natural.

 

 

How My Feedback After Using Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

So impressed with these cc cream! Seperti di awal tadi, WA sangat kecewa sebelum ini sebab pernah try cc cream lain, tapi dia macam oxidized kulit dan membuat kulit menjadi lagi gelap. Tapi dengan Hansaegee Nature Gold CC Cream ini, ternyata membuat kulit WA cerah secara semulajadi kerana ianya betul-betul dapat menyamakan tona kulit WA dan memberi effect glowing pada kulit.

 

Yang paling bestnya, walaupun ia memberi effect luminous dan glow pada kulit, tetapi ia tidak membuat kulit rasa oily, sticky dan tidak cracky. Perkara seperti ini yang paling WA rasa takut kalau apply cc cream. Fobia bertahun-tahun sampai sanggup guna foundation kalau keluar yang berdekatan. Huhuhu..

No edit, no filter

Different BEFORE at natural lighting, AFTER no natural lighting

natural lighting * cahaya depan tingkap

 

Tengoklah muka mak jemah atas ni. Hahaha! Sebab tu WA lebih prefer cari cream yang boleh menggantikan foundation as my daily makeup kerana cc cream teksturnya lagi ringan dari foundation. My face look so pale and uneven skin tone. Serius seram tengok muka sendiri. Means, keyakinan nak keluar tanpa oles sebarang makeup tu masih belum 100% lah. Hehehehe… Tapi sekarang WA dah makin rasa yakin dengan adanya cc cream ini.

Kulit WA nampak lebih natural kerana Mineral Water, kandungan yang terdapat dalam cc cream ini dapat mengimbangi kadar pH kulit dan menganjalkan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga membuat kulit WA more glowing dan luminous. I luv it!! Sekarang ni kalau lepas solat, tak payah nak apply foundation, muka rasa berat je. Guna Gold Nano CC Cream ini pun dah cukup, siap ada sun UV protection SPF50 lagi, dapat menghalang kulit dari sunburn dan cepat berkedut. Terasa macam awet muda pula pakai cc cream ni. EHH! 😀

Should buy? Yess! Sangat-sangat recommended bagi yang nak cuba cc cream ini dan bagus untuk yang ingin bersiap cepat dan simple, sesuai untuk wanita di Malaysia terutamanya  Penggunaan pun boleh tahan 2-3 bulan, bergantung pada kadar penggunaan masing-masing. Tapi memang worth it sangat sebab ia ada sekali SPF50 dan jimat tak perlu beli sunblock dah. Harga hanya RM128 sahaja dengan isipadu sebanyak 50ml. Free delivery bagi pembelian melebihi RM70 di website Hansaegee Nature.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature