Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dan Tahan Lama | Hansaegee Nature

Eh eh, seketul Sunah nak share pasal produk skincare ke tu? Rare betul! Bukannya apa, sebab memang jarang pakai makeup. Kalau keluar rumah pun, lebih suka tepek compact powder aje. Simple. Tapi sebelum tepek bedak tu, lepas mandi dan cuci muka dengan pembersih muka, akan sapu dulu face lotion dan juga face water gel untuk pastikan muka terhidrat sepanjang hari. Itu je lah rutinnya.

Masalahnya, face lotion dengan face water gel yang saya pakai tu takde SPF ye uols. Memang tertera pada label, produk tu takde SPF, siap suggest pakai lagi something yang ada SPF lepas guna face lotion dan face water gel untuk melindungan kulit muka dari sinar UV. Haa, jangan tanya lah kenapa kulit jadi kusam dan tak sekata. Dah tau kan sebab dia? Haha!

Ye le, dah bila tiba waktu malas, tak sapu apa-apa terus. Nak harap compact powder saje? Sekadar menutup cela sampai waktu berpeluh, boleh lah. Compact powder memang ada SPF tapi tak cukup ye uols, tak membantu melembapkan kulit muka kita sepanjang hari. Kena la pakai something juga untuk make sure our skin stays hydrated all day long.

Dari situ la saya mula berjinak-jinak belajar tentang CC Cream. Color Corrector Cream berfungsi menutup cela pada wajah dengan coverage yang lebih mendalam. CC Cream juga sangat membantu memudarkan kedut, maka tak hairan lah ia selalu jadi pilihan bagi wanita dewasa yang semakin meningkat usia. Macam saya lah! Haha!

Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dan Tahan Lama

 

Dalam banyak-banyak CC Cream, saya cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Sebelum ni, saya pernah guna ALOE AC Bubble Cleanser dari jenama ni. Memang puas hati dan suka sangat dengan hasilnya. Jadi, saya terfikir nak try pulak Gold Nano CC Cream dia, kawan-kawan blogger pun ramai yang suggest CC Cream yang satu ni.

 

gold nano cc cream hansaegee nature

 

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature adalah sejenis all-in-one day cream. Fokus utamanya adalah untuk Color Control + Brightening. Selain tu, CC Cream ni ada fungsi Anti-Wrinkle, juga Sun Protection Function SPF50 PA+++. Bahan utama dalam Gold Nano CC Cream ni adalah Mineral Water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold, masing-masing berfungsi untuk memelihara keseimbangan PH kulit, sebagai anti-bakteria, dan anti-penuaan. Paling penting, CC Cream ni No Paraben, No Sulfate, No Alcohol.

 

Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dan Tahan Lama Hansaegee Nature

 

Menariknya, tak macam foundation yang kita kena betul-betul pilih warnanya yang sesuai dengan warna kulit (ni la buat seketul Sunah malas nak pakai foundation, takut tersalah pilih), Gold Nano CC Cream ni hadir dalam satu warna saje!

 

 

krim putih gold nano cc cream hansaegee nature

 

tekstur gold nano cc cream hansaegee nature

Putih! Tekstur krimnya sangat light dan lembap. Bila sapu pada kulit, ia spread dengan mudah, kulit tak rasa melekit dan berminyak. Dan, walaupun warna krim ni asalnya putih, jangan risau, bila uols sapu dan dab-dab-dab pada kulit wajah, krim tu akan bertukar warna mengikut warna asal kulit kita. Hasilnya, takde over-brightening sampai jadi kelabu ya! I like sangat!!!

 

blending the gold nano cc cream hansaegee nature

 

 

dab dab gold nano cc cream hansaegee nature

 

blend dengan jari gold nano cc cream hansaegee nature

 

Tak percaya? Boleh tengok video kita apply Gold Nano CC Cream ni kat bawah:

 

Haa, amacam? Masih nampak muka seketul Sunah kan? Tak berbeza banyak. Cuma perasaan dia tu kulit rasa lebih lembap, dan tak berminyak walau dah masuk waktu tengahari. Lagi best, bila kita berpeluh, krimnya tak bercapuk langsung! Kulit nampak lebih glowing dan cerah sekata semulajadi. Macam Song Hye Gyo. Tiberrr!

 

kulit berpeluh dengan gold nano cc cream hansaegee nature

 

kulit bermnyak dengan hansaegee nature

 

Kesimpulannya, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sangat sesuai untuk mereka yang tak suka bermake up tebal, tak rajin nak pakai banyak-banyak layer produk wajah, tapi masih nak nampak berseri-seri. Mudahnya, CC Cream ni hanya perlu blend dengan jari, tak payah nak guna brush atau apa-apa make up tools. Haaa, simple and easy gitu! Inilah dia produk solusi untuk kulit kusam uols tu!

 

kulit cerah sekata dengan gold nano cc cream hansaegee nature

 

And kalau uols suka bermake up pulak, ini berita baik! Penggunaan CC Cream ni as make up base akan membantu menaikkan warna make up uols, tau! Warna-warna make up jadi lebih pigmented dan tahan lama gitu!

 

makeup dengan gold nano cc cream hansaegee nature

 

So, apa tunggu lagi? Saya dah gembira dengan produk ni, uols bila nak try? Nak tahu lebih lanjut tentang produk Gold Nano CC Cream ni, boleh rujuk kat sini: https://hansagee.com/shop/s-recover-cc-cream.html

(By Sunah Sakura)

Fungsi CC Cream Makeup Routine Yang Tahan Lama Dari Hansaegee Nature
Brand : Hansaegee Nature

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
15 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
liza izara

CC cream Hansaegee memang terbaik.. pakai seharian pun muka x bercampuk dan bertambah glowing 😍😍

adda

CC cream yang tak berminyak memang bagus sangat. kulit terasa ringan dan bebas kan. bagunya cc cream hansaegee

Sofinah Binti Lamudin

Semua point yang sis Sunah share ni memang betul… I also pengguna cream ni sampai hari ni… Memang jatuh cinta tak berbagi bagi dengan CC cream Hansaegee ni… I love it so much!

Sis Gee

My favourite cc cream ever!!! Muka rasa best sepanjang hari!!! Love this product so much!!!

Marina

Suka pakai cc cream ni. Ringan. Takyah susah pakai bedak atau foundation

Izyan Balqis

Wahhh..kak sunah pun pakai? Best kan cc cream ni. Cepat je nak pakai, mudah pulak tu. Kan?

Syiera

My fav CC cream so far. Tekstur light. Just nice kalau make up ringan dan simple

Ardini Humaira

Dni pun dah try juga. Best tak melekit. Blend elok sekata kat kulit bagi efek glowing 😊

Ardini Humaira

Best cc cream Hansaegee. Dni pun dah pakai juga. Lepas blend sekata pada kulit warna krim daripada putih jadi ikut tone kulit. Tu yang paling best. Tak payah cari warna krim yang nak kena match betul warna kulit dah. Dan tak melekit. ☺️

nurulaqidah

wah..menariknya. betul tu bab nak memilih kod foundation or cc cream memang jadi masalah setiap kali nak membeli. kadang sampai 2-3 kali beli kod yang salah

zaza iman

love dgn cc cream ni sebab paling suka senang dibersihkan..tak makan masa lama nak cuci. cream pun jenis tak melekit bila pakai

Syamimi

Memang best pun Cc cream ni. Sebab dah try. Tak rugi pun beli. Sebab kalau pakai mekap, senang nak cuci.
Pastu pakai krim ni muka still okay walaupun dah berjam jam tepek kat muka.

Nina Mirza

Sep samalah kita. Nina pun pengguna Gold Nano CC Cream Hansaegee! Memang best, tak bercapuk dan mudah digunakan. Makin berseri-seri bila pakai CC Cream ini.

Hanani

I pun pakai Gold Nano CC Cream ni, suka! Dok rumah pun pakai hehe

Lyana Ishak

Best nampak cream nie .. Teringin nak try =)