Fungsi CC Cream Yang Tidak Berminyak, Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata | Hansaegee Nature

Fungsi CC Cream Yang Tidak Berminyak, Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata | Hansaegee Nature

Memiliki kulit muka halus, licin dan bercahaya secara semulajadi memang menjadi idaman setiap wanita. Macam aku sendiri, setiap kali tengok drama Korea mesti kagum dengan kulit muka pelakon Korea yang licin berkilat. Bukan berminyak tau. Nampak lembap je setiap masa. Tak kira la pelakon lelaki mahupun wanita. Ternyata Korean Skincare telah mendapat tempat di hati peminat di seluruh dunia.

Khas untuk entri kali ini aku nak berkongsi tentang produk kecantikan dari Korea iaitu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Personally aku sendiri dah jatuh cinta dengan Hansaegee Gold Nano CC Cream ni dan sebelum aku cerita lanjut tentang fungsi dan kandungan Gold Nano CC Cream lebih bagus kalau korang faham tentang kegunaan dan kepentingan CC cream.

Just friendly reminder untuk korang yang sedang mencari produk yang bersesuaian dengan kulit muka, sila study dan fahamkan fungsi produk, bahan yang digunakan, dan paling penting fahami jenis kulit korang. Lepas tu kena ikut step yang dicadangkan, kena disiplin dan minum banyak air. Barulah berkesan dan dapat hasil seperti yang diidamkan. Perkongsian aku adalah berdasarkan pengalaman dan keadaan kulit muka aku.

Fungsi CC Cream Yang Tidak Berminyak Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata

 

Apa Yang Best tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

Hansaegee Nature dah berada di Malaysia sejak tahun 2011 lagi tau. Selain Gold Nano CC Cream, Hansaegee Nature juga terkenal dengan pencuci muka dan krim pelembap mereka. Kalau nak tahu CC Cream merujuk kepada Colour Control Cream. Tiga Fungsi utama CC Cream ni adalah untuk betulkan dan seimbangkan tona kulit muka secara semulajadi, beri perlindungan matahari SPF50+ PA +++ dan buat kulit licin dan bercahaya.

Apa yang best tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni ialah, ia berubah mengikut warna tona kulit muka secara semulajadi walaupun warna cream asalnya ialah putih. Jadi janganlah risau ya. Sesuai untuk semua jenis kulit muka terutama mereka yang mempunyai kulit muka kusam dan ada masalah kulit muka tidak sekata.

 

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Warna asal CC Cream ini adalah berwarna putih tapi jangan risau sebab ianya sesuai untuk semua warna kulit sebab ianya akan berubah mengikut warna tona kulit muka korang.

warna CC Cream akan berubah mengikut tona kulit
Setelah blend dengan jari, warna CC Cream akan berubah mengikut tona kulit muka menjadi little pink atau pun coklat.

 

Tambahan lagi, tekstur CC Cream Hansaegee berbeza dengan CC Cream yang ada di pasaran. Teksturnya tidak melekit, terasa ringan bila disapu ke muka dan tidak berminyak. Sesuai dipakai sepanjang hari. Hasilnya, kulit muka akan lebih halus, bercahaya secara semulajadi dan lembap. Tak risau bila kulit berpeluh atau berminyak pada waktu tengahari.

 

CC Cream ni mempunyai tekstur yang ringan
CC Cream ni mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan memberi kelembapan yang diperlukan kulit.

 

Setelah diratakan pada kulit, CC Cream kelihatan ringan dan lembap
Setelah diratakan pada kulit, CC Cream kelihatan ringan dan lembap.

 

Cara Guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Gold Nano CC Cream boleh dijadikan sebagai cream harian dan cara guna adalah sangat mudah. Cuma sapu dengan jari dan ratakan ke seluruh muka. Sesuai untuk korang yang keluar rumah tapi tak suka makeup yang tebal dan nak nampak semulajadi. Dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas memang perlu sangat pakai krim yang ada perlindungan matahari.

Kebaikan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Memberi perlindungan UV matahari SPF50+ PA+++

Mengimbangi tona kulit secara semulajadi

Meminimumkan penampilan pori

Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer untuk buat makeup tahan lebih lama

Mencerahkan kulit

Bertindak sebagai anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit

Mengekalkan kelembapan dan buat kulit bercahaya secara semulajadi

Kandungan Utama Gold Nano CC Cream

Jom tengok kandungan utama CC Cream supaya korang lebih faham bagaimana ianya membantu kulit muka korang:

Mineral Water – Mengimbangi pH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – Efek anti bakteria dan mengurangkan masalah radang kulit.

Colloidal Gold – Melambatkan penuaan dan mengurangkan kesan infrared dari cahaya dan mempunyai bahan anti oksidan.

Selain daripada itu, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream bebas dari mana-mana sumber haiwan, dan bebas daripada bahan berbahaya – No Paraben, No Alcohol, No Sulfate. Boleh rujuk link ini untuk dapatkan maklumat lebih terperinci https://hansaegee.com/shop/s-recover-cc-cream.html

Pengalaman Aku Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Mengikut pengalaman aku setelah menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream selama beberapa minggu, aku bertambah yakin bila keluar rumah. Aku tak risau untuk kekal aktif dan berpeluh di bawah sinaran matahari serta sangat menjimatkan masa untuk aku bersiap.

Pengalaman Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Tekstur CC Cream ini juga sangat ringan dan tidak melekit. Berbeza dengan cream yang pernah aku guna sebelum ni. Jadi memang mudah nak sapu ke permukaan kulit muka. Apa yang aku perasan walau kulit muka berpeluh teruk, cream ni tak nampak bercapuk. Tak rasa rimas dan tidak risau muka nampak comot.

Semestinya sesuai untuk aku yang suka less makeup dan kulit muka nampak semulajadi bila berada dekat luar. Lagi satu, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream meresap dengan baik dan sangat mudah untuk dicuci.

Pengalaman Aku Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Tak ada masalah kalau kulit berpeluh. Kena air pun tak nampak bercapuk dan nampak fresh.

 

Kulit nampak lagi glowing dan tak bercapuk.
Tidak risau jika kulit berpeluh terutama pada waktu tengahari. Kulit nampak lagi glowing dan tak bercapuk.

 

Selalu waktu kritikal adalah pada waktu tengahari, sebab masa tu cuaca panas dan kulit aku dah start berminyak. Tapi bila guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, dia buat kulit muka nampak glowing dan natural.

Cara Pakai Gold Nano CC Cream

Cara Pakai Gold Nano CC Cream 2

Selalu lah jenguk laman web Hansaege sebab selalu ada sale.

CC Cream Yang Tidak Berminyak, Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata

 

CC Cream Yang Tidak Berminyak, Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata 2

(By Rodiah Amir)

🍁Brand: Hansaegee Nature
You may also interested with :  (Please click for more information)
               Aqua Whitening Cream and Gold Nano CC Cream             Hansaegee Nature Malaysia Trusted Brand for Korean Skincare

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Leave a Reply