FUNGSI CC CREAM TERBAIK YANG ADA SPF DAN TAHAN LAMA | HANSAEGEE NATURE

Hai korang, ingat lagi tak saya pernah share tentang pencuci muka daripada Hansaegee Nature, iaitu AC Clean Bubble Cleanser di blog review saya dulu dan instagram ? Kali ni saya nak kongsikan pula Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream selepas 2 minggu penggunaan Gold Nano CC Cream ni.
Orang perempuan macam kita ni macam biasalah kan, banyak sangat produk yang kita nak try. Dari satu ke satu produk, sampailah kita jumpa produk yang betul-betul sesuai dengan kita. Apa yang menarik perhatian saya tentang Gold Nano CC Cream ni adalah pertama sekali saya akan tengok dia punya SPF. Dia punya SPF je pun dah 50 PA+++ So boleh tak korang bayangkan, kulit kesayangan korang tu dilindungi daripada cahaya matahari dan terjaga dengan begitu baik bila pakai Gold Nano CC Cream ni. Saya pentingkan SPF tu sebab saya selalu berada diluar, so memang kerap sangat terdedah dengan cahaya matahari.
CC Cream ni juga terdapat banyak kebaikan selain SPF tu tadi. Di antaranya ialah 3 bahan UTAMA yang ada pada CC Cream ni adalah :
🌼“Mineral Water” – mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
🌼“Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
🌼“Nano Gold” – mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksida yang tinggi
Apa yang lebih menarik, Gold Nano CC Cream ni mampu mengimbangi dan memperbaiki tona kulit secara semula jadi dan memberi perlindungan matahari dan menjadikan kulit semakin licin, tidak berminyak, tidak bercapuk dan semakin lama kita pakai CC Cream ni semakin glowing lah muka kita. I lOVE part that GLOWING!
Cara pakai CC Cream ni mudah ja, just apply menggunakan tangan korang dan sapu rata keseluruh wajah korang. Texture nya pula macam gambar di bawah :
Gold Nano CC Cream
Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature
Mula-mula CC Cream akan berwarna putih, tetapi selepas di blend CC Cream akan berubah mengikut warna kulit korang. So korang tak perlu risau tone warna tak sekata, dengan Gold Nano CC Cream ni CONFIRM sekata!
perbezaan sebelum pakai CC Cream
Okay ni pula perbezaan sebelum pakai CC Cream dan selepas menggunakan CC Cream. Sebab tulah sekarang ni saya cuma pakai CC Cream je, foundation ke bedak ke memang dah tak pakai. My face nampak glowing, fresh, sekata, lembap dan menutup bekas-bekas yang ada di muka and see bawah mata saya tu, eye bag pun tertutup juga. Yeah!
Ni muka seharian bekerja
Ni muka seharian bekerja. Seharian okay… duduk dalam Aircond then keluar makan tengahari kejap. And tadaaaa…. my face look still fresh, tidak bercapuk, tidak kusam, more glowing and gebu
Sebab tulah kenapa saya more confident dengan Gold Nano CC Cream ni. Sebab dah pakai seharian pun muka still cantik macam awal-awal pagi pergi kerja.
Another best part about CC Cream ni pula bila kena Air berpeluh, or kulit berminyak bila hari dah petang, tapi kulit kita still tak bercapuk, nampak glowing and more fresh
tidak bercapuk

Bagi peminat makeup pula CC Cream ni boleh dijadikan sebagai makeup primer tanpa sebarang foundation. Warna makeup akan lebih menyerlah, cantik dan tahan lama jika dibandingkan anda tidak menggunakan CC Cream ni.

Kalau korang jenis yang simple pula, just pakai je CC Cream ni sebagai satu makeup base korang and trust me it’s was perfect!
Nampak jelas kan bila pakai CC Cream
Yang bertanda tu adalah makeup yang dipakai selepas menggunakan CC Cream. Nampak jelas kan bila pakai CC Cream, warna makeup akan lebih menonjol, cantik dan lebih tahan lama.
Gambar dibawah ni pula menunjukkan perbezaan yang sangat ketara walaupun kulit saya cerah, tetapi bila apply CC Cream ni, tetap akan nampak perubahan yang menarik. Kulit kelihatan fresh, glowing dan lebih cerah dari warna kulit yang asal!
CC Cream
Menariknya lagi packaging CC Cream ni sangat selamat, tak perlu risau tumpah dan sebagainya because twist lock cover.
CC Cream 50ml tapi full satu botol tu tau
50ml tapi full satu botol tu tau
Penutup botol CC Cream
Penutup botol yang rapi dan tak risau cream tumpah dalam beg
CC Cream 2
So setakat ini sahaja penrkongsian dari saya. Jumpa entry akan datang. Love ya!!
Untuk maklumat lebih lanjut tentang product Hansaegee korang boleh rujuk link dibawah :
Brand: Hansaegee Nature 
You may also interested : Please click for more information 
Aqua Whitening Cream and Gold Nano CC Cream

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments