Image

PENGALAMAN JERAWAT MERAH SELEPAS 2 MINGGU PENGGUNAAN PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE

ENGALAMAN JERAWAT MERAH SELEPAS 2 MINGGU PENGGUNAAN PENCUCI MUKA ALOE HANSAEGEE NATURE

(By Nadnary on 23rd April 2019)

Assalamualaikum Hai.

Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Teringat pulak dulu waktu sekolah rendah, selalu dok amik aloe vera dekat belakang rumah untuk letak dekat muka. Gigih walaupun tajam daun aloe vera tu, tapi sebab mahukan bahan secara semulajadi kita gagahkan juga. Disebabkan bagus lendir aloe vera ni, dekat rambut pun kita lumur sekali. Dulu rajin dan tak terikat sangat dengan aktiviti lain.
Sekarang kalau nak ambil lendir aloe vera tu sendiri rasa macam dah tak berapa practical. Agak leceh dan banyak kerja nak kena buat. Nasib baik ada produk Hansaegee Nature yang berkualiti tinggi dan merupakan 100% produk penjagaan kulit yang original. Brand ni berasal dari Korea dan kalini Nad nak cerita tentang cleanser dia iaitu ALOE AC Clean Bubble Cleanser.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Packaging
Dari segi packaging, size botol memang agak besar sebab satu botol ni mengandungi 150 mlcleanser. So kalau korang nak bawa pergi travel atau berjalan jauh, agak berat dan makan ruangjugak lah. Cuma kalau nak pakai di rumah sesuai sangat, dan tak perlu restock secara kerap sebab penggunaan satu botol ni boleh bertahan untuk jangka masa yang lama. 

Pump dia pulak mudah ditekan. Bila korang dah jumpa bermacam jenis cleanser, ada sesetengah pump yang keras, dan sukar ditekan. Ada pula yang bila tekan pump, cleanser taknak keluar. Tapi nasib baik Hansaegee punya cleanser ni, pump sangat mudah ditekan dah keluar foam yang halus tu!
Texture

Mengenai texture dia pula, ini yang paling wow best! Lepas je kita pump, keluar lah buih-buih halus yang memang saaaaangat halus, lembab, dan sejenis buih yang berair. Time korang nak gosok kedua belah tangan yang penuh dengan foam cleanser tu memang rasa macam fluffybetul. Sampai ralit pula Nad pergi main dengan buih tu . Oh, and the smell bau macam aloe vera tapi bukan macam lendir aloe vera yang fresh dari pokok tu. Bau dia macam aloe vera yang dah upgrade sikit jadi soft wangi, bau dia cam kat hujung-hujung je hahah.
Untuk pengetahuan, Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Dalam 10 jenis ekstrak, dua bahan utama yang terkandung dalam cleanser ni adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil, yang mana kita semua sedia maklum dua bahan ni memang sangat baik untuk kulit. Aloe Vera terkenal dengan sifatnya yang mampu merawat sunburn, melembabkan kulit, mengurangkan parut jerawat, dan membersihkan kulit. Manakala, Tea Tree Oil pula mampu menghalang bakteria, mengurangkan jangkitan, dan sekaligus merawat jerawat. Fuh, tengok kebaikan dua bahan ni pun rasa dah cukup bagus dah. Antara ekstrak lain pula adalah seperti lavender ekstrak, rosemary ekstrak, thyme ekstrak, dan sage ekstrak.

Bubble Type

So, apa yang best tentang foam bubble cleanser ni? Disebabkan foam bubble cleanser ni sangat halus, maka particle dia lebih mudah untuk membersih pori sehingga jauh ke dalam kulit. Dia boleh cuci pori-pori yang kotor dan tersumbat dengan menyingkirkan lebihan minyak yang terkandung pada kulit. Dia punya power tu, nak remove make up sekali pun boleh tau. Lepas je habis cuci muka terus korang rasa muka korang macam bersih, ringan, dan macam cerah sikit hahaha. Rasa macam eee bersih sangat lah muka ni.
Kulit berminyak macam Nad pula memang sesuai sangat guna cleanser jenis foam. Sebab memang power menarik lebihan minyak yang melampau-lampau ni. Tapi, dia takkan buat kulit korang terlalu kering. Rasa lembab sedang-sedang gitu, dan lembut! Sampai rasa nak belai selalu. Tapi apa pun, ia sesuai untuk semua jenis kulit okay tidak kira lah normal skin, oily skin, mahupun combination skin. All skin types boleh gunakan cleanser ini.
Kat bawah ni Nad tunjuk cara-cara nak pakai ya.
1) WAJIB basahkan tangan dan muka korang dengan air. kalau tak nanti kesat dan bubble pun tak ada.

2) Pump 1.5 atau 2 kali pada tangan. Macam Nad pump 2 kali je senang kira ehehe.

3) Cuci muka.
4) Basuh muka dengan menggunakan air untuk remove segala bubble.

After & Before 

Dari segi parut belum nampak lagi sebab Nad pun baru pakai dalam 2 minggu. Tapi nampak tak jerawat merah merah tu dah surut and takde parut dekat bahagian tu? Sebab cleanser ni cool down kan balik kulit Nad. Parut in shaa Allah soon sebab aloe vera pun bagus untuk parut kan hehe.

RM65 / 150 ml
Korang boleh dapatkan Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni hanya di website rasmi [Hansaegee] yaa. Dekat retail shop atau online shop lain memang takde jual. So jangan risau ya. Dapatkan di website ni memang confirm original.
Image

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE

(By Mimie on 03rd April 2019)

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE | Hai semua ! Sekarang ni Mimi memang menggunakan skincare dari produk Korea. Sebab apa Mimi lebih suka guna produk Korea ni sebab banyak produk dari Korea ni menggunakan bahan semulajadi. Bila umur semakin meningkat memang perlu menitikberatkan kandungan skincare yang kita nak guna sebab akan beri kesan pada muka juga kalau guna skincare yang mengandungi bahan kimia berbahaya, betul tak?
Sekarang ni kulit muka Mimi mudah sangat tumbuh jerawat tau. Kadang jerawat halus kadang yang besar. Jadi, Mimi pun survey skincare yang sesuai dan bagus untuk atasi masalah jerawat ni. Survey punya survey, Mimi pun pilih ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni sebab kawan kawan ramai yang guna cleanser cakap bagus. Nampak tak kat situ tergoda dengan review kawan kawan. So nak tahu serasi ke tak dengan kulit Mimi, sila baca sampai habis cerita Mimi .

RAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE
Actually  kulit muka Mimi ni jenis berminyak. Jerawat memang suka sangat “berkampung” di bahagian dagu dan pipi . Favourite place gitu! Jadi, kenalah guna pencuci yang sesuai dan boleh rawat masalah yang Mimi hadapi sekarang ni.

Mimi pilih untuk cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser kerana produk dari Hansaegee Nature ini diperbuat daripada 10 jenis ekstra tumbuhan semulajadi dan merupakan 100% original made in Korea. Sejenis dak Mimi kalau nak beli sesuatu produk memang akan tengok kandungan produk tu. Yelah sebelum ni tak pernah ambil kisah pun kandungan sesuatu produk sebab nak cantik cepat  Hah, bila stop mulalah timbul macam macam masalah. So, pengajarannya sekarang ni memang Mimi akan ambil tahu tentang kandungan sesuatu produk sebab tak nak pisang berbuah dua kali. Bila tengok kandungan Aloe AC Bubble Cleanser ni diperbuat daripada bahan semulajadi sudah tentulah ia selamat dan beri kesan yang bagus untuk kulit muka kan .
Untuk pengetahuan korang  Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni diperbuat daripada bahan utama Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Kita semua tahu kebaikan Aloe Vera memang sangat bagus pada kulit terutamanya melembapkan kulit, menghilangkan jerawat, mengecilkan liang pori, memudarkan parut jerawat dan sebagainya.
Manakala Tea Tree Leaf Oil pula sangat bagus untuk mencegah jerawat dan mengurangkan parut jerawat. Sebab tu lah Mimi nak sangat sangat guna cleanser ni kerana ia boleh mencegah jerawat di samping melembapkan dan melembutkan kulit muka .
Mesti korang nak tahu apa kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser  ni kan. Antara kebaikannya ialah:

*Mengawal sebum/minyak

*Menghilangkan kekotoran dan sel kulit mati pada kulit

*Merawat masalah jerawat

*Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori

*Memberi kelembapan kepada kulit
TEKSTUR DAN PACKAGING ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Untuk pengetahuan korang, cleanser ni didatangkan dalam botol di mana ia berbentuk liquid bila di dalam botol. Bila pam ia akan akan keluar dengan bentuk foam ‘soft bubble’ yang wangi. Packaging cleanser ni sangat praktikal bagi Mimi sebab hanya pam sahaja. Bila packaging macam ni kualiti cleanser lebih terpelihara dan ‘hygiene’ .
Mimi memang suka bau cleanser ni yang wangi dan menyenangkan. Bila sapu pada muka pun rasa soft saja tau.

CARA MENGGUNAKAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Cara nak gunakan pun tak susah tau korang. Semudah ABC. Sebelum guna cleanser ni  basahkan muka dan tangan korang dengan air. Kemudian pam cleanser pada tapak tangan dan sapu secara urutan membulat pada seluruh muka korang .

Masa sapu pada muka korang boleh nampak buih buih halus ni bertindak pada muka sebab ia mesra air.
PENDAPAT MIMI MENGENAI ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Masa pertama kali guna Mimi dah jatuh suka dah. Yelah, Mimi ni jenis yang bermekap. Bila apply cleanser ni pada muka yang ada mekap memang bersih lah segala mekap pada muka.
Bila muka ada jerawat, Mimi guna macam biasa cleanser ni dan Mimi perasan jerawat akan cepat kecut selepas dua atau tiga hari penggunaan. Tu buat Mimi bertambah suka dan jatuh cinta dengan produk dari Hansaegee Nature ni tau. Tu maknanya ia memang serasi dengan kulit muka Mimi.

Nak tahu sebab apa Mimi suka sangat dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Sebab ia berbeza dengan bubble cleanser yang Mimi pernah guna sebelum ni. Teskturnya yang lembut seperti kapas selain daripada baunya yang wangi. Bila pam keluar nampak tau kehalusan bubble yang keluar dari botol.
Selepas cuci muka dengan cleanser dari Hansaegee Nature ni, kulit muka memang akan rasa bersih, tidak mengeringkan kulit muka dan yang paling best kulit muka sentiasa rasa lembap dan lembut tau korang. Tak macam kebanyakan bubble cleanser di luar yang memang berfungsi membersihkan kulit muka tapi kulit terasa kering, tegang dan tidak selesa selepas menggunakannya.  Sebelum ni Mimi memang ada guna juga bubble cleanser dari satu jenama. Lembut dan wangi tapi lepas guna kulit muka Mimi jadi tegang dan pedih. Lepas tu, mulalah kulit mengelupas di sekitar hidung dan pipi. Bila jadi macam tu terus Mimi stop guna. Tak sanggup nak tengok kulit muka mengelupas dan kering.

Tapi Aloe AC Bubble Cleanser ni lain dari yang lain tau, korang boleh tengok sendiri tekstur cleanser ni sangat ‘watery’ dan berbuih lembut di mana ia membersihkan jauh ke dalam kulit. Sebab teksturnya yang sangat lembut dan buih yang halus ia melembapkan kulit bukannya mengeringkan kulit. Jadi, tak perlu risau kalau nak gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab memang best tau korang.

Kulit muka pun rasa lembap dan lembut selepas menggunakan. Nak nak sekarang ni cuaca panas yang boleh menyebabkan kulit kering tapi dengan adanya cleanser ni tak perlu risau kulit kering . Memang sentiasa rasa lembap. Yang paling best nak apply mekap pada muka pun jadi mudah.
Korang yang ada masalah kulit kering, berminyak dan berjerawat, Mimi highly recommend untuk korang cuba ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni. Memang best sangat sangat. So far, cleanser ni memang serasi dengan kulit Mimi mungkin juga serasi dengan kulit muka korang. Apa kata korang cuba dulu dan tengok sesuai atau tidak dengan kulit muka korang. Yelah, kulit muka kita tak sama kan . Tapi apa yang Mimi nak tekankan cleanser ni memang sangat selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan berbahaya. Jadi, bila nak guna tu memang tak ada rasa was was lah.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit jenis kering, berminyak, sensitif/berjerawat, mempunyai blackhead dan whitehead serta mempunyai kulit mati. Harga sebotol cleanser ini ialah RM65 untuk 150ml.
Image

BAGAIMANA MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT

(By Airah Syahirah on 21st Feb 2019)

Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit bukan sahaja memperbaiki kesihatan kulit itu sendiri tetapi juga membantu produk-produk yang akan digunakan selepas itu menyerap dengan baik. Bila guna pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam, kulit juga lebih sihat dan tak ada la masalah seperti pori tersumbat, kulit berminyak, kotoran tidak bersih dengan sempurna atau lain-lain masalah lagi.
Macam mana I buat rutin mencuci muka? I memang sangat pentingkan kulit yang bersih sebelum I letak skincare lain pada kulit. I akan pastikan kulit I bersih-sebersihnya dan step I mencuci muka membersih secara mendalam. Tak ada makeup tertinggal, mascara tak habis buang atau kulit berminyak. Kalau pakai makeup dan sunscreen, I akan pastikan I cuci guna makeup remover dan oil cleanser dulu. Kemudian, gunakan pencuci muka yang jenis water based seperti Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser.
Macam yang I cakap tadi, I akan pilih pencuci muka yang membersih secara mendalam. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni efektif untuk membersihkan pori secara mendalam sambil exfoliate sel kulit mati. Disebabkan I dah guna pencuci muka ni dari tahun lepas, I memang suka keberkesanan dia membersihkan kulit I. Kalau nak buat test kulit korang dah bersih ke belum lepas cuci muka senang je. Lepas pakai pencuci muka, sapu toner pada cotton pad dan sapu pada muka.
Tiada kesan kotoran pada kapas lepas cuci muka guna Aloe AC Cleanser.
Kalau ada kesan hitam kotoran atau kesan makeup yang tak habis tu maksudnya pencuci muka korang tak membersih secara mendalam ! Kena cepat bertukar kepada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab kulit muka yang tak bersih ni boleh menimbulkan jerawat dan kulit berminyak.
Bare face lepas cuci muka.
Selalu check keadaan kulit korang. Kalau nak tahu pencuci muka tu sesuai atau tidak, semua bergantung pada keadaan kulit. Bila lepas cuci muka then kulit rasa tegang memang sah pencuci tu tak sesuai untuk digunakan. Kulit rasa tegang lepas cuci muka tu maksudnya kulit kering dan pencuci muka tu tarik sekali kelembapan pada kulit. Boleh menyebabkan jerawat dan kulit mengelupas sebab kering.
Sebab tu penting bagi I untuk guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab walau macam mana pun keadaan kulit I masa tu, dia membantu melembapkan kulit, membersihkan kulit dan tak ada rasa tegang. Pernah tak rasa bila period, kulit rasa kering dan pencuci muka atau rutin skincare korang tak membantu pun? Tapi dengan pencuci muka Hansaegee Nature ni, masa I period kulit berjerawat pun dia membantu melawan jerawat dan acne. Masa mengandung pulak kulit rasa kering sangat tapi I still guna pencuci muka ni sebab membantu melembapkan kulit I masa mengandung.
Ada sesetengah keadaan hormone berubah, kulit pun berubah. Jadi bila ada pencuci muka yang sesuai dengan semua keadaan kulit ni memang senang nak jaga kulit sendiri. Lagi satu kulit orang lain-lain jenis. Ada yang sesuai, ada yang tak sesuai. Sebab tu kalau boleh cuba dulu test pada kulit sendiri untuk tahu keberkesanannya.
Jadi walau apa pun keadaan kulit, pencuci muka ni sangat la membantu kulit I untuk nampak lebih sihat dan bersih.
Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam pencuci muka pilihan korang pun penting. Kena ambil tahu bahan-bahan yang menyebabkan kulit allergic atau iritasi. Kalau kulit korang jenis berjerawat pula kena la pilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang boleh melawan jerawat kan? Kalau kulit korang ada banyak masalah, cuba selesaikan satu-satu. Contohnya kulit berjerawat dan berminyak jadi cuba cari pencuci muka yang focus kepada masalah tersebut.
Bila kulit tak banyak masalah, pakai makeup pun nampak lebih sekata.
Yang I boleh recommend kan korang guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab antara keadaan kulit yang sesuai sangat pakai pencuci muka ni adalah kulit yang kering, kulit berminyak, kulit sensitive dan acne, kulit kusam disebabkan sel kulit mati serta kulit yang mempunyai bintik hitam dan bintik putih.
Aloe Barbadensis Leaf Juice yang digunakan dalam pencuci muka ni membantu melembapkan kulit, merawat acne, membersihkan kulit, anti radang, meredakan sunburn dan mengurangkan tona tidak sekata. Tea Tree Leaf Oil pula melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan. I suka dengan bahan yang digunakan dan memang sesuai dengan kulit I. Sebab tu pemilihan produk dengan bahan yang berkualiti patut menjadi focus utama kalau korang nak beli apa-apa.
Sebelum ni pun I dah cerita pengalaman I pakai pencuci muka ni. Tekan je tajuk ni untuk baca entry lepas okay.
Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. Macam I suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara.
Tekstur pencuci muka jenis bubble bila digunakan buat I enjoy je masa cuci muka. Kalau nak tahu lebih detail mengenai pencuci muka ni boleh baca entry I yang lepas-lepas
dekat atas okay
Image

Tips Penjagaan Muka | Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser

“Tips Penjagaan Muka | Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser”

(By Liza Aryanna Izaara on 01st Feb 2019)

Assalamualaikum semua, siapa yang kat sini jenis muka berminyak? Mesti korang rasa kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai kan kan. Macam saya juga, muka saya ni memang cepat sangat mengeluarkan minyak walaupun dah pakai makeup tebal gila. Terpaksa touch-up banyak kali untuk cover minyak tu. Bahagian yang selalu berminyak pula adalah di bahagian T Zone. So memang rimas sangatlah, kadang-kadang bila keluar tu cepat-cepat nak balik supaya dapat basuh muka.

Saya dah try banyak produt lain tapi muka still berminyak, sampailah saya jumpa produk daripada Hansaegee Nature iaitu  ALOE AC Clean Bubble Cleanser.  Kenapa saya pilih produk ni? sebab Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni berbentuk buih-buih halus bila di pam di tangan. Ia akan meresap jauh ke dalam kulit muka korang untuk keluarkan semua minyak-minyak, pori yang tersangkut, sampai ke liang pori paling hujung dia cuci habis. Lepas dia keluarkan semua minyak dan kotoran muka tu, muka akan terasa lembap dan segar. Tidak mengeringkan sama sekali ya. Balik-balik jugalah saya cuci muka dengan cleanser ni hahaha. Rasa macam ketagih la pula! hahaha OH YA! All product dari Hansaegee Nature ni, 100% Original “MADE IN KOREA” tau.

Bukan setakat muka berminyak, tapi muka saya ni juga jenis yang cepat kering dan kusam. Bila dah selalu pakai makeup, macam-macam bahan kimia yang dah sangkut dekat kulit ni. So, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni banyak membantu dalam menjaga kulit wajah saya sebab banyak kelebihan dan kebaikan pencuci muka ni. Korang boleh baca dibawah ni kebaikan Cleanser Hansaegee Nature ni ya

 *Mengawal minyak yang berlebihan
*Menanggalkan sel kulit mati
*Mencuci jauh ke dalam lubang pores muka
*Membantu merawat masalah jerawat
*Melembapkan kulit (lepas cuci, muka akan lembap dan tidak kering)
*Super Clean Bubble Cleanser
*Sesuai dengan semua jenis kulit (Oily, Dry and Combination) 

Kebanyakan pencuci muka yang lain, lepas cuci muka confirm akan kering kan, tapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni TIDAK SAMA SEKALI !! Lepas ja cuci muka, kulit muka saya ni tetap lembap. Selalu lepas cuci muka rasa kejang ja muka kan, tapi yang ni rasa lembut ja muka. Memang best sangat-sangat.  Sambil dia buang kotoran tu kan, kulit mati juga akan di bawa bersama. Ada juga kesan exfoliate tapi tidak akan merosakkan sel kulit sihat,malahan dia bagi nutrien pada kulit kita. Produk ni juga mengandungi Tea Tree Leaf Oil yang sangat bagus untuk kulit. So memang kulit muka kita akan  nampak lebih bermaya,sihat dan mencerahkan juga sebab dia dah buang sekali sel-sel kulit mati.So, produk ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit sensitif, kering, berminyak, jerawat, blackhead, whitehead dan kulit kusam.

Sekarang ni, bila pakai makeup lama pun tak risau dah sebab ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni membersih jauh kedalam lubang pores muka kita. So, kulit muka kita akan sentiasa terjaga sepanjang masa. Bukan tu saja tetapi apa yang saya paling perasan sekali, pori makin kecik dan sekaligus whitehead pun berkurangan. Nampak tak buih dia, memang halus dan akan masuk jauh kedalam kulit korang.

Okay korang, kalau nak kulit putih segebu ala orang Korea, saya recommended korang dengan Produk Hansaegee ni ya. Saya susah nak recommend orang bab-bab produk kecantikan ni tapi Produk Hansaegee Nature ni paling terbaik sebab tu saya nak kongsi dengan korang semua, supaya sama-sama CANTIK!!  Produk Hansaegee Nature ni  adalah produk yang berkualiti tinggi dan selamat digunakan. So boleh refer details dibawah, untuk dapatkan produk-produk Hansaegee Nature.

Pic baru lepas cuci muka, memang sangat-sangat segar, lembut, bermaya, dan glowing, Try It Girls!!
See you next entry. Babai
Image

HAPUSKAN JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

HAPUSKAN JERAWAT DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

(By Fieza on 12th Jan 2019)

perempuan dengan skincare memang bestfriend kan…perempuan, mana boleh tak ada skincare..tak lengkap weeiii, kalau tak ada skincare…salah satu rutin wajib dalam penjagaan skincare, mesti lacleanser..tu paling wajib…
cer fikir, ada tak perempuan yang tak basuh muka dengan pencuci muka..guna air gitu je..penah jumpa tak…rasa susah nak jumpa kan..memasing ada cleanser..macam k.fiezz,kalau tak basuh muka elok2 dengan pencuci muka, rasa tak bersih je muka…kan kan..risau je kalau basuh muka tak helok,kang ada la masalah jerawat la, muka berminyak,  kulit kering,kulit kasar..ishhh..na mo la..kalau dah berumur macam k.fiezz ni, paling risau masalah jeragat la kalau tak jaga elok-elok..na mo la..kang lagi terserlah ketuaan ku..haha…

MASALAH JERAWAT

Untuk mengatasi atau elakkan masalah muka macam yang k.fiezz mention kat atas ni, k.fiezz mencuba ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER dari Hansaegee Nature, 100 % Made in  Korea..untuk korang yang ada masalah jerawat terutamanya, sangat-sangat disyorkan cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni..Menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni merupakan sejenis pencuci soft bubble yang merawat masalah kulit muka yang biasa kita alami seperti JERAWAT…

2 BAHAN UTAMA TERDIRI DARI SUMBER ALAM

K.fiezz pilih ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni sebab 2 dari kandungannya terdiri daripada Aloe Barbadensis Leaf Juice & Tea Tree Leaf Oil…setiap kandungan ni ada fungsinya sendiri yang memang terbukti bagus untuk kulit…
Aloe Barbadensis leaf Juice –
Melembapkan kulit
Membersihkan kulit
Meredakan sunburn
Merawat jerawat
Anti-inflamasi
Mengurangkan parut
Tea Tree Leaf Oil –
Melembutkan kulit
anti-fungus
Merawat jerawat
Mengurangkan infeksi

JOM CUBA ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Dah baca apa fungsi Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, meh kita cuba plak..takat ni k.fiezz cuma ada masalah parut-parut jerawat je..tapi takkan la sekali pakai, parut hilang kan..tak pe, kita konsisten guna..tengok hasil dia camne…
tadaaa..saja nak tunjuk ghupe botol Aloe AC Clean Bubble Cleanser kat korang..kang tanya plak mana ke ghupe dia…hah..gini botol dia…

Seronok plak main dengan buih-buih cinta eh..buih-buih Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni…walaupun dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sikit berair, bila tambah dengan air yang kita basuh muka sebelum apply Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, lagi la banyak buih dia…lagi banyak buih, lagi rasa lembab kulit…

Sebelum guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, basahkan dulu muka & tangan kita..nanti buih dia jadi lagi banyak…lagi best kita nak gosok-gosok muka sambil bersihkan kawasan muka kita ni…buih-buih ni fungsinya untuk bersihkan jauh ke dalam liang pori kita sambil melembabkan kulit..jadi lepas cuci nanti, boleh rasa kulit lebih lembab..

TEKSTUR ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
okey, untuk korang yang tertanya-tanya acane rupa Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni..Boleh tengok gambar kat bawah ni…Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni bila kita pump, dia akan keluar buih-buih halus cam gambar bawah ni…Tekstur buih-buih dia tu jenis soft bubble,lembut, ringan, rasa lembab & sikit berair..bau pun sedang-sedang je..ala-ala ada tak ada bau dia…but sokay part bau, yang penting fungsi dia tu boleh merawat masalah JERAWAT..


once pump je botol, dia akan keluar soft bubble camni…

close up sikit..nampak tak buih-buih dia jenis kecil-kecil je..sangat soft…best…

Hasil guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser untuk pertama kali – halah halah (trademark kak su #pujaanhatikanda..haha), eh best sangat tau masa apply soft bubble ni kat muka..lembutttt je duk sapukan pada muka…dia memang ada berair sikit…so bila sapu kat keseluruhan muka, sambil urut-urut tu, main-main dengan buih-buih dia, boleh rasa buih2 tu mencuci bersih segala kotoran kat muka k.fiezz ni..Nak pula, lepas bilas dengan air biasa. Rasa kulit sendiri, lembutnyaaa..moistmoist gituuu…

Jadi k.fiezz rasa dengan fungsi buih-buih dia yang mencuci bersih sehingaa ke liang pori, boleh membantu masalah jerawat..Kebiasaan jerawat ni muncul sebabkan kotoran yang tersumbat pada liang pori kita ni..Dengan fungsi ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER ni yang membersih hingga ke liang pori,dapat membantu merawat masalah jerawat yang biasa dialami oleh kita…

Dengan kandungan AC CLEAN BUBBLE CLEANSER yang menggunakan ekstrak tumbuhan, sumber alam lagi menambah rasa yakin untuk gunakannya…
 🍁Company name: Hansaegee Nature