Begitu juga dengan Kak Long, walaupun keluar belajar mahupun sekarang dah mula bekerja sambilan dia memilih untuk bersolek secara ringkas dan nampak berseri di pandang mata. Personalitidan imej pun kena juga jaga supaya cantik dan elegan dalam kesederhanaan. Rupanya sekarang ni Kak Long menggunakan CC Cream sahaja sebagai asas solekannya kerana cepat siap dan wajah pun lebih berseri dan glowing mengikut tona warna kulitnya.
HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM
Jadi ana nak berkongsi dengan wanita jelita di luar sana, apakah kelebihan pada HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM yang Kak Long gunakan ini. Mesti ramai di luar sana yang sedang tercari-cari CC cream yang menghasilkan solekan yang natural mengikut tona warna kulit masing-masing kerana wajah kita tidak sama, namun ia tetap memberikan hasil solekan wajah yang glowing tetapi tidak langsung berminyak dan bercapuk bila berada di luar .
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream adalah krim kecantikan semua dalam satu untuk kegunaan setiap hari. Ia boleh mengawal tona warna kulit agar nampak asli dan juga bertindak mencerahkan wajah dalam masa yang sama. ( Color Control + Brightening ). Kalau korang lihat pada calitan warna dari tiub Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, ia adalah berwarna putih tetapi magic nya apabila di ratakan pada wajah ia akan bertukar kepada tona warna kulit kita.
Bagaimana Hansaegee Nature CC Cream ini berubah mengikut tona warna kulit seseorang adalah kerana formulasi kapsul kecil mampu menyelaraskan menyerap ke dalam kulit wajah dan mengikut tona warna wajah seseorang. Macam Kak Long sendiri, walau pun berkulit agak cerah tetapi selepas memakai Hansaegee Nature CC Cream ini, tidak menjadikan wajahnya putih melepak namun berubah kepada tona warna yang lebih natural agar solekan wajah menjadi semulajadi.
Kalau korang perhatikan pemakaian Hansaegee Nature CC Cream ini adalah menutup penuh sebarang celaan pada wajah. Dalam erti kata lain full coverage . Bagi yang jenis kulit berminyak atau cepat berpeluh pun ia masih mampu bertahan dan tidak akan kelihatan bercapuk. Walau bagaimana ia mudah di bersihkan dengan mencuci wajah sekiranya kita ingin solat dan bolehlah memakainya semula dengan cepat selepas solat. Mudah dan selesa pastinya.
Jangan risau kerana wajah korang tidak akan nampak putih melepak sebaliknya ia mengikut tona warna kulit wajah korang dalam masa yang sama akan nampak lebih cerah dan glowing. Dan untuk wanita yang selalu berada di luar untuk urusan seharian, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mempunyai perlindungan dari cahaya matahari SPF 50PA +++ . Malahan ia di formulasi juga sebagai anti kedutan, haa hat ni ana suka, nanti nak try sendiri suruh Kak Long belanja ibunya. Lebih menarik lagi ia mengekalkan kelembapan wajah sepanjang hari.
Apakah kandungan formulasi di dalam HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM ?
Di formulasi kan dari 3 bahan utama yang baik untuk kecantikan wajah iaitu :
Mineral Water – Untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit wajah dan juga formulasi bersama vitamin yang aktif untuk menganjalkan wajah .
Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – Bertindak untuk melegakan kerengsaan kulit, kerana memberikan kesan sebagai Anti bacteria yang mampu melindungi wajah.
Nano Gold – Mencegah kesan penuaan pada wajah seperti kedutan dan garis halus. Ia juga menghalang kesan radiasi pada wajah dengan kandungan antimicrobial dan antioxidative.
Dapatlah di rumuskan kelebihan HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM adalah :
Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++
Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
Meminimumkan penampilan pori
Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
Mencerahkan kulit
Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
Glowing skin dan melicinkan kulit
Mengekalkan kelembapan
Melegakan masalah kulit
Cara memakai HANSAEGEE NATURAL GOLD NANO CC CREAM
Inilah hasil solekan wajah Kak Long nampak natural sangat kan senada dengan tona warna kulitnya yang agak cerah. Cukup sebagai asas solekan dan memberikan impak pada warna-warna solekan yang lebih jelas terutama bila Kak Long memakai gincu dan pembayang mata yang simple. Dah siap cepat tapi glowing kan..
Kak Long suka kerana walaupun kadang-kadang bila keluar makan wajah memakai facemask dan berpeluh namun ia tidak menjejaskan solekan tetap maintain, gituew. Tak lah bercapuk dan bertompok bila dan kena peluh. Masih kekal solekan. Lepas solat pun mudah nak touch-up semula wajah, kejap je dah selesai. Jadi apa tunggu lagi ?
Dah berkenan lah tu yer… Korang boleh sahaja dapatkan info-info terkini, pembelian dan promosi produk Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream dan pelbagai lagi rangkaian produk penjagaan wajah Hansaegee di pautan yang ana berikan di bawah.