Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature Sebagai Sun Block Pelindung Matahari

Salam, harini Nova nak sembang berkenaan Sunscreen atau pelindung matahari. Sis ni kan adalah seorang yang sangat-sangatlah aktif semasa sekolah. Bola Jaring, lumba lari, lompat jauh semua sis masuk. Memang kulit sunburn sangat package hitam gelap. Buka tudung memang berbelang. Mak dengan ayah sis support sahaja apa yang sis suka buat. Cuma satu benda yang kalau boleh sis undur masa.. Sis akan educate myself kepentingan memakai sunscreen cream. Kerana sis tak pandai nak bercantik2 di masa lampau, kesannya adalah dark sports/jeragat pada kulit muka. Dark sport ni terjadi disebabkan terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Dia takkan terjadi sehari dua, makan masa.. kesannya bila kita dah berusia, dia akan nampak jelas di kulit muka. Nak hilangkan dark sports ni bukan senang2 boleh hilang tau. Rawatan laser salah satu cara nak buang kerana sport ni duduk di lapisan kulit yang dalam bukan di permukaan. Kalau nak tahu lanjut bolehla google baca2 kan.

aloe vera sunscreen
Oleh yang demikian, sis nak educate kawan-kawan yang masih muda atau ibu-ibu yang ada nak yang sedang meningkat remaja. Kalau keluar rumah, sila la biasakan pakai sunscreen. Bukan sahaja untuk perempuan tau, lelaki pun kena amalkan. Salah satu sunscreen yang bagus, yang sis pakai adalah Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature. Meh sis elaborate satu-satu kenapa dia bagus.

3 kebaikan aloe vera sunscreen
benefits of aloe vera sunscreen

Ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari UVA & UVB, SPF 50+ yang tinggi dan PA+++. Menghindari dari kerosakan kulit muka /skin damaged dan kulit terbakar /sunburn. Ia juga berfungsi untuk melembapkan kulit muka agar licin dan lembap sentiasa.

Bahan pelembap Gliserin dan Jus Aloe Vera inilah yang memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering. Disamping itu ia juga mampu mencerahkan kulit anda tau.

Ia juga memberi keselesaan kepada kulit dengan mengurangkan keradangan kulit. Ia mengandungi ekstrak Aloe Vera yang menenangkan kulit dari kegatalan dan kulit yang sensitif. Jadi kulit anda akan kekal sihat dan berseri. ah gittew.

packaging aloe vera sunscreen

Selalunya kan, kalau Sunscreen biasa tiada gabungan dengan fungsi melembapkan dan menenangkan kulit ye tak? Maka produk ini bagi 3 sekali kebaikan disamping melindungi kulit dari sinaran matahari. Kalau nk keluar pergi pasar cepat-cepat nak siap, boleh apply ini sahaja terus. Mudah kan!

tektur krim Aloe Vera Sunscreen

Bukan setakat itu sahaja kebaikannya, kandungannya juga adalah Oil Free /Tidak Berminyak dan Ligh Weight /Ringan. Tiada rasa melekit pada muka. Sangat ringan pada muka selepas diratakan, senang, cepat, tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Selepas pakai pun terasa nyaman (sebab bau Alor Vera) dan segar.
Jom kita cuba pada kulit

sikit je dah cukup untuk sapuan menyeluruh
Sikit je dah cukup untuk sapuan yang menyeluruh

krim berwarna putih
Sikit bright, takda warna putih-putih, tidak berminyak dan ringan

tangan nampak lembut dan tidak berminyak dan melekit

Ia juga boleh dijadikan sebagai Make Up Base. Pelindungan tambahan pada kulit. Pakai Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature dan terus apply make up pun boleh. Sebab dia dah ada pelembap dan pelindung matahari. Baguskan?
Selanjutnya, selepas pakai, tiada kesan putih pada muka. Dia bright up muka secara natural sahaja. I pun memang tak berapa suka sunscreen yang jenis cerah2kan muka sebab muka jadi kelabu lepas pakai. Big No kan. Yang ini memang elok jela takda pula nak putih-putihkan muka.

kandungan bahan utama

Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature BEBAS dari Bahan Yang Memudaratkan, Bebas Alkohol, Bebas Paraben, Bebas Silikon, Bebas Sulfate dan Bebas Allergen.

 

Yang Natural sahaja seperti Aloe Vera, Ekstrak Orkid, Ekstrak Pegaga dan Ekstrak Morus Alba Bark.

cara penggunaan

Nak pergi swimming ni kita pakai dulu Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

cara menggunakan aloe vera sunscreen
Sapu rata ke muka

sapu rata keseluruh muka
Wah, rasa selesa, segar dan yang pasti kulit dilindungi dari sinaran UV!

rasa selesa dan segar, kulit dilindungi dari sinaran matahari
Tekstur Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah lembut dan lembap. Senang nak blend sebab tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Smooth sahaja dan yang penting tiada kesan putih-putih pada kulit selepas sapuan keseluruh muka. Kalau sapu pada tisu lepas sapu rata memang tiada kesan warna pada tisu ya. Warna cream ini adalah “Light Green from Alor Vera”. Baunya juga sangat menyegarkan dan dan terasa lembut sahaja kulit selepas pemakaiannya.

berwarna hijau muda dari aloe vera
tiada kesan kotoran pada span muka

Ia datang dengan penutup yang selamat bersih dan terjamin kualitinya

jenis twis lock tidak kotor

Nova memang sangat recommend Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ni. Kebaikannya bukan satu tapi banyak ye. Nova dah terangkan satu-satu kan. Tak perlu bimbang juga sebab dia bebas dari anasir-anasir yang tidak baik pada kulit anda. Harganya juga sangatlah berpatutan. Sebab tube dia bagi ni 70ml tau. Agak besar dan banyak. Nova rasa boleh tahan lama ni at least 3 bulan.

Dengan saiz begini senang di bawa ke mana-mana ????

Nak cantik ni bukanla susah sangat dan tidaklah senang sangat. Tapi dengan adanya produk yang bagus macam ni, menjadikan cantik itu mudah. Yang penting jangan malas je. kan kan.. ala malas makeup takpa.. jangan malas pakai sunscreen sudah. Kalau tak jaga kulit, tak pakai pelindung UV ni memang kulit akan cepat kedut, cepat nampak tua, kulit kusam, tak bermaya semua la. Oh ya satu lagi, sunscreen ni bukan sahaja pakai masa keluar rumah.. dalam rumah pun kena pakai ya. Sinaran lampu dalam rumah pun tak bagus untuk kulit. So.. apa tunggu lagi cepat Add to Cart la.

senang bawa kemana-mana
Nak cantik ni bukanla susah sangat dan tidaklah senang sangat. Tapi dengan adanya produk yang bagus macam ni, menjadikan cantik itu mudah. Yang penting jangan malas je. kan kan.. ala malas makeup takpa.. jangan malas pakai sunscreen sudah. Kalau tak jaga kulit, tak pakai pelindung UV ni memang kulit akan cepat kedut, cepat nampak tua, kulit kusam, tak bermaya semua la. Oh ya satu lagi, sunscreen ni bukan sahaja pakai masa keluar rumah.. dalam rumah pun kena pakai ya. Sinaran lampu dalam rumah pun tak bagus untuk kulit. So.. apa tunggu lagi cepat Add to Cart la.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments