Hybrid Sunscreen Yang Bagus 2023 Malaysia – Aloe Vera Sunscreen Terbaik Dari Hansaegee Nature

(By Diana Rashid)

Ketika awal memilih sunscreen beberapa tahun lalu, bukan perkara mudah bagi saya. Macam-macam perkara perlu diambil kira. SPF nya berapa? Apa kandungan nya?? Physical sunscreen atau chemical sunscreen?? Susah nya!!! Sehinggalah saya memilih hybrid sunscreen, saya dapat rasakan inilah keputusan terbaik untuk kulit wajah saya.

Aloe_vera_sunscreen_krim_muka_terbaik_20072023

Hybrid sunscreen mungkin masih baru bagi sesetengah orang.Sebenarnya Hybrid sunscreen ni adalah inovasi kecantikan dan skincare tips penjagaan kulit muka yang mula hangat diperkatakan sejak tahun 2021 lagi.

Ramai yang mula memilih untuk menggunakan krim muka hybrid sunscreen berbanding physical sunscreen dan chemical sunscreen termasuk lah saya sendiri. Ini kerana saya dah tak perlu fikir dan ragu-ragu tentang sunscreen terbaik yang sesuai untuk kulit saya.

APA ITU HYBRID SUNSCREEN?

 

Apa itu hybrid sunscreen? Krim muka Hybrid sunscreen adalah inovasi baru yang menggabungkan physical sunscreen dan chemical sunscreen. Atau lebih tepat lagi ianya mempunyai kebaikan dari 2 dua jenis sunscreen ini. Malah sepanjang saya menggunakan hybrid sunscreen ianya mampu memberi perlindungan yang lebih efektif berbanding sunscreen atau sunblock biasa.

apa_itu_hybrid_aloe_vera_sunscreen_20072023

Hybrid sunscreen adalah sunscreen atau pelindung suria yang berfungsi melindungi wajah dari pancaran sinar matahari secara langsung, menggunakan kombinasi dari physical sunscreen dan chemical sunscreen.

Dua gabungan ini akan memberi kesan dalam melindungi wajah dari paparan sinar matahari agar lebih efektif, kerana sunscreen tersebut memberi perlindungan dari luar dan juga dari dalam kulit

Kalau selama ni korang ragu-ragu nak memilih sama ada Physical sunscreen atau chemical sunscreen, lepas korang baca artikel ini mesti korang akan memilih hybrid sunscreen yang bagus seperti saya.

Apa itu physical sunscreen dan chemical sunscreen.

Sebelum saya bercerita lanjut tentang Hybrid sunscreen penting untuk korang sendiri tahu apa perbezaan physical sunscreen dan Chemical sunscreen serta bagaimana 2 sunscreen ini berfungsi.

kelebihan_hybrid_aloe_vera_sunscreen_20072023

Physical sunscreen fungsinya lebih kepada untuk menghalang sinar UV melepasi lapisan kulit. Sinar UV akan dipantulkan agar tidak menembusi kulit secara langsung atau pun ketika kita berada diruangan bertutup. Sunscreen jenis ini bertindak sebaik sahaja kita memakai sunscreen. Sebaik sahaja korang memakai physical sunscreen dia akan terus menjalankan tugasnya menyekat sinar matahari dari merosak kan permukaan kulit luar.

Physical sunscreen sesuai untuk mereka yang kerap melakukan aktiviti luar dan terdedah pada sinaran uv. Ianya selamat bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana sunscreen jenis ini tidak menyumbat pori-pori.

Kebiasaannya physical sunscreen mengandungi zinc oxide dan titanium oxide membuatkan ianya lebih tahan lama daripada Chemical sunscreen.

Chemical sunscreen fungsinya lebih terarah kepada mengubah sinar UV menjadi haba yang tidak merbahaya kepada kulit dan membebaskan nya.

Sunscreen jenis ini banyak digunakan dikalangan mereka yang memakai solekan kerana ianya tidak mengubah warna kulit dan nampak lebih neutral. Ianya juga sesuai untuk dijadikan makeup base.

Penggunaan nya juga sesuai untuk mereka yang tidak terdedah secara lansung dengan sinaran UV. Namun sunscreen jenis ini menjadi pilihan ramai kerana ianya lebih ringan dan sangat mudah digunakan.

Disebabkan teksturnya yang ringan dan mudah diratakan, ia juga adalah sunscreen yang tidak meninggalkan white-cast dan sangat mudah dibersihkan.

Bayangkan semua kelebihan dalam Physical sunscreen dan chemical sunscreen ini ada didalam 1 sunscreen, iaitu hybrid sunscreen terbaik. Lagi la best. betul tak?

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen – Hybrid Sunscreen Terbaik

Jenama produk dari Korea, Hansaegee Nature ALOE VERA sunscreen adalah hybrid sunscreen iaitu krim siang terbaik yang mampu melindungi kulit dan mempunyai sunscreen SPF 50 + PA +++. Sunscreen terbaik ini menggabungkan physical sunscreen dan chemical sunscreen. Aloe Vera sunscreen SPF 50 terbaik ini juga sifat dan fungsinya memang sama kelebihannya macam yang ada pada chemical dan physical sunscreen. Saya akan terangkan dalam artikel ini juga tentang sunscreen hybrid terbaik ni.

Sunscreen SPF 50 yang bagus ini memberi kesan menenangkan, melembabkan dan menyejukkan. Itulah fungsi Aloe Vera dalam sunscreen ni.

bahan_terkandung_dalam_botol_aloe_vera_sunscreen_krim_siang_terbaik_20072023

Ciri-ciri menarik dalam hybrid sunscreen – Krim siang Aloe Vera Sunscreen terbaik, adalah menggabungkan mineral UV filter dan organic UV filter. Bahan Zinc Oxide dan Titanium Dioxide yang biasa digunakan pada physical sunscreen dan memiliki UV Shield yang kuat.

Ianya juga berfungsi sebagai UV blocking terbaik yang biasa terdapat dalam chemical sunscreen.

Apabila disapukan pada kulit, ianya mudah diratakan, dan kulit terasa lembab, ringan, tiada white -cast dan cepat meresap apabila disapu. Aloe Vera Sunscreen SPF 50 yang bagus ini juga mengandungi pelembab yang boleh melembabkan kulit.

Melihatkan ciri-ciri yang terdapat pada hybrid sunscreen ini, jelas terbukti apabila physical sunscreen dan chemical sunscreen digabungkan, kekurangan yang terdapat dalam sunscreen yang berasingan (physical dan chemical) dapat dihapuskan dan memberikan kesan terbaik untuk kulit. Inilah yang kita maksudkan sebagai hybrid Sunscreen.

Aloe Vera Sunscreen – Hybrid Sunscreen Yang Bagus

Saya selalu menggalakan kawan-kawan dan kenalan untuk menggunakan sunscreen/sunblock yang bagus dan tak mengabaikan pemakaian sunscreen atau sunblock. Ramai yang masih ragu-ragu kenapa kita kena pakai sunscreen sedangkan cuaca tak panas?

hybrid_aloe_vera_sunscreen_yang_bagus_dapat_melembap_dan_mengawal_kesan_anti_penuaan_20072023

Walaupun kita rasa cuaca tidak panas tapi lapisan kulit wajah kita boleh rosak akibat tidak menggunakan sunscreen atau sunblock.

Menggunakan sunscreen setiap hari walaupun cuaca tidak begitu panas terik adalah salah satu kaedah awal yang baik untuk mencegah penyakit kulit yang ramai tak sedar. Tak guna kita menggunakan berbagai jenis skincare terbaik jika kita mengabaikan sunscreen.

Saya melindungi kulit wajah saya dari terkena penyakit kulit dan masalah kulit seperti jeragat dan tompok hitam dengan menggunakan Aloe Vera sunscreen yang mempunyai nilai SPF yang bagus untuk wajah iaitu SPF50+.

Kesan menggunakan Sunscreen Aloe Vera Untuk Kulit wajah.

Sangatlah rugi jika korang tak amalkan pemakaian sunscreen kerana banyak manfaat dan kebaikan untuk kulit kita. Tiada produk yang sehebat sunscreen. Walaupun saya bukan keluar rumah setiap hari tapi saya tetap memakai sunscreen sebab saya tahu kesan menggunakan hybrid sunscreen seperti sunscreen Aloe vera dari Hansaegee Nature.

Sepanjang saya menggunakan sunscreen yang sesuai untuk semua jenis kulit ini  (terutamanya sunscreen sesuai untuk kulit berminyak), ada beberapa perkara yang mengubah kulit saya. Pertamanya ialah kulit tak mengalami sunburn. Dengan cuaca yang sentiasa panas terik, sunburn boleh dielak kan dengan pemakaian sunscreen Aloe Vera terbaik ini. Sebagai wanita berhijab, semenjak menggunakan sunscreen saya tak pernah alami masalah kulit wajah saya mempunyai 2 ton berbeza di bahagian pipi.

sunscreen_aloe_vera_yang_tidak_meninggalkan_kesan_jeragat_dan_penuaan_20072023

Kalau korang yang berhijab, mesti faham maksud saya.Kan? Keadaan ni biasa kita alami jika tak memakai sunscreen atau sunblock ketika keluar rumah.So kalau korang tak nak muka kena sunburn pakai lah sunscreen atau sunblock.

Yang kedua ialah wajah saya tiada lagi tompok gelap, jeragat dan kulit tak mengalami masalah penuaan disebabkan kerosakan kolagen dalam kulit. Bila kulit kita tak de masalah jeragat dan tompok hitam, sangat mudah untuk kita mengenakan solekan. Solekan ringkas pun dah cukup untuk buat wajah cantik berseri.

Saya juga sedar yang tona kulit saya sudah sedikit berubah dan tanda penuaan seperti garis bawah mata sudah berkurangan. Lagi seronok bila bertemu kawan-kawan ada yang menegur garis bawah mata dan kesan hitam bawah mata sudah tiada. Mereka sendiri sedar dengan perubahan kulit saya. Berbunga-bunga rasa hati.

Tips Memilih Sunscreen Terbaik bagus 2023.

Bagi saya sunscreen adalah skincare yang paling mudah dan terbaik untuk digunakan terutamanya Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee nature. Tidak kira cuaca panas atau pun tidak, sinar UV tetap ada. Itulah keperluan kita menggunakan sunscreen.

Untuk memilih krim siang sunscreen terbaik pastikan korang memilih sunscreen yang mempunyai SPF (Sun Protecting Factor) yang menunjukan sunscreen tersebut mempunyai bahan yang melindungi kulit dari bahaya sinar UVB – (Bahan yang membakar permukaan kulit dan menjadi punca penuaan dan kerosakan kulit). Nilai SPF yang bagus untuk wajah ialah sunscreen SPF 50.

sunscreen_aloe_vera_spf_50_pa+++_terbaik_sesuai_untuk_daily_rutin_20072023

Perkara kedua yang wajib saya perhatikan sebelum memilih sunscreen adalah adanya PA (Protection Grade of UVA). PA yang terbaik perlulah ada minimum PA+++. Ini bermakna sunscreen SPF 50+ PA+++ adalah sunscreen yang bagus seperti Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature.

Sunscreen yang tidak berminyak juga adalah ciri-ciri sunscreen yang bagus dan terbaik yang menjadi pilihan saya. Sunscreen yang tidak berminyak sesuai untuk kulit berminyak boleh digunakan semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif kerana ianya tidak menyumbat pori-pori kulit. Ini adalah sunscreen untuk kulit berminyak terbaik dan juga adalah sunscreen untuk semua jenis kulit

aloe_vera_sunscreen_yang_tidak_berminyak_tidak_menyumbat_liang_pori_20072023

sunscreen mudah meresap ke dalam kulit tanpa menyumbat pori kulit

Ada waktu tertentu terutamanya ketika haid kulit saya akan mengalami perubahan seperti jerawat dan berminyak. Namun saya tetap memakai sunscreen kerana Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature boleh digunakan untuk semua jenis kulit.

Selain itu Tekstur sunscreen yang ringan dan lembut juga merupakan sunscreen yang menjadi pilihan saya kerana ianya mudah menyerap dan diratakan ke wajah.

Cara Pakai Sunscreen

Selepas memilih sunscreen yang tepat dan sesuai, cara memakai sunscreen juga perlu dititik beratkan. Pemakaian sunscreen yang salah mungkin akan membuatkan sunscreen kita kurang berkesan.

Sunscreen atau sunblock adalah yang terakhir sekali dipakai sebelum saya mengenakan solekan. Jadi saya akan pastikan yang saya sudah membersihkan wajah, memakai pelembab, serum, toner dan kemudian barulah memakai sunscreen sebelum mengenakan solekan.

cara_pakai_aloe_vera_sunscreen_dengan_betul_20072023

1. Untuk memakai sunscreen saya pastikan memicit Aloe Vera sunscreen di sepanjang dua ruas jari. Itu adalah jumlah yang tepat untuk sunscreen di wajah saya.

2. Satu jari untuk muka sebelah kanan dan 1 lagi untuk sebelah kiri.

3. Ratakan sunscreen di seluruh muka leher serta dibawah telinga.

4. Ratakan sunscreen sehingga ianya membentuk satu lapisan rata pada kulit.

5. Kemudian barulah saya pakai solekan.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen mudah meresap kerana ianya tidak berminyak dan sunscreen sesuai untuk kulit berminyak. Jadi solekan lebih tahan lama dan cantik.

Cara Reapply Sunscreen

Secara asasnya sunscreen perlu dipakai semula atau reapply sunscreen selepas 2 jam. Tapi jika saya guna sunscreen sedikit sahaja, saya akan reapply sunscreen selepas 30 minit – 1 jam. Sunscreen tak mampu melindungi kulit sehingga seharian jadi kita kena reapply sunscreen untuk dia menjalankan tugasnya.

cara_reapply_sunscreen_dengan_menggunakan_tool_beauty_blender_20072023

Terdedah pada matahari tentu saya nak sunscreen terbaik yang saya sudah guna tadi kekal melindungi kulit. Jadi saya akan memakai Aloe Vera sunscreen hansaegee Nature diatas solekan sahaja. Picit sedikit sunscreen yang bagus ini pada beauty blender dan dap-dap pada muka. Tak perlu mencuci muka. Tapi kalau korang nak cuci dan apply semula, boleh saja. Tak jadi masalah pun.

Satu lagi cara ialah dengan memakai bedak yang mengandungi SPF. Saya selalu juga touch up dengan bedak sahaja sebab tak nak rosak kan makeup terutamanya kalau saya pergi mall, tengok wayang atau berada lama dalam kereta. Tapi pastikan bedak yang korang nak gunakan perlulah mengandungi label SPF dan PA

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments