Fungsi CC Cream Makeup Routine Yang Tahan Lama Dari Hansaegee Nature. Okay.. Sebelum ini zaza pernah share pengalaman zaza sendiri mengunakan produk pencuci wajah dari Hansaegee Nature. So untuk tahun 2020 ini, zaza nak recommend pula satu lagi produk mereka iaitu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Zaza jarang makeup memandangkan zaza amat jarang keluar. Buat kerja pun dekat rumah je..jadi jika nak keluar tu mungkin dalam sebulan dua kali atau jika betul-betul ada urusan penting.
Tapi adakalanya jika abang atau kakak balik adakala mereka ajak keluar. Jadi selalu rushing nak bersiap. Zaza kalau makeup memang agak lama terutama bab kening. Stress betul nak bagi bentuk kening tu cantik..dan selalu makeup memang guna foundation. Bila guna foundation ni memang agak lama la juga nak blend kannya bagi sekata. So kat situ je dah makan masa yang banyak..
Jadi zaza memerlukan solekan yang cepat, boleh digunakan untuk harian dan senang untuk dicuci. Tak ada la selalu kena bebel dengan abang atau kakak yang terpaksa menunggu lama untuk adik bongsunya ini bersiap hahaha…
Untuk mengatasi hal itu, zaza tertarik untuk menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature.
Bermula tahun 2019, Hansaegee Nature telah memperbaharui packaging lama kepada packaging yang lebih menarik seperti yang zaza tunjukkan ini. Yeahhh zaza pun love dengan packaging baru ni.


Mungkin ada yang sudah mengenali atau yang belum pernah dengar jenama ini. Okay, Hansaegee Nature adalah jenama produk kecantikan berasal dari Korea dan ia telah pun berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2011 lagi.Hansaegee Nature telah mengeluarkan beberapa jenis produk seperti pencuci wajah (cleanser), Aqua whitening cream dan cc cream.Maksud CC Cream dan Fungsinya
CC Cream dikenali sebagai Color Control Cream atau Complexion Corrector dan mempunyai formula yang lebih ringan berbanding BB Cream. Kebiasaannya CC Cream juga turut dilengkapi dengan SPF dan nutrisi yang dapat melembapkan kulit. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan bertindak dalam menyamakan warna kulit pada wajah. Contohnya seperti warna kemerahan disebabkan oleh jerawat atau warna kulit yang tak sekata.Oleh itu, Gold Nano CC Cream ini sangat sesuai digunakan sebagai rutin makeup harian dan zaza recommend untuk anda mencubanya.Gold Nano CC Cream
Gold Nano CC Cream ini mengandungi tiga bahan utama iaitu Mineral Water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold. Setiap dari bahan ini mempunyai fungsinya tersendiri iaitu :Mineral Water – Ia membantu dalam mengekalkan keseimbangan pH kulit dn dapat meningkatkan keanjalan kulit.Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – berfungsi sebagai anti bakteria, membantu dalam melegakan kerengsaan kulit dan kulit yang bermasalahNano Gold – ia berfungsi dalam mencegah penuaan kulit serta memblok radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi.
Kelebihan Gold Nano CC Cream
Antara kelebihan Gold Nano CC Cream apabila dipakai pada muka adalah :
- Memberikan perlindungan UV matahari SPF50 PA +++
- Boleh dijadikan makeup base atau makeup primer
- Membantu mencerahkan kulit secara semulajadi
- Mencegah anti penuaan dan meningkatkan keanjalan kulit
- Melegakan masalah kulit dan mengekalkan kelembapan
- Menjadikan kulit kelihatan lebih licin dan Glowing
- Membantu mengimbangi tona kulit secara semulajadi
Untuk menggunakan ia cukup mudah. Selepas membersihkan wajah, letakkan Gold Nano CC Cream ini pada wajah dengan tangan atau jari. Kemudian sapu rata sehingga sekata. Tidak perlu menggunakan berus makeup.Jika dilihat, Gold Nano CC Cream ini berwarna putih. Selepas zaza menyapu dengan jari, lama-lama ia kelihatan berubah dan nampak ia mengikut warna kulit kita secara semulajadi.







Review Zaza Setelah Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Pada zaza memang ok pakai cc cream ini. Masa mula-mula pakai tu nampak macam biasa tapi selepas siap blend sepenuhnya baru nampak macam kesan glowing. Solekan zaza pun kelihatan begitu natural..yeahh zaza sebenarnya suka dengan makeup begini..tidak keterlaluan untuk solekan harian. Cumanya ia tidak terlalu cover sangat jerawat dan parut-parut muka zaza ni..tapi tak apa..zaza menyukai cc cream ni dan paling penting nak cuci tu mudah. Kalau pakai foundation, nak cuci tu kena betul-betul tonyoh dengan kuat baru bersih. Tapi Gold Nano CC Cream ni tonyoh biasa pun dah tanggal kesan makeup tu.
Ia juga tak buatkan kulit kusam dan dalam masa yang sama cc cream ni juga membantu melembapkan kulit wajah. Masa zaza pakai dalam beberapa jam pun..makeup tak capuk dan nampak lembab-lembab je. Bila kulit berpeluh atau kelihatan kulit berminyak, makeup dan kulit tetap kelihatan cantik.



CC Cream ni pun ada SPF 50+ PA +++..jadi kalau duduk di luar terkena cahaya matahari yang lama pun ia tak buatkan wajah sunburn.
Baru-baru ni masa zaza kena jaga mak sakit kat hospital beberapa hari, zaza bawa cc cream ni je untuk bersolek.
Apa yang menarik lagi pada zaza sebab cc cream ni datang dengan satu kod color sahaja. Memang sesuai untuk semua jenis tone kulit sebab cc cream ini bila pakai ia akan mengikuti warna kulit kita.
So zaza recommend lah untuk rakan-rakan try cc cream ini juga. Bagi yang ingin mendapatkan Gold Nano CC Cream bolehlah mendapatkan terus melalui :