Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Makeup Ringkas
Waktu PKP ni semasa nak keluar rumah ada yang tak selesa jika keluar dengan naked face. Jadi kita memerlukan juga makeup yang lebih ringkas dan cepat. Tambahan pula kita kena keluar untuk membeli barang dapur. Lepas tu dengan pemakaian facemask lagi. Kalau pakai foundation mesti melekat je dekat facemask atau tudung yang dipakai. Hari ini Cik Timm nak berkongsi satu produk yang sesuai dipakai untuk nampak lebih natural dan cantik!
Apa itu CC Cream?
Sebelum ini Cik Timm cuma pakai BB Cream je untuk foundation. Sekarang Cik Timm nak try pulak CC Cream dari Hansaegee Nature iaitu Gold Nano CC Cream. CC cream ni macam BB cream juga, tetapi teksturnya lebih ringan dan mempunyai ‘colour corrector’. Fungsi utama CC cream adalah untuk membetulkan warna di wajah contohnya jika kulit wajah kemerah-merahan disebabkan jerawat ataupun parut jerawat yang berwarna hitam. Bagus kan fungsi CC cream?
Kebaikan CC Cream Hansaegee
- Bebas Paraben, Sulfate dan Alkohol.
- Mengandungi SPF 50+ dan juga PA+++.
- Dapat membetul dan menstabilkan tona kulit secara semulajadi.
- Boleh bertindak sebagai primer sebelum makeup.
- Mencerah dan melembapkan kulit.
- Menambahkan keanjalan kulit.
- Mengurangkan penampakan pori di wajah.
Kulit Cik Timm jenis kombinasi, berminyak di T-Zone dan normal di kawasan lain. Cik Timm dah cuba pakai sepanjang dua minggu ni dan sesuai dengan muka. CC cream ini memang diformulakan sesuai untuk semua jenis kulit.
Tekstur CC cream ni tak berminyak, tambah-tambah jika di waktu tengahari. Selepas pakai memang tak melekit. Kalau lap dengan tisu pun tak bercapuk, nampak glowing. Sesuai dengan Cik Timm yang membonceng motosikal dan selalu terdedah dengan terik matahari. Dalam CC cream ini pulak terdapat biji-biji halus yang mengandungi pigment warna, selepas kita sapu rata, krim berwarna putih itu akan bertukar menjadi warna kulit kita sendiri.
Masalah utama Cik Timm adalah kulit senang berminyak di hidung dan berpeluh di kawasan bawah hidung atas bibir ni. Tapi, dengan menggunakan CC cream ini, kulit muka tak bercapuk langsung. Boleh tekap dengan tisu je.
Bahan aktif utama CC cream;
Mineral water: Menstabilkan PH kulit wajah dengan meresap jauh ke dalam muka dan menambahkan keanjalan kulit.
Ipomea Hederacea Callus Culture Extract: Melegakan iritasi kulit, anti-bakteria dan mengurangkan masalah kulit.
Nano Gold: Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi inframerah dan meningkatkan aktiviti antioksidan kulit.
Cara memakai CC cream
Selepas korang selesai pakai skincare, picit CC cream di dua jari ikut rules untuk pakai sunscreen. Sapu di seluruh muka dengan rata guna jari je. Mula-mula je nampak putih, tetapi selepas disapu rata krim tersebut muka nampak glowing sebab dia ikut tona kulit kita sendiri. Nampak sangat natural tidak kira kulit muka korang gelap atau cerah. Memang membantu Cik Timm yang tak suka heavy makeup, masa bersiap pun boleh dijimatkan.
Untuk Cik Timm, selepas pakai CC cream Cik Timm akan pakai bedak compact untuk nampak lebih cantik dan flawless. Paling Cik Timm suka tudung Cik Timm tak kotor, sebelum ni mesti ada kesan stained keliling tudung atau shawl.
Untuk korang yang suka makeup, boleh jadikan CC cream ni sebagai makeup base sebelum pakai foundation. Menariknya kalau pakai blusher atau eyeshadow, warna dia akan pop-up. Warna jadi lebih pigmented.
Botol CC Cream Comel
Satu lagi Cik Timm suka packaging dia. CC cream ini didatangkan dengan 50mL, kalau banyak ini memang boleh bertahan selama berbulan-bulan. Botol penutup dia pula jenis ‘twist lock’ yang tak messy, ketat dan bersih. Tak perlu bimbang sekiranya diletakkan dalam beg. Risiko nak tumpah memang zero.
Kalau korang nak dapatkan juga Gold Nano CC cream ini bolehlah dapatkannya menerusi link di bawah ini;
(by Cik Timm)
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁YouTube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
You may also interested with : (Please click for more information)