Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik 2023 – Skincare Tips Untuk Kulit Berminyak Dan Kulit Kering

(By Kanvasdakwat)

Aloe_ac_clean_bubble_cleanser_pencuci_muka_terbaik_09052023

assalamualaikum guys. harini aku nak share tentang satu produk muka dari korea. macam yang korang tahu, negara korea memang terbaik bab penjagaan muka. aku sendiri memang pakai skincare dari korea sebab dia punya kesan tu, sangatlah bagus untuk muka aku. boleh dikatakan muka aku ni bebas jerawat. jadi aku memang yakin dengan produk dari korea walaupun kesannya tidaklah sepantas produk ‘melesia’. huhu.

Jenis Pencuci Muka

Aloe_ac_clean_bubble_cleanser_cleanser_yang_bagus_09052023

  1. Gel
    • pembersihan mendalam; liang roma tersumbat, mengeluarkan minyak berlebihan, dan membunuh bakteria penyebab jerawat
  2. Krim
    • tebal, berkrim, dan mengandungi bahan pelembab. membersih muka perlahan – lahan tanpa singkirkan minyak semula jadi pada muka
  3. Berbuih
    • pembersih ringan. menyingkirkan minyak berlebihan sepertimana pembersih gel
  4. Minyak
    • menyingkirkan bendasing pada liang roma termasuk solekan kalis air dan semuanya tanpa mengeringkan muka.
  5. Tanah liat
    • mengeluarkan minyak dan toksik berlebihan pada liang roma
  6. Miceller
    • menarik minyak, kotoran dan solekan. tidak perlu dibilas
  7. Serbuk
    • membersih kulit dan pengelupasan lembut
  8. Sabun buku
    • PH mesra kulit
korang biasa guna yang mana? macam aku, rasanya macam pernah guna semua. hahaha. dan disetiap jenis pencuci muka ada fungsi masing – masing. ini bukan kali pertama aku guna pencuci muka berbuih. aku antara orang yang sangat sukakan pencuci muka yang banyak buih. bila tak ada buih, rasa macam muka tak bersih. aku akan pam lebih sikit untuk hasilkan banyak buih dan sudahnya cepatlah habis pencuci muka tu. padan muka~
tapi korang tahu tak yang pencuci muka jenis berbuih biasa boleh mencuci pori dengan bersih namun boleh membuat kulit kering. punca utama kulit berminyak adalah disebabkan kulit yang kering. lebih banyak minyak akan terhasil jika kulit terlalu kering. oleh itu, adalah penting untuk untuk melembapkan kulit setiap kali selepas mencuci.

Guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Aloe_ac_clean_bubble_cleanser_cleanser_aloe_vera_09052023

aku nak kenalkan korang dengan satu produk dari korea; aloe ac clean bubble cleanser dari hansaegee. best tau guna pencuci muka ni. tak perlu pam banyak kali pun. cukup hanya dengan 1 pam, buih penuh ditangan.
sebelum ni aku macam tak puas hati dengan muka aku yang kering. walhal waktu pagi tu baru je nak pergi kerja, dan terasa macam muka kering gila macam tak cukup air.
semenjak menggunakan pencuci muka aloe vera bubble cleanser ni aku puas hati sangat. muka aku dah tak kering dan rasa lembab sepanjang hari. tak ada kulit yang menggerutu muncul dimuka. selesa je pegang muka. pencuci muka aloe vera ini takkan menyebabkan kulit si pemakai menjadi terlalu kering dan tegang kerana pencuci muka ini berasaskan air. molekul nya sangat kecil dan halus. bukan seperti sesetengah produk pencuci muka berbuih yang menyebabkan kulit muka tegang dan sekaligus menjadikan muka tona tidak sekata. kulit menggelupas dan gatal.

Kelebihan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

antara bahan utama yang terdapat dalam produk ini ialah; Tea Tree Leaf Oil dan Aloe Barbadensis Leaf Juice.
aloe vera berfungsi sebagai anti-keradangan dengan ciri tambahan seperti penyembuhan dan kaya dengan antioksidan. manakala tea tree oil pula berfungsi sebagai anti-fungusyang membunuh bakteria di kulit. dengan Cleanser Aloe Vera (Aloe AC Clean Bubble Cleanser), jerawat akan mengecut dengan pantas dan cepat kering.

Aloe_ac_clean_bubble_cleanser_pencuci_muka_berasaskan_air_09052023

seperti yang kita semua tahu melalui pembacaan, Tea Tree Leaf Oil sangat baik untuk melindungi kulit. menjadikannya licin. jadi cara mencegah jerawat ialah dengan mengunakan pencuci muka yang mengandungi tea tree leaf oil.
kelebihan lain yang terdapat pada aloe vera pula mampu membantu mengawal minyak dimuka. sebab tu muka aku dah tak berminyak dan terasa lembab. kulit muka pun terasa segar. dah tak risau semenjak guna aloe ac clean bubble cleanser dari hansaegee kerana ia mengandungi bahan yang sesuai sebagai pencuci muka untuk kulit berminyak. ini menjadikan pencuci muka ini sebagai pencuci muka terbaik.

Aloe _ac_clean_bubble_cleanser_pencuci_muka_untuk_semua_jenis_kulit_09052023

produk ini sesuai untuk semua jenis kulit ya. jadi tak perlu risau kalau korang ialah pemilik kulit sensitif, kulit kusam, dan berjerawat. korang yang suka sangat mekap tu, boleh juga guna produk ni. sebab ia akan membersih secara menyeluruh.

Pencuci Muka untuk Kulit Kering

tahukah korang. kulit yang terlalu kering akan menjadikan ia kelihatan lebih kusam, pecah – pecah dan bersisik? minyak akan terhasil dan pori yang besar akan terbuka. liang pori yang terbuka akan bercampur dengan kotoran menyebabkan pori tersumbat. inilah punca jerawat akan ‘hidup’.
permukaan kulit (skin barier) yang berfungsi sebagai pelindung kulit, dari bakteria, kelembapan, sinaran uv dan keadaan sekeliling juga akan rosak jika kulit muka terlalu berminyak. untuk menyelesaikan permasalahan kulit kering ini korang boleh gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser kerana pencuci muka ini mengandungi aloe vera yang akan memberi kelembapan.

Apa yang best tentang Aloe Vera Cleanser Hansaegee Nature ni?

Aloe_ac_bubble_cleanser_pencuci_muka_untuk_kulit_kering_09052023

tekstur yang dihasilkan oleh pencuci muka water based ini ialah jenis berbuih halus dan berair. tak hairan lah bila pam, terus je cepat molekul tu pecah mencair. best betul bila kena muka. rasa lembut dan membersihkan segala kotoran di muka. cecair buih menggunakan botol plastik dan pump yang tersedia bersama botol ini akan menghasilkan buih buih secara cecair (watery). korang patut cuba. best cleanser ni, memang takkan menyesal.
kelebihan buih halus ini ialah ia akan membersihkan pori dengan sangat dalam. minyak berlebihan yang ada dimuka akan tersingkir dan muka kekal lembat sepanjang masa.
korang boleh jadikan pencuci muka aloe vera ni sebagai pencuci mekap juga. sangat membersih. pencuci muka ini sesuai untuk kulit berminyak dan juga pencuci muka untuk kulit kering. tak perlu lagi guna pencuci mekap yang kebanyakkan pedih mata dan berminyak.

aku sarankan korang pakai pencuci muka ni pagi dan malam ya. baru korang boleh nampak kesan ketara kelembapan tersebut.

Cara Cuci Muka Yang Betul Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

  1. basahkan muka
  2. picit aloe ac clean bubble cleanser diatas telapak tangan
  3. ratakan keseluruh muka, dan buat urutan
  4. bilas

Aloe_ac_clean_bubble_cleanser_cuci_muka_berapa_kali_sehari_09052023

dalam pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ada aloe vera. aloe vera adalah sejenis gel yang ada didalam daun pokok lidah buaya. antara kandungan didalam aloe vera ialah vitamin dan enzim. ia mampu melembabkan muka.

produk ini menghindarkan muka dari mengalami rasa kering, tegang dan gatal. pencuci muka untuk kulit kering disarankan guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser. ia akan melembabkan kulit bagi si pemakainya.

yang tak ada masalah pun boleh guna. pendek kata, pencuci muka ini yang sesuai untuk semua jenis kulit. tak mendatangkan ketegangan pada muka malah memberikan kesan selesa dan lembut. best tau.
semenjak gunakan pencuci muka ini, kulit aku terasa lembut dan bersih. jerawat kecil juga sudah tak muncul dikulit muka. sangat sesuai untuk orang yang mengalami kulit berminyak, kulit kering dan kulit kombinasi. sesuai jadikan aloe ac clean bubble cleanser ni sebagai cleanser untuk kulit yang berminyak kerana ia membantu kurangkan minyak dan mengecutkan jerawat.

 

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments