Tips Rutin Skincare Harian Yang Senang dan Cantik Untuk Semua Jenis Kulit

Hanya ada dua step mudah je selepas mencuci wajah dengan cleanser dan pakai toner setiap hari. Apa step mudah tu?
Aku ada share moisturizer yang aku guna selama ni iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dalam entry “Beauty Tips: Kekalkan Kelembapan Kulit & Merawat Sunburn dengan Hansaegee Nature“.
Moisturizer dari Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni dah hilangkan kesan sunburn pada muka aku dan bantu balancekan kelembapan kulit wajah aku. So tak kering sangat, dan tak berminyak. Muka pun dah tak kusam lagi, dan makeup kekal lebih lama! Memang highly recommended untuk semua orang.





Nampak cerah sikit kan setelah disapu dengan Gold Nano CC Cream ni. Yep sis dah tak perlukan filter dan makeup tebal pun untuk tampil lebih yakin sekarang. I’m proud! Cewahhh.
Kalau nak tahu lebih banyak mengenai Gold Nano CC Cream ini, boleh baca perkongsian aku dalam Beauty Tips: Cara Pakai CC Cream Yang Ada SPF – Ringkas dan Cantik | Hansaegee Nature.
Gold Nano CC Cream dan Moisturizer Aqua Whitening Cream ni memang saling melengkapkan antara satu sama lain. Serius. Kalau pakai salah satu pun dah best, kalau gabungkan, perghhh kesan dia memang terbaik sangat!
Dan alhamdulillah sangat serasi dengan kulit aku sampaikan ada yang tegur perubahan kulit aku yang semakin baik dari hari ke hari. Sebelum ni nampak kusam terutama jika pakai tudung berwarna cerah, sekarang tak risau lagi boleh je pakai tudung warna apa-apa yang aku suka. Yeay!



Dah siappp rutin harian yang senang dan cantik ni, paling penting, semua jenis kulit boleh aplikasikan. Siapa yang sukakan gaya ringkas dan simple bolehlah cuba…Kalau nak advance sikit, boleh je tambah makeup lepas step kedua ni.
Magicnya, makeup korang akan lebih pigmented dan tahan lama. Awesome giler! Cubalah sendiri baru tahu nanti.
Tata!
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia