Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

(By Lea Azleeya on 22nd March 2019)

Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature  |  Aku ni sejenis yang suka mencuba produk yang dikatakan bagus.. Asal ada jerk yang cakap produk itu bagus, produk ini bagus, mula la aku rasa teruja nak cuba.. Yelah mungkin bagus untuk orang lain tetapi tidak bagi aku.. Jadi, nak tak nak aku kena jugak cuba sendiri untuk tahu tahap kesesuaiannya dengan kulit aku.. Nasib baiklah kulit muka aku ni jenis yang tak bermasalah.. Jadi, boleh la try macam-macam produk.. Setakat ni Alhamdulillah.. Harapnya selamanyalah tak de masalah ye.. Hehe..
Ok, kali ni aku mencuba pula pencuci muka dari Hansaegee Nature ni iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser.. Wahh kemain aku  tengok kengkawan aku cakap cleanser ni bagus.. Jadi, aku tak tunggu lama terus jerk nak cuba juga.. Haha!! Sesuai ke idokkkk?? Haa nak tau cerita aku, kenelah baca sampai habis ye..
Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature
Eceli muka aku ni tak de la masalah sangat.. Kadang-kadang je jerawat akan tumbuh bilamana aku tak cuci muka dengan betul hanya sambil lewa.. Kulit muka aku ni pula jenis kulit kombinasi.. Di bahagian T-zone dan dagu sangat oily manakala di bahagian pipi agak kering.. Jadinya, perlu sesuaikan dengan pencuci yang boleh cover kulit berminyak dan juga kering..

Aku pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana produk dari Hansaegee Nature ni diperbuat daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi dimana ia adalah 100% original made in Korea.. Aku kalau nak pilih sesuatu produk tu memang aku akan ambil tahu dulu tentang kandungan produk.. Bila dinyatakan diperbuat daripada bahan semulajadi, barulah rasa senang hati nak cuba sebabnya kalau dah diperbuat daripada bahan semulajadi ofkoslah ianya memberi kesan baik kepada kulit muka dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.. Betul tak?

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diperbuat daripada dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Sepertimana yang korang sendiri tahu, Aloe Vera ni memang banyak manfaatnya pada kulit terutamanya dalam fungsi penyembuhan seperti menghilangkan jerawat, menghalus dan mencerahkan kulit, melembapkan kulit, mengecilkan liang pori, melegakan kesan sunburn dan juga memudarkan parut jerawat..

Sebut saja Tea Tree Oil, dah tau fungsinya untuk apa kan.. Tea Tree Oil ni dah sinonim sangat dengan manfaatnya dalam mencegah jerawat dan mengurangkan parut jerawat.. Ia juga dapat protect skin kita, meninggalkan kesan yang lembut dan lembap pada kulit dan menjadikan kulit kembali segar.. Jadi, tak hairanlah aku teruja sangat untuk cuba Cleanser ni kerana ia dapat mencegah jerawat, wajah lebih lembut dan lembap dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature.

Antara kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini adalah :-
*Memberi kelembapan kepada kulit
*Mengawal sebum/minyak
*Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori
*Merawat masalah jerawat
*Menghilangkan kekotoran dan sel kulit mati pada kulit
Packaging Dan Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni didatangkan dalam botol berpam yang mudah digunakan.. Sangat praktikal bagi aku.. Tak perlu nak bersusah payah nak picit botol bagai, hanya pam sahaja.. Memudahkan kerja.. Bagi aku, dengan packaging yang sebegini, kualiti cleanser itu sendiri lebih terjaga.

Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pula bukanlah sejenis cecair atau gel tetapi ia berbentuk foam dimana bila dipam akan keluar ‘soft bubble’ yang wangi.. Aku suka baunya yang sangat menyenangkan.. Nak cuci muka pun rasa selesa dengan bau yang segar seperti bau cleanser ni..

Cara Guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser

*Basahkan muka dan tangan
*Pam soft bubble dalam kuantiti yang mencukupi
*Urut muka perlahan-lahan dengan bubble tersebut secara gerakan membulat
*Bilas dengan air bersih
Apa Kata Lea Azleeya Tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
Firstime guna cleanser ni aku dah rasa seronok sebabnya muka aku jadi lembap dan lembut.. Sesetengah pencuci muka yang pernah aku guna sebelum ni, ada yang meninggalkan kesan kekeringan, rasa tegang pada muka yang agak tidak selesa dan ada juga yang menjadikan kulit lebih berminyak dan melekit.. Itu tandanya tidak sesuai dengan kulit muka aku tetapi tidak bagi Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana selepas guna kulit muka aku rasa selesa. Paling penting, kulit sentiasa lembap dan lembut.. Aku suka!!

Muka aku pada asalnya memang tiada masalah.. Jerawat pun jarang-jarang ada.. Dengan menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, makin bertambah terlindunglah kulit muka aku dari anasir-anasir jerawat.. Kecuali aku diserang penyakit malas.. Malas mencuci muka dengan sempurna, haruslah jerawat akan tumbuh juga.. Yang tu salah aku sendiri bukan salah pencuci muka tidak berkesan.. hehe..

Bagi korang yang ada masalah kulit kering, berminyak dan berjerawat tu, aku sangat recommend korang try pencuci muka ni.. Serius memang best.. Pencuci muka ni sangat sesuai dengan kulit muka aku dan mungkin juga ia sesuai dengan korang… Apa-apa pun kenalah cuba dulu baru tau tahap kesesuaiannya.. Betul tak.. Sebab kulit manusia ni kan tak sama.. Yang pastinya, produk ini tidak mengandungi bahan berbahaya dan selamat digunakan.

Oh ya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga sesuai untuk kulit kering, kulit bermintak, kulit sensitif/berjerawat, banyak kulit mati dan yang mempunyai blackhead dan whitehead.

Harga : RM65 (150ml)

Image

BAGAIMANA MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT

(By Airah Syahirah on 21st Feb 2019)

Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit bukan sahaja memperbaiki kesihatan kulit itu sendiri tetapi juga membantu produk-produk yang akan digunakan selepas itu menyerap dengan baik. Bila guna pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam, kulit juga lebih sihat dan tak ada la masalah seperti pori tersumbat, kulit berminyak, kotoran tidak bersih dengan sempurna atau lain-lain masalah lagi.
Macam mana I buat rutin mencuci muka? I memang sangat pentingkan kulit yang bersih sebelum I letak skincare lain pada kulit. I akan pastikan kulit I bersih-sebersihnya dan step I mencuci muka membersih secara mendalam. Tak ada makeup tertinggal, mascara tak habis buang atau kulit berminyak. Kalau pakai makeup dan sunscreen, I akan pastikan I cuci guna makeup remover dan oil cleanser dulu. Kemudian, gunakan pencuci muka yang jenis water based seperti Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser.
Macam yang I cakap tadi, I akan pilih pencuci muka yang membersih secara mendalam. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni efektif untuk membersihkan pori secara mendalam sambil exfoliate sel kulit mati. Disebabkan I dah guna pencuci muka ni dari tahun lepas, I memang suka keberkesanan dia membersihkan kulit I. Kalau nak buat test kulit korang dah bersih ke belum lepas cuci muka senang je. Lepas pakai pencuci muka, sapu toner pada cotton pad dan sapu pada muka.
Tiada kesan kotoran pada kapas lepas cuci muka guna Aloe AC Cleanser.
Kalau ada kesan hitam kotoran atau kesan makeup yang tak habis tu maksudnya pencuci muka korang tak membersih secara mendalam ! Kena cepat bertukar kepada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab kulit muka yang tak bersih ni boleh menimbulkan jerawat dan kulit berminyak.
Bare face lepas cuci muka.
Selalu check keadaan kulit korang. Kalau nak tahu pencuci muka tu sesuai atau tidak, semua bergantung pada keadaan kulit. Bila lepas cuci muka then kulit rasa tegang memang sah pencuci tu tak sesuai untuk digunakan. Kulit rasa tegang lepas cuci muka tu maksudnya kulit kering dan pencuci muka tu tarik sekali kelembapan pada kulit. Boleh menyebabkan jerawat dan kulit mengelupas sebab kering.
Sebab tu penting bagi I untuk guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab walau macam mana pun keadaan kulit I masa tu, dia membantu melembapkan kulit, membersihkan kulit dan tak ada rasa tegang. Pernah tak rasa bila period, kulit rasa kering dan pencuci muka atau rutin skincare korang tak membantu pun? Tapi dengan pencuci muka Hansaegee Nature ni, masa I period kulit berjerawat pun dia membantu melawan jerawat dan acne. Masa mengandung pulak kulit rasa kering sangat tapi I still guna pencuci muka ni sebab membantu melembapkan kulit I masa mengandung.
Ada sesetengah keadaan hormone berubah, kulit pun berubah. Jadi bila ada pencuci muka yang sesuai dengan semua keadaan kulit ni memang senang nak jaga kulit sendiri. Lagi satu kulit orang lain-lain jenis. Ada yang sesuai, ada yang tak sesuai. Sebab tu kalau boleh cuba dulu test pada kulit sendiri untuk tahu keberkesanannya.
Jadi walau apa pun keadaan kulit, pencuci muka ni sangat la membantu kulit I untuk nampak lebih sihat dan bersih.
Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam pencuci muka pilihan korang pun penting. Kena ambil tahu bahan-bahan yang menyebabkan kulit allergic atau iritasi. Kalau kulit korang jenis berjerawat pula kena la pilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang boleh melawan jerawat kan? Kalau kulit korang ada banyak masalah, cuba selesaikan satu-satu. Contohnya kulit berjerawat dan berminyak jadi cuba cari pencuci muka yang focus kepada masalah tersebut.
Bila kulit tak banyak masalah, pakai makeup pun nampak lebih sekata.
Yang I boleh recommend kan korang guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab antara keadaan kulit yang sesuai sangat pakai pencuci muka ni adalah kulit yang kering, kulit berminyak, kulit sensitive dan acne, kulit kusam disebabkan sel kulit mati serta kulit yang mempunyai bintik hitam dan bintik putih.
Aloe Barbadensis Leaf Juice yang digunakan dalam pencuci muka ni membantu melembapkan kulit, merawat acne, membersihkan kulit, anti radang, meredakan sunburn dan mengurangkan tona tidak sekata. Tea Tree Leaf Oil pula melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan. I suka dengan bahan yang digunakan dan memang sesuai dengan kulit I. Sebab tu pemilihan produk dengan bahan yang berkualiti patut menjadi focus utama kalau korang nak beli apa-apa.
Sebelum ni pun I dah cerita pengalaman I pakai pencuci muka ni. Tekan je tajuk ni untuk baca entry lepas okay.
Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. Macam I suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara.
Tekstur pencuci muka jenis bubble bila digunakan buat I enjoy je masa cuci muka. Kalau nak tahu lebih detail mengenai pencuci muka ni boleh baca entry I yang lepas-lepas
dekat atas okay