Image

BAGAIMANA MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT

(By Airah Syahirah on 21st Feb 2019)

Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit bukan sahaja memperbaiki kesihatan kulit itu sendiri tetapi juga membantu produk-produk yang akan digunakan selepas itu menyerap dengan baik. Bila guna pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam, kulit juga lebih sihat dan tak ada la masalah seperti pori tersumbat, kulit berminyak, kotoran tidak bersih dengan sempurna atau lain-lain masalah lagi.
Macam mana I buat rutin mencuci muka? I memang sangat pentingkan kulit yang bersih sebelum I letak skincare lain pada kulit. I akan pastikan kulit I bersih-sebersihnya dan step I mencuci muka membersih secara mendalam. Tak ada makeup tertinggal, mascara tak habis buang atau kulit berminyak. Kalau pakai makeup dan sunscreen, I akan pastikan I cuci guna makeup remover dan oil cleanser dulu. Kemudian, gunakan pencuci muka yang jenis water based seperti Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser.
Macam yang I cakap tadi, I akan pilih pencuci muka yang membersih secara mendalam. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni efektif untuk membersihkan pori secara mendalam sambil exfoliate sel kulit mati. Disebabkan I dah guna pencuci muka ni dari tahun lepas, I memang suka keberkesanan dia membersihkan kulit I. Kalau nak buat test kulit korang dah bersih ke belum lepas cuci muka senang je. Lepas pakai pencuci muka, sapu toner pada cotton pad dan sapu pada muka.
Tiada kesan kotoran pada kapas lepas cuci muka guna Aloe AC Cleanser.
Kalau ada kesan hitam kotoran atau kesan makeup yang tak habis tu maksudnya pencuci muka korang tak membersih secara mendalam ! Kena cepat bertukar kepada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab kulit muka yang tak bersih ni boleh menimbulkan jerawat dan kulit berminyak.
Bare face lepas cuci muka.
Selalu check keadaan kulit korang. Kalau nak tahu pencuci muka tu sesuai atau tidak, semua bergantung pada keadaan kulit. Bila lepas cuci muka then kulit rasa tegang memang sah pencuci tu tak sesuai untuk digunakan. Kulit rasa tegang lepas cuci muka tu maksudnya kulit kering dan pencuci muka tu tarik sekali kelembapan pada kulit. Boleh menyebabkan jerawat dan kulit mengelupas sebab kering.
Sebab tu penting bagi I untuk guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab walau macam mana pun keadaan kulit I masa tu, dia membantu melembapkan kulit, membersihkan kulit dan tak ada rasa tegang. Pernah tak rasa bila period, kulit rasa kering dan pencuci muka atau rutin skincare korang tak membantu pun? Tapi dengan pencuci muka Hansaegee Nature ni, masa I period kulit berjerawat pun dia membantu melawan jerawat dan acne. Masa mengandung pulak kulit rasa kering sangat tapi I still guna pencuci muka ni sebab membantu melembapkan kulit I masa mengandung.
Ada sesetengah keadaan hormone berubah, kulit pun berubah. Jadi bila ada pencuci muka yang sesuai dengan semua keadaan kulit ni memang senang nak jaga kulit sendiri. Lagi satu kulit orang lain-lain jenis. Ada yang sesuai, ada yang tak sesuai. Sebab tu kalau boleh cuba dulu test pada kulit sendiri untuk tahu keberkesanannya.
Jadi walau apa pun keadaan kulit, pencuci muka ni sangat la membantu kulit I untuk nampak lebih sihat dan bersih.
Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam pencuci muka pilihan korang pun penting. Kena ambil tahu bahan-bahan yang menyebabkan kulit allergic atau iritasi. Kalau kulit korang jenis berjerawat pula kena la pilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang boleh melawan jerawat kan? Kalau kulit korang ada banyak masalah, cuba selesaikan satu-satu. Contohnya kulit berjerawat dan berminyak jadi cuba cari pencuci muka yang focus kepada masalah tersebut.
Bila kulit tak banyak masalah, pakai makeup pun nampak lebih sekata.
Yang I boleh recommend kan korang guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab antara keadaan kulit yang sesuai sangat pakai pencuci muka ni adalah kulit yang kering, kulit berminyak, kulit sensitive dan acne, kulit kusam disebabkan sel kulit mati serta kulit yang mempunyai bintik hitam dan bintik putih.
Aloe Barbadensis Leaf Juice yang digunakan dalam pencuci muka ni membantu melembapkan kulit, merawat acne, membersihkan kulit, anti radang, meredakan sunburn dan mengurangkan tona tidak sekata. Tea Tree Leaf Oil pula melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan. I suka dengan bahan yang digunakan dan memang sesuai dengan kulit I. Sebab tu pemilihan produk dengan bahan yang berkualiti patut menjadi focus utama kalau korang nak beli apa-apa.
Sebelum ni pun I dah cerita pengalaman I pakai pencuci muka ni. Tekan je tajuk ni untuk baca entry lepas okay.
Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. Macam I suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara.
Tekstur pencuci muka jenis bubble bila digunakan buat I enjoy je masa cuci muka. Kalau nak tahu lebih detail mengenai pencuci muka ni boleh baca entry I yang lepas-lepas
dekat atas okay