Hello readers! Hari ni Iza nak share dengan korang produk yang Iza cuba recently which is Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature. Iza percaya korang dah pernah dengar pasa produk ni sebab dah ramai orang cuba dah pun.
- Aloe Barbadensis Leaf Juice
- Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil)
- Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract
- Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract
- Jasminum Officinale (Jasmine) Extract
- Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract
Korang boleh refer full ingredient dekat sini:
Dalam banyak-banyak bahan-bahan yang ada dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, Iza nak highlight dua bahan utama which is Aloe Barbadensis Leaf Juice (Aloe Vera) dan Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil). Both ingredients ni sangat bagus tau untuk kulit which Aloe Barbadensis Leaf Juice (Aloe Vera) bertindak sebagai anti-inflammation, melegakan sunburn, boleh melembapkan kulit, merawat jerawat, mengurangkan spot mark dan menjadikan kulit bersih. Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) pulak boleh menjadikan kulit lebih lembut, bertindak sebagai anti-fungus, boleh jugak merawat jerawat, menjadikan kulit licin serta mengurangkan jangkitan pada kulit.


- Melawan masalah jerawat
- Membersihkan pori secara mendalam
- Mengawal minyak dan sebum pada kulit
- Melegakan kulit
- Melembabkan kulit
- Bertindak sebagai exfoliator dengan membuang sel kulit mati
- Membuang bekas solekan pada kulit
Iza dah cuba produk ni lebih kurang dua minggu lebih. Muka Iza sejak pregnant ni macam behave sikit so tak banyak masalah. Ada pun jerawat tiba-tiba je. Korang boleh tengok perubahan dari hari ke-3 dengan hari ke-17, kulit muka Iza lebih bersih. Jerawat yang ada kat bawah mulut Iza pun dah tak ada and dark spot pun nampak berkurang.


Sebabkan dia berbuih so bila cuci muka tu rasa buih tu lembut dan berair je kat muka sambil massage. Langsung tak rasa merekit and feel dia sangat fresh!
Iza ada jugak test cuci kesan makeup sebab ada kelebihan dia boleh remove makeup and memang ada impress jugak la bila Iza test. Korang boleh tengok sendiri kesannya dekat sini. Most of it senang nak cuci kecuali lipcream. Foundation tu Iza letak banyak tau but still boleh bersih and kebiasaannya tak ada la kita letak foundation setebal tu. Kalau tebal sangat still kena guna oil cleanser/makeup remover. So kalau korang pergi travel or terlupa nak guna oil cleanser/makeup remover pun korang tak perlu risau sebab dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser pun kulit korang still boleh bersih.
Bagi Iza cleanser ni memang best and korang patut cuba. Thumbs up! Harga dia pun ok la tak ada la super mahal, korang boleh dapatkan cleanser ni dengan harga RM65.00. Korang boleh dapatkan maklumat lebuh lanjut dekat sini:
