GOLD NANO CC CREAM DARI HANSAEGEE NATURE PENYELAMAT MASALAH KULIT MUKA BERCAPUK

Assalamualaikum and hye readers.

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature penyelamat masalah kulit muka bercapuk | Bila sebut pasal CC cream, mesti ramai yang masih keliru di antara CC cream dan juga BB Cream. Betul tak? Jujurnya, sebelum ni Ai pun selalu keliru dengan dua jenis cream ini.

suncreen gold nano cc cream

penyelamat kulit muka bercapuk

 

Secara amnya, BB dan CC cream adalah gabungan alat solek dan juga skin care yang memudahkan untuk bersiap. Walaupun macam sama, tapi BB dan CC cream juga mempunyai fungsi yang berbeza. BB cream lebih kepada untuk solekan yang ringan. Manakala CC cream pula untuk solekan yang ringan dan mengawal tona warna kulit.

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature penyelamat masalah kulit muka bercapuk

Ai tak ingat bila kali terakhir Ai beli CC cream. Mungkin dua atau tiga tahun yang lepas. Ai memang selesa dengan make up yang simple dan ringan. Tapi bila ai memilih untuk memakai CC cream dari foundation, kulit muka Ai jadi bercapuk dan tak rata. Itu belum lagi bila muka dah mula berpeluh dan berminyak.

Bila dah jumpa yang elok dan tak bercapuk, tona warna pula tak kena. Ingat senang ke nak cari produk yang betul-betul mengikut tona warna kulit kita. Bila terputih nampak pelik dan bila tergelap pula nampak muka kusam dan kelabu. Akhirnya, Ai pilih untuk menggunakan foundation untuk menyekatakan tona kulit Ai.

pemilihan cream terlalu gelap dan terang

Bila Ai mula bekerja dari rumah sejak PKP 3.0 ni, Ai jadi malas nak bersiap. Ye lah, bukan keluar rumah pun. Duduk mengadap laptop dalam bilik je. Tapi bila kulit muka mula berminyak dan tak bermaya, Ai rasa malas pula nak bekerja.

Bila nampak ramai kawan-kawan review Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature, Ai pun saja-saja lah nak cuba. Waktu mula-mula CC cream tu sampai depan mata, Ai jadi tak yakin dengan cream nya yang berwarna putih. Dari pengalaman yang lepas, mesti terputih dan bercapuk! Tapi, bila dah blend guna jari, warna dia bertukar mengikut warna kulit.

fizikal gold nano cc cream berwarna putih

Terus kulit muka nampak cerah natural dan glowing. CC cream ini sesuai dengan semua warna kulit. Dah tak payah dah susah-susah nak pilih kod warna yang sesuai. Satu kod sahaja, namun boleh pakai untuk semua warna kulit.

Fungsi utama Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ini adalah untuk mengimbang dan memperbaiki tona kulit muka secara semulajadi. Ia juga memberi perlindungan matahari SPA50 PA +++, menjaga kelembapan kulit dan membuat kulit terasa ringan, tidak berminyak dan tidak melekit. Kulit halus dan glowing secara semulajadi.

muka nampak perbezaan selepas sapuan dilakukan

3 bahan utama Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Mineral Water

mineral water

Menjaga keseimbangan kulit, menguatkan kulit, berfungsi sebagai vitamin yang aktif dan meningkatkan keanjalan kulit muka.

Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract

Meredakan kegatalan pada kulit muka, berkesan sebagai anti-bakteria dan melegakan masalah kulit muka.

Nano Gold

nano gold

Mencegah penuaan kulit, menyekat sinaran inframerah dan antioksidan yang tinggi.

Cara-cara mengaplikasi Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Sapukan krim Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature di muka dengan menggunakan jari. Selepas sapu rata cream yang berwarna putih itu akan berubah warna mengikut tona warna kulit secara semulajadi dan mengimbangkan warna kulit. Kulit akan cerah dan bercahaya secara semula jadi. Sangat senang dan mudah untuk solekan rutin harian. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka solekan yang tebal macam Ai.

sangat lembut disapu pada muka
Kalau korang tengok dalam gambar, tekstur cream ni yang bewarna putih dan ada kapsul kecil yang bewarna coklat. Lepas korang sapukan dengan rata cream putih tu akan terus bertukar mengikut warna kulit korang secara semulajadi.

tektur krim berubah warna coklat
Selain boleh menggunakan CC cream ini tanpa alat solekan yang lain, CC cream ini juga boleh dijadikan bahan asas solekan. Ia berfungsi untuk menjadikan solekan korang lebih cantik dan tahan lebih lama. CC cream ini juga senang dipakai walaupun tanpa cermin.

makeup nampak lebih pigmented

Nasib baik ada Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Malas nak make up pun boleh jadi rajin sebab senang sangat nak bersiap. Tambah lipstick dan blusher, dah boleh keluar rumah. Yang penting tak berminyak dan tak melekit.

Bila dah seharian dan kulit mula berminyak, cuma dap dap sikit dengan tisu dan tambah sedikit sahaja CC cream. Muka akan kembali glowing. Tetap tidak akan bercapuk. Bila kulit rasa fresh, mood nak bekerja automatik datang. Muka dah tak bercapuk dah. Memang memudahkan sangat bila malas tapi nak cantik-cantik.

Belian secara online

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature boleh dibeli secara online. Korang klik-klik je link di bawah ni. Nak pakai senang, nak beli pun senang.

Brand – Hansaegee Nature

Website – www.hansaegee.com/shop

Instagram – https://www.instagram.com/hansaegeenatue/

Facebook Page – https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube Page – https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

hansaegee nature logo

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments