6 Ciri-Ciri Sunscreen Terbaik Yang Dapat Melindungi Kulit Wajah Dari Sinar Matahari

Assalamualaikum… Hai Semua…

Umur aku dekat 40 ni, barulah aku menitikberatkan sunscreen atau sunblock untuk daily use.

Agak terlambat kan…

Sebelum ni, aku hanya gunakan sunscreen untuk aktiviti macam ke pantai, aktiviti luar & berjemur.

Untuk harian, memang on off guna. Tak konsisten.

Lagi la dulu tak berduit, pakai mana yang ada je. Teringat masa zaman sekolah berkawad petang di sekolah sampai muka sunburn teruk. Kemudian masa praktikal di tempat pembinaan tepi pantai, muka cepat sunburn & kusam.

 

Kenapa kena pakai sunscreen? Masih ada yang tak tahu kepentingannya ye…

 

KEPENTINGAN MEMAKAI SUNSCREEN/SUNBLOCK

 

Kita perlu memakai sunscreen setiap hari untuk menghalang cahaya UVA dan UVB dari menembusi ke lapisan kulit. Ianya membantu mencegah penuaan dan dapat mengelakkan kulit muka menjadi kusam serta gelap.

 

Aku nak share 1 Produk sunscreen yang aku gunakan sekarang iaitu Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA +++

aloe_vera_sunscreen_spf_50_terbaik_140324Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA +++

 

Cara Memilih Sunscreen Terbaik

6 ciri – ciri Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature :

1.       Sunscreen SPF 50+ PA+++.
2.       Tekstur Ringan & Moisturizing.
3.       Sunscreen untuk kulit berminyak.
4.       Sunscreen tanpa white cast.
5.       Sunscreen untuk semua jenis kulit.
6.       No Harmful Ingredients.

  1. Sunscreen SPF 50+ PA+++

Aloe Vera Sunscreen ini ianya perlindungan sunscreen SPF 50+ PA+++ terbaik. Tinggi dan bagus sangat digunakan lebih-lebih lagi untuk sebarang aktiviti luar.

aloe_vera_sunscreen_spf_50+_pa+++_140324

Sunscreen SPF 50 yang bagus untuk mengurangkan sinar UV ke kulit kita

  1. Tekstur Ringan & Moisturizing.

Tekstur sunscreen aloe vera ini ringan di kulit bila disapu. Tak terasa seperti kulit tak boleh bernafas.

Kandungan utama sunscreen iaitu aloe vera boleh melembapkan kulit.

Sangat selesa ye.

 

aloe_vera_sunscreen_tekstur_ringan_moisturizing_140324Rata di permukaan kulit. Tak bercapuk pun. Bestnya..

 

  1. Sunscreen untuk kulit berminyak.

Kebiasaannya suncreen biasa akan membuatkan kulit berminyak, tapi Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini tak berminyak . Bila kita apply di kulit muka rasa tak melekit. Syok wei.

Ianya jugak tidak menyumbatkan pori – pori kulit. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Sangat selesa tau..

aloe_vera_sunscreen_untuk_kulit_berminyak_140324Tiada kesan tompokan minyak

 

  1. Sunscreen tanpa white cast.

Korang perasan tak, sesetengah sunscreen kalau kita pakai, YaAllah… bercapuk kat muka, nampak pucat. Tapi dengan krim siang terbaik Aloe Vera Sunscreen tak bercapuk, senang sangat blend di kulit dan sekata dengan ton kulit. Takde la fenomene krim lagi cerah dari warna asal kulit muka. Hehehe

aloe_vera_sunscreen_tanpa_white_cast_140324Muka tanpa sebarang mekap. Tak Nampak bercapuk pun kan..

  1. Sunscreen untuk semua jenis kulit.

Bahan utama iaitu Aloe Vera dalam kandungan sunscreen boleh soothes irritating skin. So takde rasa gatal2, takkan timbul kemerahan dan tak buatkan kulit kita tidak selesa.

