Pelembab Tidak Berminyak untuk Makeup Tahan Lama dan Nampak Glowing

Pelembab Tidak Berminyak untuk Makeup Tahan Lama dan Nampak Glowing | Hansaegee Nature

Cuaca di Malaysia yang tidak menentu sudah pasti mempegaruhi kulit wajah kita.  Betul tak?  Yalah, cuaca di negara kita berubah-ubah sekejap panas dan kemudian sejuk.  Macam cx sendiri, sejenis kulit normal kepada kering, acapkali bimbang akan kesan terhadap kulit.  Tambahan, pemilihan krim wajah hendaklah betul supaya kulit kita terpelihara dan dilindungi tak kira masa.

Tambahan dengan peningkatan usia, lagilah membuatkan cx rasa risau dan bimbang dengan masalah kulit kering.  Jadi, cx telah buat carian dan menjumpai satu krim wajah yang bagus serta sesuai untuk semua jenis kulit.   Makanya sekarang cx menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream untuk kulit wajah cx.  Alhamdulillah kesannya sangat positif terhadap kulit wajah cx yang agak kering.   Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom cx kongsikan dekat bawah okay.

packagaing aqua

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Fungsi dan Kebaikan Aqua Whitening Cream Hansaegee

Aqua Whitening Cream ini sebenarnya adalah sejenis pelembab.  Aqua whitening cream hansaegee ini membantu membaikpulih masalah kulit wajah rosak dan kemerahan dengan baik.  Penggunaan Aqua whitening cream memberikan kelembapan yang baik terhadap kulit wajah kita.  Cx suka sangat sebab ianya membekalkan kelembapan yang terbaik dengan kesan ‘water drop’ atau titisan air.
Kesan water drop ini memberikan penghidratan yang ajaib kepada kulit wajah.  Water drop melembabkan dan ianya tidak melekit ketika di oles ke kulit muka.  Kulit akan rasa segar, sejuk dan lembut.   Selain itu, aqua whitening cream juga membantu mengawal lebihan minyak dan juga sebum pada kulit yang berkaitan dengan masalah kulit berminyak.
sangat moisture
Pelembab Tidak Berminyak
Ektrak Herba yang terkandung dalam hansaegee nature aqua whitening cream dapat membantu memberikan ketenangan terhadap kulit wajah kita.  Diformulasikan dengan ekstrak herba yang meningkatkan penembusan jauh ke dalam kulit. Ianya juga membaiki kulit yang kemerahan dan sunburn. Hasil kelembapan yang diberikan aqua witening cream hansaegee ini membuatkan kulit kita lebih lembut dan anjal.

Paling utama, hansaegee nature aqua whitening cream ini selamat untuk digunakan.  Aqua whitening cream hansaegee ini berasaskan bahan tumbuhan semula jadi, tiada paraben, alkohol dan sulfat yang boleh memberi kesan memudaratkan kulit wajah si pengguna.

Kandungan Bahan Terpilih dalam Aqua Whitening Cream Hansaegee

Antara bahan terpilih yang terdapat dalam aqua whitening cream hansaegee adalah;  Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract . Tetapi cx nak kongiskan bahan utama yang terkandung dalam aqua whitening cream hansaegee sahaja.  Bahan utama yang cx maksudkan adalah Niacinamide dan Camellia Japonica Seed Oil.

tidak melekit

Aqua Whitening Cream
  • Camellia Japonica Seed Oil
Camellia Japonica Seed Oil merupakan bahan yang non-comedogenic.  Non comedogenic ini ialah menunjukkan produk penjagaan kulit atau kosmetik yang diformulasikan khas agar tidak menyebabkan pori tersumbat.  Bila kita menggunakan krim yang menyebabkan pori tersumbat, ianya akan menyumbang kepada masalah baru pula iaitu jerawat.  Camellia Japonica Seed Oil inilah yang membantu membaiki kulit yang kemerahan dan sunburn.  Ianya bertindak jauh menembusi ke bawah kulit.

Cara guna Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Cara yang betul untuk menggunakan aqua whitening cream hansaegee ini  adalah seperti berikut.  Cuci muka terlebih dahulu.  kemudian ambil sedikit aqua whitening cream dan oleskan di wajah.  Sapukan aqua whitening cream ke wajah dan urutkan serata muka hingga leher.  Ketika ini selepas beberapa saat, water drop akan muncul dan kelihatan di wajah.

Kehadiran water drop sangat membantu melembabkan dan melembutkan kulit wajah.  Hanya perlu dap dap sahaja kulit muka menggunakan jari jemari kita secara lembut.  Water drop akan menyerap dengan mudah hingga ke dalam kulit sepenuhnya.

sapu pada kulit

Oleskan Aqua Whitening Cream ke wajah dan sapu rata

meresap dan keluar titisan air
Selepas beberapa saat, ‘water drop’ akan kelihatan

feel fresh glowing

Selepas menggunakan aqua whitening cream

Hansaegee Aqua Whitening Cream Testimoni

Pada cx, testimoni jujur setelah menggunakan hansaegee nature aqua whitening cream ini adalah, pertama sekali cx suka krim dia sebab ianya lembut.  Aqua whitening cream hansaegee berwarna putih jernih.  Ianya sangat smooth dan mudah untuk digunakan.  Bila cx oles di muka, mudah sangat aqua whitening cream meresap ke dalam kulit.  Tiada langsung masalah krim melekit atau berminyak.
Jika mengikut pengalaman cx, ada jenis krim lembut jernih macam ini tetapi apabila cx dah guna, ianya agak melekit dan berminyak di muka.  Jadi, cx rasa tidak selesa sangat.  Lama nak tunggu krim menyerap.  Tetapi tidak dengan penggunaan aqua whitening cream hansaegee ini ya.  Pantas meresap ke dalam kulit.  Aqua whitening cream ini besifat lembab dan bila dah sapu dekat muka, cx rasa sedikit berangin.  Berangin yang cx maksudkan adalah kulit muka jadi lebih segar dan selesa.

sapu pada kulit tangan

Pelembab Tidak Bermiyak untuk Makeup Tahan Lama

Bila cx kenakan solekan di wajah selepas menggunakan aqua whitening cream, kesan dia memang cantik.  Maksud cantik dekat sini adalah, foundation kita tidak bercapuk selepas digunakan.  Cx rasa sangat selesa bila bersolek sebab aqua whitening cream mengekalkan keadaan kulit muka yang lembab dan tidak kering.  Malahan, waima bersolek, kesan aqua whitening cream membuatkan cx rasa selesa dan kulit muka pon mudah bernafas, lembut dan cerah sempurna.

makeup nampak sharp
Pelembab tidak berminyak untuk makeup tahan lama

makeup nampak tak pigment

Perbezaan penggunaan pelembab

Aqua Whitening Cream Hansaegee Patut Dimiliki Segera!

Aqua whitening cream hansaegee ini patut dimiliki oleh semua orang.  Kalau korang nak tahu, sudah semakin ramai pengguna aqua whiteing cream ini.  Pengguna aqua whitening cream ini sangat berpuas hati dan memberikan respon yang positif.  Berdasarkan pengalaman pengguna yang mengalami masalah sunburn yang menyebabkan masalah kemerahan kulit.  Selepas mereka menggunakannya beberapa hari secara konsisten, aqua whitening cream telah kembalikan semula kulit wajah mereka.

guna pagi dan malam

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Review

Lagipun, aqua whitening cream ini sangat ringan dan berair.  Ianya tidak berminyak.  Jadi, ramai pengguna mengatakan bahawa masalah jeragat mereka juga dapat diatasi dan kelihatan lebih baik selepas sebulan penggunaan aqua whitening cream.  Korang memang patut untuk cuba dan wajib memilikinya sekaran ! Rugi kalau tidak cuba ! Nah cx bagi maklumat berkaitan untuk korang nilai sendiri okay.   Selamat mencuba!

logo hansaegee

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments