Image

Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci & Pelembap – Aloe Ac Clean Bubble Cleanser + Aqua Whitening Cream By Hansaegee Nature

Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci & Pelembap – Aloe Ac Clean Bubble Cleanser + Aqua Whitening Cream By Hansaegee Nature

(By Husniey Husain on 19th April 2019)

Assalamualaikum, Hai. Tak lama lagi dah mula nak berpuasa bagi tahun 2019. Mesti dah ada yang sibuk dengan persiapan bagi berpuasa dan beraya untuk tahun ini kan? Tak kurang juga ada yang misi nak kulit cantik mulus. Yelah kan pada hari raya nanti mesti nak tampil cantik depan pasangan, keluarga, sanak saudara. Perempuan kan, normal teringin nak nampak cantik. Husniey juga ada berangan nak kulit mulus cantik macam gadis Korea, hehe. Jom baca sama-sama skincare dari Korea yang best di bawah ini

Rutin Harian Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 

Sejak mula mengenali dan menggunakan Bubble Cleanser ni, terus husniey jadi tersuka tanpa sengaja. Tak sangka rupanya tekstur ia jenis Foam Cleanser (Berbuih).

 
Jenis Produk: Pencuci Muka Jenis Buih
Kegunaan: Seluruh Wajah
Tekstur: Soft Bubble Cleanser 
Saiz: 150ml 
Pembersih muka ini boleh membersihkan kulit dengan secara mendalam ke dalam liang, dan yang paling penting adalah lepas guna ia akan rasa effect lembap tidak kering, selepas membersihkan muka, berasa bersih dan lembut, kelembapan berpanjangan dan tidak berasa kering pada kulit..

Bahan utama yang terdapat di dalam cleanser ini ialah; 

Aloe Barbadensis Leaf Juice (Ada aloevera, which is baik untuk menyejukkan kulit wajah, merawat kulit berjerawat, mengurangkan sunburn dan lain-lain lagi.

Tea tree leaf oilMembantu melembutkan kulit, mengurangkan cela pada wajah, membersihkan, rawat kesan jerawat dan banyak lagi khasiatnya. Kalau google je pasal bahan semulajadi ni mesti rasa kagum.

Bagaimana Hendak Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 

Pertamanya, tekankan pada botol pencuci tu dengan jumlah bubble yang mencukupi, pastikan tangan anda basah. Kedua, urut muka perlahan dengan bubble tu, dan membuat urutan di sekeliling muka. Akhir sekali, basuh muka dengan menggunakan air suam.

Review Menggunakan Pencuci Muka Jenis Foam 

Hasil pembacaan dan sedikit kajian rupanya pencuci muka jenis foam cleanser ni sangat sesuai untuk buat rutin ‘double cleanser’. Patutlah husniey rasa kulit muka bersih betul lepas cuci. Terasa seperti mencuci hingga ke lapisan dalam. Buihnya itu ringan, lembut je bila urut pada muka. Serius best

Gebu betul tekstur cleanser ni kan?
Husniey suka pada bau nya, bila tekan keluar semerbak bau ekstrak tea tree. Wangi dan tenang. Kulit yang tegang, kulit berminyak dan meradang akan berkurangan. Kulit muka husniey jenis agak kering dan berminyak sedikit di kawasan T zone tapi bila gunakan pencuci muka jenis buih ni, nampaknya makin serasi. Oh ya pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit (kulit berminyak, kulit kering). 

Konsisten Menggunakan Aqua Whitening Cream 

Setelah selesai rutin mencuci muka, husniey akan lap muka dengan tuala yang bersih. Lalu apply toner. Kemudian, next step husniey tak lupa untuk apply moisturiser. Alhamdulillah sejak konsisten menggunakan krim pelembap muka ini husniey dapati banyak perubahan. Yes, memang kena selalu pakai baru hasil terbaik.

Paling suka fakta tentang krim pelembap ini ialah bukan saja berfungsi melembapkan kulit, malah ada fungsi menarik iaitu membaiki sel kulit yang break out serta turut memutihkan (ada bahan Niacinamide). Ia bagus untuk kulit kering & kulit sunburn. 
Love it!
Sejuk je kulit kita bila pakai ni. Paling suka bila sapu perlahan akan ada kehadiran water drop. Yes dah nama pun Aqua Whitening Cream kan. Aqua sungguhlah teksturnya. Fungsi waterdrop itu memberi kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit.
Selepas beberapa saat sapu perlahan..
Nah, look at the waterdrop effect
Kandungan bahan semulajadi seperti Camelia Japonica Seed Oil tidak menyekat liang pori. Ia juga turut membaiki kulit yang rosak dengan baik. Manakala kandungan “Niacinamide” – memperbaiki tona kulit yang tidak rata, mencerahkan. Anda boleh menggunakannya pada waktu pagi sebelum make up dan pada malam sebelum tidur. Itulah rutin pemakaian krim pelembap husniey. Sebelum makeup ia akan buat kulit jadi lembap dan makeup lebih smooth.
Aqua whitening cream ini senang dibawa travel 🙂
Semasa di Seoul, Korea
Semasa bercuti di Korea Selatan tempoh hari, husniey memang ingatkan diri untuk bersedia bawa pelembap dan sebab ada terbaca juga tips untuk travel di luar negara ni penting juga kita apply moisturiser sebelum keluar. Suhu sejuk memang best tapi kulit kita bakal ‘shock’ dan meradang. Tuan suami husniey, kononnya ingat tak penting pakai moisturiser.. sekali dia mengalami perubahan kulit kering yang teruk juga. Gatal-gatal jadinya. Sehingga mengelupas. Nasiblah husniey memang bawa krim pelembap dari Hansaegee Nature ni, so bagi suami guna juga. Alhamdulillah cepat okay.
Lega sebab kenal dengan produk dari Korea ini yang semakin menempa nama. Kualitinya yang terbaik menggunakan bahan ekstrak semulajadi, kesannya pun positif. Semakin serasi. Banyak perubahan husniey alami. Repurchase? Yes ~
Image

BAGAIMANA MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT

(By Airah Syahirah on 21st Feb 2019)

Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit bukan sahaja memperbaiki kesihatan kulit itu sendiri tetapi juga membantu produk-produk yang akan digunakan selepas itu menyerap dengan baik. Bila guna pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam, kulit juga lebih sihat dan tak ada la masalah seperti pori tersumbat, kulit berminyak, kotoran tidak bersih dengan sempurna atau lain-lain masalah lagi.
Macam mana I buat rutin mencuci muka? I memang sangat pentingkan kulit yang bersih sebelum I letak skincare lain pada kulit. I akan pastikan kulit I bersih-sebersihnya dan step I mencuci muka membersih secara mendalam. Tak ada makeup tertinggal, mascara tak habis buang atau kulit berminyak. Kalau pakai makeup dan sunscreen, I akan pastikan I cuci guna makeup remover dan oil cleanser dulu. Kemudian, gunakan pencuci muka yang jenis water based seperti Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser.
Macam yang I cakap tadi, I akan pilih pencuci muka yang membersih secara mendalam. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni efektif untuk membersihkan pori secara mendalam sambil exfoliate sel kulit mati. Disebabkan I dah guna pencuci muka ni dari tahun lepas, I memang suka keberkesanan dia membersihkan kulit I. Kalau nak buat test kulit korang dah bersih ke belum lepas cuci muka senang je. Lepas pakai pencuci muka, sapu toner pada cotton pad dan sapu pada muka.
Tiada kesan kotoran pada kapas lepas cuci muka guna Aloe AC Cleanser.
Kalau ada kesan hitam kotoran atau kesan makeup yang tak habis tu maksudnya pencuci muka korang tak membersih secara mendalam ! Kena cepat bertukar kepada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab kulit muka yang tak bersih ni boleh menimbulkan jerawat dan kulit berminyak.
Bare face lepas cuci muka.
Selalu check keadaan kulit korang. Kalau nak tahu pencuci muka tu sesuai atau tidak, semua bergantung pada keadaan kulit. Bila lepas cuci muka then kulit rasa tegang memang sah pencuci tu tak sesuai untuk digunakan. Kulit rasa tegang lepas cuci muka tu maksudnya kulit kering dan pencuci muka tu tarik sekali kelembapan pada kulit. Boleh menyebabkan jerawat dan kulit mengelupas sebab kering.
Sebab tu penting bagi I untuk guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab walau macam mana pun keadaan kulit I masa tu, dia membantu melembapkan kulit, membersihkan kulit dan tak ada rasa tegang. Pernah tak rasa bila period, kulit rasa kering dan pencuci muka atau rutin skincare korang tak membantu pun? Tapi dengan pencuci muka Hansaegee Nature ni, masa I period kulit berjerawat pun dia membantu melawan jerawat dan acne. Masa mengandung pulak kulit rasa kering sangat tapi I still guna pencuci muka ni sebab membantu melembapkan kulit I masa mengandung.
Ada sesetengah keadaan hormone berubah, kulit pun berubah. Jadi bila ada pencuci muka yang sesuai dengan semua keadaan kulit ni memang senang nak jaga kulit sendiri. Lagi satu kulit orang lain-lain jenis. Ada yang sesuai, ada yang tak sesuai. Sebab tu kalau boleh cuba dulu test pada kulit sendiri untuk tahu keberkesanannya.
Jadi walau apa pun keadaan kulit, pencuci muka ni sangat la membantu kulit I untuk nampak lebih sihat dan bersih.
Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam pencuci muka pilihan korang pun penting. Kena ambil tahu bahan-bahan yang menyebabkan kulit allergic atau iritasi. Kalau kulit korang jenis berjerawat pula kena la pilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang boleh melawan jerawat kan? Kalau kulit korang ada banyak masalah, cuba selesaikan satu-satu. Contohnya kulit berjerawat dan berminyak jadi cuba cari pencuci muka yang focus kepada masalah tersebut.
Bila kulit tak banyak masalah, pakai makeup pun nampak lebih sekata.
Yang I boleh recommend kan korang guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab antara keadaan kulit yang sesuai sangat pakai pencuci muka ni adalah kulit yang kering, kulit berminyak, kulit sensitive dan acne, kulit kusam disebabkan sel kulit mati serta kulit yang mempunyai bintik hitam dan bintik putih.
Aloe Barbadensis Leaf Juice yang digunakan dalam pencuci muka ni membantu melembapkan kulit, merawat acne, membersihkan kulit, anti radang, meredakan sunburn dan mengurangkan tona tidak sekata. Tea Tree Leaf Oil pula melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan. I suka dengan bahan yang digunakan dan memang sesuai dengan kulit I. Sebab tu pemilihan produk dengan bahan yang berkualiti patut menjadi focus utama kalau korang nak beli apa-apa.
Sebelum ni pun I dah cerita pengalaman I pakai pencuci muka ni. Tekan je tajuk ni untuk baca entry lepas okay.
Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. Macam I suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara.
Tekstur pencuci muka jenis bubble bila digunakan buat I enjoy je masa cuci muka. Kalau nak tahu lebih detail mengenai pencuci muka ni boleh baca entry I yang lepas-lepas
dekat atas okay
Image

Krim Pelembap & Pencerahan Wajah Terbaik Dari Hansaegee Nature

Krim Pelembap & Pencerahan Wajah Terbaik Dari Hansaegee Nature

(By Husniey Husain on 21st Jan 2019)

Aqua Whitening Cream | Krim Terbaik Untuk Kulit Sentiasa Segar Dari Hansaegee Nature. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga sihat dan ceria selalu. Mesti ada antara kita tahun 2019 ini berazam untuk punya kulit sihat cantik? Haa angkat tangan sesama! Husniey juga berazam perkara untuk mempunyai kulit cantik. Jom baca sampai akhir artikel husniey kali ini share tentang barang baik dari Hansaegee Nature. Kalau nak tahu produk ini diperbuat 100% original dari Korea dan dibungkuskan di Malaysia. Mesti peminat K Beauty tak sabar nak tahu lebih lanjut, kan?

FUNGSI AQUA WHITENING CREAM BY HANSAEGEE NATURE

Pejam celik dekat seminggu lebih dah husniey menggunakan Aqua Whitening Cream by Hansaegee Nature. Sebelum menceritakan lebih dalam, mari kita kenal dulu apa fungsi Aqua Whitening Cream ini. Pertamanya ialah berfungsi untuk melembabkan kulit anda sehingga ke lapisan dalam, mengecilkan liang pori yang besar, merawat kulit yang hangus terkesan kerana terdedah matahari. Best bukan?

Tekstur yang lembut dan ringan

Krim ini akan bertindak balas mengeluarkan water drop effect setelah disapu pada kulit . Sekejap je dalam beberapa saat anda akan nampak water drop keluar dan akan menyerap ke dalam kulit. Sangat menyegarkan dan tidak melekit langsung. Makin lama makin sebati dengan kulit dan pori pori  jadi mengecil.

Aqua Whitening Cream ini bersaiz 50 ml. Kegunaannya untuk siang dan malam.
Untuk pengetahuan anda, kandungan bahan yang terdapat di dalam Aqua Whitening Cream ialah Camellia Japonica Seed Oil yang berfungsi sebagai membaiki kulit kering, memastikan kulit sentiasa lembab dan kelihatan bermaya. Ia membaiki sel kulit sehingga lapisan paling dalam.

Juga terdapat Niacinamide yang juga dikenali sebagai Vitamin B3 kebaikannya untuk merawat penuaan kulit. Kebaikan lainnya bagi Vitamin B3 ini ialah untuk membaiki liang pori yang besar terdapat di bahagian kulit anda dan membaiki tona kulit tidak sekata. Selain itu ia turut merawat kulit anda menjadi makin cerah. Hebat bukan?

Teksturnya yang terbaik. Suka sangat!

Boleh lihat water drop effect pada gambar ini

Skin care yang brfungsi melembabkan kulit ini sangatlah penting, bagi memastikan kulit kita sentiasa sihat dan struktur kulit tidak rosak. Jika kulit kering pasti akan terdedah kepada kesan buruk yang lebih berbahaya seperti jeragat dan sunburn teruk kan. Husniey dah serik tau, dulu keadaan muka agak teruk sebab tidak sedar tentang penjagaan kulit. Sekarang dah sedar untuk amalkan cara penjagaan kulit wajah dengan betul. Aqua Whitening Cream ini diperbuat daripada herba ekstrak semulajadi, so tak perlulah anda risau. Pada husniey krim ini adalah pilihan terbaik untuk kulit kering. Oh ya ia juga sesuai digunakan pada semua jenis kulit.

CARA MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM

Selepas cuci muka calitkan krim pada kulit wajah atau leher, sapukan ke seluruh wajah. Urut perlahan je, sambil tu anda akan lihat kehadiran water drop, dap dap je kat wajah tu. Kesan menyerap yang pantas, anda akan rasa kelembapan serta merta. Best sangat. Muka macam ada effect glowing gitu. Selesa betul.

HANYA PERLU SAPU PADA KULIT WAJAH ANDA, MUDAH SAHAJA ~

Look at the cream!
Boleh guna ketika waktu siang dan malam. Sebelum pakai makeup dicadangkan pakai aqua whitening cream ini dulu, barulah tekstur kulit lembut dan makeup smooth je hehe. Waktu malam disarankan pakai double layer.

REVIEW IKHLAS SEPANJANG MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM

Demi berkongsi barang baik bersama pembaca, jadi husniey nak highlightkan beberapa perkara best sepanjang menggunakan Aqua Whitening Cream ini. Perkara yang paling husniey suka tentang krim dari Hansaegee Nature ini ialah teksturnya, baunya yang wangi. One word to describe about this product is, Amazing! Hanya dalam masa beberapa hari menggunakan Aqua Whitening Cream suami husniey puji nampak lembab je kulit muka, mestilah mood happy dapat pujian suami. Teksturnya yang berair tidak berminyak dan juga tidak melekit. Makin lama pakai makin serasi. Pori di kulit muka nampak semakin mengecil.

Wajah nampak makin segar dan lembap setelah menggunakan produk Hansaegee Nature 🙂

Alhamdulilah, husniey semakin serasi dengan Aqua Whitening Cream, lebih lembut dan kelembapan tu kekal berpanjangan. Berasa sejuk dan lembut. Pendek kata selesa betul kulit ni. Setiap kali pakai waktu malam, esok paginya bangun tidur kulit rasa segar dan tidak berminyak. Jadi betullah ia berfungsi melembab sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Nice product!

🍁Company name: Hansaegee Nature

Jatuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

atuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

(By Moon Izzan on 28th Dec 2018)

Jatuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature | Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta.. Haha
My current obsession! Jatuh cinta dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Dah hampir seminggu guna memang puas hati sangat. Alhamdulillah kulit serasi, takde masalah.

Hansaegee Nature adalah satu jenama kecantikan yang telah bertapak di Malaysia sejak dari tahun 2011. Semua produk yang dikeluarkan adalah 100% original dikeluarkan dan diimport dari Korea setelah ianya diluluskan dan dijamin kualitinya selamat untuk digunakan.

Kandungan Utama Gold Nano CC Cream 

*Mineral water (meningkatkan keanjalan kulit, mudah serap ke dalam kulit)

*Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract (meredakan iritasi dan melegakan kulit bermasalah)

*Colloidal Gold ( mencegah penuaan, menghalang radiasi dan antioxidant)

Antara Kelebihan Gold Nano CC Cream 

Masa pam tu, akan keluar krim putih beserta partikel berwarna coklat. Jangan risau tengok krim putih tu sebabnya bila kita dah blendkan, perlahan-lahan akan ikut warna natural kulit kita dan membuatkan tona kulit kita lebih sekata.

Me suka sangat ngan cc cream ni sebabnya tak berminyak dan tekstur dia sangat lembut. Senang nak blend.

Nak apply cc cream ni senang. Guna jari je. Tak perlu guna berus atau span. Tapi pastikan jari bersih ye.
Kalau korang nak tau, mata me ni jenis mata panda. Ada dark circle keliling mata. Tapi dengan cc cream ni je mampu kurangkan kehadiran dark circle tu. Puas hati sangat.

Biasa pepagi bersiap me akan gunakan, cc cream ni as primer. Iyee korang. CC cream ni boleh digunakan sebagai make up primer. Jangan tak percaya. Make up nampak lebih menonjol, cantik dan tahan lebih lama. Even orang kata make up light-light je pun kan. Nampak la konfiden level tu up sikit.

Pas solat tu selalunya tak sempat nak tepek make up bagai. Me sapu moisturizer je tapi tu la, nampak la tona kulit tak sekata tu. Tapi dengan adanya cc cream ni mampu buat wajah me nampak lebih bermaya dalam waktu yang singkat.

Korang yang tengah pasang niat nak cari cc cream ni boleh cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Alhamdulillah puas hati.

 

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,
Image

TIPS HILANGKAN SUNBURN DENGAN CEPAT

TIPS HILANGKAN SUNBURN DENGAN CEPAT

(By Shehan on 21st Dec 2018)

Kalau korang baca blog Mommy sebelum ini, Mommy ada cerita yang Mommy travel ke Hatyai selama 3 hari 2 malam. Dan cuaca di sana, harap maklumlah.. memang panas!

Jadi.. tak sah kalau tak kena sunburn kan? Sunburn berlaku jika kita terdedah kepada matahari lebih daripada 30 minit. Bayangkanlah Mommy memang terdedah dengan panas matahari terutamanya di Samila Beach, Songkhla tu berjam lamanya.

Itu Mommy yang memang sah-sah pakai Sunscreen pun, terkena juga sunburn. Yang tak pakai apa-apa? Haaaa..

Kalau dah namanya travel di Thailand ini, memang tak dapat la nak elak cuaca panas kan? Jangan risau, Mommy ada tips mudah untuk hilangkan sunburn ini.

TIPS MUDAH HILANGKAN SUNBURN

Antara tips yang biasa kita dengar antaranya ialah sapu gel daun lidah buaya (aloevera) untuk hilangkan rasa perit pada kulit. Selain itu, timun juga boleh digunakan untuk menyejukkan kulit dan mengurangkan radang kulit kesan terbakar itu.

Untuk sunburn yang masih baru, boleh gunakan juga ais untuk redakan kemerahan dan membantu lembapkan kulit.

Rajin ke? Ok kalau tak nak buat cara-cara tradisional tu, nah Mommy kongsi tips paling mudah..

HILANGKAN SUNBURN DENGAN AQUA WHITENING CREAM BY HANSAEGEE NATURE

Selain penggunaan sunscreen sebagai pelindung segera, Mommy sarankan korang turut guna Aqua Whitening Cream secara konsisten untuk menghilangkan kesan sunburn ini. Kandungan utama produk ini iaitu Camellia Japonica Seed Oil membantu melembapkan kulit, mencerahkan dan merawat kulit kemerahan dan kesan terbakar / sunburn. Malah, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Bagus kan?

Mommy pernah reviu pengalaman Mommy menggunakan Aqua Whitening Cream di Jepun baru-baru ini dalam entri ini

Pelembap ini adalah antara pelembap terbaru yang Mommy cuba. Selepas sebulan lebih menggunakannya, Mommy betul-betul jatuh cinta.

Dengan tekstur yang ringan, tidak melekit, Mommy konsisten menggunakannya setiap hari. Yang paling unik, setiap kali Mommy sapu ke wajah, akan terhasil titisan air di wajah. Hasil titisan yang hadir itulah membantu kulit kita sentiasa lembap.

CARA GUNA AQUA WHITENING CREAM

Mommy akan sapukan ke seluruh wajah Mommy sejurus selepas menggunakan Aloe AC Bubble Cleanser. Kombinasi 2 produk ini memang sesuai untuk kulit Mommy.

Untuk produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi, selamat dan berasal dari Korea, Mommy sarankan untuk cuba produk Hansaegee Nature ini.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Pelembab Kaya Air dari Korea

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Pelembab Kaya Air dari Korea

(By Julia Johari on 21st Dec 2018)

Julia dengan pelembab memang tak boleh tinggal boleh kata tak boleh berpisah! Lepas cuci wajah atau pakai skrub ke atau masker mesti wajib sapu pelembab. Kali ini julia nak perkenalkan pelembab 2 dalam 1 iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang sedang popular di kalangan rakan-rakan julia sendiri gunakan tau.

 

Percaya tak! 

Hansaegee Nature sudah lama berada di pasaran Malaysia dan hampir semuanya menceritakan kisah mereka tau, ish siapa tak suka, kalau nak tahu ia produk 100% original berasal dari Korea dan terbukti menjadi kegemaran di kalangan wanita mahupun lelaki.

 

Malaysia, sebuah negara yang beriklim lembab dan panas, ada kala hujan tidak menentu turun setiap tahun, ada kala juga kemarau dan panas melampau terutama di waktu kemuncak. Julia sendiri tak tahan dengan perubahan suhu mendadak, nanti mulalah rasa muka gatal, mengelupas halus dan mudah kena sun burn.

 

Kesan terdedah kepada suhu tidak seimbang.

Bekerja dalam aircond lebih 12 jam sehari itulah julia hadapi setiap 5 hari dalam seminggu tau. Masuk pagi dan balik lewat malam, ada kala beri wajah sedikit kusam dan tidak berseri. Mengadap komputer tidak henti menyebabkan sedikit sebanyak kulit wajah mudah kering dan lesu.

Paling ketara dan ditakuti ramai tatkala kesan sun burn, paling susah nak hilangkan kesan bertelau di wajah. Malunya! Ye memang benar kita sudah pakai produk yang ada SPF tinggi tapi itu tidak bermakna kulit masih hidrat dengan air yang mencukupi, lagi-lagi kalau kita sendiri tak rajin nak amal minum air setiap jam. Susahkan tapi jangan risau…

Dengan ‘Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream’ teknik water drop moisturizer  yang bukan sahaja menyegarkan kulit

Bagaimana cara nak dapatkannya dan langkah-langkah menggunakannya?

Teruskan membaca

Kebaikan Kandungan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Sebelum nak buat keputusan untuk membeli sesuatu produk, julia selalu menasihati pembaca untuk mengkaji terlebih dahulu kandungan yang terdapat dalam produk, tak kisah ia dari negara mana sekali pun dan senatural mana padu baik sekalipun, paling penting kita kena buat kajian dan sedikit bacaan review dari orang lain yang pernah menggunakan terlebih dahulu.

Mengikut pembacaan julia sendiri, terdapat dua kandungan utama bahan organik yang paling disukai oleh kulit wajah dalam produk Hansaegee iaitu antaranya:-

 Camellia Japonica 

Manafaat utama yang julia fahami dan sudah sedia diketahui umum ialah penggunaan secara meluas minyak bunga Camelia Japonica dalam sudut kecantikan. Minyak dari pati bunga Camelia ini sudah terbukti telah lama didedahkan dan digunakan berabad lamanya sejak dahulu lagi. Ia berasal dari negara Jepun. Cantik kan bunga tu. Julia kaji dalam internet nak tahu sejarah di sebalik kehebatan Camellia Japonica, seindah rupanya!

Selain tumbuh secara meluas di negara Jepun, ia terus diperluaskan benihnya sehingga ke bumi Korea, Indonesia, Vietnam dan di Himalaya. Ia di kaji oleh Ahli Botani bernama Georg Joseph Kamel yang berasal dari negara German dan mengembangkannya secara serius sehingga ke Asia Timur.

Menarik bukan? Okey ini dia fungsi utama kandungan Camelia Japonica.

*Mengandungi Vitamin A, B dan E melindungi kulit dari pigmentasi dan kekeringan berlebihan

*Non-comedogenic (sesuai untuk kulit sensitif) melindungi faktor penyebab jerawat.

*Membaiki tisu kulit dari dalam yang rosak akibat kesan sun burn, kemerahan dan kulit rosak.

*Meningkatkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang lebih rendah.

Niacinamide

Niacin dalam kajian sains bermaksud ‘Water Soluble Vitamin’ bermaksud vitamin larut dalam air. Ia merupakan agen rawatan anti jerawat. Antara kebaikan dan fungsi yang lain ialah…

*Diperkaya dengan Vitamin B3 yang sangat bermanfaat untuk mengawal penuaan kulit.

*Mengecilkan liang roma diwajah yang selalu menjadi kerisauan wanita bila mana sewaktu makeup dilaksanakan ia bercapuk, fungsi Niacinamide boleh melindungi kulit tidak sekata

*Mengurangkan garis halus dan kedutan serta memperbaiki permukaan kulit yang lemah.

Berat: 50ml

Harga: RM148.30

Pengalaman sendiri menggunakan Hansaegee Nature

Pertama kali melihat dan membuat kajian diatas permukaan tapak tangan terlebih dahulu sebab nak tengok kesan jika ada iritasi dalam jangka masa sehari sehingga hari kedua.

 

Jangkaan pertama teksturnya:

1. Tidak berminyak

2. Mudah menyerap

3. Lembut dan bau tidak menyengat

4. Cepat kering

5. Bila di urut akan muncul air

Kandungan :

Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract.

Cara menggunakannya:

1. Pertama sekali, cuci wajah dengan pencuci muka.

2. Lap muka sehingga kering.

3. Ambil sedikit pelembab Hansaegee Nature Aqua Whitening dan letak di wajah.

4. Lakukan urutan sehingga terasa munculnya air dari pelembab

5. Teruskan urutan lembut dan gunakan teknik dab-dab sehingga ia meresap.

6. Siap! Contoh julia guna seperti di bawah.

 

Siapa kata untuk wanita sahaja…

Sungguh mudah! Bukan setakat wanita, kaum lelaki juga sangat sesuai guna sekali tau. Tiada istilah hanya sesuai untuk kaum wanita sahaja, kaum lelaki juga perlu menjaga kesihatan kulit wajah agar tampil selesa sepanjang hari.

 

Ia dalam masa yang sama memberi efek wajah menjadi cerah, putih dan gebu. Ini kerana ia dirumus dengan ekstrak kandungan herba semulajadi yang dapat menembusi jauh di dalam kulit terutama membaiki kesan kulit kemerahan dan kulit rosak akibat sun burn.

Ini sekaligus memberi kesan ketenangan kepada wajah kerana mendapat vitamin dan makan secukupnya agar kulit tampil sihat setiap hari tanpa rasa kerisauan kesan faktor cuaca dan hormon tidak menentu.

Julia sangat berpuas hati dengan hasil seminggu selepas menggunakan produk ini, bila julia kongsikan di media sosial, rupanya ramai dikalangan rakan julia sendiri pun pernah guna produk ini tau dan semua memberi respon yang sangat positif.

Ada yang menceritakan detik dia melancong ke luar negara dan bagaimana dia guna dan memberi efek baik sepanjang menghadapi cuaca yang eksterim di luar sana. Wah tak lama nak holiday, pasti julia akan bawa bersama Hansaegee Nature dalam bagasi dan melangkah dengan ceria sekali.

 

Terima kasih Hansaegee Nature!

 

  🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

GUNAKAN GOLD NANO CC CREAM SEBAGAI DAILY SKIN ROUTINE!

GUNAKAN GOLD NANO CC CREAM SEBAGAI DAILY SKIN ROUTINE!

(By Fatin Diana on 30th Nov 2018)

Assalamualaikum

Setiap wanita mesti nakkan kulit yang cantik, kan? Tapi mesti confuse nak pakai apa kat muka tu. Lagi pun dah macam macam brand ada kat pasaran sekarang ni. Plus, untuk yang baru nak belajar tentang makeup atau jenis nak cepat tapi cantik, mesti baca entri ni. FD akan selesaikan masalah korang tu dengan share 1 produk yang best dari Hansaegee Nature.

Pada yang belum tau tentang Hansaegee Nature ni, biar FD explain. Hansaegee ni asalnya dari perkataan Korea, yang maksudnya Korea Century. Hansaegee Nature adalah brand skincare yang based on Malaysia dan product 100% original made in Korea. Hansaegee Nature dah bertapak lebih 6 tahun di Malaysia. Produk yang dijual semuanya berkualiti tinggi dan original dari Korea. Hansaegee Nature fokus pada pengeluaran produk dari Korea yang berkualiti dan selamat digunakan pada pengguna.

Gold Nano CC Cream. Produk apa ni? Ini adalah cc cream yang boleh cover semua kat muka kita. Boleh guna sebagai base makeup sekaligus bertindak sebagai sunblock sebab dalam cc cream ni mempunyai SPF 30, PA ++. Produk ni antara produk paling hot dari awal Hansaegee Nature mula berniaga.

CC cream ni secure sangat tau! Sebab jenis pump. So Tak perlu nak picit tube ni bila nak guna. And lebih bersih, kan?

The best part tentang Gold Nano CC Cream ni, walaupun cream ni warnanya putih, bila blend kat kulit, dia bertukar warna bagi serasi dengan warna kulit kita. So, takde lah kulit muka kita nampak kelabu (pada yang kulit gelap, bila apply cream warna putih efek kat muka jadi kelabu, kan?). Gold Nano CC cream akan memberikan efek glowing dimuka kita dan akan kekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Jangan risau, tekstur cream ni tak melekit dan tak berminyak. Confirm nampak semulajadi dan selesa!

Bahan utama yang ada dalam Gold Nano CC Cream:
Mineral water – mengekalkan keseimbangan PH kulit, reinforces skin penetrating depth, involved in active vitamin, dan meningkatkan keanjalan kulit,
Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – melegakan iritasi kulit, kesan anti bakteria dan melegakan masalah kulit.
Nano Gold – mengelakkan penuaan kulit, menghalang radiasi inframerah (jarak jauh). High antimicrobial and antioxidative activity.

Bila picit, normal lah warna CC Cream.

Lepas tu kite swipe sikit Gold Nano CC Cream.
Can you guys spot that little tiny brown capsule within the white color cream? Thats the magic! Apa magic dia? Scroll down to watch the magic.

Blend lama sikit and walla! It change colour!

Fungsi utama Gold Nano CC Cream ni fokus kepada;
○ balance and correct skin tone naturally.
○ sun protection SPF 30 PA++
○ skin smooth and glowing

Ini review dari FD sendiri lepas apply Gold Nano CC Cream pada muka

Betul betul apply CC Cream je tanpa calit liptik or so whatever.

Cara nak guna Gold Nano CC Cream ni teramat lah senang untuk newbie tentang makeup ni. Atau pun sesuai untuk student atau wanita yang bekerja jenis yang kejar masa. Cuma pump di jari/tangan dan blend pada kulit muka. Tak perlu gunakan berus untuk blend. Lagi senang guna jari je. Jangan risau bila tengok cream warna putih sebab bila blend kat seluruh kulit muka, automatik ianya akan berubah ke warna yang hampir sama dengan kulit kita supaya nampak lebih natural dan sekata. Ia juga akan membuatkan kulit nampak lebih glowing dan cerah secara semulajadi.

Sini FD share dengan korang result yang FD dapat lepas apply kat tangan. Sebelah kiri tak apply cream, sebelah kanan tu letak Gold Nano CC Cream. Kulit lebih nampak flawless dan boleh cover segala kekurangan dikulit kita.

Sebab tu FD kata produk ni sesuai untuk perempuan jenis rush, nak cepat. Lepas cuci muka, terus apply Gold Nano CC Cream and calit lipstik atau lip balm sikit, and you’re ready to go! pakai tiap hari pun boleh tau. Bukan guna bila keluar rumah je.

 

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,
Image

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER & AQUA WHITENING CREAM | HANSAEGEE NATURE REVIEW

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER & AQUA WHITENING CREAM | HANSAEGEE NATURE REVIEW

(By Shehan on 29th Nov 2018)

Banyak juga yang Mommy dah baca perihal tips jaga muka ala Korea ni. Paling kurang pun, 10 langkah orang Korea selalu amalkan dalam rutin penjagaan kulit mereka tu..

Tapi kali ni Mommy nak kongsi penjagaan wajah, masih ala Korea, tapi hanya dengan 2 langkah mudah sahaja!

Yup.. 2 langkah sahaja! Yang pasti, kulit akan glow, yang ada sunburn tu, selepas penggunaan yang konsisten, mesti akan REPURCHASE. Percayalah..

2 LANGKAH MUDAH DENGAN HANSAEGEE NATURE

Jom Mommy nak kongsi 2 langkah mudah untuk dapat kulit segebu ala orang Korea! Hanya menggunakan produk daripad Hansaegee Nature.

LANGKAH 1 : ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER – Super Clean Bubble Cleanser Skincare

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit (berminyak, kering dan kombinasi).

Kandungan utamanya adalah Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil yang boleh sihatkan kulit kita.

Fungsi utama Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini adalah untuk mengeluarkan sebum dan minyak tambahan dalam kulit serta mengawal minyak yang keterlaluan.

Ia juga membersihkan kulit secara mendalam hingga ke liang pori sekaligus mengawal ia dari menjadi besar, terbuka dan mendatangkan kesan buruk yang lain.

Selain itu, ia juga sesuai untuk anda yang ada isu liang pori yang besar dan punya whitehead dan blackhead.

Dan paling best, ia dapat mengawal dan merawat masalah jerawat yang timbul dengan penggunaan yang konsisten.

TEKSTUR

Foam @ Soft bubble. Best tau! Rasa nak picit banyak kali jer. Hahaha..

Close up sikit..

CARA GUNA

1. Basahkan tangan dan muka terlebih dahulu. Wajib basahkan betul-betul tau..

2. Picit sekali atau 2 kali pump tu..

3. Sapu di wajah dengan penuh kelembutan ibarat buih bermain-main di pipi..

Untuk cuci wajah, Mummy gunakan teknik muka iaitu dari dagu, Mummy akan tolak ke pipi dan urut secara membulat

Tips urutan ini adalah untuk menegangkan wajah, meruncingkan pipi dan dagu serta menjadikan awet muda.

4. Bilas wajah dan rasa kelembutan kulit. Best!

Untuk pengetahuan korang, Mommy gunakan produk ini ketika travel ke Jepun baru-baru ini. Memandangkan Mommy akan simpan cleanser ini di dalam luggage, Mommy seal kawasan penutup Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini untuk mengelakkan ia meleleh keluar disebabkan tekanan udara ketika di dalam flight nanti.

Cleanser ni menarik tau.. walaupun ia adalah liquid di dalamnya, once kita pump out, terus keluar foam. Haaa..

PENDAPAT MOMMY

Tekstur foam @ buih lembut ini memang buat Mummy enjoy setiap kali cuci muka. Mommy gunakan setiap pagi dan malam. Ye lah.. Siang hari tu,macam-macam kotoran yang melekat di wajahkan?

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini langsung tak merengsakan kulit Mommy. Ini kerana kandungannya yang membantu melembapkan kulit Mommy sekali.

Harga : RM65 sahaja!!

Saiz : 150ml

Rate : Mommy beri 5 bintang!

LANGKAH 2 : AQUA WHITENING CREAM – Waterdrop Moisturizer

Langkah kedua adalah menggunakan AQUA WHITENING CREAM ini. Bagi kulit kering seperti Mommy.. Ini sepatutnya yang perlu ada dalam rutin harian kita..

Pelembap yang sangat best buat Mommy so far! Trust me bebeh. Habis ni, pasti Mommy beli lagi..

Kandungan utamanya adalah Camellia Japonica Seed Oil yang membantu melembapkan kulit, mencerahkan dan merawat kulit kemerahan dan kesan terbakar / sunburn.

Kulit yang sesuai untuk produk Aqua Whitening Cream ini adalah semua jenis kulit termasuk berminyak, kering, kemerahan atau terbakar, kulit sensitive atau berjerawat, mempunyai garis halus kedutan dan warna kulit tidak sekata. Fuh. Perfecto!

Semua boleh!!

Ia turut berfungsi membantu mengawal minyak yang keterlaluan.

TEKSTUR AQUA WHITENING CREAM

Tekstur Aqua Whitening cream ini adalah berbentuk water drop based cream. Kenapa? Nanti Mommy tunjuk.

Cream ini teksturnya lembut dan tidak melekit atau berminyak.

Selepas kita sapu cream ini di wajah dan leher kita, akan terhasil titisan air seperti ini. Unik kan? Ini akan berikan kesan kelembapan kepada kulit kita sepanjang hari.

Ini akan berikan kesan kelembapan kepada kulit kita sepanjang hari

CARA GUNA AQUA WHITENING CREAM

1. Selepas selesai mencuci wajah dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, letakkan beberapa calit Aqua Whitening Cream ini di wajah dan leher, sapu sehingga titisan air itu timbul selepas beberapa saat.

2. Selepas itu, cuma perlu dab-dab kan titisan air tu sehingga meresap ke kulit. Mudah kan?

PENDAPAT MOMMY

Kulit Mommy makin lembap. Memudahkan Mommy makeup juga setiap hari. Memang wajib guna setiap pagi dan malam. Dan pada waktu malam, Mommy akan sapu 2 lapisan untuk kesan yang lebih bagus. Tak percaya? Kena percaya. Cuba dahulu.

Nak cuba test sentuh pipi Mommy tak? Hehehe

Harga : RM148.30 sahaja!!

Saiz : 50ml

Rate : Mommy beri 5++ bintang!

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Mekap Lebih Natural dengan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

Mekap Lebih Natural dengan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

(By Qaseh Dalia on 03rd Dec 2018)

Assalamualaikum

Makin berusia ni kan macam makin malas nak mekap tebal-tebal , mungkin sejak dah 30-an ni semua benda nak buat dengan cepat , tapi tak berapa nak konfiden juga bila keluar rumah tak pakai apa – apa tapi malas juga nak apply foundation , concealer dan lain-lain hahacomplicated sungguh jadi perempuan ni , kan best ada MUA sendiri kan ~ acewah .

Korang pun mesti ada waktu-waktu malas dan hari yang sibuk juga kan , dan kadang bila dah bergelar mak dan isteri ni , semua benda nak kena cepat termasuk bab mekap , nanti ada lah yang membebel lambat betul macam nak jumpa putera raja , erghhh ! Jadi hari ni aku nak share tentang satu penambahan dalam list mekap aku iaitu  S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature.

Aku selalu jugak tengok video tutorial mekap dari orang Korea , pada mula nya mesti diorang akan pakai satu produk ni yang tekstur nya putih gila tapi bila dah blend ia jadi glowing dan natural , bila aku survey rupanya orang Korea ni terkenal dengan Cc Cream, patut lah muka berseri je dan bersinar bak rembulan

Berbalik kepada S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature B , aku dah cuba sendiri dalam masa seminggu and so far muka aku takde apa-apa alergik terhadap bahan kandungan dalam CC Cream ni , maknanya ia serasi dengan kulit wajah aku.

Tentang Hansaegee Nature

Oh ye mungkin ada antara korang masih belum tahu tentang Hansaegee Nature tapi rasanya ramai yang dah tahu kan ? Hansaegee Nature sebenarnya adalah jenama kecantikan penjagaan kulit yang di tubuhkan sejak tahun 2011 di Malaysia , dan semua produk Hansaegee Nature adalah 100% buatan asli dari Korea yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dan selamat.

So Hansaegee Natura memang fokus untuk berkongsi penjagaan kulit kepada wanita Malaysia yang sememangnya selamat dan bagus. Oleh itu , Hansaegee Nature bermula dengan menjual produk – produk secara online supaya seluruh Malaysia dapat mencapai dan memastikan semua produk adalah selamat dan mengekalkan kualiti yang baik. Produk Hansaegee Nature di import secara langsung dari Korea ke pejabat Hansaegee Nature yang berpusat di Malaysia dan semua produk original made in Korea adalah selamat dan di luluskan secara sah.

Bahan Kandungan S+ Recover Gold Nano CC Cream 

Mineral Water, Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1, Colloidal Gold

Yang buatkan rasa selamat untuk pakai mana-mana produk adalah bahan kandungannya , CC Cream ni adalah bebas dari sumber haiwan , paraben – free , sulfate – free , dan alcohol-free 

Bila masuk bab mekap ni aku bukan seorang yang suka mekap tebal , lebih pada natural je . Selalunya aku akan pakai foundation nipis-nipis je supaya nampak lah putih sikit haha kalau tak pakai apa-apa , ”muka macam kena tinggal dek laki” pulak ~ tapi lepas aku pakai S+ Recover Gold Nano CC Cream ni , dah tak perlu pakai foundation lagi dah , serious best rupanya pakai CC Cream ni. (Rasanya ni pertama kali aku pakai CC Cream)

Suka dengan packaging nya sebab mudah untuk guna , just picit je berapa pam yang aku nak

Apa yang best tentang S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni ? Sebenarnya maksud CC Cream adalahColour Control Cream , so ia adalah krim siang yang semuanya dalam satu  , dan ia lebih ke arah memperbetulkan dan seimbangkan tona kulit kita , walau pun kau kulit gelap ke , kulit cerah ke , CC Cream ni sesuai untuk semua jenis dan warna kulit dan beri kesan cerah dan glowing pada kulit , jom aku tunjuk magic nya CC Cream ni

Tekstur S+ Recover Gold Nano CC Cream

Fizikalnya memang berwarna putih tapi boleh tengok ada molekul-molekul berwarna coklat

Bila tengok tekstur dan warna CC Cream ni memang putih kan ? Kulit aku pun tak seputih itu , mula-mula tengok risau juga kang jadi kelabu asap lepas pakai haha tapi rupanya walaupun fizikalnya putih tapi bila aku blend / ratakan di kulit wajah ia akan mengikut tona kulit kita , so tak perlu risau kelabu asap ke kelabu jingga apa semua , ia jadi kan kita natural beauty tapi ada effect brightening dan glowing.

