Assalamualaikum dan hai!
Nak tanya sikit, korang tahu tak antara langkah paling asas dalam penjagaan kulit adalah untuk memakai pelindung matahari? Atau nama bahasa Inggerisnya sunblock atau sunscreen. Sebenarnya, sebagus mana cara kita jaga kulit tapi kalau malas dengan satu langkah ni, memang susah nak dapatkan kulit yang ideal.
Memang pakai sunscreen atau sunblock ni leceh. Biasanya sunscreen ni buat kulit nampak macam berminyak sikit. Kemudian lepas dah pakai sunblock nak tepek bedaklah, foundationlah. Makin bertambah-tambah benda nak dipakai kan? Jadi rasa memang nak skip sangat sunblock ni.
Kali ni aku nak bagi satu pandangan peribadi tentang satu produk yang ada sunblock yang fungsinya 3 dalam 1.
Gold Nano CC Cream daripada Hansaegee Nature
Ada apa dengan CC Cream ni?
1. Produk ini bebas paraben, bebas sulfate dan bebas alcohol.
2. Satu produk yang mengandungi Nano-Gold untuk membantu mencegah kedutan awal.
3. Membantu memberi keseimbangan warna kulit yang tidak sekata.
4. Mengandungi pelindung matahari SPF 50+ PA +++.
5. Membantu mencerahkan kulit.
Apa kandungan utama CC Cream ni?
Mineral Water – yang membantu menyeimbangkan PH kulit kita dan semestinya memberikan keanjalan kulit.
Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract (ekstrak bunga ‘Morning Glory”) yang akan membantu masalah kulit dan ada bahan anti-bakteria semula jadi.
Collodial Gold yang membantu mencegah penuaan, menghalang radiasi infrared dan tinggi antioksidan.
Niacinamide ataupun Vitamin B3 yang membantu menyekatakan tona kulit dan membantu masalah pori yang besar.
Kandungan bahan dalam CC Cream ni semuanya bagus-bagus kan? Sebab tu CC Cream ni berfungsi bukan hanya untuk menutup cela tetapi juga sebagai sebahagian daripada penjagaan kulit harian.

Nampak eksklusif dengan gabungan warna emas dan putih

Pada aku, CC Cream yang berbentuk tiub macam ni memang bagus sebab kita tak direct contact dengan semua krim, kurang terdedah pada kuman dan persekitaran. Hujung dia pun tirus, boleh kawal banyak mana kita nak guna. Sangat praktikal kan?
Sekarang kita masuk pula cerita pasal aplikasi CC Cream Hansaegee Nature pada kulit.
Dah hampir sebulan lebih pakai CC Cream ni dan aku ada banyak benda nak komen/review.
1. Tekstur yang ringan dan tak melekit.
Benda pertama yang aku cari dalam mana-mana foundation ataupun BB, CC, DD Cream. Ringan ni pada aku, bila kita sapu pada kulit, kita tak rasa ada benda yang bertepek. Pernah ada satu BB Cream ni buatkan aku rasa rimas masa pakai sebab rasa macam muka tebal gitu. CC Cream Hansaegee Nature ni tekstur nampak macam pekat tapi masa kita sapu pada kulit dia senang sapu dan terus meresap tanpa rasa berminyak. Ini yang aku kata dia ringan. Mudah nak sapu dan ratakan pada kulit. Melekit pun tak ada. Lepas dah pakai pun taklah nampak macam ada krim ke apa atas muka. Elok sekata atas kulit.
Tekstur macam likat tapi senang sangat nak sapu sebab cepat blend.
2. Ikut tona kulit selepas beberapa minit pemakaian
CC Cream Hansaegee Nature ni ada sunblock SPF 50+ PA+++ (Broad Spectrum). Normal bila kita pakai physical sunscreen (bahan titanium dioxide), dia akan tinggalkan kesan putih-putih sikit. CC Cream ni memang nampak macam putih masa kita tengah sapu pada kulit, tapi masa sapu tu akan sekata dengan kulit dan lepas 5-10 minit kita tak rasa berat dan cream akan terus ikut warna kulit. Tak perasan pun sebenarnya kita letak CC Cream.
Ini aku sapu pada permukaan putih nak tunjuk macam mana dia blend dengan kulit. Biji-biji halus tu akan automatik blend sebenarnya
3. Penutupan cela yang sederhana
CC Cream ni tak sama dengan foundation okay. Dan korang tak boleh nak expect yang dia akan tutup semua cela sepenuhnya. Aku puas hati sebab aku bukan jenis yang suka ‘full coverage’ sangat. CC Cream ni ‘medium coverage’ sesuai untuk pakaian harian. Nak full coverage gunalah concelear dan foundation selepas CC Cream ni.
4. Membantu pemakaian solekan yang lebih menyerlah
Sebenarnya CC Cream Hansaegee Nature ni boleh dipakai dengan dua cara: sebagai CC Cream sahaja atau asas untuk solekan. Aku setiap hari pakai sebagai CC Cream sahaja. Kalau aku pakai dengan solekan pun, biasanya sekadar bedak dan blusher sikit. Tak nampak macam pakai pun biasanya. Haha. Tapi aku suka sebab solekan nampak natural dan ada ‘glow’ pada aku.
Yang ada CC Cream tu, sekali letak memang terus menyerlah. Yang tak ada tu, jenuh sapu berkali-kali tapi tetap malap
5. Mudah tanggal dan dibersihkan dengan micellar water
Mana-mana produk yang ada pelindung matahari perlu dibersihkan sebelum berwuduk. Sebab kebanyakan pelindung matahari adalah kalis air, tak kira yang ada campuran foundation atau tak. Aku memang setiap hari akan pakai micellar water bila ada pakai sunscreen. So, bila pakai CC Cream ni semestinya kena bersihkan dulu. Dan CC Cream ni sangat senang. Sekali sapu memang akan hilang semuanya. Mudah sangat.
Ini gambar aku letak CC Cream sebelah muka. Boleh nampak sikit perbezaan kan?

Ni pulak, muka bersolek ringkas dengan CC Cream. Lepas pakai CC Cream boleh terus pakai bedak dan solek. Ataupun nak pakai foundation pun boleh. Cuma aku bukan jenis yang suka pakai foundation. So memang sangat ringkas.
