Cara Pakai CC Cream Yang Ada SPF | Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sesuai untuk semua jenis warna kulit

 

Siapa yang macam ena jenis nak bersiap dengan cepat tapi dalam masa yang sama nak hasil yang terbaik ? Ena seorang yang sangat suka makeup tapi nak nampak natural + glowing. Yang paling penting kulit sentiasa kekal lembab sepanjang hari. Agak memilih produk skincare dan makeup sebab kulit sensitif selepas makeup seharian. 

 

So ena nak sharing antara salah satu produk yang ena suka guna iaitu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Kebiasaannya kita akan jumpa pelbagai kod color seperti beige dan ivory tapi CC Cream ni tak perlu nak pening kepala fikir nak pilih kod sebab hanya 1 botol sesuai untuk semua jenis kulit !!

 

CC Cream Yang Ada SPF

All in One Day Cream

Gold Nano CC Cream

Korang jangan terkejut sebab liquid color CC Cream ni “putih” tapi lepas je apply pada skin kita akan terus tukar kepada color mengikut tona kulit wajah. Ia takkan buatkan muka korang bercapuk putih melepak. Jadi tak perlu risau. Ia sangat jimat sebab 1 botol ni mengandungi isian 50ml dan tahan lama. Puas hati botol besar dan boleh pakai lama.

 

Color changing Gold Nano CC Cream

 

Harga pula RM128 tapi bagi ena ia sangat berbaloi sebab tak perlu pump banyak kali. Cukup 1 hingga 2 kali saja untuk sekali pakai. Dan yang paling best tu ia melembabkan sekali kulit dan ada perlindungan SPF 50+ PA +++.


Perlindungan SPF (Sun Protector Factor) adalah penting untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV (Ultraviolet). Antara kebaikkannya adalah kulit tidak mudah terbakar (sunburn), lambat kedut dan tidak kusam. So berani lagi ke keluar rumah tanpa perlindungan SPF????

 

Selain itu, Hansegee Nature Gold Nano CC Cream merupakan produk yang selamat digunakan kerana tiada kandungan merkuri yang boleh merosakkan kulit iaitu Paraben free, Sulfate Free dan Alcohol free. 

 

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Twist Lock

Part yang ena suka apabila nak buka penutup tu mudah tak perlu pusing banyak kali. Hanya pusing sekali dan penutup sudah boleh dibuka. Ketat dan kedap udara.

 

CC Cream yang ada SPF 50+PA+++

Tekstur krim tidak perlu nak pump banyak kali. Kalau buka penutup pon krim tak kan meleleh atau melimpah keluar. Kena picit kuat sedikit untuk pump. Pengeluaran krim mudah dikawal semasa dipicit mengikut keperluan pengguna. Jadi takde lah krim penuh didalam penutup kan. Kalau tidak membazir !

 

Tekstur kulit kembali natural selepas sapuan CC Cream

result sebelum and selepas sapuan CC Cream

Korang boleh nampak result sebelum sapuan CC Cream kulit nampak kusam berbanding selepas sapuan CC Cream. Ia boleh menutup pori daripada ketara dan menutup cela. Kalau korang ada eyebag macam ena ni tak apply concealer pon takpe. 

 

Caranya mudah sekali sapuan pertama untuk seluruh wajah kemudian sapuan kedua letak sedikit di bahagian sekeliling mata dan juga bekas jerawat untuk cover cela.

 

Sebagai Makeup Base atau Makeup Primer

result sebelum and selepas sapuan CC Cream 2

Ena paling suka pakai eyeshadow dan juga blusher. Kalau korang selalu makeup mesti tahu apa itu primer. Primer digunakan sebelum korang apply eyeshadow supaya nampak pigment atau lebih pekat dengan sekali sapuan. Tapi dengan CC Cream ni korang tak perlu buat kerja 2 kali taw. Bermaksud tak perlu apply primer + CC Cream. Hanya guna CC Cream sebab ia juga berfungsi sebagai primer.

 

Kulit lebih cerah dan glowing secara natural

Cara Pakai Gold Nano CC Cream

Step 1 : Pump 1 hingga 2 kali CC Cream dan letakkan di seluruh muka. Contoh gambar di atas adalah saouan sebelah muka untuk menunjukkan perbezaan.

Cara pakai CC Cream yang ada SPF

Step 2 : Hanya menggunakan tangan dan sapukan CC Cream secara perlahan sehingga rata. Untuk bahagian eyebag ataupun parut jerawat, boleh lah buat sapuan kedua untuk cover cela. Selepas itu boleh lah makeup seperti biasa.

 

Pakai CC Cream Hansaegee Nature

Tadi ena ada sebut pasal eyebag kan. Jadi boleh nampak eyebag ena sebelum apply CC Cream. Step yang ena ajar tadi jika nak cover cela adalah lebih baik 2 kali sapuan untuk bahagian tertentu sahaja. Ibarat korang lepas apply CC Cream, kemudian korang apply pula concealer. So Tak perlu lah pakai CC CCream + Concealer lagi ! 

 

Kalau kaum wanita hantu makeup memang tahu lah apa itu primer, concealer, CC Cream. Haha. Betapa complicated nya perempuan kalau nak bersiap dengan makeup ni. Sebab tu ena sangat memerlukan produk All in One.

 

Kandungan utama di dalam CC Cream


1. Mineral Water

Mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.


2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract

Melegakan masalah kulit dan juga bertindak sebagai Anti-bakteria.


3. Colloidal Gold

Melambatkan proses penuaan dan melindungi daripada radikal bebas.


4. Niacinamide

Mengandungi Vitamin B3, memperbaiki pori yang ketara dan tona kulit tidak sekata.

 

10

Hasilnya, ena sangat suka sebab ia tak melekit, bau yang natural dan hasil terus glowing. Tak nak apply bedak untuk finishing pon takpe sebab ia tak nampak bercapuk. So far muka ena tidak rasa kegatalan ataupun naik jerawat selepas digunakan. Kalau malas nak makeup pon just apply CC Cream dan lipstik dah ok still nampak natural look. Sure korang suka !

(by tinynasweet)

 

Kalau korang suka produk yang tak payah fikir kod color, boleh grab

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream terus melalui online.

IMG-20181231-WA0009


Brand : hansaegee Nature

Website : www.hansaegee.com/shop

Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature

Instagram : www.instagram.com/hansaegeenature

Youtube : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 

Related Product (Gold Nano CC Cream in Combo Set) :

5. Combo Set = CC + Cleanser (FREE Recycle Bag + Care Pouch (Black))              3. Combo Set = Aqua + CC Cream (FREE Recycle Bag + Transparent Bag (Pink))

 

Author: Hansaegee Nature

HANSAEGEE NATURE BLOG : KOREAN SKIN CARE TIPS, TUTORIALS & BEAUTY REVIEWS

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] hours. And the amount of cream apply each time is recommend to be 2- fingers sunscreen. Choose the physical sunscreen with not oily, not sticky, and light – weight cream, it is more suitable for Malaysia weather and […]