Mama mempunyai kulit kombinasi, kalau lama sangat berada di luar rumah muka akan cepat berminyak. Bila kulit wajah mula berminyak, foundation akan cepat bercapuk dan mengelupas. Jadi bila sapu compact powder kesannya bedak akan nampak tak sekata. Kalau nak touch-up semula kena cuci dulu muka then sapu foundation semula baru ok. Agak leceh kalau berada di luar, if duduk di rumah atau office ok je.
Ok mama nak share produk best ni, mama dah try sendiri pun. Makanya mama rasa ianya best hehe. Kalau tak best mama takkan tulis review. Produk ni memudahkan mama di mana-mana saja, tak kira di rumah, tempat keje, dalam kereta atau di luar rumah. Senang sangat nak apply kat muka dan kulit juga tidak berminyak dan bercapuk.
Hansaegee Gold Nano CC Cream
Hansaegee Gold Nano CC Cream ni merupakan All-In-One day cream. Ianya mengandungi fungsi Color Control + Brightening iaitu secara fizikal dilihat berwarna putih tetapi apabila disapu pada kulit akan bertukar warna mengikut skin tone masing-masing. Kesannya, kulit akan kelihatan cerah, smooth & glowing dan juga bertindak mengekalkan kelembapan secara natural sepanjang hari.
Hansaegee Gold Nano CC Cream ini juga berfungsi sebagai krim anti penuaan dan mengandungi SPF50+ PA+++ yang berfungsi sebagai pelindung matahari. Fungsinya yang mengekalkan kelembapan kulit makanya bila kita pakai terasa ringan dan tidak melekit, tidak berminyak dan kulit glowing secara natural. Tiga bahan utama Hansaegee Gold Nano CC Cream ini ialah:
- “Mineral Water” – Keep skin PH balance, Reinforces skin penetrating depth, Involved in active vitamin, increase skin elasticity.
- “Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – Relieves skin irritation, Anti-bacterial effect, Relieves skin trouble.
- “Nano Gold” – Prevents aging skin, Block far-infrared radiation, High antimicrobial activity. High antioxidative activity.

Fungsi utama Gold Nano CC Cream ini ialah ianya bertindak sebagai balance untuk mengimbangi dan menjadikan skin tone terlihat natural. Selain tu, ianya memberikan perlindungan kepada cahaya matahari dengan adanya SPF50+ PA+++. Warna tona kulit akan menjadi lebih sekata, cerah dan glowing.
Hansaegee Nano Gold CC Cream yang dikilangkan di Korea ini mempunyai packaging yang cantik berwarna emas dan mudah di bawa ke mana-mana saja
Cara Penggunaan Hansaegee Gold Nano CC Cream
Senang sangat nak guna CC Cream ni, hanya apply gunakan tangan dan tidak memerlukan brush atau span muka. Pada mulanya ia merupakan krim berwarna putih, tetapi setelah di blend ke seluruh wajah ianya akan bertukar mengikut warna tona kulit natural wajah kita. Ia berfungsi mengimbangi skin tone dan kesannya kulit wajah akan kelihatan glowing dan bersinar secara semulajadi. Makanya, bila beli Hansaegee cream ni, korang tapayah sesusah nak cari colour code yang sesuai dengan kulit korang. Semua kulit boleh guna CC Cream yang sama. Kalau korang sejenis yang tak suka makeup, CC Cream ni memang sesuai sangatlah sebab korang akan nampak natural dan CC Cream akan membantu penampilan korang lebih menarik. Memang simple dan senang step untuk rutin harian korang sehari-hari. Sesuai sangat terutamanya untuk Malaysian ladies yang sentiasa busy dengan tugas seharian. Campak je dalam handbag sebab packaging CC Cream ni tak mudah tumpah dan penutupnya senang hanya “twist-lock” sahaja.
Penutup CC Cream yang selamat dan tak mudah tumpah, nak buka hanya “twist-lock” je

Cara nak pakai senang sangat, dap dap je CC Cream ikut kesukaan korang
Tak mudah kering CC Cream ni, I loikeee
Ratakan CC Cream gunakan tangan (tidak perlu brush atau span muka)
Doneeee
Testing keberkesanan pemakaian Hansaegee Gold Nano CC Cream
Mama suka buat testing dulu untuk uji kesan pemakaian CC Cream ni. Nak tengok sesuai dan elok ke tidak untuk kulit sendiri. Jom mama share apa yang mama dah buat dengan CC Cream ni. Hansaegee Gold Nano CC Cream ni sebenarnya krim yang berwarna putih, tetapi bila mama apply di kulit dan blend ianya berubah mengikut warna skin tone sendiri dan kelihatan natural. Takde la nampak macam kita pakai bedak tebal sangat, sebab CC Cream ni nipis dan tidak berminyak. Kulit wajah pun kelihatan glowing, tona sekata dan lembut serta liang pori tidak kelihatan. Meh mama share cara mama buat testing CC Cream ni:

Macam dalam gambar ni bila mama pump dan letak kat tangan, warna CC Cream ni kelihatan putih
Sebelah kanan kelihatan glowing, smooth dan liang pori tidak kelihatan.
Manakala sebelah kiri tanpa CC Cream kelihatan liang pori terbuka dan parut jerawat
Testing penggunaan makeup
Korang boleh guna CC Cream ni tanpa makeup juga tau. Tapi kalau nak guna makeup, cuba tengok gambar kat atas ni, mama test kat tangan. Tangan yang sebelah atas tanpa CC Cream, sebelah bawah dengan CC Cream. Makeup kelihatan lebih sekata, mudah disapu, lebih terang dan tak lebam. Warna nampak lebih vibrant/menyerlah dan makeup lebih tahan lama dan tidak bercapuk.
Kebiasaannya CC Cream ni sangat sesuai untuk wanita yang tidak suka bermakeup atau tak suka heavy makeup. Kalau korang jenis nak simple-simple je, sapu CC Cream lepas tu pakai lipstick dah siap untuk keluar jalan-jalan. Senang, sebab CC Cream ni dah ada SPF50+ PA+++ pelindung matahari. Sangat mudah dan kelihatan menarik dan glowing terus muka korang.
Tapi kalau korang nak lebih coverage pada kulit, korang boleh tambah foundation pula lepas sapu CC Cream ni sebagai makeup tambahan. Sebab, CC Cream ni boleh jadi Makeup Base atau Premier untuk balance kan tona kulit dan menjadikan makeup lebih tahan lama. Bila korang berpeluh atau kulit korang berminyak pada waktu tengahari pun, kulit korang tetap nice dan lawa je hehe. Tak percaya jom tengok test kat bawah ni pulak 🙂
Berpeluh kena air kulit masih kelihatan fresh dan tak bercapuk
Kalau korang buat keje rumah atau bertugas di luar rumah, kulit akan berminyak kan? Tapi kalau korang apply Hansaegee CC Cream ni, kulit berminyak takkan bercapuk. Kulit berminyak akan menyebabkan muka berkilat, kesannya korang akan kurang yakin nak jumpa orang.
Lepas beberapa jam korang guna CC Cream ni, kalau korang re-apply lagi CC Cream semula, kulit korang akan lagi nampak glowing nanti. Confirm korang lagi nampak berkeyakinan. Cubalah 🙂
Maklumat Lanjut:
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia