Hello readers. Hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza baru cuba and best untuk orang yang nak cepat and tak suka nak makeup sangat. Kalau korang ingat, Iza pernah review cleanser dari Hanseagee and kali ni Iza nak review Gold Nano CC Cream dari Hansaegee pulak.
Selalu dengar kan CC cream? Tapi korang tau tak CC cream tu apa? CC cream tu nama penuh dia ialah complexion corrector atau jugak orang tau sebagai color corrector atau color control. Which CC cream ni bertindak membetulkan tona warna kulit muka kita.
Selain tu dalam Gold Nano CC Cream ni ada Mineral Water yang memastikan pH pada kulit sentiasa seimbang serta melancarkan penyerapan pada kulit dan meningkatkan keanjalan pada kulit muka.
CARA PENGGUNAAN
Cara nak guna Gold Nano CC Cream ni pun sangat senang and tak perlu gunakan berus pun tau. Korang cuma sapukan je CC cream dekat muka and blend je dengan jari.
Warna CC Cream ni warna putih and mula-mula memang akan nampak putih muka kita tau tapi jangan terkejut pulak just blend dengan jari sampai color dia tukar mengikut warna kulit muka korang and kulit muka pun akan nampak cerah semulajadi. CC Cream ni tak akan buat muka korang putih yang pelik.
OVERALL REVIEW
Kalau nak full makeup pun boleh jugak gunakan Gold Nano CC Cream ni as base. Iza akan apply CC cream ni dulu then baru Iza apply foundation. Makeup pun akan jadi lebih long lasting and pigmented. So makeup kita akan lebih cantik bila jadikan CC Cream ni as base.
Yang bestnya pakai Gold Nano CC Cream ni, kulit muka tak rasa berminyak pun and kalau basah pun CC cream ni tak transferable but still nampak cantik. So tak risau la kalau smudge and nampak tak sekata.
Lepas tu bila lama-lama kulit Iza akan berminyak especially bila dah nak petang, tapi Iza tak risau sebab CC Cream ni tak buat muka Iza bercapuk pun tapi nampak lebih glowing yang natural. Bukan setakat tu je, CC cream ni sangat lightweight and kulit tak rasa sticky pun bila pakai but instead rasa lebih smooth.
Kalau korang nak tau lebih lanjut or nak cuba juga Gold Nano CC Cream ni, korang boleh check out link dekat bawah ok?