Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak – Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat – Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Jerawat adalah salah satu musuh wanita, setuju ke tak? Sha tahu korang mesti setuju kan?  Sebenarnya bukan wanita sahaja boleh stress bila jerawat singgah di wajah terutamanya. 

Bila dah stress kita mesti cari pencuci muka yang sesuai dan best untuk bantu merawat kembali kulit kita yang dilanda masalah. Ya, jerawat adalah satu masalah. Bukan sahaja nampak diluaran tetapi ia mampu memberi kesan emosi kepada kita.

Alang-alang dah sebut tentang masalah jerawat, Sha nak kongsi dengan korang satu produk yang Sha sedang amalkan sekarang ini. Produk yang Sha maksudkan adalah pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser.

pencuci muka aloe bubble cleanser

Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak – Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

Untuk pengetahuan korang, pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini didatangkan dari negara Korea. Ia merupakan rangkaian produk dari Hansaegee Nature yang mana mereka mengeluarkan banyak produk untuk skin care.

Walaupun Sha jenis yang tak make up, tapi kulit muka Sha tetap Sha perlu jaga sebaiknya. Jadi benda asas perlu ada untuk menjaga kulit wajah kita adalah pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita. Selain teruja dengan buih, Sha juga percaya dengan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan pencuci muka ini. 

pencuci muka untuk kulit muka berminyak

Pada awalnya Sha memberanikan diri untuk mencuba pencuci muka ini kerana sudah tidak tahan dengan jerawat yang tumbuh tanpa dipinta ini hingga suami pun dah naik runsing mendengar keluhan Sha.

Apabila kulit berminyak maka mudahlah untuk jerawat timbul di beberapa kawasan muka. Siapa pernah naik jerawat di tepi wajah, korang mesti faham perasaan ini ditambah pula tangan asyik nak memicit jerawat yang ada.

Jadi bila Sha melihat kandungan yang ada dalam Aloe AC Bubble Cleanser, Sha ambil keputusan untuk mencubanya. Bahan yang terkandung di dalam pencuci muka Alo AC Clean Bubble Cleanse sangat bagus dan mempunyai khasiat tersendiri tau. 

Bahan-bahan yang terkandung dalam Aloe Bubble Cleanser

AC Clean Bubble Cleanser ini menggunakan Aloe Vera dan juga daun teh sebagai bahan utama. Seperti mana yang kita tahu, kedua-dua bahan ini mempunyai banyak khasiat dan kebaikan.

Seperti yang boleh kita lihat, Aloe Vera sangat baik untuk melembapkan kulit dan mengurangkan titik gelap pada kulit. Manakala daun teh pula berfungsi untuk melembutkan kulit dan anti fungus. Kedua-dua bahan ini amat dikenali kerana ia amat bagus untuk membersihkan kulit dan juga membantu merawat jerawat.

Kelebihan Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Membantu membersihkan liang kulit

Membantu melembapkan kulit

Membantu mengawal minyak

Membantu mengawal masalah jerawat

Ciri-Ciri Menarik Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature ini sangat baik terutama untuk masalah kulit yang berjerawat. Ianya berbentuk cecair di dalam botol, tetapi setelah korang mengepamnya, ia akan segera keluar sebagai Soft Bubble di tangan.

soft bubble di tangan

Buih ini bersifat ringan dan ia membersihkan liang dengan lebih mendalam dan melembapkan kulit serta  tidak menimbulkan kerengsaan pada kulit. Biasanya ramai yang risau dengan pembersih jenis buih ini kerana dikatakan boleh menyebabkan kulit menjadi sangat kering setelah mencucinya.

Tetapi dengan menggunakan buih pembersih Aloe AC ini berbeza, ia adalah pembersih berkualiti, ia membersihkan liang-liang kulit dengan mendalam. Sha yakin selepas korang bersihkan dan cuci wajah korang dengan pembesih ini korang akan merasakan kelembapan dan tidak kering. Ia adalah pembersih yang sangat lembut dan lembap.

Cara menggunakan Aloe Bubble Cleanser

cara guna aloe bubble cleanser
Untuk pengetahuan korang, cara menggunakan Bubble Cleanser ini korang wajib membasahkan wajah dan tangan korang terlebih dahulu. Kemudian mengepam buih keluar kemudian barulah urut pada wajah korang.

wajip basahkan muka terlebih dahulu
Ia akan kelihatan lebih banyak buih kerana tekstur buih yang lembut. Jika korang tidak basahkan muka sepenuhnya , kemudian korang mula mengurut ia tidak akan mengeluarkan lebih buih.

seronok belai dengan buih halus

Seronoknya dapat urut dan belai wajah dengan buih-buih halus. Tambah pula baunya yang harum, sangat menenangkan. Tak perlu lagi susah-susah nak gosok pencuci pada telapa tangan supaya timbul buih, hanya pam pada tapak tangan sudah sedia ada buih. Mudah bukan?

Pengalaman Sepanjang Menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Sha sudah cuba dan merasai sendiri pengalamannya selama 2 minggu ini dan secara keseluruhan hasilnya memang best dan Sha sangat berpuas hati untuk terus menggunakannya.

Pembersih wajah ini sangat bagus kerana mampu mencuci dan membuang segala kulit mati dan kotoran secara mendalam. Masalah pori-pori tersumbat dan jerawat yang kadang-kadang muncul pun dapat diatasi.

Jika sebelum ini wajah Sha berminyak dan menyebabkan jerawat timbul, kini tidak lagi. Jerawat Sha dah berkurang setelah beberapa minggu menggunakannya serta kulit Sha terasa segar, bersih dan lembap.

Dengan kulit yang sihat dan segar, Sha tetap yakin untuk keluar rumah tanpa calitan make up seperti biasa. Yang penting bebas jerawat dan kulit tidak berminyak. Barulah suami tak tegur minyak muka boleh kikis buat goreng ikan !

Kesimpulan Tentang Aloe AC Clean Bublle Cleanser

Secara keseluruhan Sha memang puas hati, harga pun bukan harga kayangan.Nak tahu lebih lanjut korang boleh usha link-link kat bawah. Semoga dapat membantu menyelesaikan masalah kulit korang nanti.

logo hasaegeenature

Brand: Hansaegee Nature 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments