AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN

(By Ina Ainaa on 29th April 2019)

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE BOLEH RAWAT SUNBURN|  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ena. Cuaca sekarang ni boleh dikatakan tengah panas. Tempat ena menetap sekarang waktu siang memang panas terik. Kalau keluar rumah, terasa pedih kulit muka ni. Sunburn tu usah cakap la, kulit muka jadi kering dan berjerawat. Tambahan pula, ena sekarang tengah hormone tak menentu. Muka ena breakout teruk. Kalau ena tak pakai foundation, nampak jerawat nanah serta parut jerawat kat muka ni. Fuhhh Sabar jela.

Namun ena tak risau sangat dengan sunburn serta jerawat ni. Sekarang ena guna satu cream dari jenama Hansaegee Nature yang mampu rawat suburn pada kulit muka ena. Cream tersebut adalah Aqua Whitening Cream. Anda jangan takut pula, walaupun namanya ‘whitening cream’ tetapi cream ini tidak menghakis kulit. Krim ini sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan kulit yang kusam kepada kulit yang lebih sihat dan nampak berseri. Mari ena kongsikan serba sedikit yang ena tahu mengenai Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini.

AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

Pergi kemana sahaja ena mesti bawa Aqua Whitening Cream ini di dalam beg ena

Aqua Whitening Cream adalah pelembap muka dari keluaran Hansaegee Nature. Hansaegee Nature merupakan brand penjagaan kulit muka dari Malaysia tetapi semua produk skincarenya diperbuat 100% dari Korea. Jenama ini telah ditubuhkan sejak 8 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2011 lagi. Salah satu produknya yang tengah hot sekarang adalah Aqua Whitening Cream ni la.

Fungsi Aqua Whitening Cream ini adalah melembapkan kulit wajah dan sekali gus merawat semula sel-sel kulit yang sudah rosak akibat terkena sinaran UV yang kurang baik pada kesihatan kulit wajah. Krim ini diformulasikan bahan-bahan dan herba-herba yang dapat membantu krim ini dapat meresep ke dalam kulit serta mengekalkan kulit tidak kering sepanjang hari.

Struktur Aqua Whitening Cream adalah water drop based cream yang lebih ringan dan tidak menyumbat liang roma pada kulit muka

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang memberikan kelebihan yang bagus pada kulit wajah. Antaranya seperti tidak menyumbatkan liang roma, tidak menggalakkan jerawat untuk tumbuh beranak-pinak, merawat kulit kering serta kulit yang mengalami radang kemerahan dan mengekal kelembapan kulit ketika cuaca tengah panas.

Kuantiti Aqua Whitening Cream dalam satu bekas ni banyak juga. Berbaloi beli sebab tahan lama even pakai setiap hari

Selain itu,Niacinamide yang terkandung di dalam Aqua Whitening Cream dapat memberikan warna kulit wajah lebih sekata dan lebih cerah. Nak jadi putih melepak tu tak dapat la tetapi boleh menaikkan seri muka. Oleh sebab itu, keyakinan diri ena tak turun bila kulit muka ena tengah breakout ketika berhadapan dengan orang. Walaupun tengah berparut jerawat, bila letak krim ini kulit wajah ena nampak lebih berseri dan yang paling penting tak nampak kusam.

FEEDBACK DARIPADA ENA

Pada keseluruhan ena suka Aqua Whitening Cream  Hansaegee Nature ni sebab lepas je ena pakai, wajah ena nampak lebih segar, lembap dan tidak nampak kusam. Tak percaya? Haa tengok gambar ena kat bawah ni. Not bad kan?? Masa ni ena nak keluar pergi kedai berdekatan sahaja, so malas nak pakai foundation bedak apa semua tu. Hanya pakai krim ini dengan calit sedikit gincu bibir. Segala parut dan jerawat tu tak dapat nak cover dah la. Lagipun tengah nak sembuh tu.

Rasa kulit muka kekeringan, dalam kereta je pun dah boleh pakai Aqua Whitening Cream. Mudah dan cepat

Ena tidak perlu risau lagi dengan kulit muka sendiri bila adanya Aqua Whitening Cream di dalam handbag ena
Selain itu, ena suka dengan struktur Aqua Whitening Cream ni sebab ringan, muka tak bertompok sebab krimnya transparent, tidak kering like watery gittew dan senang la nak ratakan kat satu muka. Sejujurnya, muka ena tak rasa berat selepas pakai pakai cream ini dan muka lebih menyegarkan. Tambahan pula, apa yang menyebabkan kelembapan kulit kekal normal adalah bila urut krim ini pada muka, lama-lama akan nampak titisan air pada kulit wajah. Titisan air itu la yang memastikan kulit wajah tidak menjadi terlampau akibat cuaca yang sangat panas seperti yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Kalau tak percaya, mari tengok gambar kat bawah ni ena buat sedikit demo kat atas tangan ena sendiri. Anda boleh lihat sendiri.

Letak sedikit Aqua Whitening Cream di atas tangan atau muka sendiri

Sapu sehingga rata. Urut secara putaran tau

Tadaaaa! Nampak tak water droplet tu. Nice kan

DETAILS AQUA WHITENING CREAM HANSAEGEE NATURE

Kepada yang sedang mengalami masalah kulit muka seperti sunburn, kering, berjerawat dan kusam, anda boleh cuba try test Aqua Whitening Cream ini sendiri. Ena dah cuba dah, memang sesuai dengan kulit ena sekarang. Nampak perubahan semenjak ena konsisten pakai krim pelembap ini. Haaaa! Konsisten tu la yang paling penting kalau nak dapatkan kulit yang diingini. Apapun jangan lupa minum air kosong yang banyak setiap hari, cuaca tengah panas sekarang ni. Jaga diri anda masing-masing.

Itu sahaja perkongsian ena kali ini mengenai produk kecantikkan. Siapa tak nak cantikkan? So siapa nak cantik tu sila-silalah ke website atau laman social Hansaegee Nature. Di sana lagi banyak produk kecantikkan yang ada dijual.

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci & Pelembap – Aloe Ac Clean Bubble Cleanser + Aqua Whitening Cream By Hansaegee Nature

Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci & Pelembap – Aloe Ac Clean Bubble Cleanser + Aqua Whitening Cream By Hansaegee Nature

(By Husniey Husain on 19th April 2019)

Assalamualaikum, Hai. Tak lama lagi dah mula nak berpuasa bagi tahun 2019. Mesti dah ada yang sibuk dengan persiapan bagi berpuasa dan beraya untuk tahun ini kan? Tak kurang juga ada yang misi nak kulit cantik mulus. Yelah kan pada hari raya nanti mesti nak tampil cantik depan pasangan, keluarga, sanak saudara. Perempuan kan, normal teringin nak nampak cantik. Husniey juga ada berangan nak kulit mulus cantik macam gadis Korea, hehe. Jom baca sama-sama skincare dari Korea yang best di bawah ini

Rutin Harian Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 

Sejak mula mengenali dan menggunakan Bubble Cleanser ni, terus husniey jadi tersuka tanpa sengaja. Tak sangka rupanya tekstur ia jenis Foam Cleanser (Berbuih).

 
Jenis Produk: Pencuci Muka Jenis Buih
Kegunaan: Seluruh Wajah
Tekstur: Soft Bubble Cleanser 
Saiz: 150ml 
Pembersih muka ini boleh membersihkan kulit dengan secara mendalam ke dalam liang, dan yang paling penting adalah lepas guna ia akan rasa effect lembap tidak kering, selepas membersihkan muka, berasa bersih dan lembut, kelembapan berpanjangan dan tidak berasa kering pada kulit..

Bahan utama yang terdapat di dalam cleanser ini ialah; 

Aloe Barbadensis Leaf Juice (Ada aloevera, which is baik untuk menyejukkan kulit wajah, merawat kulit berjerawat, mengurangkan sunburn dan lain-lain lagi.

Tea tree leaf oilMembantu melembutkan kulit, mengurangkan cela pada wajah, membersihkan, rawat kesan jerawat dan banyak lagi khasiatnya. Kalau google je pasal bahan semulajadi ni mesti rasa kagum.

Bagaimana Hendak Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 

Pertamanya, tekankan pada botol pencuci tu dengan jumlah bubble yang mencukupi, pastikan tangan anda basah. Kedua, urut muka perlahan dengan bubble tu, dan membuat urutan di sekeliling muka. Akhir sekali, basuh muka dengan menggunakan air suam.

Review Menggunakan Pencuci Muka Jenis Foam 

Hasil pembacaan dan sedikit kajian rupanya pencuci muka jenis foam cleanser ni sangat sesuai untuk buat rutin ‘double cleanser’. Patutlah husniey rasa kulit muka bersih betul lepas cuci. Terasa seperti mencuci hingga ke lapisan dalam. Buihnya itu ringan, lembut je bila urut pada muka. Serius best

Gebu betul tekstur cleanser ni kan?
Husniey suka pada bau nya, bila tekan keluar semerbak bau ekstrak tea tree. Wangi dan tenang. Kulit yang tegang, kulit berminyak dan meradang akan berkurangan. Kulit muka husniey jenis agak kering dan berminyak sedikit di kawasan T zone tapi bila gunakan pencuci muka jenis buih ni, nampaknya makin serasi. Oh ya pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit (kulit berminyak, kulit kering). 

Konsisten Menggunakan Aqua Whitening Cream 

Setelah selesai rutin mencuci muka, husniey akan lap muka dengan tuala yang bersih. Lalu apply toner. Kemudian, next step husniey tak lupa untuk apply moisturiser. Alhamdulillah sejak konsisten menggunakan krim pelembap muka ini husniey dapati banyak perubahan. Yes, memang kena selalu pakai baru hasil terbaik.

Paling suka fakta tentang krim pelembap ini ialah bukan saja berfungsi melembapkan kulit, malah ada fungsi menarik iaitu membaiki sel kulit yang break out serta turut memutihkan (ada bahan Niacinamide). Ia bagus untuk kulit kering & kulit sunburn. 
Love it!
Sejuk je kulit kita bila pakai ni. Paling suka bila sapu perlahan akan ada kehadiran water drop. Yes dah nama pun Aqua Whitening Cream kan. Aqua sungguhlah teksturnya. Fungsi waterdrop itu memberi kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit.
Selepas beberapa saat sapu perlahan..
Nah, look at the waterdrop effect
Kandungan bahan semulajadi seperti Camelia Japonica Seed Oil tidak menyekat liang pori. Ia juga turut membaiki kulit yang rosak dengan baik. Manakala kandungan “Niacinamide” – memperbaiki tona kulit yang tidak rata, mencerahkan. Anda boleh menggunakannya pada waktu pagi sebelum make up dan pada malam sebelum tidur. Itulah rutin pemakaian krim pelembap husniey. Sebelum makeup ia akan buat kulit jadi lembap dan makeup lebih smooth.
Aqua whitening cream ini senang dibawa travel 🙂
Semasa di Seoul, Korea
Semasa bercuti di Korea Selatan tempoh hari, husniey memang ingatkan diri untuk bersedia bawa pelembap dan sebab ada terbaca juga tips untuk travel di luar negara ni penting juga kita apply moisturiser sebelum keluar. Suhu sejuk memang best tapi kulit kita bakal ‘shock’ dan meradang. Tuan suami husniey, kononnya ingat tak penting pakai moisturiser.. sekali dia mengalami perubahan kulit kering yang teruk juga. Gatal-gatal jadinya. Sehingga mengelupas. Nasiblah husniey memang bawa krim pelembap dari Hansaegee Nature ni, so bagi suami guna juga. Alhamdulillah cepat okay.
Lega sebab kenal dengan produk dari Korea ini yang semakin menempa nama. Kualitinya yang terbaik menggunakan bahan ekstrak semulajadi, kesannya pun positif. Semakin serasi. Banyak perubahan husniey alami. Repurchase? Yes ~
Image

Tips Routine Skin Care Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Glowing

Tips Routine Skin Care Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Glowing

(By Aidasue on 10th April 2019)

Hansaegee Aqua Whitening Cream dan S+ Recover Gold Nano CC Cream.

Hello semua. We know that Korean Skincare ni adalah antara terbaik di dalam dunia, so kali ini produk  terbaharu yang i akan review adalah dari Hansaegee Nature, iaitu pelembap ( water based) Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dan juga Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.

 Hansaegee Nature  Aqua Whitening Moisturizer Cream

Ini merupakan pelembap berasaskan air yang mempunyai efek “Water drop” yang memberikan kelembapan maksimum pada kulit dan terus rasa segar dan kulit tidak melekit selepas dipakai. Pelembap ni langsung tak tebal macam normal moisturizer yang kita pakai ya, so korang jangan expect pakai sikit je tau, sebab ini water based, untuk bagi maximum hydration to our skin.

Tektur

Ini adalah water based dan kalau korang boleh tengok tekstur yang I share kat bawah ni, boleh tengok ia tidak melekit & very light weight.

Antara benefit water based moisturizer ini:

* “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit.

*Memberikan efek kesegaran pada kulit dengan segera

*Ia mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.

*Merawat kesan sunburn jika kulit terdedah kepada cahaya matahari.

*Mempunyai ekstrak herba supaya kulit dapat menyerap pelembap dengan lebih cepat dan berkesan.

*Whitening & Moisturizing effect plus formulated with Herbal extract which give deep penetrate within skin, normalize moisture level in the skin and make clearer & firmer skin.

Antara bahan yang terdapat di dalam produk:

Camellia Japonica Seed Oil: Non-comedogenic, tidak menyumbat liang pori wajah dan mengurangkan penghasilan jerawat. Ia juga membantu kulit pulih selepas sunburn ataupun kemerahan Membantu untuk ‘lock’ pelembap di dalam kulit kita.

Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) : Membantu memperbaiki tona kulit wajah supaya lebih sekata. Memebantu  mencerah, membersih dan menegangkan kulit. Mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.

Bahan lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Cara penggunaan

Selepas membersihkan kulit, sapukan toner dan diikuti dengan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream pada wajah anda. Calitkan pada dahi, kedua belah pipi, hidung & dahu dan urut lembut dalam keadaan membuat. Anda akan dapati ‘water drop’ akan terhasil sedikit demi sedikit dan tepuk lembut wajah anda.

Personal Review

So I memang suka pakai Aqua Whitening Cream ni and not only me, tapi my husband pun pakai sebab dia memang jaga kulit dia sebab kulit dia cepat kering. Usually lelaki tak suka pakai pelembap sebab ada yang bertekstur melekit dan tebal kan? We love it sebab ianya lightweight dan seolah-olah you pakai pelembap bertekstur air je kat muka you, rasa sangat refreshing!

Dan pada yang ada kulit kering dan selalu duduk dalam aircond, the Aqua Whitening Cream is suitable for you. I suka texture dia yang tak tebal, sesuai untuk yang suka water based moisturizer, non sticky and works wonder!

Ini kulit kita tanpa secalit makeup pun, hanya pakai pelembap je. Nampak fresh kan?

Selepas itu, anda boleh teruskan dengan pemakaian Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

First of all apa tu CC Cream? CC Cream adalah Colour Control Cream, jadi iaadalah krim siang yang semuanya ada di dalam satu dan ia lebih ke arah memperbetulkan dan seimbangkan tona kulit wajah kita.

Boleh lihat CC Cream ini berubah warna selepas disapukan pada kulit wajah kita. Nampak kan? ia akan berubah warna mengikut tona kulit kita dengan semulajadi.

Ia menjadikan kulit muka lebih glowing & fresh walaupun tanpa memakai solekan dan lebih cerah serta mampu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Selain itu juga disebabkan CC Cream ini dilengkapi dengan SPF 50++ so tak perlu risau lagi untuk pakai sunscreen sebab kira CC Cream ni dah dilengkapi dengan sunscreen sekali dah pun. CC Cream ini adalah bebas dari sumber haiwan , paraben – free , sulfate – free , dan alcohol-free, so tak perlu risau ya kalau korang berkulit sensitive! J

Ingredient utama produk:

*“Mineral Water” – Mengimbangi pH kulit kita dan meningkatkan keanjalan kulit.

*“Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – Efek anti bakteria dan mengurangkan masalah radang kulit.

*“Colloidal Gold” – Melambatkan penuaan dan mengurangkan kesan infrared dari cahaya dan mempunyai bahan anti oksidan.

Ingredient lain: Mineral Water, Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1, Colloidal Gold

Cara penggunaan

Cara  penggunaan S+ Recover Gold Nano CC Cream

Selepas membersihkan kulit, sapukan toner dan diikuti dengan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream pada wajah anda. Kemudian anda boleh memakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Caranya, calit sedikit CC Cream pada dahi, kedua belah pipi, hidung, dagu dan sapu rata pada keseluruh wajah sehingga ia menyamai tona kulit anda. Simple je kan? Kemudian boleh proceed dengan makeup, itu je.

Yang paling bestnya produk ini kalis air, dan mampu menjadi primer alat solek anda, boleh tengok gambar di bawah, warna eyeshadow pun Nampak lebih pigmented dan gelap kan?

itu juga CC Cream ni mempunyai special features seperti complexion control + brightening. Ia mampu membuatkan kulit nampak luminous dan glowing walaupun dalam masa yang sama ia melembapkan kulit. Selain itu juga ia ada emulsion powder so bila pakai tu tak nampak oily dan wajah nampak glow the whole day!

Personal Review

Currently lepas pakai skincare pagi-pagi I memang letak both products dan I personally suka CC Cream tu. Sebab kulit I sawo matang, so usually lepas pakai foundation & dan set kat kulit, tak berapa nak putih. So I memang suka efek putih kat kulit muka I, thus S+ Recover Gold Nano CC Cream sesuai untuk i. Dan pada yang ada kulit kering dan selalu duduk dalam aircond, the Aqua Whitening Cream is suitable for you. I suka texture dia yang tak tebal, sesuai untuk yang suka water based moisturizer, non sticky and works wonder!

 🍁Company name: Hansaegee Nature
Image

Beauty Tip : How to choose the right moisturizer for your skin

(18th April 2019 by Hansaegee Nature)

 

There is no doubt that moisturizer is the important step in the daily skincare routine. Applying the moisturizer correctly can increase hydration in your skin, prevents dullness and provide a layer of moisture on your skin which last whole day. The correct or right way of application will even help to work better in this.

Basically we group the skin types into 2 main types : Dry Skin and Oily Skin. It is advisable to choose the right moisturizer based on your skin type :

For Dry Skin type : You are in the lucky group. Because you can use either moisturizer cream (or natural oil like olive oil) or water based moisturizer (like Aqua Whitening Cream). As both types of creams are able to moisturizing the skin giving protective layer. Itchiness will be reduced with improved of skin condition. The basic theory behind is after the layer of skin is moisture enough, dry skin (cell) will able to absorb enough water or nutrient. Result improving and solving the dry skin.

But remember, always wash your face before applying moisturizer.

For Oily Skin type : You got to choose the moisturizer carefully as the using of oily type of moisturizer will only make your skin more oily and result in pores clogged. So, pick only a water based moisturizer like Aqua Whitening Cream. Why : When skin is not moisture with enough water, the pores will be enlarged and excrete more oil. So, once the skin being “moisture” enough, pores size become smaller. And enable to control the oil secretion on face. Result : Skin excrete less oil once moisturized, and give a glowing look.

 

We are doing some simple testing on user Dry Skin & Oily Skin using water based moisturizer (Aqua Whitening Cream).

Feature of Aqua Whitening Cream : Water based moisturizer ; light feeling ; water drop ; Not oily & Not Sticky; fast absorb and result in fresh look.

  • To test the stickiness of Normal moisturizer cream VS Aqua Whitening Cream :

Result :

Hand with Aqua Whitening Cream is not sticky to the mini foam balls.

 

  • To test the absorption of normal moisturizer cream VS Aqua Whitening Cream on oranges :

Result :

Portion with Aqua Whitening Cream having faster absorption on the outer layer.

So by choosing the right moisturizer which suitable for your skin. Resulting no more oily with moisture and glowing look.

Below is the detail of relevant video with this article.