Image

LEBIH BERSIH DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

LEBIH BERSIH DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

(By Airah Syahirah on 29th Jan 2019)

Aloe AC Clean Bubble Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit serta mampu melawan jerawat yang ada di kulit muka. Pencuci muka ni bagi I tak perlu diperkenalkan lagi sebab banyak kali dah I buat review, share pengalaman guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni siap ada gambar before and after kesan dia dia membantu mengurangkan jerawat I. Kalau korang tak baca lagi entry tu boleh klik SINI.
Sebab tu I percaya dengan keberkesanan Aloe AC Clean Bubble Cleanser untuk membantu mengekalkan kesihatan dan kebersihan kulit I. Siapa je nak kulit yang berjerawat dan bermasalah kan? Macam I kalau kulit bermasalah mesti nak cari punca dia dan produk yang boleh membantu menangani masalah ni. Kalau dulu masa guna produk yang tak sesuai dengan kulit muka, mesti naik jerawat.
Sekarang pencuci muka I setia dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni je. Bagi I berbaloi harga dengan tempoh masa penggunaan. Haritu I dah siap-siap restock dua botol pencuci muka ni sebab I kongsi sekali dengan Aiman. Aiman kalau dah jumpa pencuci muka yang buat kulit dia tak rasa kering dan naik jerawat memang pencuci muka tu jela dia nak pakai.
Masa tunggu produk nak sampai rumah pun selalu tanya I bila nak sampai -.- Padahal I baru order. I order dekat website je, senang nak pilih barang lagi-lagi bila ada promo lepastu barang pun sampai cepat. Kalau korang tak tahu macam mana nak beli semua produk Hansaegee Nature di website boleh refer entry blog I dekat SINI, I dah tulis step by step. Senang je !
Bila ada kawan I yang suruh recommend pencuci muka yang sesuai untuk kulit diaorang,  I mesti suruh beli je Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Bagi I, dia sesuai dengan semua jenis kulit. Contohnya, I kulit kombinasi dan Aiman pula jenis berminyak. Sekarang I kombinasi kering dengan normal. Dulu sebelum mengandung kulit normal dan berminyak. Still sesuai dengan pakai pencuci muka ni.
Buih lembut yang dihasilkan oleh pencuci muka ni sesuai untuk semua jenis kulit dan semestinya lembut pada kulit. Walaupun jenis buih, pencuci muka ni tak buat kulit rasa kering macam pencuci muka berbuih jenama lain tapi buat muka lembap lagi ada la lepas cuci muka.
Macam Aiman, dia bukan buat skincare routine pun. Kalau I free baru I tolong buatkan skincare routine dia. Dia tak nak buat sendiri lepastu tak reti hahaha. Jadi bila tak buat skincare routine, tak ada la rasa muka kering sangat dan jerawat pun tak naik sebab pencuci muka ni pun memang dah membantu untuk melawan jerawat, membersihkan pori secara mendalam dan mengawal minyak di muka.
Lelaki kan biasa la kadang kulit diaorang pelik sikit. Pakai pencuci muka je pun dah elok. Tak payah skincare lain dah. Macam I lebih suka lepas cuci muka guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser, sambung pakai toner, moisturizer, eye cream, serum dan sleeping mask. Kalau boleh nak lengkap semua routine.
Tapi bila dah 7 bulan mengandung ni lagi malas nak buat skincare routine. I cuci muka je. Routine penjagaan kulit muka I dah sama macam Aiman hahahhaha. Nasib baik la kulit muka rasa okay je. Tak ada jerawat naik pun kecuali bila I stress sikit tu memang tak dapat lari la.
So far I rasa memang pencuci muka ni membantu sangat bila I malas nak buat apa-apa dekat muka, cuci muka je. Pagi esok pun kulit okay lagi. Bahan utama dia seperti Aloe Barbadensis Leaf Juice membantu untuk melembapkan kulit, membersihkan kulit, meredakan sunburn, merawat acne dan banyak lagi manfaat lagi. Banyak bahan terbaik yang digunakan dalam pencuci muka ni korang boleh refer entry I dekat SINI okay I dah cerita bahan yang digunakan dan fungsinya.
Kalau korang pun berminat nak cuba, boleh terus ke website Hansaegee Nature. I baca review orang lain pun semua suka dengan pencuci muka ni sebab paling penting sesuai dengan kulit muka diaorang. Kalau tak try mana nak tau sesuai ke tak kan jadi jum beli sama-sama.
 🍁Company name: Hansaegee Nature