BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,
Sebelum tu, saya nak jelaskan dulu kenapa kita perlu memakai Sunscreen walaupun kita berada dalam rumah. Ya betul you! Walaupun kita tidak keluar jemur baju. Walaupun kita suka berkurung dalam bilik, UV boleh masuk daripada tingkap. Hhahaha… tetap kena pakai juga apatah lagi kalau kita keluar rumah.
Ye lah… nak buat macam mana kan kalau dah cahaya matahari masuk dari tingkap. Malas nak fikir katanya. hikhikhik… ada kan macam tu? sebab rasa tak selesa pakai Sunscreen tu sebenarnya kan?
Saya nak bincangkan secara terperinci dan lebih serius mengenai pemakaian sunscreen di dalam rumah untuk penjagaan kulit. Sayang kulit kan? Saya tak percaya akan wujudnya orang yang tak sayang kulit. Cuma wujud orang yang belum belajar ilmu penjagaan kulit sahaja rasanya.
Memang ramai yang tahu kita perlu memakai sunscreen disebabkan nak melindungi kulit daripada cahaya matahari. Agar kulit tidak rosak. Tapi, ramai yang belum jelas rosak yang macam mana? Sunscreen boleh membantu sangat banyak dalam penjagaan kulit wajah termasuk mencegah dari penyakit kanser kulit.
Dulu, saya pun tidak begitu serius menjaga kulit. Sambil lewa sahaja. Lagipun kurang ilmu kecantikan dan kesihatan kulit. Alhamdulillah ada peningkatan ilmu tentang kulit dah sekarang. Apabila saya tahu bahawa cahaya matahari bukan sahaja buat kulit jadi gelap tapi boleh buat kita mengalami penyakit kulit. Lebih awal kita sedar akan kepentingan menjaga kulit, adalah lebih baik.
UVA dan UVB Yang Masuk Dari Tingkap
UVA dan UVB yang masuk dari tingkap rumah boleh membuatkan kulit kita mengalami proses penuaan yang cepat. Sebab tu kalau boleh belajar lah menggunakan sunscreen seawal yang boleh walaupun kita rasa kulit kita masih banyak kandungan kolagen semulajadi. Tahu tak? Kolagen tu boleh cepat berkurangan kalau kita terlalu membiarkan kulit tanpa perlindungan sunscreen? Sebab terlalu terdedah dengan cahaya matahari.
Apabila kulit terdedah dengan sinar UVA dan UVB yang perpanjangan akan mengakibatkan kerosakan kulit yang sukar untuk dibaiki kelak. Lebih baik mencegah berbanding memulihkan. Betul tak? Walaupun bagi kita penyakit kanser kulit itu melampau untuk dikaitkan dengan tidak memakai sunscreen dalam rumah tetapi, sekurang-kurangnya kita berusaha sebaik yang boleh. Jangan sesekali diabaikan selain dari gaya hidup sihat.
Saya sentiasa memakai Gold Nano CC Cream (ada Sunscreen protection) daripada Hansaegee Nature ketika keluar rumah dan di dalam rumah sebab CC krim ni mempunyai perlindungan matahari SPF 50+ PA+++. SPF 50+ merupakan untuk melindungi kulit daripada kulit menjadi gelap, sunburn, dan penebalan luar kulit, juga melingungi kulit dari UVB. Manakala PA+++ pula berfungsi melindungi kulit dari UVA tinggi.
Berhati-hati Dalam Memilih Sunscreen
Tidak mengandungi bahan merbahaya
Dalam penjagaan kulit menggunakan sunscreen, jangan lupa untuk memilih krim yang terbaik dan selamat. Sangat penting mengetahui produk yang kita pakai tidak mengandungi bahan-bahan yang bahaya.
Muslim friendly
Kalau boleh cari produk yang diekstrak dari bahan yang semulajadi seperti Gold Nano CC Cream (ada SPF 50+PA+++) dari Hansaegee Nature yang saya gunakan sekarang ni. CC krim jenama ni tidak mengandungi Paraben, tidak juga mengandungi Alkohol, tidak mengandungi sulfate dan bahan-bahan yang dilarang dalam Islam. Sebab tu saya selalu guna CC krim ni.
Tidak blocking lubang pori-pori
CC krim Hansaegee tidak akan blocking lubang pori-pori apabila kita memakainya kerana teksturnya yang diciptakan untuk tidak menyumbat pori-pori yang berfungsi mengeluarkan minyak muka dan peluh.
Pastikan menggunakan CC krim yang terbaik seperti ini kerana apabila lubang pori-pori kulit kita tersumbat, akan mengakibatkan pengeluaran jerawat, mengalami blackheads atau whiteheads kerana kegagalan pengeluarn peluh dan minyak muka dari lubang pori-pori.
Jerawat yang banyak membuatkan keyakinan diri menurun dan berisiko berparut jika jerawat itu tidak dirawat dengan cara yang betul. Sekaligus, pori yang tersumbat mengakibatkan kulit menjadi kusam dan kelihatan tidak bermaya.
Bagi saya, menggunakan CC krim jenama Hansaegee sangat mudah dan ringkas berbanding menggunakan CC krim jenama lain sebab selepas menggunakan skin care harian, boleh sahaja touch up menggunakan CC krim ni tanpa rasa risau susah nak remove semasa nak solat. Pakai tisu basah sahaja dah tanggal. Malah berfungsi memberikan kelembapan kepada kulit selain melindungi kulit dari Sinaran UV.
Gold Nano CC Cream Menjadi CC Krim Kegemaran dan Kenapa?
Senang remove
Senang nak buang. Macam yang saya tulis kat atas, pakai tisu basah sahaja muka dah bersih. Tak perlu susah-susah nak gunakan make-up remover. Lebih-lebih lagi bila nak solat tu. Kan leceh bila nak ambil air wuduk terpaksa make-up remover lah, kena cuci muka pula. huhuhu… Kalau kebetulan tak banyak masa, kelam kabut pula dibuatnya.
Masalah Pori-Pori Besar
Masalah lubang Pori-pori besar biasanya membuatkan kita rasa tidak selesa dan rasa malu. Sebab tu kita selalu nak gunakan foundation dengan harapan lubang pori tidak akan kelihatan. Jangan risau, Gold Nano CC Cream pun boleh mengecil pori-pori agar wajah kelihatan halus, tapi tak sumbat pori-pori sebab macam yang saya cakap tadi CC Cream ni teksturnya ringan je, ia diciptakan untuk tidak menyumbat pori-pori dan senang dicuci. Kalau dah pakai CC krim ni dan tak nak makeup, tak nak pakai foundation pun tak ada masalah. Lihat gambar kat bawah ni.

Beberapa punca lubang pori-pori membesar adalah penggunaan make-up atau skin care macam suncreen, moisturiser yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya, boleh jadi pori-pori tersumbat, dan memperbesar pori. Kita gunakan agar kulit tetap terjaga dengan baik. Gold Nano CC Cream mengandungi bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan terlarang, dan juga yang penting teksturnya tidak berminyak (Oil-Free), rasa moisture cream ni, maka tidak sumbat pori-pori kita lah, ni lah yang penting saya suka CC Cream ni, jaid pori-pori tidak jadi besar. Saya sentiasa rasa selamat mengguakan krim ni. Sebab tu sampai sekarang saya masih setia memakai krim ni. hehe.
Selain itu, lubang pori-pori membesar juga akibat terlalu kerap terkena cahaya matahari. Apabila kulit terdedah dengan sinar UV dari matahari secara berlebihan boleh merosak skin barrier kita, dan mengganggu proses produksi kolagen kulit. Pengeluaran kolagen secara semulajadi yang semakin kurang boleh membuatkan fungsi kolagen menjaga pori-pori lebih rapat akan turut terganggu.
Hal ini kerana kolagen juga berfungsi untuk kulit kekal tegang. Apabila pengeluaran kolagen semakin menurun akibat sinar UV, maka lubang pori-pori akan membesar akibat kulit yang sudah mulai kendur akibat kehilangan kolagen yang banyak. Ha! jadi CC Cream yang ada SPF50+ PA+++ ni boleh melindungi kulit daripada sinaran UV, supaya skin barrier tidak mudah rosak. Selain itu, ada lagi satu benda yang ramai tidak tahu, CC Cream ini ada satu kandungan “Niacinamide” yang boleh membaiki atau membina semula sel kulit yang rosak ni, jadi kulit yang sihat, fungsi kolagen tidak terganggu, pori-pori pun tidak jadi besar.
Packaging dan twist lock cover
Yang tengok gambar mesti awal-awal lagi dah terfikir pasal hal ni kan? Gold Nano CC Cream Hansaegee ni menggunakan botol yang berpenutup style twist lock. Bukan penutup yang main cabut. Jadi, bila bawa ke mana-mana dalam beg, tidak risau langsung terkeluar atau terpicit. Jadi, risiko beg kotor dan pembaziran boleh dielakkan.

Botol pun jenis botol yang nipis dan kecil. So, ringan dan senang nak bawa walaupun handbag yang dipakai masa tu kecil.
Senang nak pakai
Krim ni senang sangat nak pakai. Gunakan jari sahaja dah memadai. Tak perlukan berus mahupun sponge. Hanya gunakan jari sahaja pun dah cukup untuk meratakan warna kulit. Jadi, nak touch up senang. Tak perlu nak bawa banyak peralatan make-up dalam beg. Hehehehe…
Balance skin tone
Tona kulit akan balance tanpa khuatir masalah kod warna sebab krim ni mempunyai teknologi yang boleh mengikut warna kulit kita secara automatik. Krim ni berwarna putih, tapi bila sapu rata dekat kulit muka dengan jari, ia akan bertukar warna ikut tona kulit kita, jadi nampak natural. Saya dah lama tak shopping CC cream yang ada kod warna sebab dah begitu serasi dengan produk ni.


Glowing / Flawless
CC krim ni sangat-sangat tidak sama dengan krim yang lain. Wajah akan tetap glowing walaupun kita berpanas. Muka bukan nampak berminyak tapi nampak glowing yang natural. Saya selalu juga menggunakan CC krim ni sahaja tanpa menggunakan make-up lain. Walaupun hanya CC krim tetapi sudah cukup menutup cela dan melindungi kulit dari cahaya matahari.
Mempunyai perlindungan matahari SPF 50 PA+++
CC krim ni bukan sahaja meunutup cela wajah dan membuatkan wajah kita nampak glowing dan kemas. Tetapi berfungsi melindungu kulit dari cahaya matahari juga. Malah bukan perlindungan cahaya matahari yang biasa kita gunakan. Ia juga mengandungi PA+++. PA+++ merupakan teknologi yang mampu melindungi kulit daripada UVA tinggi. UVA bermaksud cahaya ultraviolet di mana ia merupakan gelombang yang panjang dan mampu menembusi kulit yang dalam.
Perlukah sampai nak pakai CC krim yang mengandungi PA+++ dalam Malaysia ni? Sebenarnya perlu. Kat mana-mana pun perlu. Kenapa terjadinya UVA tinggi? Ia berpunca daripada penipisan ozon bumi akibat pencemaran dan aktiviti manusia. Semakin menipis ozon bumi, semakin berisiko kulit menjadi rosak dan mendapat penyakit kulit.
Tak ada Masalah “Tidak selesa pada muka”
Tekstur krim ni sangat ringan dan tidak melekit. Sebab tu saya tak pernah tukar jenama krim lain. Walaupun saya hanya bekerja dari rumah, saya tetap pakai CC krim ni. Apatah lagi kalau keluar rumah. Tak kisah lah keluar sekejap sahaja atau pun lama. Saya akan pakai setelah selesai menggunakan skin care saya.
Tempah Online
Seperkara yang paling saya suka adalah apabila stok krim dah habis, saya tak pening kepala nak berfikir kod wana salah kalau tempah secara online. Pernah tak nak beli semua kod gara-gara nak beli online? HHhahahaha sebab kan tak boleh nak cuba. Jenuh lah macam tu kan. Tak kira warna kulit kita jenis apa. Pakai CC krim ni selesai masalah takut kod warna salah.

Lagi pun zaman sekarang, zaman virus di mana-mana. Memang orang suka dan selesa sangat membeli secara atas talian. Lebih selesa dan selamat. Senang je nak dapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni.