Blog : Kulit tak jadi putih pelik, terasa ringan, langsung tidak melekit

BERSEDIA CEPAT & CANTIK DI PAGI RAYA DENGAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

(By Sisgee on 10th May 2019)

Bersedia Cepat & Cantik di Pagi Raya Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream | Salam Ramadhan semua! Bila dah masuk Ramadhan, pasti ramai dah mula membuat persiapan raya. Cuba buat list, ada tak list nak shopping barang skin care untuk pakai raya nanti? Haa…kalau ada, korang mesti baca sharing Gee pada artikel ni tau!! Memang ada kaitan rapat sangat dengan barangan skin care recommendation daripada Gee sendiri.

Pagi raya untuk ibu – ibu yang punya anak kecil memang kalut! Termasuklah Gee! Kalut nak siapkan anak – anak, nak kejut diaorang bangun pagi, mandi, pakaikan baju raya, breakfast dan pelbagai lagi lah. Sehinggakan bila turn ibu nak bersiap, masa dah suntuk nak make up sebabnya ahli keluarga dah nak mulakan tradisi bersalaman di pagi raya. Mulalah kalut nak tempek bedak, nak pakai tudung lagi.
Bersedia Cepat & Cantik Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
 
Selama lebih 2 bulan Gee sendiri amalkan rutin memakai Gold Nano CC Cream daripada Hansaegee Nature ini. Sebelum ni Gee ada buat sharing kat < sini > . Apa yang paling best adalah kulit nampak helokkk je sepanjang hari hanya dengan sapuan Gold Nano CC Cream daripada Brand Hansaegee Nature.

Dah lama sebenarnya mencari Suncream atau CC Cream yang best. Bila jumpa Gold Nano CC Cream dan mencuba lebih 2 bulan, terus Gee jatuh cinta!! Kulit tak jadi putih pelik, terasa ringan, langsung tidak melekit dan mudah untuk sekata di seluruh wajah.
 
Gold Nano CC Cream Selamat dan Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
 
Nama pun jenama Nature, so sememangnya ramuan Gold Nano CC Cream ini tidak mengandungi bahan kimia yang terlarang yang boleh merosakkan kulit korang. Malah, ia dapat membantu kulit korang menjadi lebih sihat bebas jerawat, jeragat dan juga masalah kulit yang lain.

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini mengandungi 3 ramuan utama :

*Mineral Water : Mengekalkan keseimbangan kelembapan ph kulit wajah serta meningkatkan keanjalan kulit.

*Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract : Bertindak sebagai anti bakteria yang menghalang masalah jerawat pada kulit.

*Nano Gold : Mencegah masalah penuaan dan membantu kulit menjadi lebih lembut.

Menariknya, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream boleh diamalkan pada semua warna tona kulit. Tekstur krim yang berwarna putih ini akan bertukar menjadi warna tona kulit korang setelah di blend rata hanya menggunakan jari. Ya! Memang sangat mudah apabila hanya guna jari untuk blend Gold Nano CC Cream ini pada kulit wajah korang.

Mudah Travel Hanya Dengan Gold Nano CC Cream
 
Kalau travel, wajib bawa Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini. Hanya sapuan Gold Nano CC Cream dan lipstick, korang dah ready untuk keluar! Sapuan Gold Nano CC Cream ni pulak tidak memerlukan brush so lagi mudah untuk selit dalam handbag je. Kalau nak solat, hanya basuh dengan air sahaja, mudah hilang dan nak solat tak perlu dah standby make up remover segala bagai. Lepas solat, boleh pakai balik Gold Nano CC Cream dengan cepat dan mudah!!
Korang dah tak perlu pakai sunblock dah sebabnya Gold Nano CC Cream ini mengandungi SPF 50 di mana ia dapat menghalang kulit korang terbakar kesan daripada cuaca luar yang panas terik. Kalau Gee travel, Gee hanya perlu Hansagee Nature Gold Nano CC Cream dan lipstick untuk solekan yang natural dan ringkas sepanjang hari.
Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
 
Sememangnya lambakan produk di pasaran akan membuatkan kita pening kan? Buntu untuk membuat keputusan produk yang terbaik untuk kulit wajah. Jom Gee kongsikan kelebihan yang diperolehi daripada amalkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.
⬥ Memudarkan parut jerawat, bintik hitam dan jeragat.
⬥ Memberikan kelembapan kepada kulit wajah.
⬥ Bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer.
⬥ Melicinkan dan mencerahkan kulit.
⬥ Mencegah penuaan pada kulit wajah.
⬥ Memberikan kesan glowing pada kulit wajah.
⬥ Merawat kulit dari dalam.
Nak Cantik Cepat Raya Nanti? Cepat Dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream!!!
Pembelian satu Gold Nano CC Cream boleh bertahan sehingga 3 bulan tau! Memang sangat jimat!! So, kalau siapa – siapa yang suka bersolek simple tapi nak nampak cantik, Gee recommendkan korang guna Gold Nano CC Cream ni.

Author: Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Beauty Blog is owned by Hansaegee Nature Online Shop. This blog is mainly to gather all the Hansaegee Nature related product review and blog information for our beloved customers. Also we will provide useful beauty and skin care tips for our reader who visit our blog.

Leave a Reply