Macam kulit aku mudah jadi bintik kemerahan bila salah guna produk tau. Tapi bila aku pakai sunscreen ni, takde rasa gatal-gatal di kulit muka. Sangat sesuai dengan kulit muka aku.

aloe_vera_sunscreen_terbaik_sesuai_untuk_semua_jenis_kulit_140324

 

  1. No Harmful Ingredients.

Hansaegee Nature Aloe Vera SUNSCREEN yang bagus ini menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, Centella Asiatica dan ekstrak Morus Alba Bark.

Ianya Sangat bagus untuk kesihatan kulit kerana ianya Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free. Takde ragu-ragu nak pakai. Ni semua kriteria penting bila nak cari sesuai produk untuk kegunaan harian kita.

aloe_vera_sunscreen_terbaik_no_harmful_ingredients_140324Aloe Vera Sunscreen SPF 50 terbaik mempunyai kandungan yang tak diragui dan selamat untuk digunakan.

 

Sebelum ni aku ala kadar je apply sunscreen, janji pakai.  Rupanya banyak benda tak betul ye.

Sangat penting ye untuk kita menggunakan cara yang betul untuk pakai sunscreen.

Meh, aku share tips/cara pakai sunscreen dengan betul.

  1. Ada SPF – Pilih sunscreen sekurang-kurangnya SPF 30 dan keatas. Lagi tinggi, lagi bagus as protection terhadap UVA dan UVB. Bagi aku, ni benda pertama yang akan aku nilai.
  2. Kuantiti – Pakai sunscreen yang mencukupi. Pakai seeloknya sebanyak 2jari (jari telunjuk & cari tengah) setiap hari barulah kulit kita terlindung.

cara_pakai_aloe_vera_sunscreen_spf_50_terbaik_1403242 picit di jari sudai memadai. Sering la reapply sunscreen selepas beberapa jam

 

  1. Rajin Reapply sunscreen – Tolong la jadi seorang yang rajin untuk reapply sunscreen beberapa kali sehari. Bila kita berada diluar and selalu expose pada sinaran UV, boleh consider untuk reapply selepas 2-3 jam lebih. For those yang bekerja indoor dan tak seberapa expose to direct sunlight, boleh reapply selepas 5 jam. Should be no problem.
  2. Sunscreen pakai waktu bila? – Gunakan sunscreen 15-30 minit sebelum keluar. Kenapa? Sebab sunscreen atau sunblock perlukan sedikit masa untuk menyerap ke kulit untuk kadar perlindungan max. Bagi masa untuk kulit terserap dengan semua sunscreen, baru la kita keluar dengan happy ye..
  3. Rutin Penjagaan muka – Dulu aku apply je ikut suka dan tak tahu turutan yang betul.

Please follow basic skincare routine seperti di bawah ni :

*pencuci muka > toner > serum > moisturizer > sunscreen*

 

cara_pakai_aloe_vera_sunscreen_spf_50_140324Langkah mudah : Apply, Blend & Done.. Mudahnya..

Sunscreen harus digunakan paling akhir sekali kerana lapisan terakhir itulah yang sepatutnya memberi perlindungan kepada kulit dari sinaran UV. Setelah pakai sunscreen, barulah boleh proceed nak pakai makeup macam biasa. Boleh keluar dengan yakin dan bergaya.

Sebenarnya duduk dalam rumah pun, kita still kena pakai sunscreen. Cumanya tak perlu SPF tinggi kalau di rumah. SPF 30 dah memadai.

aloe_vera_sunscreen_terbaik_140324Sesuai untuk beraktiviti di luar tanpa risaukan kesihatan kulit.

Sepanjang temph sebulan lebih aku pakai Hansaegee nature aloe vera sunscreen, kulit aku tak aku gatal. Tu yang paling penting tau. Sebab apa? Sebab sebelum ni aku susah nak cari sunscreen yang sesuai dengan kulit aku yang senang naik bintik merah kalau tak sesuai dengan produk.

Ianya Sangat selesa di kulit, takde bagi effect tebal dan rimas. Teksturnya tak berminyak memang aku suka. Membuatkan kulit lembap dan lembut aje.

Timbul kesedaran nak reapply sunscreen selepas beberapa jam. So, jangan lupa sentiasa pastikan sunscreen ada dalam handbag kita.

Selamat mencuba guyss

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments