Review: Kebaikan CC Cream yang bagus untuk sehari-hari Dari Hansaegee Nature

Review: Kebaikan CC Cream yang bagus untuk sehari-hari Dari Hansaegee Nature | Untuk pengetahuan semua, sejujurnya nieyl tak pernah cari ataupun cuba untuk membeli dan menggunakan sebarang cc cream sebelum ni. Nieyl lebih suka make up menggunakan foundation untuk base make up.

Dan untuk pertama kalinya nieyl mencuba cc cream by Hansaegee Nature beberapa hari terus jatuh cinta dan ia bukan sekadar cc cream malah ia mempunyai banyak keberkesanan dan kebaikan pada kulit nieyl.

suncreen gold nano CC Cream

Serius tak sangka rupanya cc cream ini sangat menjimatkan masa untuk nieyl bersiap terutama ketika bersiap nak pergi kerja. Untuk mereka yang mementingkan kecantikan cc cream ini sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit.

Apabila umur dah semakin meningkat, perkara yang paling ditakuti nieyl ataupun wanita di luar sana  adalah kehadiran kedutan dan jeragat dikawasan permukaan kulit muka. Kepada mereka yang tidak tahu apa makna CC Cream ,CC Cream bermaksud Colour Control Cream,yang mana ianya boleh seimbangkan tona kulit kita dan merawat kulit kita.

krim warna putih

Kalau korang tengok  krim ini secara fizikalnya ia berwarna putih dan terdapat sedikit warna coklat  dimana apabila kita apply menggunakan jari  dan blend ke keseluruhan muka akan berubah warna menjadi merah jambu ataupun coklat mengikut warna kulit korang sehingga menampakkan kulit korang menjadi lebih cerah semula jadi dan bukannya putih.

warna berubah coklat

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

  • *Perlindungan UV Sun SPF50 PA ++
  • *Mengimbangi nada kulit secara semulajadi
  • *Kurangkan penilaian liang
  • *Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup
  • *Mencerahkan
  • *Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit
  • *Glowing Skin, Smooth Skin
  • *Pastikan kelembapan
  • *Melegakan masalah kulit

Kandungan Bahan (ingredient)

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 bahan utama iaitu :

  • Mineral Water – mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
  • Nano Gold – Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi

Cara Penggunaan 

  • Cara penggunaan Gold Nano CC Cream ini sangat mudah,  hanya apply dengan jari sahaja. Tak perlu guna berus pun,kemudian sapukan ke seluruh wajah dengan sekata.
  • Kalau cara nieyl pakai , dap dap dap kat muka dan sapukan seluruh muka sehingga rata. Senangkan?

    senang apply 2 fingers

Apa Tekstur CC Cream ni?

 Wanita diluar sana kena cuba  krim ini  sebab ia mempuyai tekstur yang ringan dan  ianya sesuai digunakan setiap hari dalam tempoh yang panjang. Seperti nieyl yang bekerja dari pagi sehingga lewat petang tak adakan ada masa nak apply berkali-kali make up dalam sehari. Selain dari itu krim ni sanagt best sebab ia mengekalkan kelembapan apabila kita apply , ia tidak akan keringkan kulit muka kita, semakin lama kita pakai semakin flawless kulit muka kita nanti.

mudah serap selepas sapu

Dan tidak lupa juga, yang paling best tentang kirm ini sepanjang nieyl guna ianya tidak  berminyak dan tidak melekit. Jadi, ia sangat sesuai kepada mereka yang bekerja dalam cuaca yang panas terik ini. Walaupun berpeluh ianya tidak akan menjadikan kulit kita berminyak malah ia bertindak  menjadikan kulit muka kita lebih Nampak cerah dan natural.

Mempunyai penutup jenis twist lock dapat melindungi dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas.

jenis twist lock senang
Selain itu juga, kalau korang perasan bila kita berpeluh ataupun muka kita terkena air hujan mesti kita akan lap menggunakan tisu kan, kalau guna make up yang pastinya kalau kita lap akan meninggalkan kesan pada tisu tetapi bila korang guna cc cream ni secalit kesan pun tak akan ada dekat tisu ini kerana Gold Nano CC Cream ini adalah  tahan peluh dan waterproof. Jadi, tak perlu risau kalau muka korang kena air hujan lepas ni, ia tidak akan merosakkan make up korang.

berpeluh tidak bercapuk
Korang boleh lihat sendiri perbezaan sebelum dan selepas nieyl menggunakan cc cream ni, kulit muka lebih cerah dan glowing . Tak perlu menggunakan foundation yang tebal-tebal untuk mendapatkan kulit seperti ini. Hanya applykan Gold Nano CC Cream pada muka dan hasilnya sangat puas hati.

perbezaan kulit muka pakai dan tak pakai
Krim CC ini mempunyai fungsi Pelindung Matahari, mendapat SPF50 + PA +++, dapat melindungi kulit dari Sinaran UVA & UVB. Lagi lama kita guna, dibawah cahaya matahari lagi glowing kulit muka kita.

ada high protection spf 50
CC Cream ini boleh berfungsi sebagai asas solek. boleh menjadikan solekan anda lebih tahan lama dan solek warna lebih berpigmen. makeup kulit tak bercapuk walaupun berpeluh petang.

perbezaan makeup lebih pigmented

Nieyl  memang recommend korang untuk mencuba sendiri cc cream yang super best. Yang mempunyai normal. kulit berminyak dan sensitif pun boleh juga tau sebab ianya Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol dan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk yang suka make up yang simple natural dan ringan seperti nieyl , Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sesuai untuk korang jadikan skincare routine korang.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai produk Gold Nano CC Cream ini dan pelbagai lagi produk brand Hansaegee Nature, korang boleh klik dibawah ini okay..selamat mencuba…

logo hansaegee

Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments