10 Sebab Kenapa Mama Suka Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Salam dears… Nak kulit berseri flawless tanpa jeragat, tapi kadang malas nak tepek banyak benda kat muka jadi skipped pakai sunscreen…siapa macam tu angkat tangannnn. Kita geng! Hehehe

Mama ni bukannya tak ada sunscreen, tapi bila kelam kabut nak cepat bersiap, sapu losyen/pelembab pastu terus tepek bedak ja. Haishh mana lah tak berjeragat dan kusam ja kulit tu kan?

Ohh yaa…untuk yang tak tahu, pakai sunscreen atau produk yang ada SPF ni penting bagi melindungi kulit daripada cahaya matahari. Sinaran UVA dan UVB dalam cahaya matahari boleh merosakkan dan menyebabkan masalah kulit, buat kulit wajah nampak kusam dan cepat tua, naik kedutan, jeragat dan banyak lagi lah.

Why-need-sunscreen
Tanpa sunscreen, sinar UVA dan UVB boleh tembus sampai ke lapisan bawah kulit (sumber gambar)

Jadi solusinya, sekarang ni Mama guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sebab ianya ada SPF 50+ PA +++ yang cukup sesuai untuk aktiviti harian biasa.

Review Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Dah seminggu lebih dah Mama guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni dan so far so good. Tak ada breakout, tak ada naik jerawat ka gatal gatal ka, kulit tak menggelupas atau jadi merah merah. Pokoknya tak ada sebarang kesan negatif lah pada kulit Mama.

Sebaliknya, kulit Mama rasa lembut dan glowing ja bila pakai CC Cream ni. Alhamdulillah, serasi. Memang best! So benda best yang kita suka, mesti lah nak cerita kat blog kan, kan? hehehe

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

10 Sebab Kenapa Mama Suka Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

Kenapa Mama suka guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni? Nah Mama senaraikan 10 sebab…

1) All-in-One Day Cream

Paling utama sebab ianya adalah ‘all-in-one day cream‘ yang dapat menjimatkan masa Mama!

All-in-one day cream
All-in-one day cream

Terutama sekali masa bersiap pagi pagi tu kan kelam kabut, kadang tak sempat rasanya nak ikut step-by-step pakai toneressence, moisturiser, sunscreen, primer, foundation bagai…nak tunggu satu persatu meresap ke dalam kulit tu…errr malas!

Jadi bila guna Gold Nano CC Cream ni, Mama dah boleh skipped beberapa steps.

2) Bertindak Sebagai Sunscreen

Gold Nano CC Cream ni ada SPF 50+ PA +++ yang memberi perlindungan daripada sinaran matahari. Ia juga membantu mencegah penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

Mengandungi SPF 50+ PA +++
Mengandungi SPF 50+ PA +++

3) Color Control Cream

CC Cream ialah singakatan untuk Color Control Cream atau Color Correcting Cream, maksudnya krim ni akan berubah warna ikut warna kulit pemakainya. Ia akan memperbaiki dan mengimbangi tona warna kulit agar nampak cerah sekata, glowing dan natural look.

Gold Nano CC Cream ni warna putih tapi bila dah blend, ia akan berubah mengikut warna kulit pemakainya.
Gold Nano CC Cream ni warna putih tapi bila dah blend, ia akan berubah mengikut warna kulit pemakainya.

Review-Hansaegee-Nature-Gold-Nano-CC-Cream-3

Ni kulit Mama tanpa bedak, hanya pakai CC Cream, kulit nampak lebih cerah dan hitam bawah mata pun dapat cover sikit kan
Ni kulit Mama tanpa bedak, hanya pakai CC Cream, kulit nampak lebih cerah dan hitam bawah mata pun dapat cover sikit kan

4) Make-up Base atau Primer

Ia boleh melembapkan kulit, mengecilkan pori dan buat mekap tahan lama, jadi sesuai digunakan sebagai make-up base atau primer.

Kalau korang nak full coverage, boleh ja pakai foundation lepas dah apply CC Cream ni. Nanti akan nampak lebih smooth dan helokkk gitu hehe.

Mekap lebih ‘naik’ warnanya bila pakai Gold Nano CC Cream ni
Mekap lebih ‘naik’ warnanya bila pakai Gold Nano CC Cream ni

5) Tekstur Yang Ringan dan Mudah Menyerap

Teksturnya ringan, mudah meresap, senang nak ratakan keseluruh muka dan tak berminyak. Tak ada rasa ‘tebal’ atau melekit macam sesetengah sunblock dan foundation yang Mama pernah guna. Gold Nano CC Cream ni rasa nice ja kat muka.

Teksturnya ringan, mudah meresap dan senang nak blend, tak melekit.
Teksturnya ringan, mudah meresap dan senang nak blend, tak melekit.

6) Water Proof

CC Cream ni water proof jadi bila muka berpeluh atau berminyak, tak lah mekap atau bedak jadi bercapuk ka apa kaa. Mama tak suka betul kalau bila peluh ja, bedak akan nampak cam bergaris garis kat muka. Spoilled betul kan bila gitu? Tapi dengan CC Cream Hansaegee Nature ni, tak ada masalah tu. Mekap kekal elok ja, best!

Kalau berpeluh atau kena air, dab dab ja dengan tisu bagi kering. Tak tinggalkan kesan krim pun pada tisu.
Kalau berpeluh atau kena air, dab dab ja dengan tisu bagi kering. Tak tinggalkan kesan krim pun pada tisu.
Bila kulit berminyak pun tak bercapuk, best kan?
Bila kulit berminyak pun tak bercapuk, best kan?

7) Bebas Paraben, Sulfat dan Alkohol

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni juga bebas Paraben, bebas sulfat dan bebas alkohol. Jadi tak risau nak guna.

8) Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Tapi macam biasa lah yer, sebelum pakai apa apa produk kat kulit tu, jangan lupa buat patch test dulu tau.

9) Mudah Dibawa Dan Senang Dipakai

Botolnya nipis dan ringan, senang nak bawa dalam handbag. Penutupnya plak jenis yang kena pusing baru leh buka, jadi tak lah risau penutup terbuka dan krim tumpah dalam handbag.

Penutup jenis ‘twist lock’ tak mudah terbuka, tak risau tertumpah dalam beg.
Penutup jenis ‘twist lock’ tak mudah terbuka, tak risau tertumpah dalam beg.

Pastu cara nak pakai pun mudah. Gunakan jari ja untuk ratakan ke seluruh muka. Tak payah nak apply guna brush bagai. Senang!’

Dap dap cream kat muka pastu blend ngan jari ja, siap!
Dap dap cream kat muka pastu blend ngan jari ja, siap!

10) Boleh Dijadikan Cream Blusher

Caranya…calitkan lipstick kat tangan dan campurkan sikit Gold Nano CC Cream ni, blend agar warna sekata. Pastu calit lah kat pipi sebagai cream blusher, guna jari ja. Mudah kan?

Calit lipstick sikit dan blend kan dengan CC Cream ni, cream blusher siap! Hehehe
Calit lipstick sikit dan blend kan dengan CC Cream ni, cream blusher siap! Hehehe

Apa Kandungan Utama Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

Ohh yaaa..terlupa pula nak ceritakan apa bahan utama Gold Nano CC Cream ni:

  • Air Mineral – Menjaga keseimbangan PH kulit, meningkatkan keanjalan kulit. Ekstrak ‘Ipomoea Hederacea Callus Culture’ mempunyai efek anti-bakteria dan melegakan masalah kulit.
  • “Colloidal Gold” – Mencegah penuaan kulit, menyekat sinaran inframerah jauh, mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi.
  • “Niacinamide” – vitamin B3, memperbaiki dan mengecilkan liang pori dan warna kulit yang tidak sekata.

Bagi Mama, dengan pakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni saja dah boleh buat kulit nampak lebih cerah sekata dan glowing. Memang jimat masa! Aii like! Hehehe

Pakai Gold Nano CC Cream, tepek bedak, calit eyeliner & lipstick, dah terasa segak nak pi jalan jalan hehehe
Pakai Gold Nano CC Cream, tepek bedak, calit eyeliner & lipstick, dah terasa segak nak pi jalan jalan hehehe

Kat Mana Nak Beli?

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut atau nak beli Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni, korang boleh layari laman web dan media sosial Hansaegee Nature ni yer. Jom lah kita sama sama cantik dengan Hansaegee Nature…gittewww hehehe 😉

🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Websitewww.hansaegee.com/shop
🍁IG pagehttps://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB pagehttps://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁YouTubehttps://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

You may also interested with : Please click for more information 

 

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] tahu apa lagi yang best tentang krim tu? Sila lah baca entri Mama tentang 10 sebab kenapa Mama suka Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream tu yer […]