Tips Mudah untuk Kulit Lebih Berseri Secara Sihat

Tips Mudah untuk Kulit Lebih Berseri 

Secara Sihat

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
 
Hai semua .. Hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua satu tips untuk kulit  kita tampak lebih berseri tapi dengan cara yang selamat dan sihat .. Jom baca│Tips Mudah untuk Kulit Lebih Berseri Secara Sihat ♥
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Haa , tips untuk kulit kelihatan lebih berseri tapi dengan cara yang sihat bermula dengan penggunaan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature .. Yana dah lebih 3 minggu Yana menggunakan Aqua Whitening Cream nie dan Yana sangat berpuas hati dengan hasilnya .. Aqua Whitening Cream nie  sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak , kulit jenis kombinasi  , kulit kering ,kulit sensitif dan berjerawat , bagi mereka yang mempunyai masalah sunburn , kulit berkedut last but not least bagi mereka yang mempunyai masalah tona kulit tidak sekata ..

Macam Mana Nak Guna Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature nie ?

Macam Mana Nak Guna Aqua Whitening Cream

 

Ala mudah saja cara nak gunakan Aqua Whitening Cream nie , setelah anda selesai membersihkan wajah anda .. Ambil Aqua Whitening Cream sapukan ke wajah dan leher anda .. Urut dengan lembut sehingga muncul titisan air di wajah anda selepas beberapa saat anda urut wajah anda .. Kemudian , tepuk perlahan-lahan kulit anda sehingga Aqua Whitening Cream dapat diserap sepenuhnya ke dalam kulit ..
Gambar dekat bawah nie Yana akan terangkan satu persatu step yang Yana buat semasa nak apply Aqua Whitening Cream nie dekat muka Yana
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream 2
Okay nie tekstur Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature .. Teksturnya ringan dan tidak melekit tau ..
Texture Aqua Whitening Cream
Kemudian , Yana letakkan atas tangan Yana untuk anda nampak dengan lebih jelas tekstur Aqua Whitening Cream nie ..
Texture Aqua Whitening Cream 2
Bila Yana sapu atas tangan Yana dia jadi macam nie .. Nampak macam krim pelembap yang biasa kan ? Tunggu sekejap ..
titisan Air Aqua whitening Cream
Selepas Yana sapukan Aqua Whitening Cream nie dalam beberapa saat sahaja terhasilnya water drop yang membuatkan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature nie lain daripada krim-krim pelembap yang lain ♥

Apakah Tekstur Aqua Whitening Cream ?

Apakah Tekstur Aqua Whitening Cream

 

Apakah Tekstur Aqua Whitening Cream 2

 

Tekstur Aqua Whitening Cream daripada Hansagee Nature adalah water based sangat-sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak , kulit jenis kombinasi dan kulit kering sebab ia akan membuatkan kulit anda nampak glowing tanpa melekit dan berminyak .. Pendek kata , dia nampak glowing secara sihat gituu ..

Apakah Fungsi Aqua Whitening Cream ?

Fungsi Aqua Whitening Cream

 

Okay kalau anda semua nak tahu terdapat beberapa fungsi Aqua Whitening Cream iaitu :
  • Melembapkan & Memutihkan & Menjaga Kulit yang Berfungsi
  • Mengawal sebum & minyak berlebihan pada kulit
  • Membaiki kulit yang kemerahan dan terbakar matahari

Bahan-Bahan yang Digunakan dalam Aqua Whitening Cream

Bahan-Bahan yang Digunakan dalam Aqua Whitening Cream

(gambar sumber : website Hansaegee Nature)
Bahan-Bahan Utama dalam Menghasilkan Aqua Whitening Cream adalah :
Niacinamide, Ekstrak Akar Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica, Ekstrak Akar Cnidium Officinale, Ekstrak Buah Gardenia Florida, Ekstrak Akar Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rootan dan Chinensis
Kebaikkan Niacinamide untuk kulit ialah :
  1. Menjaga kelembapan kulit
  2. Memperbaiki kulit yang rosak
  3. Mengawal kulit berminyak
  4. Mencerahkan tona kulit

Water Drop Moisturizer

Water Drop Moisturizer

 

Water Drop Moisturizer 2

 

Kesan penghidratan ajaib. Titisan air memberi kelembapan pada kulit & rasa tidak melekit.
Menyegarkan kulit – Kulit anda terasa sejuk & lembut. Selepas Aqua Whitening Cream ini disapukan pada kulit selepas beberapa saat akan muncul water drop yang akan memberi kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari … Selain itu , ia juga dapat mengawal minyak yang berlebihan di bahagian wajah ..

Review daripada Yana Selepas Beberapa Minggu Menggunakkan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature

Review daripada Yana Selepas guna Aqua Whitening Cream

 

Sejujurnya , Yana sudah mula jatuh cinta dengan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature nie .. Selepas Yana menggunakannya kulit Yana rasa lebih lembut , segar dan kurang berminyak .. Setiap kali Yana make up dia akan buat make up Yana tahan lebih lama berbanding sebelum Yana menggunakan Aqua Whitening Cream nie .. Teksturnya yang ringan dan water  based membuatkan kulit Yana tidak melekit setiap kali selepas Yana memakainya ..Yana sangat syorkan Aqua Whitening Cream nie kepada anda semua yang mempunyai masalah kulit seperti yang Yana nyatakan di atas .. Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai Aqua Whitening Cream daripada Hansagee Nature ..

 

Review daripada Yana Selepas guna Aqua Whitening Cream 2

 

Sekiranya anda berminat nak buat pembelian anda boleh KLIK SINI.. Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Aqua Whitening Cream atau produk-produk lain daripada Hansaegee Nature anda boleh rujuk maklumat di bawah :

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments