Assalamualaikum readers…
Ummizarra kini kembali bersiaran. Rindu sangat tau. Sepanjang mengandung sehingga habis pantang punya lama tak update.

Hari ni, nora nak share pengalaman nora menggunakan produk kecantikan dari jenama Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream dari Korea. Yelah kan sebelum ni mengandung tak terjaga kulit muka sendiri. Naik jeragat, kering dan sometime mengelupas.
Bagi mengembalikan kulit seperti sebelum ini dan agar menjadi lebih baik, nora nak share dekat korang pelembap yang kaya dengan air.

Jenama Hansaegee Nature merupkan produk kecantikan dari Korea. Nora telah menggunakan salah satu produk kecantikan dari jenama Hansaegee Nature ini ialah Aqua Whitening Cream.
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap yang kaya dengan air. Ianya juga boleh membantu merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari. Krim pelembap yang kaya dengan air ini tidak melekit selepas apply di muka. Lakukan beberapa urutan secara putaran dan akan kelihatan titisan air terbentuk pada kulit dalam beberapa saat dan akan diserap ke dalam kulit sepenuhnya.
“Aqua Whitening Cream”.
It is a Moisturizer. It repair Sunburn & Redness Damage Skin well
and Super Deep Moisture Skin with Water Drop”
Kesan daripada sapuan Aqua Whitening Cream akan membuatkan kulit berasa segar dan tidak melekit. Sesuai digunakan ketika cuaca panas dan membantu merawat semua jenis kulit seperti kulit kering, kemerahan atau sun burn, kulit yang sensitif dan berjerawat, kulit berminyak, tona kulit tidak sekata serta membantu menghilangkan garisan kedutan di wajah.

Fungsi Aqua Whitening Cream
Fungsi utama Aqua Whitening Cream adalah :
- Kesan penghidratan yang unik
- Menyegarkan semula kulit
- “Water drop” memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit
- Mempunyai agen pemutihan pada kulit
- Merawat kesan sunburn atau kulit kemerah-merahan.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dirumuskan dengan ekstrak herba yang kaya dengan air mampu menembusi lapisan kulit dan membaiki kulit. Ia mengandungi kandungan seperti berikut :
Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica,
Ekstrak Cnidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia,
Ekstrak Root Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora,
Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis
dan sebagainya.

Aqua Whitening Cream mempunyai tekstur yang lembut dan smooth jer serta mudah sangat ia meresap ke dalam kulit. Krim pelembap ini berwarna putih dan ia ringan sehingga boleh membentuk water drop. Selepas sapuan, ia mudah meresap ke dalam kulit sebab water drop based dan tidak melekit.


Bagi Nora ia sangat berbeza dengan moisturizer lain yang pernah Nora guna sebab terasa melekit. Tetapi Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature nyata berbeza dengan pelembap yang lain kerana krim ini sangat ringan dan kelihatan jernih ala-ala milky. Apply pada kulit dan rub slowly sehingga ia akan kelihatan titisan air pada permukaan kulit seperti gambar di atas. Lepastu korang dap dap je sampai betul-betul meresap terus ke dalam kulit.
Packaging
50ml
Price
RM148.30
Cara Penggunaan
Selepas cuci muka, keringkan kulit dan apply Aqua Whitening Cream. Sapu rata keseluruh muka dan leher dengan cara urutan putaran dan buat dap dap sampai meresap dalam kulit. Lihat gambar dan video di bawah nanti ye.


Sekarang ni macam-macam jenis skincare ada di pasaran tak kira datangnya dari western, korean, taiwan, japan dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Apa yang menjadi keutamaan sebagai pengguna perlu pastikan keadaan kulit masing-masing dan korang akan tahu apa yang diperlukan oleh kulit korang.
Nora recommended korean product dari Hansaegee Nature dan korang boleh lihat banyak lagi produk yang dikeluarkan jenama ini.
[…] Baca juga : Moisturizing Terbaik Menggunakan Aqua Whitening Cream […]