Blog : mampu menghalang kulit wajah daripada berjeragat

S+recover Gold Nano CC Cream | rutin harian, semudah 1 2 3!

(By mia kassim on 27th Feb 2019)

Assalamualaikum .. hi korang terutamanya para wanita sekalian. Hari tu Kmia ada kongsikan tentang CC Cream dari Korea tu kan [Baca Di sini] .. hampir sebulan dah Kmia guna cream ni. Dan ternyata cream ni memang tidak mengecewakan dan dah menjadi rutin harian apply cream ni di kulit wajah Kmia.

Di awal penggunaan S+recover Gold Nano CC Cream. Kulit wajah nampak kusam dan gelap

Kmia kan paling takut untuk mencuba apa-apa jenis cream kecantikan yang ada di pasaran sekarang. Kulit wajah Kmia agak sensitif dengan bahan-bahan yang ada dalam cream-cream tersebut. Adalah pernah sekali tu, Kmia cuba satu jenama cream ni. Lepas seminggu guna, timbul jerawat, bukan jerawat pasir tapi jerawat batu. Ishh .. down jugalah Kmia masa tu. Jumpa client dengan jerawat besar di pipi. Tapi memang surprise dengan Gold Nano CC Cream ni, tidak ada langsung kesan sampingan negatif selepas  Kmia menggunakannya. Tidak timbul jerawat ataupun ruam. Dan yang bestnya kulit wajah jadi lebih sekata.

Hampir sebulan guna cream ni, kulit lebih sekata dan glowing gitew!

Bukan tu sahaja, Kmia suka dengan cream sebab ianya sangat memudahkan Kmia berhias. Korang tau lah rutin mak-mak yang berkerjaya ni .. cewah! Mana nak hantar anak ke sekolah, nak elak punch card merah lagi hehe. Fuh! Semua nak kena cepat dan pantas. Termasuklah nak berhias. Kmia ni hari-hari kena akan berjumpa dengan customer. Nak tak nak kena juga jaga penampilan depan mereka tu. Kmia suka makeup simple dan sebab itulah kenapa suka dengan cream ni. Calit sedikit dah boleh jadi asas makeup. Tak perlu foundation segala, tinggal letak mascara dan berlipstick sahaja.

Makeup nampak lebih natural

Tak sempat makeup di rumah, Kmia bawa sahaja cream ni ke office. Cream ni sesuai dan senang di bawa ke mana-mana. Penutup twist lock yang ketat dapat mengelakkan cream terkeluar sendiri. Cara penggunaannya yang simple memudahkan Kmia berhias di office, semudah 1 .. 2 .. 3 .. gitu.

Mudah di bawa ke mana-mana. Muat je dalam beg makeup Kmia yang kecil itu

Dan yang paling best, cream ni mampu menghalang kulit wajah daripada berjeragat. Sinaran UV berbahaya adalah salah satu penyebab kulit wajah rosak dan berjeragat. Kulit akan nampak lebih tua daripada usia kita. Tapi kan cream ni mampu membantu Kmia dan korang kalau nak hehe. Ianya mengandungi SPF50+ yang mampu menghalang sinar UV terus ke kulit wajah.

Kulit nampak lebih cerah dan tidak ada jeragat menyinggah

Dipendekkan kata, Kmia memang recommend korang untuk cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature

Author: Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Beauty Blog is owned by Hansaegee Nature Online Shop. This blog is mainly to gather all the Hansaegee Nature related product review and blog information for our beloved customers. Also we will provide useful beauty and skin care tips for our reader who visit our blog.

Leave a Reply