Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream | Sebenarnya aku dah lama merancang mahu membeli cc cream, tetapi belum jumpa lagi cc cream yang sesuai.
Ini baru pertama kali tau aku mencuba cc cream. Setiap kali masuk watson dan guardian aku jadi rambang mata. Lain yang aku cari, lain pula yang dibeli. Susah juga perempuan ni kan. haha

Kandungan Bahan (ingredient)
- Mineral Water – mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
- Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
- Nano Gold – Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi
Cara Penggunaan
- CC Cream berwarna putih dan mempunyai tekstur yang ringan dan tidak melekit
Yang menariknya apabila sapukan ke seluruh wajah krim berwarna putih itu akan blend mengikut tona kulit kita tau. Kulit secara semulajadi glowing dan natural. Tak perlu risau walaupun nampak krim bewarna putih.

- Tekstur yang ringan dan sekata mengikut tona kulit apabila di blend.
- Kulit terkena air atau berpeluh tidak bercapuk dan nampak masih segar
- Kulit yang berminyak pun nampak masih berseri
Review Gold Nano CC Cream
Aku dah hampir seminggu menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature walaupun duduk kat rumah ja sebab krim ini sangat mudah untuk digunakan.
Mempunyai penutup jenis twist lock dapat melindungi dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas. So, tak adalah beg korang kotor atau comot kesan dari krim.
CC Cream yang berbentuk tiub macam ni memang bagus sebab kita tak direct contact dengan semua krim, kurang terdedah pada kuman dan persekitaran. Hujung dia pun tirus, boleh kawal banyak mana kita nak guna.
Bagi yang tidak suka bermekap ataupun jarang mengenakan mekap, aku memang sangat sarankan korang guna cc cream ni. Tak perlu risau sangat sekiranya kulit menjadi kusam sebelum keluar rumah. Sekali sapu ja kulit dah nampak sekata.
Aku juga mempunyai kulit yang berminyak dan sensitif tetapi krim ini sangat best, ia bukan sahaja mencerahkan, tidak berminyak dan melekit ketika blend kat muka dan paling seronok sekali ia memberikan effect glowing pada kulit.

Recommended
Aku memang cadangkan korang untuk mencuba produk ini. Mostly kepada korang yang mempunyai kulit berminyak dan sensitif kerana ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit.
Sekiranya korang yang beru nak berjinak-jinak mengunakan cc cream seperti aku, bolehlah cuba pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. <
Bagi mereka yang sukakan makeup yang simple natural dan ringan, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sesuai untuk korang jadikan skincare routine korang.
Repurchase?
Definitely yes! Penggunaan pun boleh tahan sehingga 2 -3 bulan, jadi sangat berbaloi dengan isi padu sebanyak 50ml bagi aku sangat banyak. api memang worth it sangat sebab ia ada sekali SPF50 PA +++ yang mana ia sekaligus lindungi kulit dari sinaran matahari, menutup kedutan halus di wajah dan jimat tak perlu beli sunblock dah.
