————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————–
————————————————————————————————————————————-
Hi how are
4 Sebab Memilih Sunscreen Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature | Sebelum ini Marina pernah kongsikan cerita mengenai
sunscreen gold nano cc cream dari Hansaegee Nature. Apakah ciri-ciri cc cream yang membuatkan cream ni berbeza dari sunscreen lain yang berada di pasaran, kelebihan dan keistimewaan krim pelindung matahari, fungsi, cara penggunaan gold nano cc cream dan pengalaman Marina menggunakan sunscreen ini.
Sekarang ni setiap kali keluar rumah, Marina apply sunscreen dari Hansaegee Nature ni sahaja menggantikan bedak compact. Pada yang baca entri Marina sebelum ni, Marina bukan jenis yang ber make up. Sebelum ini, foundation atau apa jua jenis krim pon Marina tak guna kat muka ni. Marina hanya tempek bedak compact sahaja di muka.
Ini merupakan botol yang kedua dah Marina gunakan cc cream dari Hansaegee Nature. Kenapa Marina suka guna cc cream ini berbanding krim pelindung matahari yang lain? Di sini Marina nak kongsikan dengan korang kenapa Marina suka guna Gold Nano CC cream dari Hansaegee Nature ni.


4 Sebab Memilih Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Gold Nano CC Cream merupakan krim yang cepat dan senang dipakai setiap hari, sangat sesuai digunakan terutamanya untuk para wanita di Malaysia. Gold Nano boleh juga dijadikan sebagai base make up. Make up korang takkan rosak dan tahan lama walaupun muka korang terdedah kepada cahaya matahari.
Gold Nano CC Cream boleh mengawal warna dan mencerahkan kulit. Walaupun krim ini berwarna putih, apabila pakai pada kulit, krim ini akan bertukar warna mengikut tona kulit korang. Yang bestnya krim ini juga merupakan krim anti kedut.
Ini merupakan 4 sebab Marina memilih sunscreen gold nano cc cream dari Hansaegee Nature.
#1 CC krim senang digunakan
Gold Nano CC Cream ini mempunyai SPF 50 PA++ yang berfungsi untuk melindungi kulit muka daripada sinaran UV, menjadikan kulit lembut dan glowing. Ia seimbangkan dan membaiki tona kulit secara semulajadi.

Marina suka pakai cc cream dari Hansaegee Nature ni sebab senang nak pakai. Marina apply cc cream ni gunakan jari je, tak perlu guna berus untuk sapu krim ni di muka. Kat rumah Marina pon memang takde berus. Marina ni jenis tak ber make up, kalau tetiba nak pakai eye shadow tenyeh pakai jari je. Jimat masa Marina. Kalau Marina bergegas nak ke pejabat, tak sempat nak pakai cc cream di rumah, Marina guna cc cream Hansaegee Nature ni kat pejabat je. Kawan office pon tak sedar Marina bersiap di office. Cepat dan mudah nak jadikan muka flawless dengan Hansaegee Nature cc cream.
#2 Mempunyai SPF50+ PA+++
Hansaegee Nature CC cream ni mempunyai fungsi pelindung cahaya matahari SPF 50 PA++. So tak payah dah nak pakai banyak jenis krim dah. Tak payah pakai krim siang, lepas tu nak pakai sunscreen pulak.

Seperti namanya Color Control Cream (CC Cream), walaupun krim ini berwarna putih, tetapi bila dah blend pada kulit muka dengan menggunakan jari, beberapa saat sahaja ia akan bertukar warna mengikut warna kulit korang.

Marina suka pakai cc cream ni sebab tak payah dah pakai foundation dan memang Marina jenis tak pakai foundation. Lagi satu foundation kan banyak jenis kod warna, nak pilih warna pon pening. So, cc cream Hansaegee Nature ni senang nak guna, Marina sekarang tak pakai bedak compact dah, Marina guna Gold Nano cc cream ni je. Muka nampak cerah, glowing, natural dan lembut sepanjang hari.

#3 Tekstur Krim Ringan
Paling Marina suka tentang Gold Nano cc cream dari Hansaegee Nature ni dia tidak melekit dan tidak berminyak. Bila Marina apply cc cream ni terasa krimnya ringan di muka. Bila muka Marina ni terdedah pada waktu panas terik, walaupun kulit berpeluh dan berminyak, kulit muka Marina masih kekal nampak segar, tak bercapuk dan makin glowing dengan Gold Nano CC cream. Bila touch up balik dengan cc cream ni di atas muka yang berminyak pon takde masalah. Muka still nampak glowing dan natural.

#4 Senang Dibawa
Marina selalu bawak Gold Nano CC cream dari Hansaegee Nature ni dalam beg Marina. Krimnya tak bocor pon walaupun diletakkan di dalam beg sebabnya penutup krim ni jenis “TWIST-LOCK” menjadikan ianya ketat. Senang nak bawak CC Cream ni ke mana-mana. Takdelah beg kita kotor penuh dengan kebocoran krim!



Selepas menggunakan Gold Nano cc cream dari Hansaegee Nature ni, Marina rasa confident dengan diri sebab takde dah muka bercapuk walaupun muka terdedah pada panas. Muka Marina tak berminyak, nampak sekata dan nampak cerah semulajadi je. Kalau keluar ke mana-mana, Gold Nano cc cream ni sentiasa dalam beg Marina.
Pada korang yang berminat nak cuba produk Hansaegee Nature atau perlukan konsultansi mengenai masalah kulit korang, boleh ke website mereka :