Boleh nampak perbezaannya di situ kan ~

Jika kulit korang ada masalah tona tak sekata atau ada redness dan sebagainya , cuba lah CC Cream ni .Kenapa dari warna putih boleh jadi natural ? Haa sebab tekstur CC Cream ni ada molekul-molekul kecil berwarna coklat , jadi bila blend betul-betul  , ia bertukar warna coklat sebab tu bila apply di kulit wajah ia buatkan tona kulit kita nampak natural

Bukan tu je korang , S+ Recover Gold Nano CC Cream ni juga ada SPF 30 PA+++ yang melindungi kulit dari terkena sinaran UV matahari , biasanya ada dalam sunscreen je kan ? Selain tu ia juga sejenis cream yang anti-wrinkle dan juga akan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. So tekstur nya tidak melekit dan berminyak langsung , cara apply pun senang gila hanya guna jari je. Tak perlu nak guna brush or span tau, jari je !

Kulit aku pulak sebenarnya sejenis kulit kering , if tak jaga skincare rutin , mula lah nampak liang pori terbuka tapi CC Cream ni jugaboleh menutup liang pori dan cela walaupun tak sepenuhnya tapi akan nampak kulit aku lebih licin dan flawless gitu ,
And also  ya ,CC Cream ni korang boleh pakai macam tu je tanpa mekap dan juga boleh di jadikan sebagai makeup base / makeup primer sebab ia akan membuatkan mekap korang lebih tahan lama dan pigmented. Boleh tengok perbezaan gambar di bawah ni okay

Sebenarnya muka aku banyak jugaklah bintik-bintik hitam , bila apply CC Cream ni boleh kaburkan segala bintik tu dan lebam bawah mata tu pun nampak pudar hehehe i loikeee !

Cara guna S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

*Cuci muka

*Toner

*Moistruizer

*Sunscreen

*S+ Recover Gold Nano CC Cream

*For more coverage add on lah foundation dan mekap korang tu

My Honest Review

So far bagi aku yang dah cuba sendiri penggunaan S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni , memang sangat memudahkan sebab tekstur nya pun mild cream dan senang di ratakan dengan jari je dan memberi kemasan yang cantik dengan kesan brightening dan glowing dengan cepat.

Gambar sebelum apply CC Cream

Gambar selepas apply CC Cream
Paling best CC Cream ni bagi aku , ia memberi satu kepuasan kepada penggemar mekap dan juga yang tidak suka kan mekap yang keterlaluan , kerana ia boleh di gunakan untuk dua keadaan ini , – mekap yang secara natural dan – makeup base / primer untuk lagi mencatikkan mekap seseorang

Simple makeup hanya tambah lipstick je terus muka nampak berseri , cerah dan glowing !

So u guys boleh cuba sendiri and u will fall in love with this CC Cream , harga nya pun berbaloi dengan hasil yang di berikan

 

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,
Image

SKINCARE REVIEW : Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream

SKINCARE REVIEW : Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream

(By Nisa Kay on 30th Nov 2018)

Assalamualaikum..

Hai semua!! Haaa baca je tajuk, korang semua mesti dah tahu kan Nisa nak tulis pasal apa.. Nisa pun excited sangat dengan entry kali ini sebab ada banyak perkara Nisa nak kongsikan di dalam skincare review kali ini. Jika anda semua mengikuti Nisa menerusi laman sosial yang lain seperti di Instagram, pasti korang tahu yang Nisa susah nak share review mengenai skincare, kecuali Nisa benar-benar gunakan produk tersebut!

Baiklah.. mari Nisa kenalkan korang semua dengan dua produk yang Nisa nak review ini. Yang pertama ialah pencuci muka ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER dan produk yang Nisa turut gunakan di samping pencuci muka tersebut ialah AQUA WHITENING CREAM. Kedua-dua produk ini adalah keluaran Hansaegee Nature. Untuk pengetahuan pembaca semua, Hansaegee Nature merupakan jenama dari Korea, bahan-bahan yang digunakan untuk produk mereka semestinya yang berkualiti lah kan. Kedua-dua produk ni Nisa mula gunakan pada waktu yang sama iaitu lebih kurang hampir sebulan yang lalu.

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser :
Pencuci wajah ini mengandungi tea tree oil yang dapat membantu masalah kulit berjerawat. Selain tu jugak, pencuci wajah ni ada mengandungi bahan-bahan lain seperti aloe vera, lavender dan lain-lain yang dapat membantu mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembap, melegakan kulit yang sensitif dan melembutkan wajah.
Untuk pengetahuan anda semua, Nisa mempunyai condition kulit wajah yang kering, agak sensitif kerana mudah dinaiki jerawat dan sedikit oily di bahagian T-zone. Jadi Nisa tertarik dengan bahan-bahan yang dinyatakan menerusi laman web Hansaegee Nature kerana fungsi pencuci muka ini banyak seperti yang Nisa memang perlukan selama ini.

Sesuai untuk :

*Kulit kering (pencuci ini membantu melembapkan kulit)

*Kulit berminyak (berfungsi mengawal minyak)

*Kulit sensitif / berjerawat (membantu masalah jerawat)

*Membuang sel kulit mati / blackhead whitehead (membersih kulit dan pori)

REVIEW NISA – ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER 
Tekstur :
I love it !!! Pencuci muka ini datang dalam botol dengan muncung yang terus mengeluarkan buih apabila ditekan. Pastikan muka dan tangan sudahpun dibasahkan apabila nak guna pencuci muka ni okay!

Pengalaman semasa menggunakan :
Buih-buih yang halus membantu membersih kulit dan pori-pori jauh ke dalam. Lagi diurut muka, lagi berbuih. Dan buihnya sangat sangat ringan, rasa seronok je nak urut satu muka. Kulit Nisa yang sedang berjerawat semasa mula-mula menggunakan pencuci muka ni pun tak rasa sebarang kesan pedih atau kering. Pendek kata, teksturnya sangat ringan pada kulit.

Selepas hampir sebulan penggunaan :
Jujurnya Nisa sangat suka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni! Teksturnya yang ringan dan buih-buih halusnya betul-betul buat Nisa rasa tertarik nak terus menggunakaan. Masa mula-mula guna pencuci muka ni dulu, Nisa takde rasa kulit kering ke, tegang lepas cuci ke.. memang takde. So memang betul pencuci muka ni tidak mengeringkan kulit.
Mula-mula risau juga nak bertukar pencuci muka tapi from day one it has been really amazing! Memandangkan kerja Nisa sering kena pakai mekap, jadi after remove makeup, pencuci muka ni helps me a lottt with cleaning my skin deep into the pores sekali! I can really see my pores pun banyak dah improve, even makeup artist pun perasan yang skin Nisa banyak sangat improve. Jerawat pun banyak sangat dah kering dan jarang dah naik yang teruk-teruk, and the scars are fading! Cakap pasal parut makin memudar, lets moving on to the next product, shall we?

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Ini adalah sejenis moisturizer ya, bukan krim pemutih semata-mata. Nama produk ni menjelaskan fungsinya. Menurut laman web Hansaegee Nature, krim pelembap ni berfungsi untuk turut merawat sunburn dan redness pada kulit. Selain itu, dinyatakan jugak yang moisturizer ni fast-absorbing, refreshing dan tidak sticky, maka sesuai untuk cuaca Malaysia dan panas dan lembap sepanjang tahun. Moisturizer ini juga dinyatakan sesuai untuk semua jenis kulit.

Fungsi dan bahan :

*Mengandungi Camellia Japonica Seed Oil – kalau google ni memang jumpa macam macam benefit untuk kecantikan

*Mengandungi Niacinamide – fungsi anti penuaan & mengurangkan garis halus

*Non-comedogenic (tidak akan menyebabkan pori tersumbat)

*Cepat menyerap dan penyerapan jauh ke dalam lapisan kulit

REVIEW – AQUA WHITENING CREAM
Tekstur :
Okay memang tekstur moisturizer ni sangat light-weight, dan warnanya bukan solid putih, dia macam semi-transparent punya warna. Haha faham tak ? And tak rasa berminyak, dan memang takda rasa sticky. Nisa mula-mula cuba di tangan, kemudian baru kat muka. Takde rasa kesan berminyak lepas sapu.

Pengalaman semasa menggunakan :
Memang ringan dan pantas menyerap. Itu apa yang Nisa rasa semasa mula-mula cuba mosturizer ni. Again, my skin does not feel any irritation upon trying out the product on the first week. So, takde bad reaction la. Sticky feeling almost tak terasa sebab dia fast-absorbing kan, and it does not have any smell. Yang best nya, pakai sikit je dah cukup untuk seluruh wajah.

Selepas hampir sebulan penggunaan :
I really love using this moisturizer each time after washing my face. Sekejap je urut satu muka dah serap ke dalam kulit, dan yang penting tak rasa berminyak! Bila kulit well moisturized, nak pakai mekap pun nampak elok je hasilnya nanti. Kulit memang rasanya dah kurang kusam berbanding sebelum ni, sebab muka asyik dengan mekap je kan (dah kerja kena selalu mekap), so bila buang mekap kadang-kadang rasa tak bermaya je kulit. Yang bestnya, moisturizer ni ada banyak fungsi lain selain daripada melembap kan kulit je.
Disebabkan moisturizer ni ada mengandungi Niacinamide jugak, I think it kinda helps with my smile lines kat tepi bibir? Sebab I think it is reducing a bit, still a long way to go tapi Nisa seronok nampak ada perubahan. Whitening property dalam moisturizer ni really help me with the scars. My acnes surely improved a lot, and the scars starts fading and also kulit dah start mencerah dan tona nampak agak sekata and I can see that starting the second week I’m using this moisturizer.
WILL I RECOMMEND THIS ? Yes! Sebab I rasa harganya bersesuaian dengan kualiti dan fungsi produk. Kedua-dua produk boleh pakai untuk jangkamasa yang agak lama, lagi-lagi moisturizer, sebab pakai sikit je dah cukup untuk satu muka. Kalau jenis tidur dengan aircond tu, fuhh lagi fresh kulit korang pakai Aqua Whitening Cream ni. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pulak my must-bring! I pergi mana-mana je pun memang takkan tinggal. Kalau kulit rasa tak bersih, cuci muka pakai cleanser ni, memang segar!
Up to this date, I am still using it. I have been struggling with acnes, scars, dull skin, uneven skin tone, dry and flaky skin.. all at the same time for years now. I am glad that I decided to give these products a shot and it shows so much improvements. I am still looking forward for more improvements, as I just use this for about a month now, but yet a satisfying journey so far.
It is best to use them both for optimum result if you guys nak treat kulit bermasalah dan berjerawat macam Nisa. Diingatkan, nak kulit clear memang kena sabar sikit, lagi-lagi kalau kita dah lama hadap masalah kulit ni. Plus, produk dengan bahan-bahan semulajadi memang take time nak tunjuk kesan, depends on your skin too. But I am confident enough to write this lengthy review after I use them myself and happy with the progress.
                                                 🍁Company name: Hansaegee Nature

BEAUTY REVIEW | HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

BEAUTY REVIEW | HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

(By Busyra Takiyudin on 26th Nov 2018)

BEAUTY REVIEW | HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM | Hai korang! Pernah tak korang tergesa-gesa nak keluar rumah sampaikan tak sempat nak makeup? Tapi bila fikir balik, ala kalau tak makeup mesti muka nampak kusam, tak bermaya dan paling tak best confident pun hilang.. So u guys yang ada dalam situasi macam ni jangan risau sebab busyra nak kenalkan satu produk yang sememangnya boleh bantu korang untuktampil cantik walaupun tanpa makeup tebal. Perkenalkan… Produk dari Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream!

Kenapa busyra nak kenalkan produk ni pada korang? sebabnya busyra sendiri dah try dan ia membantu busyra untuk keluar rumah tanpa perlu berjam-jam depan cermin. hehe. Confident tu penting hokayyy! haha. Menariknya adalah Gold Nano CC Cream ini mempunyai texture berwarna putih tapi selepas disapu secara rata di seluruh kulit muka, ia akan berubah warna mengikut tona kulit korang dengan semulajadi. (boleh lihat gambar di bawah).. Ia menjadikan kulit muka bersinar dan lebih cerah serta mampu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. 

Ia juga merupakan krim Anti-Kedut yang berfungsi dengan perlindungan Matahari SPF30 PA ++ ..Busyra suka pakai krim ni sebab dia tak heavy dan tidak berminyak, rasa ringan je rasa muka ni even seharian pakai.

3 bahan utama Gold Nano CC Cream:
1. Mineral Water – Menjaga keseimbangan pH kulit, menguatkan bahagian dalam kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.
2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – Melegakan kerengsaan kulit, kesan Anti-bakteria, melegakan masalah kulit.
3. Nano Gold – Mencegah penuaan kulit, menyekat pancaran inframerah, aktiviti anti-mikrob dan anti-oksidan yang tinggi.

For those yang lebih kepada nak muka nampak natural atau yang tidak suka solek, krim Nano CC Cream ini memang dapat membantu korang setiap hari. Ia adalah salah satu langkah mudah dan pantas dalam rutin harian korang. Sesuai untuk semua jenis kulit, wanita Malaysia terutamanya.

Busyra suka dengan packaging dia. Nampak kemas dan elegant. Dengan campuran warna gold dan hitam buatkan ia lebih eksklusif. Ada muncung tiub yang sederhana sangat memudahkan pengguna untuk picit di jari.. Selain dari tu, bab bauan pula memang wangi dan bau dia lembut je. Suka!
Cara Penggunaan:

Bagaimana cara penggunaan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni? Okay mari busyra ajarkan. Firstly, korang kena cuci dan bersihkan muka dulu tau. Kemudian pakai toner dan moisturiser, then baru apply Gold Nano CC Cream ni. Sapu di seluruh muka, dibawah bahagian mata dan juga hidung. Depend pada korang la kalau lepas tu nak pakai compact powder atau tidak. Ikut keselesaan memasing..

Yang pastinya korang dah tak perlu nak pakai foundation tebal-tebal dah, baru nampak natural. “Kulit nampak semulajadi dan bercahaya, sepanjang hari rasa segar”..

Oh sebelum busyra lupa ada satu lagi perkara yang korang perlu tahu! Selain menggunakan Gold Nano CC Cream ini sebagai krim tanpa solek/ pengganti foundation, ia juga boleh digunakan sebagai asas solekan tau korang! Ia boleh buatkan solekan lebih tahan lama, lebih cerah dan lebih sharp kerana CC Cream ni dapat mencerahkan kulit dengan balance dan memperbaiki tona kulit.. Sebab tu lah solekan kita pun nampak cantik!

Korang boleh tengok gambar diatas (abaikan kulit tangan busyra yang tak cukup vitamin tu.. haha)

                                “Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream!”

Paraben-free, Sulfate-free, Alcohol-free

Maklumat Produk
Nama:  Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream
(sekarang ni dah ada packaging baru)
Info Lanjut
hansaegee nature gold nano cc cream, waterproof cream, mineral water, nano gold, krim muka, beauty review,