Image

PENGALAMAN JERAWAT MERAH SELEPAS 2 MINGGU PENGGUNAAN PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE

ENGALAMAN JERAWAT MERAH SELEPAS 2 MINGGU PENGGUNAAN PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE

(By Nadnary on 23rd April 2019)

Assalamualaikum Hai.

Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Teringat pulak dulu waktu sekolah rendah, selalu dok amik aloe vera dekat belakang rumah untuk letak dekat muka. Gigih walaupun tajam daun aloe vera tu, tapi sebab mahukan bahan secara semulajadi kita gagahkan juga. Disebabkan bagus lendir aloe vera ni, dekat rambut pun kita lumur sekali. Dulu rajin dan tak terikat sangat dengan aktiviti lain.
Sekarang kalau nak ambil lendir aloe vera tu sendiri rasa macam dah tak berapa practical. Agak leceh dan banyak kerja nak kena buat. Nasib baik ada produk Hansaegee Nature yang berkualiti tinggi dan merupakan 100% produk penjagaan kulit yang original. Brand ni berasal dari Korea dan kalini Nad nak cerita tentang cleanser dia iaitu ALOE AC Clean Bubble Cleanser.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Packaging
Dari segi packaging, size botol memang agak besar sebab satu botol ni mengandungi 150 mlcleanser. So kalau korang nak bawa pergi travel atau berjalan jauh, agak berat dan makan ruangjugak lah. Cuma kalau nak pakai di rumah sesuai sangat, dan tak perlu restock secara kerap sebab penggunaan satu botol ni boleh bertahan untuk jangka masa yang lama. 

Pump dia pulak mudah ditekan. Bila korang dah jumpa bermacam jenis cleanser, ada sesetengah pump yang keras, dan sukar ditekan. Ada pula yang bila tekan pump, cleanser taknak keluar. Tapi nasib baik Hansaegee punya cleanser ni, pump sangat mudah ditekan dah keluar foam yang halus tu!
Texture

Mengenai texture dia pula, ini yang paling wow best! Lepas je kita pump, keluar lah buih-buih halus yang memang saaaaangat halus, lembab, dan sejenis buih yang berair. Time korang nak gosok kedua belah tangan yang penuh dengan foam cleanser tu memang rasa macam fluffybetul. Sampai ralit pula Nad pergi main dengan buih tu . Oh, and the smell bau macam aloe vera tapi bukan macam lendir aloe vera yang fresh dari pokok tu. Bau dia macam aloe vera yang dah upgrade sikit jadi soft wangi, bau dia cam kat hujung-hujung je hahah.
Untuk pengetahuan, Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Dalam 10 jenis ekstrak, dua bahan utama yang terkandung dalam cleanser ni adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil, yang mana kita semua sedia maklum dua bahan ni memang sangat baik untuk kulit. Aloe Vera terkenal dengan sifatnya yang mampu merawat sunburn, melembabkan kulit, mengurangkan parut jerawat, dan membersihkan kulit. Manakala, Tea Tree Oil pula mampu menghalang bakteria, mengurangkan jangkitan, dan sekaligus merawat jerawat. Fuh, tengok kebaikan dua bahan ni pun rasa dah cukup bagus dah. Antara ekstrak lain pula adalah seperti lavender ekstrak, rosemary ekstrak, thyme ekstrak, dan sage ekstrak.

Bubble Type

So, apa yang best tentang foam bubble cleanser ni? Disebabkan foam bubble cleanser ni sangat halus, maka particle dia lebih mudah untuk membersih pori sehingga jauh ke dalam kulit. Dia boleh cuci pori-pori yang kotor dan tersumbat dengan menyingkirkan lebihan minyak yang terkandung pada kulit. Dia punya power tu, nak remove make up sekali pun boleh tau. Lepas je habis cuci muka terus korang rasa muka korang macam bersih, ringan, dan macam cerah sikit hahaha. Rasa macam eee bersih sangat lah muka ni.
Kulit berminyak macam Nad pula memang sesuai sangat guna cleanser jenis foam. Sebab memang power menarik lebihan minyak yang melampau-lampau ni. Tapi, dia takkan buat kulit korang terlalu kering. Rasa lembab sedang-sedang gitu, dan lembut! Sampai rasa nak belai selalu. Tapi apa pun, ia sesuai untuk semua jenis kulit okay tidak kira lah normal skin, oily skin, mahupun combination skin. All skin types boleh gunakan cleanser ini.
Kat bawah ni Nad tunjuk cara-cara nak pakai ya.
1) WAJIB basahkan tangan dan muka korang dengan air. kalau tak nanti kesat dan bubble pun tak ada.

2) Pump 1.5 atau 2 kali pada tangan. Macam Nad pump 2 kali je senang kira ehehe.

3) Cuci muka.
4) Basuh muka dengan menggunakan air untuk remove segala bubble.

After & Before 

Dari segi parut belum nampak lagi sebab Nad pun baru pakai dalam 2 minggu. Tapi nampak tak jerawat merah merah tu dah surut and takde parut dekat bahagian tu? Sebab cleanser ni cool down kan balik kulit Nad. Parut in shaa Allah soon sebab aloe vera pun bagus untuk parut kan hehe.

RM65 / 150 ml
Korang boleh dapatkan Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni hanya di website rasmi [Hansaegee] yaa. Dekat retail shop atau online shop lain memang takde jual. So jangan risau ya. Dapatkan di website ni memang confirm original.
Image

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE

(By Mimie on 03rd April 2019)

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE | Hai semua ! Sekarang ni Mimi memang menggunakan skincare dari produk Korea. Sebab apa Mimi lebih suka guna produk Korea ni sebab banyak produk dari Korea ni menggunakan bahan semulajadi. Bila umur semakin meningkat memang perlu menitikberatkan kandungan skincare yang kita nak guna sebab akan beri kesan pada muka juga kalau guna skincare yang mengandungi bahan kimia berbahaya, betul tak?
Sekarang ni kulit muka Mimi mudah sangat tumbuh jerawat tau. Kadang jerawat halus kadang yang besar. Jadi, Mimi pun survey skincare yang sesuai dan bagus untuk atasi masalah jerawat ni. Survey punya survey, Mimi pun pilih ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni sebab kawan kawan ramai yang guna cleanser cakap bagus. Nampak tak kat situ tergoda dengan review kawan kawan. So nak tahu serasi ke tak dengan kulit Mimi, sila baca sampai habis cerita Mimi .

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE
Actually  kulit muka Mimi ni jenis berminyak. Jerawat memang suka sangat “berkampung” di bahagian dagu dan pipi . Favourite place gitu! Jadi, kenalah guna pencuci yang sesuai dan boleh rawat masalah yang Mimi hadapi sekarang ni.

Mimi pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser kerana produk dari Hansaegee Nature ini diperbuat daripada 10 jenis ekstra tumbuhan semulajadi dan merupakan 100% original made in Korea. Sejenis dak Mimi kalau nak beli sesuatu produk memang akan tengok kandungan produk tu. Yelah sebelum ni tak pernah ambil kisah pun kandungan sesuatu produk sebab nak cantik cepat  Hah, bila stop mulalah timbul macam macam masalah. So, pengajarannya sekarang ni memang Mimi akan ambil tahu tentang kandungan sesuatu produk sebab tak nak pisang berbuah dua kali. Bila tengok kandungan Aloe AC Bubble Cleanser ni diperbuat daripada bahan semulajadi sudah tentulah ia selamat dan beri kesan yang bagus untuk kulit muka kan .
Untuk pengetahuan korang  Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diperbuat daripada bahan utama Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Kita semua tahu kebaikan Aloe Vera memang sangat bagus pada kulit terutamanya melembapkan kulit, menghilangkan jerawat, mengecilkan liang pori, memudarkan parut jerawat dan sebagainya.
Manakala Tea Tree Leaf Oil pula sangat bagus untuk mencegah jerawat dan mengurangkan parut jerawat. Sebab tu lah Mimi nak sangat sangat guna cleanser ni kerana ia boleh mencegah jerawat di samping melembapkan dan melembutkan kulit muka .
Mesti korang nak tahu apa kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser  ni kan. Antara kebaikannya ialah:

*Mengawal sebum/minyak

*Menghilangkan kekotoran dan sel kulit mati pada kulit

*Merawat masalah jerawat

*Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori

*Memberi kelembapan kepada kulit
TEKSTUR DAN PACKAGING ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Untuk pengetahuan korang, cleanser ni didatangkan dalam botol di mana ia berbentuk liquid bila di dalam botol. Bila pam ia akan akan keluar dengan bentuk foam ‘soft bubble’ yang wangi. Packaging cleanser ni sangat praktikal bagi Mimi sebab hanya pam sahaja. Bila packaging macam ni kualiti cleanser lebih terpelihara dan ‘hygiene’ .
Mimi memang suka bau cleanser ni yang wangi dan menyenangkan. Bila sapu pada muka pun rasa soft saja tau.

CARA MENGGUNAKAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Cara nak gunakan pun tak susah tau korang. Semudah ABC. Sebelum guna cleanser ni  basahkan muka dan tangan korang dengan air. Kemudian pam cleanser pada tapak tangan dan sapu secara urutan membulat pada seluruh muka korang .

Masa sapu pada muka korang boleh nampak buih buih halus ni bertindak pada muka sebab ia mesra air.
PENDAPAT MIMI MENGENAI ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Masa pertama kali guna Mimi dah jatuh suka dah. Yelah, Mimi ni jenis yang bermekap. Bila apply cleanser ni pada muka yang ada mekap memang bersih lah segala mekap pada muka.
Bila muka ada jerawat, Mimi guna macam biasa cleanser ni dan Mimi perasan jerawat akan cepat kecut selepas dua atau tiga hari penggunaan. Tu buat Mimi bertambah suka dan jatuh cinta dengan produk dari Hansaegee Nature ni tau. Tu maknanya ia memang serasi dengan kulit muka Mimi.

Nak tahu sebab apa Mimi suka sangat dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Sebab ia berbeza dengan bubble cleanser yang Mimi pernah guna sebelum ni. Teskturnya yang lembut seperti kapas selain daripada baunya yang wangi. Bila pam keluar nampak tau kehalusan bubble yang keluar dari botol.
Selepas cuci muka dengan cleanser dari Hansaegee Nature ni, kulit muka memang akan rasa bersih, tidak mengeringkan kulit muka dan yang paling best kulit muka sentiasa rasa lembap dan lembut tau korang. Tak macam kebanyakan bubble cleanser di luar yang memang berfungsi membersihkan kulit muka tapi kulit terasa kering, tegang dan tidak selesa selepas menggunakannya.  Sebelum ni Mimi memang ada guna juga bubble cleanser dari satu jenama. Lembut dan wangi tapi lepas guna kulit muka Mimi jadi tegang dan pedih. Lepas tu, mulalah kulit mengelupas di sekitar hidung dan pipi. Bila jadi macam tu terus Mimi stop guna. Tak sanggup nak tengok kulit muka mengelupas dan kering.

Tapi Aloe AC Bubble Cleanser ni lain dari yang lain tau, korang boleh tengok sendiri tekstur cleanser ni sangat ‘watery’ dan berbuih lembut di mana ia membersihkan jauh ke dalam kulit. Sebab teksturnya yang sangat lembut dan buih yang halus ia melembapkan kulit bukannya mengeringkan kulit. Jadi, tak perlu risau kalau nak gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab memang best tau korang.

Kulit muka pun rasa lembap dan lembut selepas menggunakan. Nak nak sekarang ni cuaca panas yang boleh menyebabkan kulit kering tapi dengan adanya cleanser ni tak perlu risau kulit kering . Memang sentiasa rasa lembap. Yang paling best nak apply mekap pada muka pun jadi mudah.
Korang yang ada masalah kulit kering, berminyak dan berjerawat, Mimi highly recommend untuk korang cuba ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni. Memang best sangat sangat. So far, cleanser ni memang serasi dengan kulit Mimi mungkin juga serasi dengan kulit muka korang. Apa kata korang cuba dulu dan tengok sesuai atau tidak dengan kulit muka korang. Yelah, kulit muka kita tak sama kan . Tapi apa yang Mimi nak tekankan cleanser ni memang sangat selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan berbahaya. Jadi, bila nak guna tu memang tak ada rasa was was lah.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit jenis kering, berminyak, sensitif/berjerawat, mempunyai blackhead dan whitehead serta mempunyai kulit mati. Harga sebotol cleanser ini ialah RM65 untuk 150ml.

Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

(By Lea Azleeya on 22nd March 2019)

Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature  |  Aku ni sejenis yang suka mencuba produk yang dikatakan bagus.. Asal ada jerk yang cakap produk itu bagus, produk ini bagus, mula la aku rasa teruja nak cuba.. Yelah mungkin bagus untuk orang lain tetapi tidak bagi aku.. Jadi, nak tak nak aku kena jugak cuba sendiri untuk tahu tahap kesesuaiannya dengan kulit aku.. Nasib baiklah kulit muka aku ni jenis yang tak bermasalah.. Jadi, boleh la try macam-macam produk.. Setakat ni Alhamdulillah.. Harapnya selamanyalah tak de masalah ye.. Hehe..
Ok, kali ni aku mencuba pula pencuci muka dari Hansaegee Nature ni iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser.. Wahh kemain aku  tengok kengkawan aku cakap cleanser ni bagus.. Jadi, aku tak tunggu lama terus jerk nak cuba juga.. Haha!! Sesuai ke idokkkk?? Haa nak tau cerita aku, kenelah baca sampai habis ye..
Wajah Lebih Lembut Dan Lembap Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature
Eceli muka aku ni tak de la masalah sangat.. Kadang-kadang je jerawat akan tumbuh bilamana aku tak cuci muka dengan betul hanya sambil lewa.. Kulit muka aku ni pula jenis kulit kombinasi.. Di bahagian T-zone dan dagu sangat oily manakala di bahagian pipi agak kering.. Jadinya, perlu sesuaikan dengan pencuci yang boleh cover kulit berminyak dan juga kering..

Aku pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana produk dari Hansaegee Nature ni diperbuat daripada 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi dimana ia adalah 100% original made in Korea.. Aku kalau nak pilih sesuatu produk tu memang aku akan ambil tahu dulu tentang kandungan produk.. Bila dinyatakan diperbuat daripada bahan semulajadi, barulah rasa senang hati nak cuba sebabnya kalau dah diperbuat daripada bahan semulajadi ofkoslah ianya memberi kesan baik kepada kulit muka dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.. Betul tak?

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diperbuat daripada dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Sepertimana yang korang sendiri tahu, Aloe Vera ni memang banyak manfaatnya pada kulit terutamanya dalam fungsi penyembuhan seperti menghilangkan jerawat, menghalus dan mencerahkan kulit, melembapkan kulit, mengecilkan liang pori, melegakan kesan sunburn dan juga memudarkan parut jerawat..

Sebut saja Tea Tree Oil, dah tau fungsinya untuk apa kan.. Tea Tree Oil ni dah sinonim sangat dengan manfaatnya dalam mencegah jerawat dan mengurangkan parut jerawat.. Ia juga dapat protect skin kita, meninggalkan kesan yang lembut dan lembap pada kulit dan menjadikan kulit kembali segar.. Jadi, tak hairanlah aku teruja sangat untuk cuba Cleanser ni kerana ia dapat mencegah jerawat, wajah lebih lembut dan lembap dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature.

Antara kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini adalah :-
*Memberi kelembapan kepada kulit
*Mengawal sebum/minyak
*Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori
*Merawat masalah jerawat
*Menghilangkan kekotoran dan sel kulit mati pada kulit
Packaging Dan Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni didatangkan dalam botol berpam yang mudah digunakan.. Sangat praktikal bagi aku.. Tak perlu nak bersusah payah nak picit botol bagai, hanya pam sahaja.. Memudahkan kerja.. Bagi aku, dengan packaging yang sebegini, kualiti cleanser itu sendiri lebih terjaga.

Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pula bukanlah sejenis cecair atau gel tetapi ia berbentuk foam dimana bila dipam akan keluar ‘soft bubble’ yang wangi.. Aku suka baunya yang sangat menyenangkan.. Nak cuci muka pun rasa selesa dengan bau yang segar seperti bau cleanser ni..

Cara Guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser

*Basahkan muka dan tangan
*Pam soft bubble dalam kuantiti yang mencukupi
*Urut muka perlahan-lahan dengan bubble tersebut secara gerakan membulat
*Bilas dengan air bersih
Apa Kata Lea Azleeya Tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
Firstime guna cleanser ni aku dah rasa seronok sebabnya muka aku jadi lembap dan lembut.. Sesetengah pencuci muka yang pernah aku guna sebelum ni, ada yang meninggalkan kesan kekeringan, rasa tegang pada muka yang agak tidak selesa dan ada juga yang menjadikan kulit lebih berminyak dan melekit.. Itu tandanya tidak sesuai dengan kulit muka aku tetapi tidak bagi Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana selepas guna kulit muka aku rasa selesa. Paling penting, kulit sentiasa lembap dan lembut.. Aku suka!!

Muka aku pada asalnya memang tiada masalah.. Jerawat pun jarang-jarang ada.. Dengan menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, makin bertambah terlindunglah kulit muka aku dari anasir-anasir jerawat.. Kecuali aku diserang penyakit malas.. Malas mencuci muka dengan sempurna, haruslah jerawat akan tumbuh juga.. Yang tu salah aku sendiri bukan salah pencuci muka tidak berkesan.. hehe..

Bagi korang yang ada masalah kulit kering, berminyak dan berjerawat tu, aku sangat recommend korang try pencuci muka ni.. Serius memang best.. Pencuci muka ni sangat sesuai dengan kulit muka aku dan mungkin juga ia sesuai dengan korang… Apa-apa pun kenalah cuba dulu baru tau tahap kesesuaiannya.. Betul tak.. Sebab kulit manusia ni kan tak sama.. Yang pastinya, produk ini tidak mengandungi bahan berbahaya dan selamat digunakan.

Oh ya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga sesuai untuk kulit kering, kulit bermintak, kulit sensitif/berjerawat, banyak kulit mati dan yang mempunyai blackhead dan whitehead.

Harga : RM65 (150ml)

KULIT WAJAH SEOLAH-OLAH BERNAFAS SELEPAS MENGGUNAKAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER DARIPADA HANSAEGEE NATURE !

KULIT WAJAH SEOLAH-OLAH BERNAFAS SELEPAS MENGGUNAKAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER DARIPADA HANSAEGEE NATURE !
 
(By Syaza on 14th March 2019)
Hai semua. Siapa sejenis kulit muka kering? Allah! Kulit muka jenis kering macam cx ni banyak juga cabarannya. Kalau salah pakai produk, habislah muka. Macam cx, kalau produk tu tak sesuai dengan kulit muka cx, nanti akan naik tompok-tompok putih tau. Dia macam panau. Teruk juga dulu kena. Banyak juga cuba produk untuk cari yang serasi. Daripada mahal sampailah yang murah. Semua dah cuba. Tapi kali ini, cx tertarik untuk cuba produk dari Hansaegee Nature yang merupakan produk asli 100% dari Korea. Korea juga terkenal sebagai negara yang menitikberatkan soal kecantikkan kulit wajah. Sebab tu orang korea cantik tertarik memang da bom!
Aloe Ac Clean Bubble Cleanser : Hansaegee Nature
Okay, serba sedikit cx kongsikan tentang Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini ya. Ianya mengandungi gabungan mantap dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Dua bahan ini mempunyai keistimewaan dan kekuatannya tersendiri dalam penjagaan kulit wajah.  Umum tahu Aloe Vera bertindak mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembabkan kulit wajah, melembutkan dan melegakan kulit sensitif. Sementara itu, bahan utama kedua adalah Tree Leaf Oil yang mana mampu membantu masalah kulit berjerawat, mengurangkan infeksi kepada kulit, memberi kelembutan, anti fungus dan melicinkan kulit wajah. 
Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini didatangkan dalam bentuk botol agar tahap kebersihan dan keselamatan kandungannya terpelihara dan selamat untuk digunakan. Fungsi utama Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini adalah;
* Mengatasi masalah kulit wajah berjerawat
* Membersihkan liang pori dengan lebih dalam.
* Merawat kulit wajah bermasalah
* Mengawal minyak pada permukaan kulit wajah
* Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit
Tekstur Foam Aloe Ac Clean Bubble Cleanser
Buih² kecil Aloe Ac Clean Bubble Cleanser
Tekstur sejenis buih membuatkan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini menjadi pilihan cx kerana teksturnya sangat lembut dan bila mencuci muka, cx rasa puas. Selalu kalau cuci muka, akan rasa macam kulit sedikit kering dan meregang tetapi tidak dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser. Ianya membuatkan kulit muka cx rasa bersih sangat. Terasa sangat segar dan kulit pon lembab sahaja tidak kering. Rasa selesa sahaja muka ini seolah-olah dapat bernafas. Rasa macam kulit baby pula. Hehe Agaknya sebelum² ni, liang dekat muka ni tersumbat kot, sebab tu rasa lebih bersih dan puas hati selepas pakai Aloe Ac Clean Bubble ini. Alhamdulillah serasi.
Cara Guna:
1. Tekan pemicit Aloe Ac Clean Cleanser ke tapak tangan mengikut berapa banyak yang diperlukan.
2. Pastikan tangan basah terlebih dahulu. Kemudian urut lembut ke wajah foam tadi mengikut urutan membulat.
3. Basuh muka sehingga bersih
Best sangat pakai Aloe Ac Clean Cleanser ni tau! Serius! 
Dahlah bau dia pon wangi, lembut sahaja. Suka sangat bau dia. Kalau boleh nak bau selalu. Hihi. Harga dia pom InshaaAllah berbaloi. Kita nak yang terbaik untuk kulit wajah kan? Cantik itu pelaburan. Betul tak? Sebotol ni RM65.00 sahaja. InShaaAllah bertahan mengikut kekerapan guna. Dah kalau asyik tekan main buih, memang cepatlah habis. Hihi.
Image

Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature

Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature

(By Sunah Sakura on 01st April 2019)

Uish, jarang-jarang seketul Sunah nak share pasal skincare. Apatah lagi blog ni bukan niche beauty. Tapi disebabkan baru-baru ni ada try satu pencuci muka yang baru, dan kesan dia macam best dan serasi pada kulit, seketul Sunah tak teragak-agak nak share produk ni.

 

Sejak kebelakangan ni, kerap nampak kawan-kawan blogger share produk Hansaegee Nature. Tak kira lah dari AQUA Whitening Cream ke, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ke, mahupun Gold Nano CC Cream dia. Semua share kesan positif lepas mencuba produk dari Korea ni. Kebetulan pulak saya punya pencuci muka dah nak habis. Kalau tak cuba semua, cuba salah satu dulu pun, dah ok.

Disebabkan kulit muka saya jenis kombinasi, dan agak berminyak pada T-Zone, saya pun cuba guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni. Cleanser ni mengandungi dua bahan utama:

1. Aloe Barbadensis Leaf Juice yang berfungsi untuk melembapkan dan membersihkan kulit, melegakan sunburn, merawat jerawat, sebagai anti-inflammation, serta mengurangkan bintik hitam.

2. Tea Tree Leaf Oil yang berfungsi untuk melembutkan dan membersihkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan bakteria.

Pencuci muka ni adalah dalam bentuk liquid dalam botolnya. Kalau uols goncang-goncang, boleh rasa macam air bergoncang kat dalam tu. Tapi bila pump aje keluar, liquid dalam tu bertukar jadi foam yang ringan dan halus. Foam ni la yang membantu membersihkan lebihan minyak atau sebum pada kulit serta menanggalkan kotoran jauh ke dalam pori-pori supaya kulit nampak lebih segar dan bersih.

Saya dah guna pencuci muka ni hampir dua minggu, alhamdulillah memang nampak perubahannya. Pori-pori nampak lebih halus, kawan blogger yang gi review buffet Ramadhan sama-sama pun tegur, “kulit muka Kak Sun nampak flawless”. Kalau dia baca ni, mesti dia tersengih-sengih dan tahu dirinya yang saya maksudkan.

 

Paling saya senangi, rasa kulit tegang lepas pemakaian pertama bila kita bertukar pencuci muka tu, tak ada langsung. Saya pernah rasa kulit muka terlalu tegang dan kering lepas pakai certain pencuci muka yang tak sesuai dengan kulit. Tapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni langsung tak mengeringkan kulit! Wajah rasa lembap aje lepas cuci pakai pencuci muka ni. Betul la kandungan Tea Tree Oil dia tu membantu melindungi kulit supaya kekal lembut, lembap dan segar.

Saya gunakan pencuci muka ni dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Ye lah, pagi sebab bila bangun tidur, muka kita sedikit berminyak lepas lebih enam jam kita tak basuh muka. Malam pulak, sebab seharian kita dah terdedah kepada udara luar yang ada banyak kotoran tanpa kita sedari. Kadang-kadang ada kesan mekap yang tak hilang sepenuhnya. Dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni lah kita nak bersihkan muka tu sebersih-bersihnyaaaaa~

 

Meh nak tunjuk cara guna.

Muka baru bangun tido seketul Sunah sebelum dicuci

Untuk bersihkan muka guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, make sure basahkan dulu seluruh muka dan tapak tangan untuk kesan yang lebih optima. Kemudian, picit dalam dua kali botol cleanser tu untuk keluarkan foam ke atas tapak tangan yang basah tadi.

Muka baru bangun tido seketul Sunah sebelum dicuci

 

Untuk bersihkan muka guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, make sure basahkan dulu seluruh muka dan tapak tangan untuk kesan yang lebih optima. Kemudian, picit dalam dua kali botol cleanser tu untuk keluarkan foam ke atas tapak tangan yang basah tadi.

Tekstur bubble foam ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Then, urut bebuih tu pada muka perlahan dalam circular motion. Masa urut muka tu, uols akan dapat hidu bau wangiiii Tea Tree Oil dalam kandungannya, selain dari bau Lavender, Jasmine dan Rosemary. Rasa mudah aje penggunaannya sebab buih-buih yang ringan dan halus tu. Tak banyak keje. Haha!

Kulit yang basah membantu proses cucian bubble cleanser

 

Dah puas mengurut muka, boleh lah basuh muka tu dan lap dengan tuala bersih. Uols akan nampak kesan lepas guna tu terussss, wajah jadi lebih segar dan bersih. Clear and brighter gituhhhh! Saya sukaaa! Wehuuuu~

Hasil lepas cucian dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

 

Haa, ini lah diaaa ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature yang menggembirakan hati seorang Sunah tuuu! 1 botol ni RM65 aje, tapi ada promotion, beli dua botol RM110. Beli dengan produk Hansaegee Nature yang lain pun ada harga promonya. Kalau uols pun nak cuba skincare ni, boleh la ke laman web Hansaegee Nature ya!

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

EXPERIENCE GUNAKAN PENCUCI MUKA ALOE VERA | HANSAEGEE NATURE

EXPERIENCE GUNAKAN PENCUCI MUKA ALOE VERA | HANSAEGEE NATURE

(By Fiezasani on 21st Feb 2019)

Bulan Januari lepas, k.fiezz ada share dengan korang cleanser dari Korea..Boleh rujuk cleanser yang k.fiezz pegang dalam gambar kat bawah ni, iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser..so acane kah hasil dia..fungsi cleanser Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni selain membersihkan muka kita dari kotoran, ia melembapkan kulit, merawat jerawat, mengurangkan parut jerawat. 
<<hapuskan jerawat dengan aloe ac clean bubble cleanser>>

K.fiezz tahu mesti ramai yang cari cleanser yang ada fungsi-fungsi seperti kat atas ni,kan..Terutama yang ada masalah jerawat..Sebab jerawat ni bukan takat budak2 remaja je..yang seusia macam k.fiezz ni pun kadang jerawat bukan main rancak lagi..orang cakap, makin meningkat usia jerawat dah kurang tapi ada sesetengah geng yang seangkatan dengan k.fiezz ni, still ada masalah jerawat ni…

cuma nasib baik la k.fiezz tak ada masalah jerawat macam zaman remaja dulu..surut yang ni, timbul yang baru..pffttt..memang menguji kesabaran masa tu…Sekarang k.fiezz alami jerawat ni, time cik P nak datang menjengah..mula la gedik jerawat ni bertepek kat muka..tangan ni pulak gatal nak picit..dah picit, udah la parut uoll..tension sis tau…cuma nasib baik parut tu selalunya takobvious sangat…ala-ala je…tapi apapun tetap parut jerawat kan..buruk benor tengok ada bertenggek kat muka ni..

JERAWAT / PARUT JERAWAT

Untuk korang yang ada masalah jerawat/parut jerawat, meh cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni juga..confirm best..dengan teskstur dia yang buih-buih, ringan, halus..seronok je masa cuci sambil urut-urut kat muka..Tambah lepas bilas dengan air, boleh rasa moist je kulit kita ni..Ada setengahcleanser lepas cuci, kulit kita jadi kering tapi dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, jangan risau..kulit jadi lebih lembap…

trust me sebab k.fiezz dah guna..pengalaman sendiri..korang boleh rujuk entry k.fiezz (link kat atas) ada video amatur k.fiezz guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…korang boleh tengok tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…

Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni soft,ringan, halus..korang boleh refer gambar atas ni…

Bahan yang digunakan dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni pun menggunakan bahan sumber alam antaranya Aloe Vera & Tea Tree Oilwhich is k.fiezz loike sangat tau bahan-bahan dari sumber alam ni…

PENGALAMAN SENDIRI Gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Best cuci muka ngan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, soft je..kalau basahkan lagi tangan & muka sebelum cuci, lagi banyak buih-buih…
K.fiezz tak ada masalah jerawat sangat uolls..so yang k.fiezz boleh kongsi dengan korang, Selepas guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni boleh rasa kulit moist, fresh…toink toink..eh gitu..dia punyamoist…sebab Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni mencuci hingga ke lapisan dalam liang pori untuk membuang kotoran pada muka. Bila kulit lembap, nampak lebih segar & sihat…macam k.fiezz..eh..haha…
untuk parut jerawat pulak, macam k.fiezz cakap tadi k.fiezz tak alami masalah yang serius sangat..korang boleh rujuk gambar k.fiezz kat atas ni…tapi apapun k.fiezz tetap berpuashati dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab bahan yang digunakan dan tekstur dia yang buih-buih cinta tu..k.fiezz suka sangat..boleh memain ngan buih sesambil cuci muka..semangat iolls cuci muka hari-hari,tau..hehe

nah setepek muka k.fiezz fresh gitu tanpa mekap…

TAK ADA KESAN SAMPINGAN YANG TAK BEST

Oo..satu lagi yang pasti, kulit k.fiezz tak ada alami sebarang masalah lepas gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…macam kulit merah, gatal ke, ruam ke, jerawat ke..nope..nampak kulit k.fiezz serasi dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…untuk k.fiezz terbukti bahan-bahan yang digunakan selamat digunakan kerana berasaskan sumber alam..

Image

BAGAIMANA MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT

(By Airah Syahirah on 21st Feb 2019)

Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit bukan sahaja memperbaiki kesihatan kulit itu sendiri tetapi juga membantu produk-produk yang akan digunakan selepas itu menyerap dengan baik. Bila guna pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam, kulit juga lebih sihat dan tak ada la masalah seperti pori tersumbat, kulit berminyak, kotoran tidak bersih dengan sempurna atau lain-lain masalah lagi.
Macam mana I buat rutin mencuci muka? I memang sangat pentingkan kulit yang bersih sebelum I letak skincare lain pada kulit. I akan pastikan kulit I bersih-sebersihnya dan step I mencuci muka membersih secara mendalam. Tak ada makeup tertinggal, mascara tak habis buang atau kulit berminyak. Kalau pakai makeup dan sunscreen, I akan pastikan I cuci guna makeup remover dan oil cleanser dulu. Kemudian, gunakan pencuci muka yang jenis water based seperti Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser.
Macam yang I cakap tadi, I akan pilih pencuci muka yang membersih secara mendalam. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni efektif untuk membersihkan pori secara mendalam sambil exfoliate sel kulit mati. Disebabkan I dah guna pencuci muka ni dari tahun lepas, I memang suka keberkesanan dia membersihkan kulit I. Kalau nak buat test kulit korang dah bersih ke belum lepas cuci muka senang je. Lepas pakai pencuci muka, sapu toner pada cotton pad dan sapu pada muka.
Tiada kesan kotoran pada kapas lepas cuci muka guna Aloe AC Cleanser.
Kalau ada kesan hitam kotoran atau kesan makeup yang tak habis tu maksudnya pencuci muka korang tak membersih secara mendalam ! Kena cepat bertukar kepada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab kulit muka yang tak bersih ni boleh menimbulkan jerawat dan kulit berminyak.
Bare face lepas cuci muka.
Selalu check keadaan kulit korang. Kalau nak tahu pencuci muka tu sesuai atau tidak, semua bergantung pada keadaan kulit. Bila lepas cuci muka then kulit rasa tegang memang sah pencuci tu tak sesuai untuk digunakan. Kulit rasa tegang lepas cuci muka tu maksudnya kulit kering dan pencuci muka tu tarik sekali kelembapan pada kulit. Boleh menyebabkan jerawat dan kulit mengelupas sebab kering.
Sebab tu penting bagi I untuk guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab walau macam mana pun keadaan kulit I masa tu, dia membantu melembapkan kulit, membersihkan kulit dan tak ada rasa tegang. Pernah tak rasa bila period, kulit rasa kering dan pencuci muka atau rutin skincare korang tak membantu pun? Tapi dengan pencuci muka Hansaegee Nature ni, masa I period kulit berjerawat pun dia membantu melawan jerawat dan acne. Masa mengandung pulak kulit rasa kering sangat tapi I still guna pencuci muka ni sebab membantu melembapkan kulit I masa mengandung.
Ada sesetengah keadaan hormone berubah, kulit pun berubah. Jadi bila ada pencuci muka yang sesuai dengan semua keadaan kulit ni memang senang nak jaga kulit sendiri. Lagi satu kulit orang lain-lain jenis. Ada yang sesuai, ada yang tak sesuai. Sebab tu kalau boleh cuba dulu test pada kulit sendiri untuk tahu keberkesanannya.
Jadi walau apa pun keadaan kulit, pencuci muka ni sangat la membantu kulit I untuk nampak lebih sihat dan bersih.
Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam pencuci muka pilihan korang pun penting. Kena ambil tahu bahan-bahan yang menyebabkan kulit allergic atau iritasi. Kalau kulit korang jenis berjerawat pula kena la pilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang boleh melawan jerawat kan? Kalau kulit korang ada banyak masalah, cuba selesaikan satu-satu. Contohnya kulit berjerawat dan berminyak jadi cuba cari pencuci muka yang focus kepada masalah tersebut.
Bila kulit tak banyak masalah, pakai makeup pun nampak lebih sekata.
Yang I boleh recommend kan korang guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab antara keadaan kulit yang sesuai sangat pakai pencuci muka ni adalah kulit yang kering, kulit berminyak, kulit sensitive dan acne, kulit kusam disebabkan sel kulit mati serta kulit yang mempunyai bintik hitam dan bintik putih.
Aloe Barbadensis Leaf Juice yang digunakan dalam pencuci muka ni membantu melembapkan kulit, merawat acne, membersihkan kulit, anti radang, meredakan sunburn dan mengurangkan tona tidak sekata. Tea Tree Leaf Oil pula melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan. I suka dengan bahan yang digunakan dan memang sesuai dengan kulit I. Sebab tu pemilihan produk dengan bahan yang berkualiti patut menjadi focus utama kalau korang nak beli apa-apa.
Sebelum ni pun I dah cerita pengalaman I pakai pencuci muka ni. Tekan je tajuk ni untuk baca entry lepas okay.
Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. Macam I suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara.
Tekstur pencuci muka jenis bubble bila digunakan buat I enjoy je masa cuci muka. Kalau nak tahu lebih detail mengenai pencuci muka ni boleh baca entry I yang lepas-lepas
dekat atas okay
Image

Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Pencuci Muka Simple Atasi Kulit Berminyak Dan Mengatasi Masalah Kulit Berjerawat.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Pencuci Muka Simple Atasi Kulit Berminyak Dan Mengatasi Masalah Kulit Berjerawat.

(By Syamimi Saad on 15th Feb 2019)

Hai readers.. Harini kita nak berkongsi tentang satu masalah selepas jalani Operation haritu. Selepas operation, kita memang tak dapat nak jaga kulit muka. Sebab wayar tiub sana sini, then operation haritu kan berjahit sampai ke bibir. So nak elakkan kesan jahitan disitu terkena air, terpaksa skip skip basuh bahagian muka.

Disebabkan masalah tak dapat nak cuci muka dengan sebaiknya, muka kita mula nak jadi sesuatu. Kulit muka mula berminyak. Pelik rasanya sebab kulit muka kita bukan jenis berminyak. Rasanya hari ke-4 macam tu kita slow slow cuci muka. Guna cleanser. Tapi tak boleh nak cuci betul betul sebab masa tu tiub minum susu belum dicabut lagi.

So disebabkan muka menjadi berminyak dan mula naik berdaki, kita cuba cuci pakai 1 jenis cleanser ni. Sebab cleanser tu je yang kita bawa ke hospital, so bila pakai muka still sama. Muka tetap berminyak. Bila dapat balik rumah, kita cuba gunakan satu cleanser baru ni. Aloe AC Clean Bubble Cleanser namanya. Try guna yang ni dengan harapan dapat atasi masalah kulit berminyak tu.

Beberapa hari juga la mencuba gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, kulit yang berminyak tu berjaya diatasi. Punya la pening pikir kenapa muka berminyak, rupanya ada juga jalan penyelesaikannya.

Mesti nak tahu apa kandungan yang terkandung dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser, yang boleh membantu muka jadi bersih tak berminyak tu kan?

Haaa, nak tahu, nama nya pun Aloe kan, salah satu kandungannya ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Kita semua pun sedia maklum kan, aloe vera elok dalam mengatasi masalah kulit kan.

Sebenarnya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser bukan sahaja untuk masalah kulit berminyak, tetapi, ianya juga dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat juga. Bagaimana ianya dapat membantu? Ianya dapat membantu dengan membersih secara mendalam dan menutup lubang-lubang jerawat yang ada.

Apa yang bestnya bila dah menggunakan Cleanser ni, kulit dah la tak berminyak, dia elok je lembap seperti biasa. Dan ianya juga tidak mengeringkan tau. So memang best guna sebab tak perlu risau dah.

Mesti ada yang nak tahu, macam mana rupa Cleanser ni kan? Meh tengok ni. Botol ni tersedia dalam bentuk dipam tau. So bila kita pam, maka akan keluar cecair dan ianya dalam bentuk berbuih. Berbuih tapi ada air sekali. So kalau kita tak basahkan kulit muka terlebih dahulu pun takpe, sebab ianya takkan kering dimuka. Dan teksturnya ringan.

 

Kebiasanya pembersih jenis gelembung boleh membersihkan kulit dengan baik, tetapi mungkin membuat kulit sangat kering selepas mencucinya. TETAPI Pembersih Bubble Clean Aloe AC ini berbeza, ia adalah pembersih kualiti yang baik, ia membilas liang kulit bersih dengan kulit kelembapan, kita pasti selepas korang bersihkan dan basuh, korang akan rasa kelembapan, tidak kering. Ia adalah pembersih yang berbuih, Melembutkan & WATERY.

Sebelum terlupa, harga yang ditawarkan untuk 1 botol ni ialah RM65 sahaja.
Untuk kandungan sebanyak 150ml.

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Tips Penjagaan Muka | Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser

“Tips Penjagaan Muka | Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser”

(By Liza Aryanna Izaara on 01st Feb 2019)

Assalamualaikum semua, siapa yang kat sini jenis muka berminyak? Mesti korang rasa kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai kan kan. Macam saya juga, muka saya ni memang cepat sangat mengeluarkan minyak walaupun dah pakai makeup tebal gila. Terpaksa touch-up banyak kali untuk cover minyak tu. Bahagian yang selalu berminyak pula adalah di bahagian T Zone. So memang rimas sangatlah, kadang-kadang bila keluar tu cepat-cepat nak balik supaya dapat basuh muka.

Saya dah try banyak produt lain tapi muka still berminyak, sampailah saya jumpa produk daripada Hansaegee Nature iaitu  ALOE AC Clean Bubble Cleanser.  Kenapa saya pilih produk ni? sebab Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berbentuk buih-buih halus bila di pam di tangan. Ia akan meresap jauh ke dalam kulit muka korang untuk keluarkan semua minyak-minyak, pori yang tersangkut, sampai ke liang pori paling hujung dia cuci habis. Lepas dia keluarkan semua minyak dan kotoran muka tu, muka akan terasa lembap dan segar. Tidak mengeringkan sama sekali ya. Balik-balik jugalah saya cuci muka dengan cleanser ni hahaha. Rasa macam ketagih la pula! hahaha OH YA! All product dari Hansaegee Nature ni, 100% Original “MADE IN KOREA” tau.

Bukan setakat muka berminyak, tapi muka saya ni juga jenis yang cepat kering dan kusam. Bila dah selalu pakai makeup, macam-macam bahan kimia yang dah sangkut dekat kulit ni. So, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni banyak membantu dalam menjaga kulit wajah saya sebab banyak kelebihan dan kebaikan pencuci muka ni. Korang boleh baca dibawah ni kebaikan Cleanser Hansaegee Nature ni ya

 *Mengawal minyak yang berlebihan
*Menanggalkan sel kulit mati
*Mencuci jauh ke dalam lubang pores muka
*Membantu merawat masalah jerawat
*Melembapkan kulit (lepas cuci, muka akan lembap dan tidak kering)
*Super Clean Bubble Cleanser
*Sesuai dengan semua jenis kulit (Oily, Dry and Combination) 

Kebanyakan pencuci muka yang lain, lepas cuci muka confirm akan kering kan, tapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni TIDAK SAMA SEKALI !! Lepas ja cuci muka, kulit muka saya ni tetap lembap. Selalu lepas cuci muka rasa kejang ja muka kan, tapi yang ni rasa lembut ja muka. Memang best sangat-sangat.  Sambil dia buang kotoran tu kan, kulit mati juga akan di bawa bersama. Ada juga kesan exfoliate tapi tidak akan merosakkan sel kulit sihat,malahan dia bagi nutrien pada kulit kita. Produk ni juga mengandungi Tea Tree Leaf Oil yang sangat bagus untuk kulit. So memang kulit muka kita akan  nampak lebih bermaya,sihat dan mencerahkan juga sebab dia dah buang sekali sel-sel kulit mati.So, produk ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit sensitif, kering, berminyak, jerawat, blackhead, whitehead dan kulit kusam.

Sekarang ni, bila pakai makeup lama pun tak risau dah sebab ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni membersih jauh kedalam lubang pores muka kita. So, kulit muka kita akan sentiasa terjaga sepanjang masa. Bukan tu saja tetapi apa yang saya paling perasan sekali, pori makin kecik dan sekaligus whitehead pun berkurangan. Nampak tak buih dia, memang halus dan akan masuk jauh kedalam kulit korang.

Okay korang, kalau nak kulit putih segebu ala orang Korea, saya recommended korang dengan Produk Hansaegee ni ya. Saya susah nak recommend orang bab-bab produk kecantikan ni tapi Produk Hansaegee Nature ni paling terbaik sebab tu saya nak kongsi dengan korang semua, supaya sama-sama CANTIK!!  Produk Hansaegee Nature ni  adalah produk yang berkualiti tinggi dan selamat digunakan. So boleh refer details dibawah, untuk dapatkan produk-produk Hansaegee Nature.

Pic baru lepas cuci muka, memang sangat-sangat segar, lembut, bermaya, dan glowing, Try It Girls!!
See you next entry. Babai
Image

BESTNYA PENCUCI MUKA ALOE AC CLEAN BUBBLE NI!!

BESTNYA PENCUCI MUKA ALOE AC CLEAN BUBBLE NI!!

(By Fiza Rahman on 09th Jan 2019)

Bestnya Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Ni!! | Kalau disebut pasal kulit wajah kan, pasti semua orang inginkan kulit yang sihat. Bukan wanita sahaja, orang lelaki sekarang pon sangat mementingkan penjagaan kulit wajah tau. Sebab mengimpikan kulit wajah yang cantik, licin, tak berjerawat dan bermasalah antara impian setiap orang dan bukan tertakluk pada wanita saja yer. Makin meningkat usia ni, makin penting lah penjagaannya kan. Tak nak lah nanti muka nampak tua dari usia kan. Biar lah nampak awet muda

Bestnya Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Ni!!

Macam saya… Alhamdulillah. Saya tak ada masalah kulit wajah yang teruk macam berjerawat, whitehead atau blackhead. Cuma masalah saya bila ada masa kulit wajah jadi berminyak dan kadang-kadang rasa macam kering dan kesat. Memang rasa tak best lah. Ni memang nak kena cari pencuci muka yang besesuaian dengan masalah kulit wajah. Iyalah… Dalam penjagaan kulit wajah ni kan, pemilihan pencuci muka adalah sangat penting tau.

Survey punya survey, saya tertarik dengan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni. Actually 1st time juga dengar jenama ni. Tapi bila baca review dan ramai berpuas hati selepas menggunakannya, buat saya rasa tertarik nak mencuba. Oh! ya… Hanasaegee Nature ni merupakan jenama penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia dan telah ditubuhkan sejak tahun 2011 lagi. Tapi, semua produk dibuat di Korea.

Fungsi Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Apa yang best dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kan, ianya efektif menghilangkan kotoran pada wajah, membuang sel kulit mati, dan berfungsi menanggal alat solek (makeup remover) pada wajah. Antara fungsi lain:

1. Merawat masalah jerawat pada wajah

2. Membersihkan liang-liang pori dengan lebih mendalam

3. Membersih dan melembutkan kulit wajah

4. Mengeluarkan sebum dan minyak tambahan pada kulit

5. Mengawal pengeluaran minyak pada wajah

6. Membersihkan secara mendalam ke liang kulit

7. Melembapkan kulit dan tidak mengeringkan kulit wajah selepas digunakan

Kandungan dan Texture Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Bubble foam hanya dengan sekali pam

Kalau kita nak menggunakan sesuatu produk tu, kita kena pastikan bahan-bahan yang terdapat didalamnnya. Untuk Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, ianya menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Antaranya Aloe Vera dan Tea Tree Oil yang sangat bagus untuk kulit.
Aloe vera kan banyak khasiatnya dimana ia boleh melembabkan kulit, mengurangkan jerawat, merawat parut jerawat dan melicinkan kulit sebab Aloe Vera mempunyai kandungan Vitamin C dan E serta beta kerotin yang tinggi. Pembersih muka Aloe AC Clean Bubble ni adalah dalam bentuk cecair. Texture nya pula jenis berbuih. Pam sekali saja dan dengan segeranya menjadi bubble foam yang lembut, licin dan tersangat ringan.

Cecair dalam bentuk buih. Lembut, licin dan ringan

Best ke Pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Kalau nak tahu best atau tidak, korang kena cuba dulu… hehehe… Ok lah, pada saya yang dah mencuba Aloe AC Bubble Cleanser ni, memang puas hati sangat bila pakai sebab best. Picit sikit je dah keluar buih. Masa mencuci muka pon dah terbuai-buai dengan kewangian nya. Wangi yang soft dan tak kuat. Lepas mencuci pula, kulit wajah rasa bersih, lembut, lembab, segar dan tak ada rasa kering lah. Yang best, kulit wajah yang sebelum ni rasa berminyak macam dah tak ada. Macam dah boleh ucap selamat tinggal kepada kulit berminyak nampak nya ni… hehehe… Nak menggunakan nya pon rasa yakin kerana semua bahan produk diluluskan secara sah dan selamat digunakan kerana produk penjagaan kulit Hansaegee Nature adalah yang berkualiti tinggi dan berasal dari Korea.

Muka fresh selepas pakai Aloe AC Bubble Cleanser ☺

Kalau korang ada masalaha kulit berminyak dan rasa nak mencuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, harga untuk sebotol RM65.00 untuk 150ml. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

 

 🍁Company name: Hansaegee Nature