Tips Merawat Sunburn – Water-Based Moisturizer (Pelembab) Untuk Kulit Berminyak | Hansaegee Nature

Water-Based Moisturizer (Pelembab)

Hai semua pembaca blog Faizzah Amir. Semoga sihat dan happy selalu. Hari ni aku nak cerita pasal pelembap kulit yang best ni. Of course aku akan recommend yang best2 je untuk korang.
Aku percaya baik lelaki mahupun wanita kebanyakannya mementingkan penjagaan kulit. Bagi aku bila kulit kita elok dan bersih rasa keyakinan diri tu makin bertambah-tambah kan. Confident tahap maksima oh yeahhh..
Tapi dalam kehidupan seharian susah kan kita nak jaga kulit 24jam. Lagi-lagi pula kalau sering terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan boleh merosakkan kulit dan menyebabkan sunburn..
Arghhh.. Aku dari zaman sekolah lagi paling seram dengar perkataan sunburn. Boleh imagine kulit yang sunburn ni macam baru lepas kena tampar uollss.. Malu nak berdepan dengan orang. Nak rawat balik kesan sunburn tu satu hal, ambil masa yang lama dan kadangkala tak jumpa produk yang sesuai lagi haru jadinya…
Ok tapi tapi tapi….setiap masalah cepat atau lambat pasti ada penyelesaiannya. Dan…. Aku dah bertemu akhirnya dengan solusi kepada masalah ini jeng jeng jeng…..
Aku nak introduce kat korang salah satu produk penjagaan kulit yang aku sedang amalkan ni. Ianya sejenis pelembap.
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
“Aqua Whitening Cream” dari Hansaegee Nature. Made in Korea wehh. Bukan krim biasa-biasa tau. Krim ni mampu melindungi kulit korang dari sunburn dan merawat sekaligus. Dan bukan itu sahaja krim ni macam all in one pelbagai fungsi kebaikan pada kulit wajah yang korang boleh dapat dengam krim ni.
Masa mula-mula aku apply kat kulit tangan pun dah rasa macam WOW!! Memang aku kalau try apa-apa pun produk skincare mesti try kat tangan dulu or belakang telinga.
Meh aku nak cerita kat korang lebih detail kenapa aku adored sangat dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni ~~
Memulihkan Sunburn dan Kemerahan Pada Kulit. 
🌼 Kalau jenis kulit aku bila dah berjemur tu memang nak hilang kesan tu berbulan jugak. Tapi dah ada Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni tak risau dah. Lagi pulak kulit muka aku ni rasa sejuk je bila pakai. Syok wehh.. Rasa happy je tau sekarang ni nak berjalan tengah panas terik pun dah tak risau pasal sunburn apa semua.
Memutihkan Kulit
🌼 Krim ini mengandungi “Niacinamide” yang berfungsi sebagai agen pencerah, menyelesaikan masalah tona kulit tak sekata, mencerahkan tona kulit dan dalam masa yang sama juga menegangkan kulit dan sangat sesuai untuk kulit sensitif macam aku.
Texture water based Moisturizer
Texture water based Moisturizer
Water Drop Based Cream
🌼  Tekstur krim ni ringan dan aku paling suka sebab tak rasa berat kat muka bila pakai. Rasa selesa nak pakai walau dalam apa jua situasi sebab krim ni tak melekit atau berminyak. Dan sudah tentu kelebihan krim ni berasaskan “water drop based cream” yang mana bila korang gosok dan urut kat kulit dia akan terbentuknya titisan air or “water drop effect” pada kulit sebab pelembap sepenuhnya dah diserap pada kulit kita. Korang boleh tengok sendiri kat tutorial yang aku buat tu.
Water Drop Effect water based moisturizer (pelembab)
Melembapkan Kulit Yang Kering
🌼 Bila pelembap dah meresap sepenuhnya kat kulit muka kita, so korang boleh nampak sendiri kulit korang yang lembap semulajadi ala-ala “glass skin” gituuu.. Aku suka sangat tengok hasilnya. Rasa macam salah satu matlamat “skin goals” dah tercapai. Hehehe…
Krim Anti Jerawat
🌼 Tak payah risau jerawat tumbuh ke apa bila pakai pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Sebab krim ni “non-comedogenic” yang tak akan menyumbat liang kulit korang yang boleh menyebabkan terhasilnya jerawat.
Mengawal Kulit Berminyak
🌼 Kalau yang memang jenis kulit berminyak pun tak perlu ragu-ragu nak cuba krim ni sebab Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni mengecilkan pori di kulit sekaligus dapat mengawal lebihan minyak pada kulit.
Diformulasi Dengan Ekstrak Herba
🌼 Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream diformulasi dengan ekstrak herba so ianya melegakan kulit, tak rasa la macam pedih-pedih bila pakai krim pelembap. Rasa sejuk dan lembut je. Best sangat tau. Macam aku suka jadikan krim ni sebagai primer sebelum sapu foundation atau cc cream.
Benda Penting Dalam “Travel Checklist” 
🌼 Ni one more thing aku nak ingatkan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni salah satu benda penting yang mesti ada dalam travel checklist korang. Lagi-lagi kalau korang nak bercuti ke pantai atau nak berjalan-jalan di mana kulit lebih terdedah kepada pancaran matahari yang boleh merosakkan kulit. Krim Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream inilah “bff” yang korang perlu ada. Tak payah risau dah kulit sunburn lepas ni, apply je kat kulit wajah korang tu sebelum keluar berjalan-jalan dan balik tidur apply lagi kat kulit untuk merawat kulit korang yang seharian terdedah kepada pancaran matahari tu. Selain tu, krim ni juga didatangkan dalam bekas yang ringan dan mudah dibawa.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Sedang memandu di panas terik berhenti kejap kat tepi jalan.. Touch up sikit dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream… Barulah rasa yakin kulit terlindung dari sunburn. Nak keluar berjalan di panas terik pun confirm tak risau dah kan….
Bahan Utama Di Dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream 
💧Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.
💎 Cara nak apply cream ni pun sangat-sangat senang tau. Macam biasa la calit sedikit pada dahi, hidung, dagu, kedua belah pipi dan leher dan urut perlahan-lahan sambil meratakan ke seluruh wajah. Sambil korang tepuk-tepuk lembut dengan jari kat muka tu dan akan terhasillah efek titisan air atau water drop. Korang boleh tengok sekali kat video tutorial aku tu.
Calit sikit-sikit je kat dahi, hidung, dagu, & dua belah pipi juga leher ye jangan lupa. Kang separuh putih separuh gelap jadinya heheh… 
Then ratakan ke seluruh wajah
Boleh nampak kan hasilnya sebelum dan selepas… Kulit nampak natural dan bersih je…
Ok la aku terangkan panjang lebar pun tak guna kalau korang tak cuba sendiri Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Yela mana bukan senang nak dapatkan efek melembap, mencerah, merawat, menyegar, melindungi hanya dalam satu krim pelembap sahaja. Cuaca panas pun tak ada masalah nak tepek kat muka, disebabkan fungsi utamanya yang melindungi dari ‘sunburn’ krim ni rasa sejuk dan segar je kat kulit korang. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni complete all in one dalam satu bekas krim pelembap yang sangat comel.
Water-Based Moisturizer (Pelembab) Untuk Kulit Berminyak
Water-Based Moisturizer (Pelembab) Untuk Kulit Berminyak 2
Rasa confident sangat lepas apply Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Tu yang selalu nak selfie je. Hehehe… 💕
Bagaimana cara nak mendapatkan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream?? Mahu mengetahui pelbagai info mengenai produk Hansaegee Nature??
Klik sahaja link di bawah ini 👇👇
(By Faizzah Amir)
Related Product (Aqua Whitening Cream in Combo Set) :

 

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Leave a Reply