Jatuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

atuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

(By Moon Izzan on 28th Dec 2018)

Jatuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature | Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta.. Haha
My current obsession! Jatuh cinta dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Dah hampir seminggu guna memang puas hati sangat. Alhamdulillah kulit serasi, takde masalah.

Hansaegee Nature adalah satu jenama kecantikan yang telah bertapak di Malaysia sejak dari tahun 2011. Semua produk yang dikeluarkan adalah 100% original dikeluarkan dan diimport dari Korea setelah ianya diluluskan dan dijamin kualitinya selamat untuk digunakan.

Kandungan Utama Gold Nano CC Cream 

*Mineral water (meningkatkan keanjalan kulit, mudah serap ke dalam kulit)

*Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract (meredakan iritasi dan melegakan kulit bermasalah)

*Colloidal Gold ( mencegah penuaan, menghalang radiasi dan antioxidant)

Antara Kelebihan Gold Nano CC Cream 

Masa pam tu, akan keluar krim putih beserta partikel berwarna coklat. Jangan risau tengok krim putih tu sebabnya bila kita dah blendkan, perlahan-lahan akan ikut warna natural kulit kita dan membuatkan tona kulit kita lebih sekata.

Me suka sangat ngan cc cream ni sebabnya tak berminyak dan tekstur dia sangat lembut. Senang nak blend.

Nak apply cc cream ni senang. Guna jari je. Tak perlu guna berus atau span. Tapi pastikan jari bersih ye.
Kalau korang nak tau, mata me ni jenis mata panda. Ada dark circle keliling mata. Tapi dengan cc cream ni je mampu kurangkan kehadiran dark circle tu. Puas hati sangat.

Biasa pepagi bersiap me akan gunakan, cc cream ni as primer. Iyee korang. CC cream ni boleh digunakan sebagai make up primer. Jangan tak percaya. Make up nampak lebih menonjol, cantik dan tahan lebih lama. Even orang kata make up light-light je pun kan. Nampak la konfiden level tu up sikit.

Pas solat tu selalunya tak sempat nak tepek make up bagai. Me sapu moisturizer je tapi tu la, nampak la tona kulit tak sekata tu. Tapi dengan adanya cc cream ni mampu buat wajah me nampak lebih bermaya dalam waktu yang singkat.

Korang yang tengah pasang niat nak cari cc cream ni boleh cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Alhamdulillah puas hati.

 

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments