Cara Membuat Wajah Glowing – Skincare Routine Untuk Kulit Kombinasi Berminyak

Assalamualaikum.

Hello readers! Hari ni Iza nak share betapa pentingnya skincare yang betul untuk kulit yang lebih sihat dan glowing. Sejak Iza dah pindah duduk rumah sendiri, Iza ada banyak masa nak buat content compare to masa Iza kerja dulu. Bila buat content ni biasa la, melibatkan Iza kena ambil gambar and Iza biasanya akan makeup.

kulit jenis kombinasi

Untuk Iza yang jenis kulit kombinasi berminyak ni memang pantang betul kalau dah makeup tapi tak cuci bersih muka dengan betul. Nanti mula la liang pori tersumbat dan jadinya blackhead dengan whitehead. Lepas tu jadi muka akan berbiji-biji macam ada jerawat pasir.

MASALAH KULIT BERMINYAK DAN LIANG PORI TERSUMBAT

Iza ni memang boleh dikategorikan mempunyai liang pori yang besar. Bila Iza tak cuci muka dengan bersih menggunakan cleanser yang betul, liang pori Iza akan mudah tersumbat dengan kotoran yang Iza tak habis bersihkan dicampur pula dengan muka Iza yang dah sedia adanya berminyak. Tambahan pula pakai pelembap yang tak sesuai dan menyumbatkan lagi liang pori.

masalah liang pori tersumbat

Bila liang pori dah tersumbat dengan kotoran, maka akan terhasil blackhead dan juga whitehead. Kedua-dua ni memang sangat mengganggu Iza sebab sangat obvious dekat muka dan menyebabkan Iza akan selalu nak picit muka Iza sampai menyebabkan jadi luka dan dark spot.
Bukan setakat tu je, kebiasaannya orang yang memang ada masalah ni akan ada sel kulit mati yang banyak dan menjadikan kulit muka kusam dan nampak tak bermaya. Bila dah jadi macam ni, makeup pun akan jadi tak cantik. Still muka akan nampak kusam.

DEEP CLEAN UNTUK BERSIHKAN LIANG PORI

Cara paling berkesan untuk bersihkan liang pori ni salah satunya kena double cleanse muka kita. Untuk Iza yang ada anak kecil ni, memang selalu tak ada masa nak cuci muka lama-lama dalam bilik air. Sebab kadang-kadang Iza baru je masuk bilik air anak Iza dah mencari Iza dekat mana.
Jadinya cara lain yang boleh Iza cuba ialah dengan gunakan skincare yang memang boleh deep clean muka Iza hingga ke liang pori. Kalau skincare yang macam ni memang akan jimat masa Iza lebih banyak.

MENGAWAL KULIT BERMINYAK

Walaupun Iza boleh deep clean muka Iza untuk elakkan blackhead dan whitehead, tapi kulit muka Iza tetap berminyak dan penggunaan pelembap yang tak sesuai. Jadi Iza cuba untuk tak pakai pelembap dan rupanya cara Iza tu lebih salah sebab kulit muka Iza struggle nak hydrate lepas Iza dah cuci muka dan jadikan muka Iza lebih banyak minyak.
Fungsi pelembap ni sebenarnya bukan sekadar nak berikan kelembapan pada kulit tapi juga untuk kunci kelembapan pada kulit tu supaya lebih balance which tak terlalu kering dan tak terlalu berminyak. Untuk kulit berminyak atau kombinasi pula memang recommended untuk pakai pelembap oil free dan tak menyumbatkan liang pori.

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER CUCI HINGGA LIANG PORI

Jadi Iza cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser daripada Hansaegee Nature ni sebab Iza baca review, cleanser ni memang boleh deep clean muka hingga ke liang pori dan plus point boleh remove makeup dengan mudah juga.
mencuci sehingga ke liang pori

Lebih menarik lagi cleanser ni datang dalam bentuk buih yang lembut dan sedikit berair. Bila sapu dekat skin memang rasa soft dan gentle je. Cleanser ni juga tak buat muka Iza kering tapi buatkan muka Iza rasa lebih fresh dan moist dengan adanya aloe vera dalam cleanser ni.tektur aloe bubble cleanser

Selain tu, cleanser ni mempunyai tea tree leaf oil yang boleh merawat jerawat dan control daripada terhasilnya jerawat lagi pada kulit muka which Iza rasa sangat membantu untuk kulit muka Iza.
Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni juga, dapat membuang sel kulit mati pada permukaan kulit kita dan menjadikan kulit muka kita nampak lebih healthy sekaligus menjadikan kulit lebih cerah setiap kali cuci. Barulah kita akan rasa confident dan bersemangat bila skin tak ada masalah. Makeup pun akan lebih cantik.

AQUA WHITENING CREAM SESUAI TAK BUAT LIANG PORI TERSUMBAT

Untuk pelembap pula Iza memang sangat recommend pada yang ada masalah kulit berminyak atau kombinasi macam Iza untuk cuba Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ni sebab pelembap ni langsung tak greasy dan rasa skin sangat hydrate bila pakai.

tektur pelembap aqua whitening cream

Tekstur pelembap ni macam gel pada mulanya dan bila kita massage pada kulit muka, pelembap akan bertukar menjadi water drop seolah-olah macam kita basahkan muka dengan air.

tektur jenis water based

Dengan adanya Niacinamide dan Camellia Japonica Seed Oil dalam pelembap ni memang sangat membantu untuk mengekalkan kelembapan pada kulit dan mengecilkan liang pori disamping merawat tona kulit yang tak sekata.
Bila kulit muka kita dapat air yang mencukupi, bukan setakat kulit muka lebih healthy je tapi masalah kulit berminyak atau kering pun tak ada. Bukan tu je, kulit muka pun akan jadi lebih elastic dan akan nampak lebih glowing. Memang akan nampak beza bila kita jaga kulit muka dengan baik dan pakai skincare yang betul.

KOMBINASI SKINCARE TERBAIK

Lepas Iza amalkan kedua-dua cleanser dan pelembap ni Iza memang dapat nampak perbezaan kulit muka Iza which kulit muka jadi kurang berminyak dan liang pori pun tak tersumbat lagi. Semestinya whitehead dan blackhead Iza pun makin berkurang.

kombinasi skin care terbaik

Bukan setakat tu je, Iza dapat rasa skin Iza lebih sihat dan nampak lebih glowing lepas Iza pakai kedua-dua produk ni. Even dark spot pun jadi makin pudar. Memang sangat recommended untuk korang yang ada masalah sama macam Iza cuba produk-produk ni. Korang akan dapat nampak perbezaan bila dah consistent pakai, especially rasa kulit lebih healthy.

2 steps rutin skin care

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments