Pelembab Muka untuk Kulit Kering | Aqua Whitening Cream

Pelembab Muka untuk Kulit Kering | Aqua Whitening Cream

(By Fiza Zainy on 27th Dec 2018)

Assalamualaikum .
Hello =)
Lately ni produk skincare daripada Korea popular kan? Kawan-kawan fiza, malah adik-adik fiza pun sekarang dah beralih kepada skincare daripada Korea ni. Feedback yang dorang bagi semua positif dan berkesan pada kulit. Apa yang penting, kebanyakan produk skincare Korea ni dihasilkan menggunakan bahan semulajadi yang dah pasti selamat untuk kulit. Fiza pun dah in love jugak dah dengan produk skincare korea ni dan tercari-cari juga la moisturizer untuk masalah kulit kering muka ni.
Nak pilih beli yang mana memang payah sebab takut terbeli produk yang tak sesuai dengan kulit muka fiza. Jadi fiza baca la review daripada beberapa kawan tentang produk yang bagus untuk mengatasi masalah kulit kering serta melembapkan kulit dan akhirnya fiza dikenalkan dengan produk Hansaegee Nature . Banyak tau feedback positif pasal Hansaegee Nature ni dan kesemua produk keluaran Hansaegee Nature 100% original made in Korea:)
So untuk entry kali ni fiza nak share dengan korang moisturizer keluaran Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream yang difomulasikan khas menggunakan ekstrak herbal yang dapat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk semua jenis kulit dan berkesan untuk merawat kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sun burn, kulit yang sensitive dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.
Ni dia  Aqua Whitening Cream tu, FALL IN LOVE SANGAT TAU!! haaa kau, siap caps lock lagi. Serius ni pelembap paling best pernah fiza guna .
Moisturizer ni juga merupakan salah satu produk paling laris kerana keberkesanannya yang mampu merawat kulit muka dan sekaligus menjadikan wajah cerah berseri dengan penggunaan yang konsisten.  Apa yang unik dan menariknya lagi tentang  Aqua Whitening Cream ni ialah…
tengok magik ni
Selepas sapuan , water drop akan keluar seperti dalam gambar tu. Water drop ni la yang menjadikan kulit kita lembap dan yang bestnya kulit tak melekit pun. Dia akan resap terus ke dalam kulit kita dan menjadikan kulit segar, sejuk dan lembut sepanjang hari serta dapat mengawal lebihan minyak dan sebum pada wajah.
Macam ni la water drop tu bertindak pada kulit 🙂
Tekstur Aqua Whitening Cream ni sangat soft dan ringan bila di sapu kat muka. Dia punya soft tu kalau calit kat tangan pun macam tak rasa tau.

Cara Penggunaan

Sangat senang dan tak ambil masa lama pun.
1. Selepas cuci muka sebersihnya, sapu Aqua Whitening Cream (sikit je) ke muka dan urut perlahan-lahan secara rata di seluruh wajah dan leher.
2. Dalam beberapa saat je water drop akan muncul dan dap-dap je water drop tu untuk serapan ke dalam kulit.
3.  Lepas tu korang boleh rasa kulit muka korang lembut dan lembap je!
Besttt tau! Fiza rekomen dangat-sangat kepada korang yang tengah buntu nak beli pelembab apa untuk kulit atau nak bertukar guna pelembab lain untuk guna Aqua Whitening Cream ni. Jujurnya lepas dua tiga hari guna kulit fiza rasa lembut, lembap dan tak kering dah. Kesan merah-merah kat kulit pun makin kurang . Untuk kesan cerah je belum nampak lagi sebab produk ni menggunakan bahan semulajadi so kesannya memang takkan terus nampak pada muka secara drastik. Dia merawat kulit dari dalam dan selamat.
Ini antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan Aqua Whitening Cream ni iaitu Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract dan sebagainya. Semuanya bahan semulajadi yang selamat untuk kulit .
So korang, apa tunggu lagi. Cepat dapatkan produk ni untuk kulit wajah lebih berseri dan korang pasti akan jatuh cinta dengannya 🙂

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] yang nak tahu lebih lanjut berkenaan produk ni tekan link ni eh sebab dalam entry kali ni fiza cuma nak update pasal keberkesanannya pada kulit muka fiza […]