Selain minum air mencukupi untuk memastikan kelembapan kulit, kita kenalah masukkan mosturiser dalam list skin care harian wajib kita. Lebih-lebih lagi kalau lifestyle cenderung untuk mendedahkan kulit kita dengan matahari, habuk dan aircond. Macam masalah aku adalah bila pergi dan balik kerja tu memang terdedah dengan matahari pantai yang sangat terik lebih kurang 40 minit sehari, bila sampai office pula duduk dalam bilik guru dan kelas-kelas yang sentiasa on aircond. Fuh, dasyat kering kulit aku sampai sendiri nak usap pun tak selera, sobs.
Akhirnya aku jumpa penyelesaian terbaik untuk kulit aku iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream! Dah hampir sebulan aku mengamalkan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini dan sangat jatuh cinta dengan kesannya, jadinya, aku akan kongsikan semuanya tentang produk yang best ini. Hihi.
01// Apa itu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream?


02// Kandungan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
03// Cara Penggunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Selepas cuci muka dan keringkan (better biar kering sendiri, jangan lap dengan towel), sapu rata keseluruh muka dengan cara urutan putaran. Nanti korang akan nampak titisan air muncul, jangan terkejut pula tu bukan peluh pulak, itulah magicnya Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni.
Water droplet atau titisan air yang muncul ini akan cepat meresap selepas kita gosok pada permukaan kulit. Hasilnya kulit akan lebih lembap tetapi tidak melekit. Yeah, feeling so fresh!



04// Pendapat Peribadi Mengenai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Actually aku tak kisah sangat pasal warna kulit jadi tak perasanlah dah putih ke belum hehehe tapi yang pasti mestilah nampak berseri sebab makeup akan on point je.
Dan yang aku paling suka sekali dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni adalah akhirnya sunburn pada kulit wajah aku dapat dikurangkan. Yep kalau korang nak tahu, sunburn ni memang dah jadi musuh utama kulit muka aku sekarang. Geram betul sebab sunburn ni lah punca bila ambil gambar nampak sangat kusam tak berseri tu.
Kenapa jadi sunburn ni sebab utamanya lokasi rumah aku di tepi pantai. Tahu-tahu la terik matahari dia macam mana. Setiap hari aku terdedah lebih kurang 40 minit di pesisiran pantai dalam perjalanan pergi dan balik kerja. Itu belum termasuk hujung minggu suami aku ajak pergi memancing lagi. Hahaha. Memang tak sempat nak pergi facial weh..Rasa nak menangis je pedih muka, dah la kusam, pedih pula, adoiii sakit hati makkkkk…

Now, dah jumpa penyelamat kulitku! Bila sapu je Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni, texture yang milky gel dan watery based tu serta merta akan buat kulit rasa sejuk je. Memang melegakan kulit betul. Bila kulit dah cukup lembapan, bila keluar buat aktiviti masa matahari terik pun kulit tak pedih sangat macam dulu. Kesan sunburn yang sebelum ni pun dah mula memudar.

05// Repurchase Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream?
Absolutely yes! Memang recommend la untuk korang bertukar kepada moisturiser dari Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni.
Harga cuma RM148.30 untuk 50ml.


[…] Aku ada share moisturizer yang aku guna selama ni iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dalam entry “Beauty Tips: Kekalkan Kelembapan Kulit & Merawat Sunburn dengan Hansaegee Nature“. […]