Cara Pakai & Hilangkan Sunburn Dengan Water Based Moisturizer | Hansaegee Nature

Awal bulan haritu ada bagitahu pergi company trip dekat Desaru kan? Lepas dah syok main waterpark dan buat aktiviti luar haruslah muka sunburn walaupun tak teruk sangat sebab dah apply sunscreen. Bila balik ke sini, muka dah mula kering dan breakout. Tambah pula bila cuaca dah berubah ke musim panas terik, air-cond makin kuat, makin cepat lah kulit dehydrated.

Tapi disebabkan ada Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature yang menggunakan teknik water drop, jerawat makin lama makin surut dan muka kekal lembap dan segar.
Cara Pakai & Hilangkan Sunburn Dengan Water Based Moisturizer
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan dapat merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sunburn, kulit yang sensitive dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.
Cara Pakai & Hilangkan Sunburn Dengan Water Based Moisturizer Hansaegee Nature
Dekat packaging pun dah tunjuk fungsi Aqua Whitening Cream. Apa yang best dengan aqua cream ni bila tekstur krim yang tebal tapi sangat lembut dan ringan. Bila sapu di muka tak melekit langsung macam moisturizer yang lain dan cepat meresap. Rasa sejuk dan selesa lepas dah buat urutan muka dan tap tap tap selama 10 saat supaya krim meresap masuk ke kulit dengan sempurna. Suka dengan bau cream ni sebab wangi tapi tak terlampau strong. Just nice je bau dia.
Texture Water Based Moisturizer Aqua Whitening Cream
Ingredients:
Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus Densiflora Leaf Extract, Sodium Chloride, Angelica Acutiloba Root Extract, Cnidium Officinale Root Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Rehmannia Chinensis Root Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Camellia Japonica Seed Oil, Betaine, Cetyl/ PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia Florida Fruit Extract.
Texture Water Based Moisturizer Aqua Whitening Cream 2
Boleh tengok dekat gambar ni tekstur cream yang moist, lembut dan watery.
Texture Water Based Moisturizer Aqua Whitening Cream 3
Cakap tentang produk Korea mestilah ada ramuan dari tumbuhan semulajadi yang mempunyai khasiat yang tinggi bila rakyat negara Korea ni mementingkan kecantikan kulit. Boleh tengok dalam senarai ingredients tu sendiri ada pelbagai jenis bahan semulajadi seperti Camellia Japonica Seed Oil yang tinggi vitamin A,B dan E dan pakar membaiki tisu kulit yang rosak. Sangat sesuai digunakan untuk kulit yang sensitif.
Paeonia Albiflora Root Extract pula adalah ejen anti-penuaan kerana tinggi anti-oksidan. Menganjalkan kulit sekaligus menyahkan kedut dan garis-garis halus. Rehmannia Chinensis Root Extract antara punca kulit kekal lembap sebab menggalakkan proses body fluid.
nh2
Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) antara ramuan terbaik yang membantu memperbaiki tona kulit, mengecilkan liang roma dan merawat kulit yang ada masalah acne. Berfungsi mencerah, membersih dan menegangkan kulit.
Nak tengok tak cream ni bertukar water drop? Kita calit sikit di tangan kemudian buat urutan bentuk bulatan sampai krim ni bertukar menjadi titisan air.
Tititisan Air Aqua whitening cream
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature :
1. Apply pada dahi, hidung, pipi dan dagu
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
2. Ratakan pada seluruh muka dengan kedua-dua belah tangan. 
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 2
3. Buat urutan di muka berbentuk bulatan sampai krim bertukar menjadi titisan air.
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 3
4. Tap tap tap dengan jari selama 10 saat
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 4
Kesannya lepas beberapa urutan dan tap tap tap selama 10 saat, kulit akan nampak glowing dan lembap.
Pelembap Muka Aqua whitening Cream
Review : 
Lepas guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni kulit muka makin lembut, berseri dan kurang berminyak. Siang ataupun malam boleh guna krim ni. Siang sebagai perlindungan dari sinaran yang membahayakan kulit dan juga partikel bebas. Malam pula untuk baiki sel kulit yang rosak. Duduk rumah pun guna sebab terdedah dengan udara luar dan laptop. Lagi satu sebab dah syok pakai krim ni.
Cara Pakai & Hilangkan Sunburn Dengan Water Based Moisturizer Hansaegee Nature 3
Bukan setakat perempuan je, lelaki pun boleh guna krim ni. Sekarang pun dah ramai lelaki yang mengutamakan penjagaan kulit muka so boleh la masukkan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature dalam list. Berbaloi tau beli satu jar berkuantiti 50ml ni dengan harga RM148.30 sebab berkualiti dan banyak kelebihan yang menjanjikan senyuman berpanjangan!
By the way Hansaegee Nature ni dah lama bertapak dalam bidang kecantikan di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Ada banyak lagi produk bermutu yang lain. Boleh tengok di pautan link di bawah sekiranya berminat :
Aqua Whitening Cream, Krim Berasaskan Water drop (50ml)
(by Farhana Jafri)
You may also interested with :
            Hansaegee Nature Skincare Products                  Hansaegee Nature Malaysia Trusted Brand for Korean Skincare

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Leave a Reply