Review CC Cream Yang Ada SPF Lebih Ringkas Untuk Urusan Seharian | Hansaegee Nature

Assalamualaikum Readers

Review CC Cream Yang Ada SPF Lebih Ringkas Untuk Urusan Seharian | Hansaegee Nature | Salah satu produk dari Hansaegee Nature untuk melindungi kulit tanpa makeup masih nampak cantik dan tertarik. Sekarang semua orang keluar rumah tanpa pakai makeup disebabkan facemask dan malas bermakeup kan? Sepanjang pandemic, Nina hanya pakai ‘basic’ setiap kali keluar rumah. Ini produk easy going dan mula jatuh cinta. Feedback ramai pengguna sangat positif tentang produk ini.

gold nano sun cream
Kebiasaannya, kalau keluar rumah hanya pakai sunblock, moisturize, lip balm dan ready to go. Tapi setelah mencuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature, mula suka sebab ianya bukan sekadar CC Cream biasa tapi ia banyak memberi keberkesanan dan perubahan pada kulit muka Nina sendiri.

packaging sun cream
Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

perbezaan muka pagi dan tengah hari
tektur berwarna putih
Memang tak sangka CC Cream ini lebih ringkas dan menyeluruh kegunaannya untuk menutupi cela dan bekas jerawat, hanya dalam satu botol, tak perlu lagi sapu foundation. Sesuai untuk semua jenis kulit. Produk CC Cream ini sesuai untuk mereka yang pentingkan kecantikan kulit muka untuk semua peringkat umur.

warna berubah coklat

Untuk pengetahuan, CC Cream bermaksud Colour Control Cream, ia krim siang yang kegunaanya all-in one dalam satu, yang mana boleh seimbangkan tona kulit yang tidak sekata dan merawat kulit. Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ini juga boleh dijadikan sebagai rutin penjagaan kulit seharian. Paling best, apabila apply di kulit, ia akan ikut warna tona kulit si pemakai. Jadi tak perlu bimbang, semua jenis dan warna kulit pun boleh pakai.

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

  • Perlindungan UV Sun SPF50 PA ++
  • Mengimbangi nada kulit secara semulajadi
  • Meminimumkan penampakan pori
  • Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit
  • Glowing Skin, Smooth Skin
  • Mengekalkan kelembapan
  • Melegakan masalah kulit

muka nampak lebih berseri
sebelum pemakaian
kulit nampak natural

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini salah satu produk yang berasal dari Korea, jenama produk kecantikan yang diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2011 dan produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi. Semua bahan dalam produk ini telah diluluskan dan selamat digunakan.

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 Bahan Kandungan Utama iaitu :

  • Mineral Water – Yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit. Makin lama korang pakai, kulit menjadi glowing.
  • Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract– Berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit. Termasuk juga bagi mereka yang berjerawat, jangan risau, ianya selamat.
  • Colloidal Gold – Mencegah penuaan kulit, memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi.Semua bahan ni bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit tau!

Cara Penggunaannya 

  • Cuci muka seperti biasa
  • Pakai toner seperti biasa
  • Moisturize yang biasa pakai, kemudian
  • Picit Gold Nano CC Cream dan sapu rata ke muka *tak payah letak sunscreen sebab CC Cream dah ada UV Sun SPF50 PA ++

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream memiliki tekstur yang ringan berbanding BB Cream. Sangat sesuai di muka, tak melekit dan tidak berminyak. Yang penting, produk ini bebas dari sumber haiwan, paraben free, sulfate free dan alcohol free.

testing eyeshadow

CC Cream boleh di pakai tanpa makeup dan boleh dijadikan sebagai makeup base/makeup primer sebab ia akan membuatkan makeup tahan lebih lama dan muka nampak glowing.

kulit tak nampak bercapuk
Cara guna pun senang, setelah picit, terus apply di muka, ia akan sekata dengan warna kulit dan semakin lama dipakai, krim ini akan serap kedalam kulit tanpa meninggalkan kesan comot. Boleh pakai guna tangan tanpa berus. Produk ini juga tahan peluh dan waterproof. Kalau berada di bawah matahari, muka berminyak dan berpeluh jangan risau, CC Cream ini tak bercapuk dan tak comot, still nampak natural di muka.

hasil perbezaan selepas pakai cc cream
jenis twistlock cover
logo hansaegee nature

Hansaegee Nature 
 
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments