Hybrid Sunscreen Terbaik Malaysia 2023 | Memudahkan Aktiviti Sepanjang Hari Kita

Apa itu Hybrid Sunscreen | Sunscreen atau sunblock merupakan produk penjagaan kulit yang wajib dipakai setiap hari bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari. Tahukah anda, selain physical sunscreen dan chemical sunscreen, terdapat juga sunscreen inovasi baru iaitu “Hybrid Sunscreen”.

aloe_vera_sunscreen_spf_50_hybrid_sunscreen_terbaik_12102023

Apa itu Hybrid Sunscreen ?

Hybrid Sunscreen merupakan teknologi/inovasi sunscreen yang baru. Ia merupakan gabungan dua jenis sunscreen, physical sunscreen dan chemical sunscreen.

Apa itu physical dan chemical sunscreen

Physical Sunscreen secara umumnya dapat melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB. Cara physical sunscreen melindungi kulit kita adalah dengan memantulkan sinar UV. Antara kebaikan physical sunscreen ini ialah tidak menyebabkan iritasi. Namun, physical sunscreen meninggalkan white cast (kesan putih dan tebal pada wajah) dan White Cast inilah akan menyebabkan bagi mereka yang mempunyai warna kulit yang gelap akan kelihatan kelabu.

Chemical Sunscreen mempunyai tekstur yang lebih ringan dan mudah menyerap dalam kulit. Cara chemical sunscreen ini ptula adalah dengan menyerap sinar UV. Chemical Sunscreen pula mempunyai kebaikkan seperti tidak meninggalkan white cast dan ia akan memberikan kesan kulit yang lembap. Namun, chemical sunscreen mempunyai risiko untuk menyebabkan iritasi pada kulit sensetif.

aloe_vera_sunscreen_hybrid_sunscreen_terbaik_12102023

Hybrid Sunscreen mempunyai formula yang memberikan perlindungan kulit dari sinar UVA dan UVB dan hadir dengan tekstur lebih ringan dan tidak meninggalkan white cast. Sunscreen SPF yang tinggi adalah penting untuk melindungi kulit kita daripada cahaya matahari, lagi – lagi cuaca Malaysia yang panas. Malah, gabungan physical dan chemical sunscreen (hybrid sunscreen) ini telah menghapuskan keburukan mereka masing – masing.

Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature merupakan salah satu contoh hybrid sunscreen terbaik dan patut dicuba. Antara sebab sunscreen ini adalah sunscreen terbaik kerana formula sunscreen ini memiliki SPF50+ PA+++ dan menyediakan perlindungan yang komprehensif terhadap sinar UV tanpa meninggalkan white cast. Memilih sunscreen SPF 50 amat penting, lagi – lagi dengan cuaca di Malaysia. Kalau matahari dah tegak, sinaran dia amat bahaya ya untuk kulit kita. Jadi Sunscreen SPF 50 sesuai untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari.

aloe_vera_sunscreen_hybrid_sunscreen_easy_to_apply_12102023

aloe_vera_sunscreen_hybrid_sunscreen_moisturizing_and_hydrating_12102023

Selain itu, apa yang saya suka tentang krim muka Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini adalah kerana ia mengandungi Aloe Vera yang sesuai untuk semua jenis kulit dan berfungsi untuk memberi kelembapan (moisturize) kepada kulit kita. Keadaan kulit saya yang kering (dry) disebabkan bekerja dalam pejabat, dan pendingin hawa dalam pejabat lagi. Jadi, saya amat memerlukan produk yang boleh memberikan kelembapan pada kulit saya. Memandangkan sunscreen perlu dipakai setiap 2-3 jam ia turut membantu dalam proses untuk melembapkan kulit saya. Malah yang menariknya, tekstur hybrid sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature ini tidak berminyak. Oleh itu, nak reapply sunscreen banyak kali tidaklah rasa rimas kerana ia tidak memberi kesan minyak pada kulit kita, dan juga ia cepat meresap. Sunscreen SPF 50 ini sesuai untuk kulit berminyak.

aloe_vera_sunscreen_hybrid_sunscreen_tekstur_ringan_sesuai_untuk_kulit_berminyak_12102023

Sunscreen No White Cast & Not Waterproof

aloe_vera_sunscreen_no_white_cast_12102023

Perkara yang paling menarik tentang Aloe Vera Sunscreen by Hansaegee Nature ialah sunscreen/sunblock terbaik ini boleh basuh dengan air. Saya tengah fokus untuk menjaga kulit, jadi memang tidak memakai sebarang make up apabila pergi kerja. Kedua, disebabkan apabila kerja, memang akan dua kali saya ambil wuduk iaitu waktu zohor dan asar, kekerapan seperti ini memang saya lebih gemar untuk menggunakan produk yang tidak kalis air. Mudah dan tidak membazir banyak waktu ketika solat zohor. Sebab itulah Aloe Vera Sunscreen ini tetap menjadi punjaan hati ku. Saya tidak perlu untuk membawa kehulur kehilir make up remover, yang saya perlu pastikan adalah untuk membilas muka dengan betul sebelum mengambil wuduk. Selain itu, sifat sunscreen ini yang tidak meninggalkan kesan white cast adalah salah satu sebab mengapa ia adalah senang untuk dicuci/dibasuh dengan air. Sifatnya yang tidak meninggalkan white cast dan mempunyai kandungan aloe vera menyebabkan saya tidak berasa malas untuk reapply sunscreen ini semula selepas menunaikan solat fardu. Terbuktilah, bahawa sunscreen ini juga merupakan krim siang terbaik untuk kita.

aloe_vera_sunscreen_hybrid_sunscreen_yang_boleh_basuh_dengan_air_12102023

Cara pakai Sunscreen

aloe_vera_sunscreen_cara_pakai_sunscreen_spf_50_12102023

Memakai sunscreen merupakan langkah terakhir dalam penjagaan kulit pada waktu siang sebelum memakai make up, atau turutan yang lebih mudah.

Pencuci Muka > Toner > Krim Pelembab > Sunscreen

Cara – cara pakai sunscreen :

Letakkan sunscreen pada jari sekurang – kurangnya dua jari (seperti dalam gambar)

Oleskan pada muka dan seluruh wajah

Ratakan pada seluruh wajah

Ulang pemakaian sunscreen dalam 2-3 jam.

aloe_vera_sunscreen_hybrid_sunscreen_spf_50_pa+++_terbaik_12102023

Melalui gambar diatas, terbuktilah pemakaian sunscreen Aloevera by hansaegee Nature ini sangat selesa. Ia tidak langsung meninggalkan sebarang kesan minyak pada muka. Muka selesa, barulah selesa dan lancar untuk saya lakukan kerja – kerja seharian saya. Mana tidaknya, selaku programmer, masa amat penting untuk saya. Kalau boleh 8 jam patut digunakan dengan baik. Kalau tidak kena angkut kerja – kerja coding ni balik rumah, tidurnya entah kemana nanti. Sebab itu lah Nadia suka dengan sunscreen ini. Waktu solat, jimat masa Nadia kalau nak ambil wuduk, tak perlu lah pakai make up remover, kemudian cuci pula dengan pencuci muka. Ini semua amat memakan masa. Tetapi, dengan menggunakan sunscree Aloevera by Hansaegee Nature ini dapat menjimatkan masa saya. Jadi tiadalah kerja yang kena dibawa kerumah :)Anda mencari sunscreen ? Dapatkan Hybrid Sunscreen Aloe Vera by Hansaegee Nature segera !

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments