Review Pelembap Water Based Hansaegee Nature Yang Cepat Meresap dan Tidak Berminyak

Salam. Rutin penjagaan kulit muka, ai memang cerewet sikit. Bukan semua krim pelembap muka dapat menepati piawaian ai tau. Yang pertama, mestilah tak melekit dan kedua tidak berminyak. Nova memang tak berapa gemar pelembap muka yang melekit atau berminyak, rasa tak selesa especially jika pakai waktu malam. Tidur mestilah nak tenang-tenang kan dan selesa. Jadi pemilihan pelembap muka yang terbaik adalah sangat penting bagi Nova. Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature produk Pelembap Water Based yang bagus dan menjadi pilihan hati Nova. Ai pakai siang dan malam, bila-bila masa. Selesa. Sebab apa?… sebab…..

packaging aqua

3 Fungsi Utama Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream ni ada 3 fungsi utama iaitu Melembapkan & Memutihkan & Berfungsi Menjaga Kulit Muka. Kedua, untuk Mengawal Sebum & Minyak Berlebihan Pada Kulit dan ketiga, ia Membaiki Kulit Yang Kemerahan & Terbakar kerana Matahari (Sun Burn). Fungsi utama Aqua Whitening Cream ini adalah untuk Melembap dan Memutihkan Kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, sama ada kulit berminyak, kulit kering atau kulit kombinasi. Yang paling penting, Tiada Paraben, Tiada Alcohol dan Tiada Sulfate. Selamat digunakan.

pelembap water based

Bahan Utama Aqua Whitening Cream:

Minyak Benih Camellia Japonica
Tidak komedogenik, Tidak menyumbat liang kulit, Tidak menyebabkan jerawat

Membaiki kulit yang kemerahan & terbakar disebabkan matahari

Melembap jauh ke dalam lapisan kulit bawah.

Niacinamide
Dikenali sebagai vitamin B3, untuk menghalang penuaan kulit,
Memperbaiki pori-pori yang besar, warna kulit tidak sekata
Memperbaiki garis halus, kusam, dan permukaan kulit yang lemah
Dapat mengawal sebum & minyak berlebihan pada kulit

Membantu Mengurangkan Pori Terbuka

Kalau nak tahu tekstur krim ini sangat ringan dan cuma perlu pakai sedikit sahaja.

krim lembap

Urut dengan lembut dengan sekata sehingga titisan air keluar. Itulah yang dinamakan water drop based. Kemudian, dap/pat pada muka. Rasa segar berseri dan selesa. Tidak melekit sama sekali ok!

titisan air keluar

Seperti yang Nova dah cakap, produk ini adalah produk water based! Tak berminyak dan tak melekit. Cara penggunaanya pun mudah sahaja. Ambil sedikit gel ini, letakkan di muka dan urut di seluruh kawasan muka dan leher anda. Gel itu akan bertukar menjadi bintik-bintik air. Kemudian dap dap pada muka biar dia meresap masuk ke dalam kulit. Rasa segar, lembap dan lembut. Sampai pagi esok boleh rasa muka kita maintain lembap. Terutamanya yang tidur dalam aircond, kena selalu maintain kelembapan kulit kalau nak awet muda ya. Teori dia mudah ja, kulit lembap kurang kedut. Kulit kering dan tidak bermaya.. kedut-kedut akan cepat keluar.

Cara penggunaanya Aqua Whitening Cream

sapu pada permukaan kulit muka
Kesan penghidratan dia memang ajaib. Titisan air ini akan memberi kelembapan pada kulit dan ia tidak melekit. Cuba tengok perbandingan diantara pelembap biasa jenama X dan Aqua Whitening Cream. Boleh nampak perbezaan ketara diantara kiri dan kanan. Bagaimana pelembap Hansaegee ini tidak menyumbat liang pori dan bertukar menjadi titisan air.

testing orange pelembap

Pakai Aqua Whitening Cream di waktu siang mahupum malam, kulit akan terasa segar, sejuk dan lembut. Selain itu ia juga mengawal lebihan minyak/sebum pada kulit kita. Tambahan lagi, ia mempunyai fungsi pencerahan kulit agar anda nampak berseri-seri setiap hari. Kandungan Niacinamide sebagai agen pemutih, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, menjadikan warna kulit cerah, meredakan kulit sensitif, dan menganjalkan kulit. Diformulasikan dengan ekstrak herba yang meningkatkan penembusan jauh ke dalam kulit. Membaiki kulit yang kemerahan akibat sunburn.

Sebelum tidur pakai dulu Aqua Whitening Cream

kulit nampak fresh

Produk ini banyak review yang positif dan pengguna nampaknya berpuas hati dengan hasilnya. Nova memang akan pakai siang dan malam setiap hari. Ingat tau pelembap sangat penting pada kulit. Yang ada  pun ni nak habis dah ???? Kena grab lagi ni… nak raya kulit kena maintain lawalah kan kan. hehe..
Sebelum makeup, pemakaian pelembap muka adalah sangat penting. Ia akan menjaga kulit muka dari terlalu kering dan make-up juga akan nampak lebih natural, tahan lama dan tidak mudah cakey. Kalau Nova pakai pelembap muka Hansaegee ni sebelum makeup, muka akan nampak lebih natural gittew, lebih glowing dan paling penting tahan lama dan tak bercapuk.

Dalam gambar sebelah kiri ni, Nova selfie selepas hampir 5 jam pakai full makeup. Masih elok maintain dan glowing. No cakey.. boleh zoom. Sebelah kanan pula Nova pakai light makeup. Dua-dua maintain helok kan.

wajah lebih berseri lembap

Review Pelembap Water Based Hansaegee Nature

Secara kesimpulannya, setelah Nova menggunakan  Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni selama 1 bulan, Nova nampak garisan halus sangat dekat atas dahi dan celahan lekuk senyuman jadi semakin tak nampak. Tiada iritasi, tiada gatal dan tiada naik jerawat. Bangun-bangun pagi muka terasa segar dan senang sahaja cuci muka kerana produk ini tidak berminyak dan tidak melekit. Memang betul. Kulit pula makin hari makin cerah sedikit demi sedikit, tidak mendadak sangat.. risau kalau cepat2 cerah ni bahaya tau sebab kitaran kulit kita 28 hari. Jadi biar lambat sedikit asalkan hasilnya lumayan! ya tak? I love it and happy sebab dapat cuba produk yang best dan ajaib begini. Memang lain dari lain. ????
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments