Pencuci Muka Aloe Bubble Cleanser Hansaegee Nature Jadikan Kulit Muka Lebih Bersih Dan Lembap

Stress betul kalau tiba-tiba jerawat muncul. Kalau boleh jangan muncul lansung sebab jerawat bukan hanya tinggalkan parut secara fizikal, tetapi juga secara mental. Kita akan jadi kurang yakin dengan diri sendiri bila berhadapan dengan orang.

Jerawat ni bukan boleh diduga nak muncul. Tahu-tahu ada seketul. Punca jerawat ni ada banyak antaranya :

  • Perubahan hormon ketika datang bulan atau hamil
  • Pemakanan
  • Faktor genetik
  • Stress
  • Kurang tidur
  • Cuaca
  • Pemakaian produk yang tidak sesuai dengan kulit
  • Kulit berminyak menyebabkan pori tersumbat
Jerawat akan terhasil bila pori kulit tersumbat kemudiannya akan mengalami keradangan dan akan naiklah jerawat kecil-kecil tu.

Kulit kering satu masalah juga. Kulit nampak kusam dan kasar. Kadang rasa bersisik sebab kulit kering menggelupas. Puncanya kulit kurang kelembapan dan selalu terdedah dengan pancaran matahari secara terus tanpa perlindungan.

Yang tak bestnya bila kulit kering ni, nak pakai foundation atau compact powder pun rasa malas sebab akan bercapuk dan tak sekata. Kesan kulit kering tu akan nampak ketara sangat. Ada yang pernah mengalaminya tak?

Cara atasi kulit berjerawat dan kering

Penyelesaiannya, kenalah jaga kulit dengan betul. Benda paling asas dalam penjagaan kulit muka adalah mencuci muka. Paling tidak basuh muka 2 kali sehari (siang dan malam) dan gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka.

Sejak saya guna pelembap muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, kulit muka saya ada perubahan positif, bertambah sihat dan glowing. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sejenis krim pelembap water based yang ada niacinamide terbaik untuk kulit berminyak.

Alang-alang dah cuba Korean skin care product Hansaegee Nature, kita cubalah sekali pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature yang berkesan untuk kulit berjerawat dan kering katanya.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature Review

Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Aloe AC Clean Bubble Cleanser, sejenis cleanser aloe vera dari Hansaegee Nature menggunakan 11 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi dan 6 jenis pati minyak (essential oil). 2 bahan utamanya aloe vera dan tea tree oil yang sememangnya bagus untuk kulit.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee 11 Nature Ingredients

11 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi

  1. Aloe barbadensis leaf juice
  2. Tea tree leaf oil
  3. Chamomilla recutita (matricaria) flower extract
  4. Monarda didyma leaf extract
  5. Origanum vulgare leaf extract
  6. Lavandula angustifolia (lavender) flower extract
  7. Mentha viridis (spearmint) leaf extract
  8. Geranium maculatum extract
  9. Mentha piperita (peppermint) leaf extract
  10. Salvia officinalis (sage) leaf extract
  11. Mentha rotundifolia leaf extract

Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee 6 essential oil

6 jenis essential oil

  1. Cymbopogon martini oil
  2. Citrus limon (lemon) peel oil
  3. Aniba rosodora (rosewood) wood oil
  4. Citrus aurantium dulcis (orange) peel oil
  5. Cymbopogon schoenanthus oil
  6. Lavandula angustifolia (lavender) oil
Bagusnya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser sejenis buih pembersih yang tidak mengeringkan kulit seperti buih pembersih yang lain. Kulit akan rasa lembap dan lembut sebab Aloe AC Clean Bubble Cleanser jenis watery bubble cleanser dan tidak meninggalkan kesan iritasi pada kulit.
Buih pembersih lembut ni juga mampu menyingkiran kotoran dalam pori kulit secara mendalam. Membersihkan kulit dengan berkesan cerita dia.
Didatangkan dalam bentul botol pump Size 5.29 fl, 150ml.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Untuk kulit : Sesuai untuk semua jenis kulit (kulit kering, kulit berminyak dan jenis kulit kombinasi)
Jenis : Tekstur buih lembut

Kegunaan : muka

botol packaging aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature

Dari rupa paras botolnya, mesti kita akan ingat jenis pencuci muka liquid atau gel. Tapi sebenarnya jenis berbuih.  Bila kita pump, automatik keluar buih lembut yang banyak.
aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature soft foam on hand
Buih pembersih aloe AC clean bubble ni tersangatlah ringan, halus dan moisture. Memang syoklah cuci muka dengan buih yang banyak.aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature soft foam closeup
Close-up sikit buih dia yang halus, lembut dan ringan ni. Sebelum pump pencuci muka Aloe Bubble Cleanser Hansaegee Nature, saya akan basahkan dulu muka. Nanti buih akan lebih banyak terhasil semasa kita mencuci muka. Lebih banyak air, lebih banyak buih.

aloe ac clean bubble cleanser hansaegee nature soft foam (1)

Biasanya jenis buih pembersih ni memang akan buat kulit kita dicuci lebih bersih sebab buih yang terhasil tu akan mencuci dengan mendalam ke dalam liang kulit. Cuma bezanya ada yang menyebabkan kulit kering dan tidak.
Menariknya tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni jenis buih pembersih yang tak mengeringkan kulit lepas dicuci. Selepas menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, kulit rasa lebih bersih dicuci dan kulit rasa lembap.
Kulit pun tak rasa kering betul dan tak tegang. Selesalah bila pakai jenis pembersih muka yang sesuai dengan kulit. Kadang kulit kering selepas dicuci ni buatkan kulit kita kering dan rasa tegang kan? Kalau lambat pakai mosituriser akan nampak kesan kulit mengelupas dan gatal.
Tapi itu tak terjadi bila menggunakan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Even kali pertama cuba pakai pun dah best.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature Review Azhafizah

Kelebihan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

  • Buang lebihan / lebihan sebum dan minyak pada kulit
  • Mengawal minyak di wajah
  • Membersih secara sedalam-dalamnya ke dalam pori-pori kulit
  • Melembapkan kulit, kulit tidak kering selepas digunakan
  • Melegakan kulit yang sensitif
  • Melembutkan kulit

Aloe AC Clean Bubble Cleanser selamat digunakan

  • Paraben-Free
  • Sulfate-Free
  • Alcohol Free

Cara penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

1. Basahkan sepenuhnya muka dan tapak tangan.
2. Pump keluar buih pembersih
3. Urut lembut secara bulatan pada kulit muka untuk menghasilkan lebih banyak buih.

Cara penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit kering dan berminyak. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni mampun membuang sel kulit mati, blackhead dan whitehead yang degil tu. Bila pori tak tersumbat, kulit pun bersih, kita pun happy!

Pendek kata, Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature mengurangkan jerawat, membersih secara mendalam dan melegakan kulit. Jenis suka makeup tapi taknak buat double cleansing, sesuai juga gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature ni. Menanggalkan kesan makeup dengan berkesan okay.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser and aqua whitening cream Hansaegee Nature Double cleansing
Semacam magic pulak. Senang betul nak hilangkan kesan makeup degil tu. Baru letak aloe AC clean bubble cleanser sikit pun dia boleh tanggal sendiri, belum lagi gosok gosok. Tanggalkan makeup dengan mudah dan cepat!
Untuk kesan yang lebih baik, selepas cuci muka guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser kemudian sapu pula Aqua whitening cream Hansaegee Nature.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser and aqua whitening cream Hansaegee Nature Review

Untuk maklumat lanjut dan pembelian : Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature | Aqua Whitening Cream

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments